Followers

Wednesday, May 30, 2012

Ajal Maut ketentuan Ilahi

Assalamualaikum, 

Hari ni emosi ke-ibuan saya sedikit terganggu. Sebenarnya dah seminggu saya tahu berita ni, tapi tak sampai kudrat nak type di blog kesayangan ni. Ingat tak entry pasal Mama Rafiq yang saya tulis some where in Year 2011? Bagi rakan-rakan bloggers, pasti ramai yang dah tahu berita pemergian Allahyarhamah Norma ke rahmatullah seminggu yang lalu. Saya langsung tak mengenali arwah secara peribadi, apatah lagi berjumpa dengan nya. Saya mula membaca kisah-kisah arwah dari blog Kak Moon, biras arwah. 

Hari ni, selepas membaca entry tak ada tajuk dari Kak Moon, saya tak dapat menahan air mata especially lepas melihat gambar comel Rafiq yang tak tahu apa-apa.masih kecil. sebaya Ilyaas, tp sudah kehilangan ibu tempat bergantung. Saya sgt tersentuh dgn kisah kehidupan ini. Sekali gus menyebabkan saya lebih bersyukur dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat, anak yang comel, suami yang baik dan penyayang, masih mempunyai kedua ibu bapa, masih mempunyai kedua ibu bapa mertua, ada adik-adik yang baik, adik-adik ipar yang baik walaupun kuat membuli saya, masih ada datuk dan nenek. Alhamdulillah.

Tapi tak semua orang dpt mengecapi nikmat sebegini. Saya sangat bersyukur diberi nafas dan kekuatan untuk hidup demi mereka yang saya sayang. demi mereka yang masih perlukan saya. 

Untuk arwah, saya hadiahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga arwah Norma ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Doa saya buat Rafiq , cahaya mata Norma, agar Rafiq menjadi anak yang soleh dan menyenangkan semua orang yang menjaganya. 

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Norma.


ps: Mengingati mati itu harus, kerana ajal dan maut tidak mengenal masa dan usia. Wallahualam.


Tuesday, May 29, 2012

25 Adab Penting yang wajar kita amalkan

Assalamualaikum, 

Anak saya dah makin besar. Banyak perkara yang dia dah faham. Banyak perbuatan saya dan suami yang dia ikut. Contoh yang senang, dia nampak saya tampal sticker sebagai wall paper di sebelah katil dan tempat mainan dia. Bila ada sticker lebihan, dia akan ambil dan cuba tampal pada dinding, mahu ikut bagaimana umi cuba lakukan. Saya buang tisu kotor ke dalam tong sampah, Ilyaas pun ikut. Saya letak cekak/head band di atas kepala, dia pun cuba perkara yang sama. Saya pakai tudung instant, dia pun ambil tudung untuk dipakai (tak boleh lah nak, kamu lelaki, tak perlu cover rambut:) ).

Semuanya kelihatan sangat comel di mata saya. Namun, tanpa saya sedari, diam-diam Ilyaas menjadi seorang yang observance dan belajar dari setiap perbuatan yang saya dan suami lakukan. Saya rasa, dah sampai masanya, saya tanamkan adab-adab yang baik dan penting dalam diri saya supaya suatu hari nanti, ianya menjadi contoh ikutan buat Ilyaas dan anak-anak saya yang lain. Berikut merupakan antara 25 adab penting yang wajar kita (sebagai ibu) amalkan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Adab 1
Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”

Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”

Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.

Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.

Adab 5
Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.

Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.

Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.

Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.

Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.

Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila menerima sebarang pemberian.

Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.

Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.

Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.

Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.

Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.

Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.

Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.

Adab 24

Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.

Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.



Monday, May 28, 2012

Looking Forward for beach gate away

Aaaaahhhh......



tak sabar sungguh....



nak pergi bercuti...



tak lama lagi, 2minggu je lagi..




sekarang kena siapkan semua preparation for research proposal defence saya 



kemudian boleh pegi bercuti dengan gumbiraaa...



kami nak honeymoon lagi....yaaaaawwwwww




BESTNYAAAAA!!!!!







tapi bukan berdua, bukan bertiga....



tapi.....




ber-empat *winks* 



InsyaAllah

Tuesday, May 22, 2012

Where to find cheap yet good cloth diaper?

 Diaper Stacker yang comel dan murah dekat MyHafiy Blogshop



Assalamualaikum, 

Hari Sabtu dan Ahad lepas, saya mula introduce cloth diaper pada Ilyaas. Lewat kan? dan nak masuk 14 bulan, baru Ilyaas nak belajar pakai CD. Umi Ilyaas pun baru nak start washing-washing CD setelah setahun lebih dok petimbangkan keputusan nak ber-CD ni. Tp saya bukan lah full-time CDing, just, part time. As for now, mungkin masa weekend je la kot, sebab CD xbanyak, baru ada 2 keping je. 

Jadi, saya dalam proses mencari dan men-survey kedai-kedai online yang jual CD yang tak mahal sgt sampai cekik darah, tp kualiti tak tergugat.Maksudnya, kualiti  elok, dan long-lasting, tp harga sepadan dgn kemampuan. Setelah cuba CD ni sepanjang weekend lepas, rasa nak teruskan sebab ianya tak lah se-susah yang disangkakan. And of course boleh jimat banyak sgt. Try la google, byk website citer kenapa CD lebih menjimatkan in a long run. 

Ni ada contoh calculation, amik dari facebook Cloth Diaper Murah..


tapi CD yang saya try ni tak la sampai RM30, saya beli from a friend ..Brand QQBaby RM19 je (comes with 2 inserts). Kalau kat website QQ Baby, harga dia RM20 for plain design  or RM27 untuk yang ada corak..

Selain QQ Baby, sapa tau website/blogshop/online store yang jual CD dgn harga berpatutan and kualiti terjamin?... Tak nak insert yang nipis sgt, bagi saya QQ Baby ni dah baik dah, tp klu dapat variety lagi bagus..So, better tanya pada kawan-kawan kat blog yang dah familiar dgn CD .. 

Terima Kasih ye sapa-sapa yang nak membantu.. 

Saya budak baru belajar..Kalau salah tolong tunjukkan :P Heheheh

Nak baca pasal field trip saya tak? Leh klik sini.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 21, 2012

Sedih

Sedih sungguh, sebab pagi tadi tinggalkan Ilyaas dalam keadaan dia menangis yang sgt kuat. Dia bukan setakat tak nak dekat babysitter, bahkan pegang umi kuat-kuat tak nak lepas.

Dah la dekat rumah, lepas dia bangun, umi tak bagi dia direct bf, sebab nak train dia minum guna botol. Tak bleh dah biarkan kes ni berpanjangan..Kes Ilyaas yg sentiasa berkeras tak nak minum dari botol bila umi and ayah ada bersama. Langsung tak nak! tutup mulut rapat-rapat.. Dia akan usahakan sehabis boleh nak melekat pada Miss B. Hati umi pon sure la akan cair, mesti bg juga Miss B last-last..
Kalau malam alahai, susahnya...kena berjam-jam baring dgn dia..

Satu lagi sedih sbb dahi Ilyaas benjol-benjol. Mula-mula nampak waktu maghrib smlm, ingtkan nyamuk. tp dahsyat sgt.. Letak minyak gamat, pastu surut.. So, bajet benjol2 tu sbb allergic kot, sbb ada bg dia rasa bubur cha-cha umi masak. kot-kot dia allergic kat santan ke.. since benjol dah hilang, lega la hati..Tapi, pas bangun subuh tadi, ada balik benjol2 tu,kat tempat sama pulak..besar merah pulak tu..kesian tgk :(

akibatnya, asyik teringat kat anak je la ni...tak sabar tunggu nak balik!


Saturday, May 19, 2012

Car seat Crying

I started introducing Ilyaas with car seat when he was 45 days, exactly after I finished my confinement and we had our first shopping trip to Sunshine Square, Penang. At that time, I used Anakku Car seat and Carrier, borrowed from my sis-in-law. It was a light and easy to install carrier. We used that kind of car seat until he is  about 4 month, before changing to our current car seat

When Ilyaas was not an active crawling baby yet, he used to love sitting in his car seat for quite a long time, which is easy for long balik kampung trip. But, once he is good at crawling, sitting, jumping and all sort activities, he started to feel uncomfortable sitting in his car seat for more than 1 hour. He sometimes needs me to play with him, so I sit at the passenger sits at the back together with him. Honestly, I don't really like sitting at the back cause I have motion sickness. Still need to endure it for the sake of disciplining my son to sit in his car seat. 
  
At the age of nearly 14 months, Ilyaas is a good boy who now can sit alone in his car seat, without umi next to him. Means, I can sit next to my husband while Ilyaas sleeping or playing in his car seat at the passenger's sit at the back. Relieve ! I only need to take him out from his car seat for feeding time or when he really feels bored in there. 


He smiles to me when I capture this pic
eating his IKEA biscuits

And reading too
Well, this is not an easy steps making him smile in his car seat. I bet most parents, faced car seat crying situation. I knew some of them. 

How to help your kids/baby enjoy sitting in their car sear? Here are few ways I used:-

1. Buy a comfortable car seat. This does not mean an expensive one, enough to make sure your baby's back and bottom are not suffering any pain while sitting in there.There many brands that offers comfy car seat nowadays. 

2. Make sure he /she is healthy when you choose to put him/her in the car seat. Baby who is not in pink of health will tend to be closed to their mother, means some of them prefer to be cuddle all the way along the trip. 

3. Bring the car seat in the house and let them play with it. This will help creating a bond between two of them! Seriously, this help, not only for Ilyaas, but also for his cousins. 

4. Hang toys for their viewing when they are still young. Offers interesting toys, books, or anything suitable to them while they are in the car seat. In my case, I always keep a spare toys and books in the car anywhere we go, so Ilyaas will never get bored. 

5. Try a pacifier if it does help. It does for me when Ilyaas was a bit younger around 2-5 months. Don't worry if your child become pacifier addicted, because eventually they will let go by themselves. As for Ilyaas, he decided to be pacifier free at the age of 7 months! Early right? well, choose an orthodontic recommended pacifier like from MAM, Avent or Tomee Tipee. 

6. Put a sun shade, so that he will feel more cold inside the car. Or a portable fan for travelling.

7. Make sure he wears a light cloth. Unless he will be sweating, especially in our humid country. 

8. Offers snacks like biscuits, fruits etc to them while they are in the car seat.

9. Put on his favourite music. Like Maher Zain maybe? or nursery rhymes.

10. Sing to him. Your voice will make him feel comfy. This is true, when I drove alone with Ilyaas to checked up (he was 47 days, sitting in car seat at the back),he was all crying and I am panicked. So I started to sing him lullabies, selawat to Rasullullah SAW and anything that comes to my mind, and eventually he slows down and stop crying.  

If he is still crying and begging you to be out of the car seat, then do it! No harm. He need sometime to straighten his muscles too! Or he just simple wants your milk! Play with him for a while, and then put him back into his car seat. InsyaAllah, it helps to make him understand the need of sitting in a car seat . 

Well, its not easy but its do-able for every body. 





Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Ideas for Ilyaas' Playroom : Shelves




Giraffe Storage Shelf
Mostly selling price is between RM240-RM280
Rasa sgt comel dan suitable nak susun toys Ilyaas ikut jenis (cars, soft toys, shapes etc)
and rak atas tu boleh guna for his reading materials.
Boleh jugak store his cloth diaper yang baru ada beberapa keping tu


Racing Car Storage by Tot Tutors.
Tak pasti online price berapa..
but this one mostly suitable for boy je, kalau Ilyaas dpt adik girl, susah nak share

Quite Nice 
Suitable untuk rak buku juga ni bila Ilyaas dah besar 
Putih bersih, takut cpt kotor. tak pon jadi bahan contengan ,,,hmmmm
Nice..farm style

Tuesday, May 15, 2012

Saya ada katil baru =)


Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker. 



Assalamualaikum semua aunty-aunty, 

Nama saya Ilyaas Hafiy. Saya ganti umi type entry ni sbb umi busy baca journals (Iyo la ko nak oooi)
Minggu lepas, umi dan ayah bagi hadiah kat saya. Nak tau apa ???

Jeng Jeng Jeng



Tadaaaaa, saya dapat katil baru!!!!

Saya suka sangat. Ada piona keyboard lekat kat hujung katil saya. 
Umi tampal sticker gajah dan bees kat atas dinding tepi katil saya. 
Saya geram sgt tengok sticker comel2 tu, tp umi tampal tinggi sangat, saya tak cukup tinggi lagi nak cabut sticker tu. Kesian saya cuba sedaya upaya, last-last give up lah! Ni nak kena minum susu umi banyak2 ni supaya boleh cepat2 tinggi dan besar.Heheheh

Katil saya ni ada penghadang kat tepi tak nak bagi saya jatuh, tp umi dh cabut. sbb umi kata malam-malam umi nak peluk saya sebelum tidur, susah kalau ada penghadang tepi tu. Saya lagi la suka, senang sy nak golek-golek masuk bawah ketiak umi ,. hehehehe

Nnt dah besar sikit, boleh la letak penghadang tu balik, bila saya dah sedia nak tidur sendiri kat bilik saya nanti, takdela sy mimpi jadi ultraman pastu tergolek jatuh katil kan?

Okla, sampai sini dulu ye, apepun terima kasih umi. terima kasih ayah. 


ps: umi, kita pendam la hasrat nak beli katil Ikea tu ye. saya suka dah katil ni, lagi best sbb warna warni, ada mainan dan luas. katil Ikea tu kecik sikit, and warna kayu, tak menarik la :P

hehehehehe...

Bye-bye


Ilyaas dah makan udang =)


Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker.Jemput tengok  


Bekal Ilyaas ke pengasuh hari ini
Bubur Nasi + Udang+Ayam+Ikan Tenggiri+Carrot+Brocolli
Roti Gardenia Butterscotch for breakfast and tea time (cicah air milo/teh)

Since last two weeks, saya dah cuba sikit-sikit bagi Ilyaas rasa udang. Mula-mula, bagi udang saja, sekadar testing. Tengok ada tanda-tanda allergic atau tak, mmg tak perasan any allergies happen. 

So, semalam, saya buatkan dinner bubur nasi dgn udang, ayam,ikan tenggiri,  carrot dan brocolli. 3 kali tambah ok anak teruna tu! Terpegun umi dia kagum sbb umi perasan umi masak sedap! ahahahahha

Untuk bekal ke rumah babysitter hari ni, umi masak yang sama jugak, cuma tambah sup telur dalam bubur tu. Nama je bubur, tp more to soup sbb nasi tak lembik macam bubur pun, just bagi berkuah supaya senang sikit Ilyaas nak kunyah and telan.

Resepi simple ini :-

Bahan-bahannya:-
1/3 beras dibasuh bersih dan ditoskan air.
Bawang merah dipotong cincang
Satu sudu butter/unsalted butter (saya guna Magerin Gold)
Udang 4-5 ekor (dipotong halus)
Sedikit isi Ayam
Sedikit isi Ikan Tenggiri
Carrot dipotong dadu halus
Brocolli (hanya ambil banhagian floret)

Cara-caranya:-
  1. beras dibasuh bersih dan ditoskan air.
  2. Panaskan periuk dan cairkan mentega/butter/magerin
  3. tumis bawang hingga naik bau
  4. Masukkan beras yang sudah dibasuh, dan kacau sehingga beras berwarna kekuningan.
  5. Masukkan air secukupnya.
  6. Biarkan mendidih
  7. Masukkan semua bahan-bahan lain (kecuali floret brocolli) ke dalam periuk dan kacau serta biarkan mendidih.
  8. Masukkan sedikit garam dan gula, sebagai perasa (sikit je ye, dah kena introduce rasa garam dan gula pada Ilyaas, tapi kalau anda xselesa, exclude step ini)
  9. Masukkan floret brocolli dan biarkan sekejap.. Then siap.
Untuk menambah telur, saya cuma pecahkan telur dan gaul dalam soup tu. Saya tambah juga lada putih sedikit bagi ada flavour, tp tak pedas pun. 

Tips untuk introduce udang pada bayi anda :-

Prawns are one of the food types that can prompt a dangerous allergic reaction in some people, just like peanuts. Don’t introduce your baby to prawns until he or she is at least a year old, or two years old if there’s a family history of allergies. Source

-So far, both husband and me takde allergic pada seafood such as prawns and squid, but we still wait until Ilyaas is almost 14months before introducing him to prawn, not yet squid.-




Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...