Tuesday, July 24, 2012

Perjalanan dr KT ke Tronoh melalui K.Berang-Gua Musang-CH

Semalam kami bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Tronoh, melalui jalan Kuala Berang-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai.

Ni merupakan first time kitaorg travel ikut jalan ni, tu pun setelah mempertimbangkan pro and cons nya since my husband byk bertanya orang yang dah pernah lalu jalan tu and also baca forum and blog yang ada menulis pasal perjalanan melalui jalan2 ni.

At first, kitaorg agak sangsi nak try jalan ni..Dah lama tahu kewujudan jalan ni, tp asyik bertangguh je bila tiba time nak balik ke perak dari terengganu memandangkan most of opinions and experience yang didengari adalah agak kurang baik. So, nak tak nak, we all selalu terpaksa ikut jalan ke kuantan -kl- perak yang mengambil masa yg sgt lama dan jarak yg melebihi 600km..but the good thing is, all the way highway except bukit besi-jabor je jalan lama.

Harini, sy nak review n share pengalaman kitaorg lalu jalan ni.. Untuk kebaikan org2 yg tertanya2 sama ada jln ni selamat ke tak etc..tp sorry yer, takde gambar sbb xsempat langsung nak snap..

Kuala Terengganu-Kuala Berang
Mengikut jalan yg 2 lanes , jalan raya baru, besar dan luas. kiri kanan jalan ada kedai, stesen minyak, sekolah etc. Akan melalui Ajil sebelum sampai ke Pekan Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 30-40minit bergantung pada traffic. Estimated distance around 25-35km.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang,akan melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Sejuk dan berkabus walaupun dah pukul 9-10pg. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Ada santuari gajah kalau nak berhenti tengok gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.
Kat CH, boleh berenti beli sayur mayur and teh and strawberry dulu.

Cameron Highland-Simpang Pulai
Total distance=70km
Jalan ok. 2 lane. menuruni bukit. pusing-pusing.
kepala pun pening mcm nak muntah sbb perut kosong coz travel bulan ramdhan.

Simpang Pulai-Tronoh
Ikut jalan biasalah. dlm 15-20minit dah sampai rumah.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 
  • ni lah experience kitaorg lalu jalan ni.totalnya puas hati je...boleh cuba lagi next time bila nak balik raya. 
  • jalan ni dah ada dlm google map, so mmg dah di notified lah.


Tips:

  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. kalau bulan posa, sabar je la tahan lapar. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni





6 comments:

  1. salam...
    insyaAllah raya haji ni saya nak balik ke kuala terengganu menggunakan jalan ni.
    saya nak tnya,kalau ada apa2 hal yang berlaku dalam kawasan felda aring tu,polis bantuan tu boleh tolong tak?

    satu lagi...kawasan mana yang takada signal telefon tu?lama ke signal telefon takada?

    ReplyDelete
  2. Wslm saudara
    iAllah polis bantuan tu boleh membantu. kalau nak contact number diorang rasanya masa jumpa kat pintu masuk aring tu, boleh mintak. lagipun, sepanjang perjalanan aring tu ada juga 1-2 kereta dan motor yang melalui jalan tu..dan ada satu kedai runcit kecil di tepi jalan tersebut + surau (kena masuk ke dalam sikit)..

    kawasan yg takde signal tu sekejap je. tak silap sy di antara sempadan aring-kenyir dan sekejap di aring 5 atau 6, tak berapa ingat.

    harap membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...

      ermm, cik pakai line ape yer?celcom,maxis,digi?
      isteri saya mengandung...harap2 x jadi ape2 la balik terengganu ikut jalan tu.

      Delete
    2. sy pakai celcom..saya pun tgh pregnant ni..hehe.iAllah ok .tp lalu time cerah la (siang).

      n sy pon akan lalu jalan ni hari khamis ni..

      Delete
  3. Kalau dr taiping ke kuala berang agak2 berapa jam?


    ReplyDelete
  4. Kalau dr taiping ke kuala berang agak2 berapa jam?


    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...