Monday, December 31, 2012

Wrap-up Year 2012

Major life changing event(s) in my 2012 : Stop working. Start my Master. Pregnant with second one. Stop breastfeed Ilyaas. Been loving my husband more than before, Alhamdulillah.

2012, another year to be memorized.
Welcoming 2013, another year to fly, a new year to welcome.
Just listing down what's happened in my 2012.
Another year end entry is in Penghujung 2012, Permulaan 2013


January 2012
- Working like a horse for Broadseis Project in CGGVeritas.
-13 Jan: Received Offer Letter to become Msc Student in UTP. Together with husband
-25 Jan: Registered in UTP
- Ilyaas first swimming experience

February 2012
- 17 February : Attend exit interview with HR CGGVeritas from Singapore. interviewed via phone
- Started Myhafiy Blogshop. Just for fun.
-22 February : Last day in CGGVeritas. You are dearly missed.
- 25 February : Move to Tronoh

March 2012
- 8 March : Ilyaas first step(s)
- 15th March:  Yaya's mother passed away .
- 20 March : Ilyaas had febrile fits =(. Admitted to Hospital Batu Gajah
- Second Volume Diaper Clutch for MyHafiy Blogshop
- 25 March : Ilyaas is ONE
- 26 March : Simple Birthday Celebration at Nursery

April 2012
- Without realizing, I've wrote several entries on my sweet cravings on this month. Petanda rupanya nak pregnant lagi. Can read here and here and here.
- 17 April: first day of LMP
- 23-27 April : PGCE 2012
-28-30 April : Balik Terengganu

May 2012
-Trying so hard to cope with breastfeeding. Susu drop dengan mendadak. Not knowing I am pregnant again at this time.
- Second week of May, positive UPT Test. Alhamdulillah for this second gift.
- 12 May: Husband and Ilyaas celebrated me for my first year as a mother
- Started Cloth Diaper on Ilyaas

June 2012
- 9 June: Anniversary Gateaway in Pangkor
- 11 June: We are two years old.
-19 June: Ilyaas fully stop breastfeeding
-23 June: Wedding Hakim and Yaya
- 26 June: First check-up pregnancy
- 3rd batch diaper clutch for MyHafiy Blogshop

July 2012
- 4 July : Research Proposal Defence. Alhamdulillah. Did it well.
- 3rd month pregnant, 3rd month of cloth diapering Ilyaas
- 31 July : Felt first move of baby
-A day before Ramadhan: Ayah Cik passed away
- Haiza passed away a week after we visit him

August 2012
- 6 August : partially received research data
- Ramadhan and Aidilfitri

September 2012
-5-6 months pregnant,
- Ilyaas 18 months old
- started surveying baby items

October 2012
- 7 months pregnant
-started surveying for baby items etc
- made photobook for Ilyaas.
- 16 October : received Kad Diskaun Siswa
- 21 October: Trip to Cameron Highland with Family in law
-Eid Adha

November 2012
- Ilyaas had lactose intolerant for first time
-Done MGT Test for this second pregnancy. My first experience.
- 3D Scan at KPJ Penang
- Ilyaas had new bicycle
- My story accepted for Project Listen prudential
- Almost 8 months pregnant

December 2012
- 4th Batch Diaper Clutch
- Durian Crepe Season
-BBW Sale
-getting ready for hospital bag
-28-29 Dec: Cameron Lagi
-29 Dec: Hubby is 27
























Sunday, December 30, 2012

DEC 2012:Cameron Highland Lagi

Assalamualaikum=)

Mula-mula sekali nak wish Selamat Hari Lahir yang ke -27 untuk suami tercinta. Semoga Abang panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat selalu. Sorry tahun ni hadiah tak gempak (macam la tahun2 lepas hadiah gempak kan) hehe. Tahun ni celebrate birthday husband kat atas bukit Cameron nuuu. Bukan nya plan pun, tp FIL ada kerja kat sana, so dia booked kan extra bilik. Kitaorg bersyukur la join sekali. 

Birthday boy dgn anak sulungnya. Dekat Heritage Hotel. Kitaorg makan malam steamboat kat sini.
Tp tidur tempat biasalah, Parkland Apartment. 

Isteri birthday boy. bersama anak sulung mereka dan
 anak kedua yg masih sedap guling2 dalam perut ni

Macam yang di-mention earlier, kitaorg ke CH kali ni sebab FIL ada kerja. Ada family day KT Skill kat sana. So kitaorg join the dinner. Lepas dinner, FIL selaku pemilik KT Skill kena la bagi ucapan, buat cabutan bertuah semua. sementara FIL berucap, SIL and myself berborak-borak. Kata dah lama tak jumpa. :P

FIL tgh berucap

Habis dinner, bergambar la ramai-ramai. Masa ni rasa mcm nak baring je tengah2 lobby tu, sakit menyucuk kat bahagian bawah tulang rusuk. Dan dah lenguh berdiri daaa, punya banyak kamera nak amik gambar. Apsal xamik guna satu kamera je, nnt korang share-share la.  Pastu singgah Pekan Tanah Rata. Jarang singgah sini malam-malam. Biasa ke Pekan Brinchang je. So, kali ni experience lain sikit la. Kat Tanah Rata, FIL cari buah durian. Sempat pusing2 kat situ tgk suasana. tak beli apa-apa pun. Kat sini kurang sesak la dr Brinchang. Klu korang gi honeymoon, lebih sesuai jalan2 kat sini kot. 
Night market kat tanah rata

Malam tu, lepas balik bilik, makan spaghetti olio SIL bawakan sbb saya teringin. Panaskan guna rice cooker jer. sedap. kenyang perut yg tak berapa kenyang sbb makan steamboat je. Pastu tidor la, krohs krohs..dah la sejuk..mmg layan la tidur sambil peluk2 ilyaas..

Pagi-pagi, makan nasi lemak dulu satu round. Siap-siap nak keluar, ada seorang suspek telah poo-poo. Cari-cari tak jumpa.rupanya ajane. Selamba je masa tanya dia jawab tak..


Tok Dad bersama Ajane n Ilyaas.
Nampak kan muka Ilyaas menurun muka siapa.:P

Mula-mula ingt nak gi Pasar Pagi kat Brinchang je. tp tak bukak plak. So gi kat pasar yg berhampiran Kea Farm. Malas nak ke Kea Farm sbb sesak n penuh kereta. FIL and SIL rushing nak balik Ganu. So nak cepat, singgah pasar yg dekat2 Kea Farm tu. Kecik je. Barang mahal. Sayur tak banyak choice. N tak fresh. Beli ala kadar je pon. 

Pastu gi brunch kat Glory 78. 
brunch waffle strawberry kat restoran glory 78

Then, singgah MARDI kat Tanah Rata jap. Layan ice cream strawberry yg sedap...Beli teh kat kedai MARDI. and FIL n SIL beli pokok2 kat MARDI.


dengan anak-anak sedara.
Muka puas hati dapat strawberry coklat
Makan sampai comot

An attempt untuk bergambar


Ilyaas bersama cousins AF
Tp Ilyaas busy nak pakai selipar TD


Overall, thanks Ayah for sponsoring short vacation ni. Walaupun less than 24 hours di atas bukit sana, kami ttp seronok dan enjoy. Dapat cuti singkat sebelum bersalin dan berpantang. hehehe..


Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, December 26, 2012

Random pictures

Bought this for Ilyaas. At JuaiMurah.com
but i didn't buy it online. Went to the shop and found this at pre-loved price
so happy that Ilyaas like it, as usual sbb everytime pergi rumah mamu he'll play with this one

my ilyaas was too tired and very sleepy. after whole day playing at sg seluang
he just woke up right before maghrib. tengah mamai n kusyuk dgr zikir kat astro oasis
petanda dah tak lama lagi nak dapat adik.
almost every night perlu tidur berdodoi mcm ni
i love u son
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 24, 2012

Diarrhea while pregnant

Salam,

Tak tau camne nak tulis. tapi harini the whole day saya lemah longlai.
Malam tadi around 3am, ke toilet utk wiwi je.sekali rasa memulas.
cuak ingtkan contraction dah.
then memulas lagi. so i know it's sakit perut salah makan.
sampai pukul 5.30am, saya duduk dlm toilet tahan perut memulas. mmg sakit gila.
asyik teringat mcm mana la rasa contraction nnt.
eh salah, asyik teringat camne nak hadapi contraction nnt. in a month time ialah due date saya.
berpeluh2 tahan sakit perut.
nak nangis tak membantu pun.
tertidur sambil tahan perut memulas.
by 5.30 baru rasa lega sikit.
masuk bilik tidur jap.
menggigil satu badan sbb lenguh lama sgt kat toilet.
lutut gigil je. sejuk rasa satu badan.
pukul 6 sakit balik.
solat subuh tertunduk-tunduk n xdpt nak kusyuk..
turun ke dapur, mintak mak buatkan teh o.
lepas minum teh o n makan roti sikit, rs segar sikit.
kemudian berulang lagi ke toilet sampai kol 10 pagi.

sakit dah mcm nak beranak. seriously rasa nak amik epidural je nnt klu dah tak tahan sgt contraction. sbb ni sakit perut salah makan pun dah lemah longlai.
kol 10, lepas mandi2 terbaring lagi atas katil.tak larat gila.
mmg dah tak tengok apa khabar ilyaas. tp tetap doa tanpa henti dalam hati, supaya ilyaas xterkena stomach bug ni. kesian dia kalau kena.
Alhamdulillah Allah makbulkan. Ilyaas sehat tanpa sebarang sakit perut walaupun seisi rumah sakit perut. Saya paling teruk.

tgh breakfast, ulang alik toilet lagi. dah 20kali lebih kot. Pengsan!
pastu makan berselera jugak sbb ayah dpt cari serabai and donut sedap. lama dah ngidam serabai.
padahal nnt dlm pantang hari2 makan serabai gak. :D

gi klinik, makan ubat. n rehat..
masih terus2 ke toilet.jarak masa je dah berubah dah setiap 5minit-15minit-30minit-1jam.
lepas lunch sup sayur n telur, tidur sampai petang.
baru lega sikit.

lepas solat asar, baru dpt rasa baby gerak dalam perut. ni lepas isyak baru dia aktif berpusing2.
agaknya dia pun penat pressure umi dia kerap ulang alik toilet sepanjang hari.
mmg flat la harini.
malam ni dh ok dah walaupun rs ada angin lagi dlm perut memulas sikit2.
gagahkan diri habiskan tanda paper carbonate.
key-in mark
dan email pada lecturer.
sbb dah tanggungjawab sy sebab GA di utp.

ok, harap esok dah kembali normal.


Friday, December 21, 2012

Mohd Chan Halal Chinese Restaurant

 
Hari Sabtu masa pergi Big Bad Wolf Sale kat The Mines Exhibition Center, kitaorg tak tau nak lunch kat mana. Asalnya macam nak lunch kat The Mines je, tp dah janji nak berlunch dgn keluarga KU sekali, so kitaorg balik KU dulu. Lepas zohor, Abg Min and Kak Ezri bawak kitaorg gi makan kat Mohd Chan Chinese Food (Halal Restaurant). First time nak cuba makan kat sini. Excited gak sbb perut sudah bergendang gendut tali kecapi. (perut saya mmg tgh gendut pon)

 
Sementara tunggu makanan yg di-order sampai, saya pun snap-snap la gambar mana yg sempat.
So, restoran ni ada beberapa cawangan. Semuanya sekitar Lembah Klang sajer. Tidak adil. abis tu, kat tempat luar Lembah Klang, susah la nak cari chinese food yang halal. especially kat area Ipoh. Semua kedai chinese tak halal.
 
Antara menu hidangan yang ada kat sini, mcm nasi goreng, nasi dgn lauk, mee-mee, keow teow etc lah. Mostly tak pedas, nama pun chinese food kan.


 
Pau and Dimsum pun ada jugak.
Tapi kami tak cuba pun. Nampak cam sedap sajer.

 
Ni adik ipar makan. Nasi ngn daging masak lada hitam. Nama chinese dia apa ntah tidak ingt sudah.

 
Pastu husband makan nasi ngn ayam apa ntah. tp dia goreng ngn oyster sos and cili kering.
Ada gak order sotong celup tepung. Not bad
Mil makan keow teow goreng. Sedap gak sbb saya sempat paw mak.

 
Saya makan Hokkien Ying Yong.
iaitu keow teow hokkien la kot.
Banyak gila portion keow teow ni.
Share ngn husband tak habis gak.
So share ngn adik ipar.baru habis.

 
Overall, servis dia ok. Cepat jugak. Nk lagi cepat, sila order nasi ayam. mmg pantas dan laju makanan anda tersedia.
Makanan sampai dulu dari air. So, bagus la. tak kenyang air je dulu.
 
Air-air dia pun sedap and nampak menarik especially teh ais dia. berbuih-buih mcm teh tarik.
 
Keadaan kedai bersih, luas and suhu just nice. tak panas sgt walaupun tgh-tgh hari.
 
Btw, kitaorg makan kat cawangan shah alam seksyen 15 tu.
 
 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 20, 2012

Carta Perencanaan Anak Soleh/Solehah



Source: Majalah Al-Ustaz isu 09
 
Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh  

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِي...نَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. - Furqan ayat 74


Saya terjumpa carta ni dekat source yang dinyatakan. Rasa sgt membantu dalam nak mendidik khalifah-khalifah kecil ni. Tak sabar nak cari majalah ni pasaran sebab isu 09 ni berkaitan kehamilan dan kelahiran.
Gambar saya letak ni tak berapa clear.. Boleh dapatkan gambar yg clear dkt source Majalah Al-Ustaz .


Hospital Bag Checklist


Assalamualaikum and Selamat Pagi:)

I'm already at 35weeks. Supposedly mmg dah perlu siapkan hospital bag(s) cause next week dah masuk full term (36weeks @ 9 months). Huuuu, takut jugak bila hari makin hampir. Walaupun ini yang kedua, pengalaman pasti berbeza kan.
 
Untuk packing bag masa lahirkan Ilyaas dulu, saya guna checklist ini (sangat lengkap dan masih banyak barang tak terpakai). Untuk hospital bag kali ni saya packing mengikut pengalaman. Dah tak cari list-list yang banyak disediakan di internet.Saya ikut keperluan sendiri. Saya share kat sini, kalau ada mummies yg nak buat rujukan, silakan =)




Labour room bag (on the left and below)
Ward bag (on the right)
Labour Room Bag
*Note: Saya guna bag kecik untuk bawa barang baby ke nursery sahaja spt dalam gambar di atas*

Barang Keperluan Ibu
1. Sehelai Tuala
2. Sehelai Baju Butang dihadapan. (Saya guna baju nursing yg mmg dah ada)
3. Sehelai Kain Batik
4. Beberapa keping maternity Pad
5. Berus Gigi & Ubat Gigi
6. Minuman Coklat/Milo 3 in 1 dan biskut Jacob 1-2paket kecil (boleh ganti dgn roti etc)
7. Tafsir Al-Quran/ Surah Yassin
8. Stokin
9. Minyak Tiger Balm/Vicks
10. Telekung  (in case saya dah contraction tp belum turun darah/air ketuban)
11. Akhir-akhir Nanti saya akan masukkan buku pink serta IC saya dan suami sekali.

Barang Keperluan Baby
1. Sepasang Baju & Seluar Newborn Size (Long Sleeve)
2. Sehelai Napkin
3. Sehelai Tuala Bayi
4. Sehelai Receiving Blanket
5. Stokin dan Mittens Newborn
6. Topi/Hat Newborn
7.Newborn Diapers (1-2pcs)

Barang Keperluan Ayah
*Note: Boleh tinggalkan dalam kereta je*
1. Kain Pelikat untuk solat ketika di labour room
2. Camera
3. Charger Phone

Ward Room Bag
*Note: Boleh asingkan dalam 2 beg kalau mahu, satu untuk bayi, satu untuk ibu. As for me, saya combinekan dalam satu beg je*

Barang Keperluan Ibu
1. 1-2 helai Kain Batik
2. Maternity Pad secukupnya
3. Disposable Panties
4. 2-3 Nursing Bra(s)
5. Disposable/Washable Breast Pad
6. Sepasang Stokin
7. Selipar
8. Tudung Sarung
9. Set Mandian
10. Baju Tshirt/Nursing Blouse
11. Sweater
12. Pump Manual with Bottle
13. Nipple Cream
14. Minyak Urut/Minyak Panas
15. Thermos

Barang Keperluan Bayi
1. 2-3 Pasang baju bayi
2. Stokin and Mittens Bayi
3. 2-3 helai barut bayi (mungkin tak pakai lagi semasa di hospital)
4. Selimut bayi/Napkin untuk bedung
5. Minyak telon
6. Pseudocream
7. Set Mandian bayi size kecil (mungkin tak akan digunakan lagi)
8. 10-15 newborn diapers
9. Small size Baby wipes (paraben free)




Tuesday, December 18, 2012

Big Bad Wolf Sale 2012-my first experience

Alhamdulillah. Akhirnya dapat gak pergi pesta buku terbesar di dunia yang dihebah-hebahkan di facebook, newspaper, tv etc. Hari sabtu lepas, dalam pukul 9.30 bertolak dari Shah Alam ke The Mines. Sesat sedikit, tp sebab kepakaran suami mencari jalan, dpt jumpa jalan tikus tembus ke The Mines Convention Center. Total masa diambil untuk membeli belah buku ialah almost 2 hours.
 
Sangat berpuas hati dengan hasil belian. Kalau boleh nak beli lagi, tapi kepala sendiri dah pening tengok banyak sgt buku kat situ. The place was very big. jalan dari one end ke another end boleh mengah ok. dah la kena usung buku yg nak beli tu.
 
Ni buku yang sempat di grab masa BBW Sale 2012
My mil cakap mcm nak bukak nursery:P heheh,
mostly buku untuk Ilyaas dan adik(-adiknya).
Kena jaga semua buku ni elok-elok. Nak simpan dari generasi ke generasi.
Tinggi benor cita-cita saya.
Beli buku untuk diri sendiri, for my brothers, and hubby got his own selection as well

 

My advice bg sapa-sapa yg plan nak pegi BBW before dia end 23 Dec ni:-
 
1) Bawa  trolley (yg selalu nenek2 bawa pergi pasar), so that u don't have to carry the heavy books sepanjang proses memilih buku yg nak dibeli. Or at least, guna stroller anak-anak kita pon ok. Like us.
 
2) Kalau takde trolley, at least bawa shopping bag or bag pack. Boleh galas buku-buku tersebut sebelum dibayar. But still berat la.
 
3) If you are bringing your child(ren) along, make sure dorang dalam good mood. Dah makan, dah poo-poo etc. Keep them occupied with activities such as bawa toys yg boleh dimain dalam stroller. Or bagi dorang pegang any book yg dijual kat situ.
 
Pihak BBW ada menyediakan playground kat second floor, together with little cafe for food and beverages. I didn't go to the second floor, but I can see they have set-up a huge indoor playground for the kids to kill their boredom while the parents do the shopping. I am not sure  it is free entry or need to pay some amount.
 
4) Boleh buat list buku yang nak dibeli dahulu. Tapi, untuk pastikan anda boleh cari all the books in the list ialah sedikit sukar. Sebab semua buku dah berterabur. Kena cari sendiri. no serial number macam dekat MPH/Popular or library. Buku-buku just diletak atas meja mengikut genre. Antara genre yang paling berserabut ialah children and fiction sections.
 
5) Boleh view any book that might catch your interest in the their website first before going. But please note, books show in website are very few compare to it's reality in the convention center.
 
 

Total buku yang dibeli oleh kami sekeluarga (my little family, my mil and my sil)
buku-buku cerita tu semua mostly mil yg punya. she's collecting for her future retirement tahun depan.


  • Prices ranges as low as RM2 (for notebook/journal),  RM3 (especially for children book), to RM5, RM8, RM10, RM12, RM15, RM20, RM30, RM40 and above depending on book/collection
  • Most of the book ialah hard cover. Memang berbaloi beli.
  • Magazines from overseas (old collection) pun ada
  • Puzzles and Games book pun banyak
  • Yang paling saya suka ialah sticker book for children. Especially yang ada stars and rewards wording on the sticker. Tak sabar nak guna kan pada Ilyaas once he really start learning seriously.
  • Dah lama cari buku mcm tu, sbb kat Perth dulu byk sgt nampak dijual.
 

Ilyaas' stroller yang menjadi mangsa untuk letak semua buku sebelum dibayar.
They also provide boxes bagi sapa-sapa yg tak bawa carrier utk isi buku masa memilih
and we can wrap the boxes too
Si ikan buntal yang sangat teruja dpt pegi BBWS ni.. like my dream comes true. haha poyo nye:p
with her bored son yg setia dijaga oleh si ayah sepanjang umi pilih buku.

Last but not least, thanks to my husband sebab sudi bawakan saya ke sini...and tolong jaga Ilyaas sepanjang proses pemilihan buku dilakukan.

Thursday, December 13, 2012

Finally! Durian Crepe in the house

 
Tapi bukan buat sendiri la. Of course di-order dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menunggu.
Dah berapa minggu kot, bukak fb, bukak blog je mesti orang tayang gambar durian crepe ni.
Tengok resepi mcm tak reti nak buat. Siap pakai berbagai jenis tepung untuk crepe tu. Tiada kuasa dan masa untuk buat sendiri. So, order dari Kak Nanie hari Ahad lepas, janji dpt Isnin. Isnin plak Kak Nanie sms durian tak cukup, postponed hari Selasa.  Hari Selasa, Kak Nanie tak dpt nak hantar siang, jnji nak hantar malam pun tak jadi sebab husband dia ada kerja. Hari Rabu, I dah sedikit berputus asa. Takpela, gi KL nnt cari la klu sempat. Tp Kak Nanie ckp dah siap n ready to deliver. Husband dia deliver sampai ke lab. Since dah dibawa ke lab, elok di share dgn kawan-kawan. Sebab tak banyak, share secara sembunyi-sembunyi, takut ada pulak yg terkecil hati kan.
 

 
Tak sempat-sempat nak merasa. Masuk kereta je terus makan durian crepe ni. Mak aihhh, marvelleous nya! Sedap gila. Walaupun husband beleter habis kereta dia bau durian, I dah tak kisah. Ni mmg worth it for kereta berbau. So, husband pun try gak seketul. Dia suka. Tengok2, tinggal dua ketul je lagi. Alamak, mana cukup kan,balik rumah nak makan lagi, nak bg Ilyaas rasa gak.  Terus I text Kak Nanie tanya ada extra tak today. Dia cakap ada, n kena self collect. Cepat-cepat bagitau husband, n dia setuju jadi driver pergi cari rumah Kak Nanie, walaupun tgh hujan lebat time tu. Dapatlah tambah sepeket lagi. RM10 for 6pcs. Berbaloi kan. Klu kat KL tengok harga RM10 utk 4pcs.
 
 
 
Balik rumah, terus hidangkan untuk makan dgn anak bujang. Dia plak layan je sambil tengok Boboiboy. Makan durian crepe dulu baru nak mandi n kemas-kemas barang. Last-last husband buat semua tu, sbb isteri dia ni mengidam sgt dgn durian crepe. Paket kedua yg dibeli tu, I makan sorang-sorang. Tak kasik hubby makan. Eh, actually kasi je, tp dia yg dah tak nak, sian takut bini dia kempunan tak cukup makan durian crepe. Bukan I yg teringin sangat ok, baby dalam perut ni yg ngidam:P
 
Tapi arini bawa gak dua ketul, nak bg kat member kat lab yg xdpt semalam. Ada rezeki lebih, share la kan.

 
Ilyaas melayan durian crepe. Lepas makan nasi, dia mintak lagi.
Seb baik dia xanti-durian:P
 
 
So, kesimpulannya, mmg sedap la durian crepe ni.
 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 11, 2012

December, pls be nice to me


That's my December.
Occupied calender dgn tarikh-tarikh yang sudah ada plan masing-masing.
Kalau ikutkan, first week december je yang agak free.
Tapi sebenarnya tak jugak, terjebak dengan preparation for seacarl auditing. yang akhirnya saya surrender. Untuk baki minggu-minggu terkahir tahun 2012 ni, saya bekalkan melt away stress daily calming lotion, buat bekalan kalau stuck dalam research. Malangnya, lotion tersebut jenama Johnson's, yg menyumbang pada rejim zionis. tp lotion ini dibeli lama dulu, sebelum saya peka dgn keadaan ini.

December, bulan kritikal untuk saya. Nak siapkan report untuk symposium, dan submit dgn hati tenang. Kalau berkesempatan, nak present before bersalin, means in early january. Tapi, masih byk yg saya rasa tak confident, especially bagi platform yg mmg tak ada reference dari literature/publish paper langsung. Serta seperti biasa tiada guidance. Kritikal jugak sbb ada appointment dgn pakar di hospital besar, untuk check size luka czer. Berdebar nak tahu saya boleh bersalin normal atau tidak kali ni.

Weekend ni ke KL. Berharap dapat singgah sekejap untuk ke pesta buku sang serigala itu. sana-sini orang bercakap pasal serigala tu. teringin jugak nak pergi. List buku nak dibeli untuk diri sendiri and the kid(s) pun dah ada. Dgn harapan tidak terlebih bajet.

Weekend depan pulang ke Penang, Harus melawat atuk yang kurang sihat, serta attend wedding sepupu. Serta nak siapkan bilik di rumah mak untuk persedian berpantang nnt.

Weekend akhir December, ayah ajak ke CH lagi. Ada family day KTSkill. Nak tolak rasa rugi, percutian pendek, tapi nak ikut ke CH rasa berat dah nak bawa perut yang ketika tu sudah 36weeks plus. Nak tinggal berdua dgn Ilyaas di rumah, rasa tak mampu pula. Mungkin, ikut saja ayah dan suami ke CH untuk satu malam.

Dalam kesibukan bulan december ni, sempat pergi dating dgn my awesome man last thursday. dating tgk movie breaking down part 2. Best! Lagi best sbb tengok semua part dgn jejaka awesome saya.
cuma tak berapa nak puas hati kenapa jacob dgn reaneese??? concept tak dapat mak, dapat anak pun jadi

jatuh hati dgn lagu tema breaking down. dari dulu lagi suka lagu ni.
Thousand years by Christina Perri
Hospital beg pun dah packing. Belum letak dalam bonet kereta sbb ada beberapa item belum ready. Kena sterilise manual pam dulu. Kali ni nak bawa pam ke hospital siap-siap. it will make my life easier in emergency case. Husband dah bising, lambat packing sbb skrg mmg dah mula rasa-rasa nak beranak. Taklah, belum masa lagi. Baby tunggu masuk 2013 dulu ye, at least kalau 2013, kiraan by year awak n abang awak akan jadi 2 tahun. Kalau keluar 2012, nnt jadi beza umur 1 tahun saje.
Sedap layan ABC ni waktu lunch semalam
tambah lagi keadaan panas-panas di sini, nikmat.
Alhamdulillah
pasni kena pantang ais 100 hari...( mampu ke?)


Ok, sampai sini dulu bebelan ..
yang penting, struggle bulan december ni, InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita. 


ps: kalau korang nak cari barang-barang UK yang preloved n good condition, sila lawat belog ini.



dan bagi yang mencari diaper clutch, bengkung moden ataupun nursing cover boleh visit blogshop saya



TQ



Sunday, December 9, 2012

Lunch di AEON Manjung. Perak


Salam Hari Ahad semua...

Petang-petang Ahad ni lepak depan laptop kejap, sambil cari resepi maggi seperti yang dipromote di tv. Lunch td, seperti yang dijanjikan oleh husband, kami ke AEON Manjung yang baru bukak 4 Dec haritu. Sebab hari ni hari Ahad, so banyakla kereta atas jalan, slow la sikit perjalanan nak ke sana. Nasib baik Ilyaas tidur dalam kereta. Sebelum dia tidur, sempat amik gambar jap, lama dah rasanya tak amik gambar bertiga camni. 

My little family

Sampai je, semua dah kelaparan. Tapi, semua restoran penuh. Kitaorg decide jalan-jalan la dulu sementara tunggu ada kedai yg reda sikit pelanggannya. Sambil jalan-jalan tu, makan Aunty Anne's dulu, buat alas perut. 


Budak comot makan choc stick
 AEON ni kecik je rupanya compare dgn AEON Station 18 kat Pengkalan. Pusing kejap dah habis tawaf. Takde beli apa-apa pun. Pastu, kitaorg decide nak lunch kat Food Avenue je lah, since semua restoran still fully occupied.

ni pun ramai orang. rasanya sebb most of the workers are first timer, jadi servis slow sikit.

husband sapa la ni, dahulukan anak dan isteri walaupun dia sendiri kelaparan.
dahla hensem..

(kasi chance aaa puji suami sendiri)
 Ilyaas and ayah makan nasi ayam je. Tp umi Ilyaas makan special sikit. Dengan alasan, alang2 naik kereta sampai 45minit untuk sampai ke sini, kena makan sedap sikit. So, saya makan Sizzling Chicken with butter rice. berapa banyak kolestrol yang masuk, entahlah...:P


Pekena lagi dengan minuman faveret dua tiga menjak ni. Roasted Milk Tea with Grass Jelly

Lepas makan, kitaorg terus balik. Sempat tengok drama sebabak dari Ilyaas Hafiy bila kitaorg xnak belikan mainan kat dia, n xnak stop dkt playground. Dia nangis sambil geleng-geleng kepala and buat gaya tak dapat apa-apa pun...
Nangis sedih-sedih sebab pulang dgn tangan kosong.

Anak la anak, baru semalam belikan mainan...




Thursday, December 6, 2012

Islamic Ipad for Ilyaas

 
Hari Selasa haritu ada parcel sampai. Ayah Ilyaas lebih excited dpt parcel kali ni sbb parcel tu ialah hadiah untuk Ilyaas. Saja-saja bagi hadiah, bukan sebab birthday atau sebab dia dah pandai buat something. We bought him an Islamic Ipad. bukan Ipad sebenar, ianya educational toy semata.
 
Mula-mula, Ilyaas tidak teruja langsung. Maklumla, dia sgt jarang melihat gadget seperti Ipad dan Tab. Dia tak heran pun toy baru beli ni. Bila kita tekan button akan keluar bacaan Al-Fatihah, bacaan dalam Solat, huruf-huruf hijaiyah serta ABC. Ada 2 nasyid jugak.
 
Kena ambil masa ajar Ilyaas, once lagu/doa dah habis, kena tekan button untuk keluarkan lagi sound. Kalau tak, dia akan marah lalu mencampak ipad ini ke lantai, sbb sound dah stop .
 
Bila dah ajar dia, dia pun pandai guna. Boleh la bawa ke tidur sambil dgr alunan selawat dan bacaan surah.

 
Ini rupa sebenar. button-button itu boleh ditekan dan akan keluar bunyi.
 
Saya beli dari Nani, Mama kepada kembar 3 dari blogshop dia.
Berpuas hati dengan servis yang diberi.
Walaupun ada sedikit defeat pada item yg kami terima, tp saya paham bukan salah Nani.
 
 
 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, December 5, 2012

WW: My Precious Two

Ilyaas Hafiy 20months old
Adik Ilyaas 33 weeks in umi's womb

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 4, 2012

Diaper Clutch, A Saviour!

 
Assalamualaikum ,

Dalam entry sebelum ni, saya bagitau pasal new diaper clutch kat myhafiy blogshop. sekarang dah boleh upload gambar. Thanks to QasehHoney for the helpful tutorial.  Since dah boleh upload picture, so saya tempek la kat sini k. Nak harapkan blog myhafiy saja tak banyak readers sgt.Sini, boleh-boleh la.

Camne rupa paras dalaman diaper clutch ni, ukuran dia, function semua, korang leh baca kat link ni ye. Harap membantu explain buat those yg first time tgh benda ni. Kalau nak tanya apa2, leh je comment kat entry ni or email me.

So, designs yang available untuk kali ni, *drum rolls*..... ialah......jeng jeng jeng




DC26_EvoStripes
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Black (small picture)
DC27_Sakura
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Cream (small picture)
Peach Pinky looking with flowers and abstract

DC28_Brown Violet
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Cream (small picture)
Elegant and Sweet
DC29_Red Crimson
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Black (small picture)
All time favourite, elegant, hot looking red
DC30_ElSalva
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Dark Brown (small picture)
Another all time fav, looks very exclusive



DC31_Pink Blush
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Cream (small picture)
Soft and Sweet



DC32_Batik Paisley
RM50 (excluded postage)
Inner Cloth is Light Brown (small picture)
 
 
Camne nak order?

email me at myhafiy_blogshop@yahoo.com
or visit our facebook page and can personally comment on pictures or PM my inbox.
Or tinggalkan comment kat entry ni

Please allow 24-48 hours for order confirmation. Cheers. Enjoy shopping with us.