Tuesday, May 14, 2013

Umi mematuhi jadual

Alhamdulillah, buat masa ni, umi Imani masih lagi mematuhi jadual mengepam setiap hari di uni dan juga jadual mengepam bila hari cuti. Dan stock susu masih lagi berada pada tahap memuaskan. Syukur syukur sangat . Memang perlu kumpul stock banyak-banyak memandangkan sekarang dah bulan Rejab. Lepas tu Syaaban dan akan tibanya bulan Ramadhan yang dinanti. Mengikut pengalaman mengepam dan menyusukan Ilyaas di bulan Ramadhan 2011, kadar penghasilan susu akan drop sedikit pada masa itu. Tapi Allah itu Maha Kuasa, pasti cukup buat anak kita. 



Buat masa ni, jadual mengepam adalah lebih mudah di ikut berbanding waktu bekerja dulu. 
Hari-hari di university umi ikut jadual pengepaman ini

Pagi antara pukul 6-7pagi -sessi pertama
Mid Morning pukul 9.45-10.45 pagi - sessi kedua
Afternoon 12.30-1.30pm -sessi ketiga
Evening 3.30 -4.30pm - sessi keempat
Midnight/ before sleep 11pm-12am - sessi kelima

Time tu fluctuate sikit bergantung pada tahap aktiviti yg sedang dilakukan pada waktu itu. Ye la, tak kan tengah2 discussion dengan supervisor nak lari pergi pam kan, so anjakkan sikit la masa mengepam. 

Satu session biasanya amik masa 15minit

Kalau hari cuti di mana Imani ada bersama, sessi Mid Morning dan Afternoon akan di-eliminate. 
Tinggal sessi morning, evening dan before sleep saja. Dulu waktu susukan Ilyaas saya tak mengepam bila di rumah. Mungkin saya malas, dan mungkin sebab Ilyaas memang seorang milk monster. 
Yang sebenarnya saya mmg takut susu tak cukup kalau dah dok pam bila anak ada bersama. 
Rupanya saya salah. Walaupun anak ada bersama, sessi mengepam harus di teruskan. 
Tambah lagi bila sudah rasa bengkak susu

gambar latest Imani bersama umi


Rezeki kadang-kadang banyak susu. Kadang-kadang sikit. 
Apepun tetap simpan dan simpan. 
Ada kesempatan, saya hadiahkan pada Zarifa
Kalau saya jadikan kurma sebagai kudapan saya, InsyaAllah susu pun banyak. 
Kalau saya makan nasi lemak untuk breakfast, InsyaAllah susu pun banyak. 
Buat masa ni mmg tak makan apa-apa produk untuk tambahkan susu, kecuali suppliment for Lactation Mother from Blackmores. 

Umi harus ikut jadual lain-lain jugak untuk berjaya. read jangan malas membaca, jangan malas menulis. menulis thesis dan paper, bukan hanya menulis blog.:P

Contoh jadual yg kena ikut ialah

Jadual memasak setiap hari kecuali hari rabu
Jadual baca quran
Jadual membuat literature review setiap Rabu dan Selasa
Jadual update stock di Myhafiy Blogshop setiap hari Khamis
Jadual update barang pada supplier setiap Sabtu atau Ahad
Jadual membuat tutorial software setiap hari lepas lunch hour

Hoi, skrg lepas lunch hour la ni, tp pi tulis blog pulak.....


ok-ok, bye...



4 comments:

  1. fuhhh.. lin pun da kena start buat jadual la.. nanti anak da 2 kelam kabut.. jadual basuh baju.... masak... kemas rumah... kan... thanks for remind me... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...welcome dear..aah betul nk masak basuh bj pon ikut hari

      Delete
  2. inshaallah..cukup utk anak2 kita..akak pun dh mula berpikir nak buat stock utk pose..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kan kak...saya rasa mcm nak start consume shaklee..
      akak amik shaklee x?

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...