Wednesday, January 30, 2013

Kelahiran yang dinanti-Part 1

Kronologi Kelahiran Imani Hafiyya, puteri sulung kami, cahaya mata kedua kami.

19 January 2013, Sabtu
Week 39 Check-up dekat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh.
VE was done. Dilated 4cm.
CTG checked. Contractions were minor. Tak rasa sakit sgt. But knew it is contraction. about 30-40minutes.
The whole week was spend dgn cara berehat di rumah, berjalan keliling tasik UTP and spending some quality time with Ilyaas.
Parents datang from Penang. Semua tak sabar menunggu kelahiran baby girl ni. Cucu perempuan pertama sebelah saya.

20 January 2013, Ahad
Pukul 12mlm, ke PPAR. sebab contraction masih terasa dan ada show. Sampai di PPAR, buat CTG, jantung baby ok. dan contraction hilang. Mungkin sebab baby dah tidur dan I took warm bath before pergi hospital. Mulanya midwife nak tahan untuk masukkan pitocin the next morning sbb dilation still the same, but both husband n me decide tak nak since mmg xsakit. So, Dr Raoofah benarkan kami balik.

Sepanjang hari, tak ada contraction yg kuat. just mild and tak sakit. Nak berjalan ke mana pun tak boleh, sebab hari hujan je the whole day.

21 January 2013, Isnin
Tgh malam, every one hour bangun ke toilet. Rasa memulas nak yak yak. Pukul 4.30pg, ada bloody mucus. Bagitau husband " rasanya nak bersalin dah ni" dia jawab "ok" pastu sambung tidur.
Saya pun tunggu jap sampai subuh dan kira kekerapan contraction. Sempat solat sunat mintak dipermudahkan.
Lepas subuh, baca surah Maryam. Ambil masa nak habiskan, sambil melayan contractions yg makin kerap. 10-15minit dah. Setiap kali contractions, stop dan buat breathing dan duduk mencangkung. then, baru sambung baca surah Maryam.

Pukul 7.50pg, hantar Ilyaas ke babysitter. bekalkan extra susu. Ilyaas pulak macam cirit haritu. Bekalkan extra pampers, extra baju etc. Bagitahu babysitter nak ke hospital dah and rasanya bersalin harini jugak. Kalau lambat or tak ambil Ilyaas, harap dia faham.

Sepanjang perjalanan, kira contractions guna Contraction Calculator.every 5-10minutes, contractions sepanjang 40-70saat. Singgah Old Town White Coffee makan roti bakar etc.

9.30pagi- check in hospital. Dapat bilik 401. Gi toilet semua dulu. 

9.45pagi- Kebetulan Dr.Raoofah ada kat ward, so terus check dilation. Alhamdulillah 6cm already. Patut la sakit tak leh jalan dah time contractions datang. Ada mucus hijau kat tangan doc. 

10.00pagi- Water broke. Green colour!!!!! Ya Allah, baby dah yak yak kat dalam. Terus nurse wheel ke labour room. No one in LR. agak bersyukur, sbb nurse semua boleh bg full attention pada saya. 

10.15pagi- Buat CTG. Alhamdulillah jantung baby ok. Active and normal. Lepas water broke, contractions tak rasa kuat sgt. So midwife and doctor decided untuk masukkan pitocin to increase contractions since baby pun dah berak. If I want to deliver normally, tak leh tunggu lama-lama dah. The risk of baby tertelan air ketuban yg dah diberak tu sgt tinggi. Kalau tertelan, mcm2 complication pulak..Nauzubillah. 

11.30pagi- Contraction makin kuat. keep on selawat, ayat nabi Yunus dalam perut ikan nun, mula-mula sempat baca surah maryam in between contractions, tp lepas contraction makin intense, tak terhabis baca surah maryam. Husband sentiasa kat sebelah. Jadi penguat smngat. 
Urutkan pinggang, kaki, bacakan selawat etc. Sometime rasa mcm dia nak tidurkan Ilyaas pulak mendodoi sy yg tgh sakit. 

12.30tghhari- nurse masukkan tiub untuk air kencing sbb urine makin banyak. air ketuban yg dok keluar semua hijau..husband dah risau apa2 jadi kat baby. tp CTG tunjuk ok. nurse cabut CTG supaya lebih selesa. check guna alat apa ntah every 15minutes camtu. Nurse banyak kali offer etanox  gas. I refused sbb tak nak high and tau it doesnt help at all. Nurse offer pulak pentadine. Last-last, I decided to take pentidine. dapat rehat kejap in between contractions. Lepas cucuk, terus lalok, dan ngantok sgt. husband pun dapat relax kejap if I tak de contractions. Since masuk pitocin lagi and contraction makin intense, badan menggigil-gigil setiap kali sakit datang. rasa bergegar katil and besi yang dipegang. tak berani nak pegang tgn husband kuat-kuat, kesian tgk kesan merah lepas diramas kuat masa sakit tu. so pegang baju dia sampai rs mcm nak koyak. 

At the same time, nurse ada check dilation, baru 7cm. Tapi dah ada rasa nak teran sikit-sikit. Since baby dah berak, nurse benarkan untuk teran. Slowly teran bila ada rs sakit, tp sambil mengiring. Teran untuk bantu baby turun. Nurse dah dpt rasa rambut baby. Masa nurse ckp tu rasa lega jugak la walaupun ada 3cm to go lagi walhal sakit sgt dah masa tu. 

1.00tghhari- Doc datang. Ajar pushing betul2. check bukaan still 7-8cm. Husband and I dah risau gila masa ni sbb bukaan agak lambat memandangkan baby dah berak. Tp doc and nurses semua supportive sgt. Time contraction dtg je, semua suruh teran. tp tibe2 I tak rasa nak teran. Boleh ckp, jap jap, nak relax jap. 

1.30tghhari- Rasa nak teran. Pastu dgr azan zohor kat speaker dalam labour room. Dgr doc or nurse ckp, cepat2 baby nak lahir time zohor ni. Dengar je azan, rasa semangat nak teran. Terus teran. After teran, nampak doc keluarkan  glove, then I heard she said...OT NOW! 

Ya Allah, kenapa? What happened to my baby? Is she ok? What's the problem this time? Why OT lagi? 
So much like Ilyaas' delivery story...


Continue in Part 2

Monday, January 28, 2013

Day 7 of life

Annoucing my little girl's name,Imani Hafiyya binti Abdul Halim
Maksudnya Kepercayaanku yang mulia.
Semoga Imani membesar jadi anak.solehah ye.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, January 26, 2013

Quick Update-Balik kampung berpantang

Hari ke 6,we are going back to Bukit Mertajam.Umi's hometown utk continue berpantang di kampung.

Hari 1-3,Tok (umi's mak) dah dtg.
Hari 4-5,Nenek ( ayah's mak) pulak tolong jaga.

I'm grateful to have lovely n caring grandmothers who love me and willing to take care of my umi,my brother and myself during this confinement.

k gtg.
pic attach is myself with abg ilyaas n my umiejie

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, January 23, 2013

Announcing my baby girl,born on 21st Jan 2013,@Pusat Perubatan Ar-Ridzuan,Ipoh on 2.08pm.
birth weight 3.00kg,length 49cm.

Alhamdulillah both ummi n baby sihat.now dah balik rumah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, January 20, 2013

False Alarm dan Turun Tanda

Harini 39w3d.
masih bergolek2 depan tv dengan ilyaas hafiy.
semalam check up dgn doc,check bukaan.Alhamdulillah dah ada jalan.n alhamdulillah masa doc check tu tak rasa sakit mcm kena check bukaan time ilyaas dulu.breathing helps!

buat CTG,jantung baby ok.contraction ada and masih mild.so,i decided not to be admitted yet.

sempat singgah jusco beli chatime horlicks ice blended n.tapaw KFC bawa balik rumah,mkn ramai2 ngn my family yg dtg from penang.since tgh hari sampai ke malam,contractions masih mild.kejap2 kuat.dan jarak 15-20mins..by tgh mlm,my mum advice utk pegi hospital.sbb mmg ada show since ptg..so siap2 n ready semua ingt2 nk kn admitted dh.

sampai spital,check bukaan masih sama..n contraction mcm dah xde..baby pon dh sleep.midwife ckp kena admit,klu bukaan sama je pagi kena masuk air/pitocin.
oooooohhh noooo..tak sanggup...experience bersalinkan ilyaas dgn method ni,tak tertahan sakit..end up czer emergency..klu diizinkanNYA xmau la czer lagi kali ni...so,berkeras nak balik gak.cerita kat midwife my experience n dia pon consult doc.so doc bg balik....kiranya smlm gi spital sbb false alarm laaaa.:p

n harini contraxtion masih mild..show ada je...

we'll see esok mcm mana..

didoakan agar baby tak overdue..nak tunggu 24hb kot.sama dgn 12 rabiulawal.birthday Rasulullah SAW...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, January 18, 2013

39w1d- belum bersalin

Ya Allah, seminggu dah tak update belog ni.
Tapi saya belum beranak lagi ye kawan-kawan.

Bukan busy apa pun, in fact takde buat apa2.
Dok rumah jeeee...
petang2 pegi tasik utp, pusing2 tasik.
tak pun pusing time pagi lepas hantar husband.
balik rumah kemas2 sikit, baca magazine.
tidur, bangun, ngaji, masak dinner, amik ilyaas, gi amik ayah ilyaas.
camtu je la seminggu ni.

tp nak bukak laptop utk update blog mmg xde mood.
nak type kat hp laggiiiiiii laaa xdak mood.

skrg dah 39minggu1hari.
aritu rasa2 mcm nak beranak masa 39weeks.
tp masa hari yg 39 langsung tak sakit, kecuali sebelum tidur rasa contraction yg sgt2 kuat.
ada la dalam 40-60saat. sempat buat breathing technique.
pastu dah takrasa.
tp mmg sakit la.
acah-acah lagi adik baby ni. takpela, selagi belum due date,adik enjoy la duduk kat dalam tu. janji gerak aktif sudah la ye...

ehhhhhh,,,,,
mcm rasa contraction time tgh type ni...ke bukan eh?
masalah sungguh la anak no 2 pun tak reti nak beza contraction ke tak..
tau perut keras. pastu sakit.

esok ada check-up.
tengok apa doctor kata.
tak mau dah nak instinct2 ni. semua tu kuasa Allah.
Allah je tau bila baby ni ready nak keluar.

yang diharapkan,
dapat hadapi kesakitan tu dgn penuh keimanan dan kesabaran...cheeeeewaaaahhhh...
Mudah-mudahan.
Harap sakit tak berpanjangan.
Harap takde sebarang komplikasi dari first stage, second stage and sampai part keluarkan uri dan jahit menjahit.
Harap semuanya berjlan lancar sekelip mata.
Harap dapat terus bf adik lepas adik keluar.

Husband pon xsabar
xsabar nak cuti katanya
hari2 dia tanya ada tanda dah ke?
hadoiiii, aritu masa mula2 tau pregnant dia yg gelabah lebih
ni dah tak sabar nak jumpa anak dah
bersabarlah bang ooooiii

btw, entry ni utk abang
sebab hari2 balik kerja akan tanya
arini takde entry keeeeee

yeeeee,
takde, sebab isteri abang ni takde mood nak berbelog buat sementara waktu...

ok sekian.

korang semua tolong doakan saya dan baby ye. Harap sgt xlepas edd dan xkena induce.

Sunday, January 13, 2013

Quick Update on Sunday

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas my parents and adik bongsu datang rumah. Yela, due date tinggal 2 minggu lagi, so mak ayah di BM dah tak duduk senang pikir anak perempuan tunggal dorang yang tgh sarat ni. Hari Jumaat tu pon, mmg malas nak pegi uni. Pagi tu pegi uni, pastu jalan2 kat tasik dengan Ilyaas. Siap nak berdukung pulak  budak tu sebab takut dgr bunyi tractor pemotong rumput tgh potong rumput kat sekitar tasik UTP tu.. Haissshhh, lenguh pinggang n lutut umi ni nak oooi.

Malam tu dinner nasik kandar simpang ampat la. Tapi yang peliknya, orang yg xmengandung makan lagi laju dari orang mengandung. husband tambah 3 kali nasi. pastu dok complaint perut rasa penuh. dah dah makan 3 kali tambah nasi kandar tu. mana x penuh perutnya.

Sabtu plak, pagi2 lepak sembang ngn mak. mak urut2 kaki yg lenguh ni. hehehe. manja kan saya ni? well, nak buat camne, saya mmg manja. pastu keluar breakfast n off to Ipoh. Kitaorg gi Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Last week, dapat tahu pasal PPAR ni, google, call and bersembang dgn jiran-jiran yg pernah bersalin kat sini, semua ckp bagus. Org PPAR pun layan call sy dgn baik, dan sudi terima case saya dan help me for VBAC, jadi sy pun pergi la check-up di sini. Saya pilih Dr. Raoofah Mohammed Amir.

Alhamdulillah, first appointment at 38w2d ni, berat sy dah turun dari last check-up. dah kurang 300g. Mak kata tu tanda-tanda biasa nak deliver. baby dah turun tp belum engaged sepenuhnya. Menurut kata nurse kat KD, baby no 2 biasa akan engaged sepenuhnya masa tgh sakit labour. Estimated berat baby skrg ialah 3.3kg. Lagi berat dari abang dia! Ilyaas was 2.98kg during birth.

Jadi, doc suruh saya pergi banyak berjalan. Supaya jalan cepat bukak dan tak overdue. kalau tak, baby makin berat...uuuuu, apepun, saya doakan anak dlm rahim ni sihat sifat luaran dan dalamannya dan selamat dilahirkan..Ilyaas skrg pun asyik2 panggil diiiiiikkkkkkkk...pastu dtg tepuk2 perut umi.. tak sabar la tu nk jumpa adik....

Klu belum bersalin, sabtu depan (39w2d), kena buat VE....(tak mau pikir sakit, positif positif positif)...

ok, nak pi buat meatball. nnt malam nak masak spaghetti meatball.nyummmmm..lunch nak makan luar, sbb nak berjalan2 di mall.


Friday, January 11, 2013

At 38week 1day


Untuk menikmati sesuatu nikmat dari Allah, kita harus bersabar. Itu kata-kata pemujuk hati sekarang ni. Ikutkan perut yang makin hari makin berat ni, rasa nak deliver bila-bila masa saja. But I have to be patient and enjoy my last 13 days of pregnancy dengan lebih tenang dan bersabar. Due date 24 January 2013. Another 13 days more. Tak lama dah tu, tapi waktu-waktu macam ni, masa terasa berjalan dengan sgt2 slow. Setiap kali ke toilet, hati berdebar-debar, dah turun tanda ke belum. 


Kalau update status di fb, ramai dah tersalah erti ingt dah dlm labour. No, not yet. Ikut kata Babycenter, after 38 weeks, waiting game pun bermula. Yes, it is a waiting game indeed. Tunggu masa kata orang melayu. 

I think I have settled most of the things, especially dari segi pelajaran. Dari segi persiapan baby pun InsyaAllah dah ready. I mean, right now mmg dah malas nak pikir about study. I think, I want to take a rest. Lepas pantang, I will start again, with full of spirit daripada 2 orang permata hati, InsyaAllah. Cuma, takut juga, mampu ke nak handle 2 orang anak kecil and pelajaran sendiri? Luckily, I'm not working anymore. So, masa yang ada mmg hanya untuk anak-anak, suami dan my study. Alhamdulillah jugak, urusan MyBrain15 dah selesai. Dah terima surat pengesahan dan dah settle dealing with graduate school. Nanti lepas pantang, dah tak perlu jadi graduate assistance @ tutor lagi. So, can focus more on my research. 



Sebab entry ni ialah entry membebel, so kita tengok dulu gambar Ilyaas pagi tadi. My BoboiBoy. Dia panggil adik dalam perut Yaya. :P My boy is growing so fast. Terasa lagi sakit melahirkan dia. Terasa lagi mcm mana nak berhenti jantung ni berdegup masa Ilyaas kena fit last year. You have teach me a lot sayang. I love you so much, you are my first love!.

Ok sambung balik bebelan dan kerisauan....
Lepas pantang nnt, mcm-mcm nak kena buat. I'll need to go to Miri for sort of attachment with Shell. Harap tak lama. sehari dua cukupla. Harap boleh bawa anak-anak. Kalau tak pun, nak bawa baby. I might need to  join a field trip to Niah and kawasan sekitarnya. Mulanya, kena ke Sabah jugak, tp I plan to decline that trip. I can't afford to leave my kids for too long. Plus, ni bukan trip duduk hotel, attend meeting or bengkel. Ni trip keluar masuk National Park, naik boat perhaps, pakai life jacket, usung geological hammer, compas, boots etc. Mungkin tidur dalam khemah, or if I'm lucky dapat tidur dalam motel/chalet. And for sure I'll need to carry a breast pump and storage bottles with me together with other items. And need to explain to my supervisor and the team that I'll need few times a day during the trip to express out my breast milk. Of course, those milk yang di express during field trip terpaksa dibuang. I probably will only chill milk yang I express during the night time. Itupun kalau motel (if dpt motel) ada kemudahan peti ais or freezer. Kalau takde, dengan sedih I'll have to let go all of them. Kalau boleh, I don't want to go for the field trip. Attachment with Shell takpe. Sebab it's in a decent place, decent location. Working environment is different dari field environment. 

But, it's months away. So, biar kerisauan ni setakat ni saja. When the times come, I will have to face it and handle it wisely. I will need help from many sides, my husband, my parents, my parents in law, babysitter, supervisor, and field trip team. Apart from that, my husband and I also looking for opportunity to attend conference or presentation. So that we can present/publish our research. Cita2 tinggi, tp research baru tahap awal lagi. Aim high, tak salah kan. 



Ilyaas sekarang ni, Alhamdulillah, sgt rajin tengok buku. Sampaikan, we both husband and wife kadang2 rasa boring melayan minat dia pada buku. Tak baik pulak kan mcm tu. Patutnya support la Ilyaas. Bukan apa, time nak tidur tu, dia akan bawa masuk 3-4 jenis buku and make sure I read all of them.berulang-ulang kali. Sampai dia tertidur. Sometime, satu page kena baca banyak2 kali, sebab dia suka page tu. Boring laaaaa.. Plus, I'm already tired and sleepy. Dia tak nak ayah dia bacakan. Nak umi jugak bacakan. N kalau ada sound effect like bunyi ambulans or bunyi monkey, dia akan lagi happy. Ada satu masa tu, I was very-very tired. Tertidur dulu masa reading session with him. Last-last, dia keluar ke ruang tamu, meniarap mcm kat gambar atas ni, and continue reading by himself. bukan nya reading pun, belek-belek gambar. It was already 12am masa tu. Well, it's me yang start kan dia bedtime story since dia kecik. So, tak bleh nak salahkan dia bila dia jadi addicted mcm tu. Perhaps, the timing yang tak kena kot, he's excited, while I am tired and lazy. Hahahha. Apepun syukur, dia lebih minat pada buku dari gadgets. Walaupun ada masa dia mintak jugak hp untuk tgk youtube or main flash cards dalam hp. 



That's all for now.makin lama, makin mengarut bebelan ni. Bye. Perut mengeras, tp tak tau nak kata contraction ke tak. K bye lagi. 


Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, January 9, 2013

MARDI Agro Technology Park, Cameron Highland

Nak share pengalaman beberapa kali ke Mardi Agro Technology Park di Cameron Highland.
- a highly recommended one stop center for everything you want to see in Cameron Highland-
 
Location: Tanah Rata, Cameron Highland (berdekatan Sek.Keb Tanah Rata)
 
Entry Fees:
RM1.50 untuk kanak-kanak sekolah
RM3.00 untuk Dewasa
Percuma untuk kanak-kanak bawah 6thn
 
Opening Time:
Monday to Thursday
8.00 am. to 12.45 pm, 2.00 pm to 5.00 pm.

Friday
8.00 am. to 12.30 pm, 2.30 pm to 5.00 pm

Saturday and Sunday
8.00 am. to 5.00 pm

Open on School Holiday & Public Holiday
(Closed on Aidilfitri and Aidiladha)
Parking Lot:
In front of Information Center. Tak banyak lot yang ada, kalau datang dengan bas, baik parking di luar kawasan Mardi (di tepi jalan).
 
Apa yang best di Mardi Agro Technology Park?
 
Macam-macam ada. Saya describe sebagai one stop center.
Kawasalan luas dan penuh informasi tentang tumbuh-tumbuhan dan nature.
Masa di sini, saya sempat melawat :-
 
- Kebun Tomato. Geram betul buah tomato tgh membulat.
- Kebun Terung. Tapi terung rosak atau diracun
- Kebun Strawberry. Strawberry tgh merah-merah. Tapi tak boleh petik sebab baru di letak ubat serangga. Ada kiosk jual ice cream strawberry yang sgt sedap. Rasa lagi sedap dr tutti fruity. Jual dadih strawberry, strawberry celup coklat, ice blended strawberry.
- Taman Bunga. Macam-mcm bunga tgh kembang. Ros, Carnation etc.
- Kebun Sayur. Geram sungguh tgk sayur-sayur ni especially salad. Ada daun stevia jugak. Kobis etc.
Ditunjukkan cara penanaman hidroponik.
- Animal Farm. Ada rabbit, burung, iguana. Tak besar sgt, tp enough for the kids to enjoy.
- Kebun Bunga Ros. Masa sy pegi bunga ros tak berapa nak besar lagi.
- Nursery/ Sales center for pokok/bunga. Pusat jualan yang jual bunga-bungaan, pokok-pokok, kaktus etc. Jual baja jugak. Ahli keluarga yg lain banyak memborong di sini.
- Kedai Cenderamata. Jual Tshirt, Teh pelbagai jenis, sayur-sayur and product2 CH yang lain. Teh kat sini lagi murah compare to beberapa tempat lain di CH.
-Ladang Teh. Saya tak pergi. tak larat nak memanjat. just amik gambar dari jauh
-Fish Pond. Boleh bagi ikan makan. Cantik dan kemas. Dikelilingi bunga2.
- Miniature waterfall.
- English House.
 
 








Disebabkan kawasan yang luas, budak-budak memang excited, berlari sana sini. Ada kemudahan playground jugak, bersebelahan animal farm. Perlu ambil masa minimum 1jam untuk berjalan-jalan di dalam kawasan ni.
 
Kemudahan-kemudahan lain yang ada di Agro Technology Park:-
 
1) Tandas. Bersih
2) Surau
3) Cafe
4) Kerusi lepak-lepak
5) Bilik Mesyuarat etc
6) Bilik/Motel penginapan
 
In conclusion, berbaloi ke sini. Dengan harga tiket yang murah, kawasan yang luas untuk dilihat, banyak info pasal tumbuh-tumbuhan boleh dipelajari, mmg sesuai for family, school or even office trips.
 
Untuk info lanjut dan peta, boleh browse website ni.
 
 
 
 

Evamatic Mat for Baby & Toddler

Hari ni nak share experience guna evamatic mat. Evamatic mat ni mcm tikar getah, yang lembut dan ada sponge kat dalam, sgt sesuai untuk baby yang mula meniarap, mengensot, menjulur, merangkak dan sewaktu dengannya.
 
Al-kisahnya, dah lama sgt beli tikar ni. More than 1 1/2 year dah.  Beli masa baby fair dekat MidValley. Masa tu mmg tgh cari tikar or playmat untuk Ilyaas yang masa tu baru start golek sana sini. Cari online, mostly size single bed. I was looking for something yang besar dan muat ruang tamu. Then, terjumpa la mat ni dekat baby fair. Tak ingat siapa seller dia. Rasanya company ni based in Korea. Ada banyak jenis tikar yang dia jual, pelbagai size, pelbagai ketebalan, pelbagai harga. Paling mahal RM299, tp mmg lembut sgt2 la foam dalam tikar tu.
 
 
Comes in a zipper bag. So, mudah nak bawa travel balik kampung etc.
Harga masa beli ni RM89.90 ke RM79.90...tak berapa ingat.
 
 
 
Boleh belajar ABC sekali
Tp, Ilyaas lately ni la baru nak pay attention dgn abjad2 ni. Sebelum ni dia buat tak tau je.

 
 
Size mat yang saya beli ni 145cm X 515cm mcm tu, approximately.


 
Setelah setahun lebih guna, ada la damage kat beberapa tempat. Sebab Ilyaas masa tgh nak tumbuh gigi, asyik gigit sana sini. So ada la terkopak sikit.
 
Well, Ilyaas guna mat ni sampai sekarang. Hari-hari bentangkan dan dia main atas ni. Kadang-kadang dia buat tikar solat jugak.
 
Yang best nya, kalau ada makanan or air tumpah, senang nak lap.
Dan sebab material dia lembut, kalau baby terjatuh tergolek pun tak berapa risau sgt.
 
 

Tuesday, January 8, 2013

Cam-whoring with Ilyaas

 
Ini bukan Ilyaas yang cam-whoring.
Umi yang lebih-lebih.
Ayah kata syok sendiri.
Umi doesn't care. I want to have pictures like this.
Ilyaas with Umi and Adik in Umi's tummy.
Masa ni 37weeks and 3days.
Hari di mana Ilyaas doesn't want to sleep sepanjang hari.
Play the whole day tanpa penat.

 
 
 
Ini pulak ayah sudi join cam-whoring.
Di Baskin Robbin.
Umi mengidam ice cream sedap
Ilyaas happy dapat free pink balloon.
Ice cream sgt sedap.
Macm nak lagi.
 
 
I love my family
Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, January 7, 2013

Belajar teknik pernafasan ketika bersalin

Tadi pagi gi check-up kat klinik desa. harini genap 37minggu 4 hari pregnant. Kalau ikut kiraan LMP la. Lagi 17 hari ke due date sebenar. Perasaan ? Bercampur-baur.

kejap-kejap rasa berdebar, kadang-kadang sensitif sangat, Lately ni plak asyik homesick je. Sikit-sikit teringat mak. hari-hari telipon mak. Syukur Alhamdulillah I still have my mum. Pastu, bangun pagi dok teringat nasik lemak mother in law pulak. Cuba masak, tapi tak sama. Pastu teringat tak mintak maaf lagi ngn parents, parents in law, ngn ipar duai, ngn adik beradik.

Ok, dah larik tajuk.

Tadi masa gi check-up tu, lepas check blood pressure, amik darah, check air kencing and timbang berat (Yaaayyy, kali ni berat 72.2kg, klu time ni masa pregnant Ilyaas dah 76kg), nurse suruh masuk bilik and baring terus kat katil. Punya la berdebor-debor takut nurse nak buat VE. Scary part ni. Nasib baik tiada VE dilakukan tadi. lega lega lega. Tapi, nurse baik hati ajar dengan lemah lembut cara-cara nak bernafas bila contraction datang dan cara-cara nak meneran. Selama ni saya baca je, td nurse suruh demo. Baru rasa lebih konfiden. So, berdasarkan apa yg nurse ajar dan apa yg saya baca setakat ni..teknik-teknik bernafas masa nak bersalin ialah macam ni...:-

Masa mula-mula rasa nak sakit...contraction manja-manja atau braxton hicks
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, pastu lepaskan ikut mulut
Masa contraction makin kerap dan makin sakit
  • Tarik nafas pendek-pendek ikut mulut, dan lepaskan cepat-cepat ikut mulut jugak..
  • Gaya mcm huuuppp-haaappp huuuppp-haaaappp (mcm lepas lari 100m or 200m dulu kot tp dengan lebih bertenang)
  • Tp jgn kosongkan lung/paru2 terus sebelum sedut nafas seterusnya.
Bila rasa nak meneran tp belum dilated 10cm lagi
  • Tarik nafas 2kali ikut hidung, lepaskan sekali ikut mulut
  • Gaya mcm sniff-sniff-fuhhh
  • kalau tak rasa nak meneran, hembus nafas mcm biasa
Bila dah tiba masa meneran
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut mulut, dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan ikut mulut jugak.
  • Lepas dgn sekali nafas, untuk elak baby termasuk balik (mcm mana tu ek??)
Posisi ketika nak meneran
  1. Nurse ajar tadi, masa nak meneran ni, position kita ialah dlm keadaan duduk bersandar sikit.
  2. Mintak katil diangkat. Tak pun husband tolong ampu bahagian belakang badan/kepala kita supaya lebih tinggi dari berbaring.
  3. Mata pandang perut (boleh jadi penguat semangat nampak perut mengempis bila baby keluar). Dagu cecah dada ketika meneran.
  4. Kedua-dua tangan pegang buku lali dengan kuat untuk elak diri sendiri dari angkat punggung.
  5. Bila rasa sakit baru push dengan sekali nafas.
Posisi suami ketika saat-saat isteri nak meneran pula:-

Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Ada video yang membantu kat youtube.


Dan bacaan dari Blog Adrinis yang saya rasa paling simple nak faham dan follow.

Satu lagi teknik dari Blog Aisyah Rahim.

Aisyah ajar cara yg lebih kurang mcm BabyCenter ajar, tp diaplikasikan secara lebih Islamik. "Reeee..."---"Laxxxxx..." jadi Doa Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun.

Masa sedut nafas ikut hidung, dalam hati dan otak lafazakan "Lailahaillahanta..." , bila hembus nafas melalui mulut pulak, dalam hati dan otak lafazkan " Subhanakainnikuntomminalzolimin"

* Ini ialah nota untuk saya ingat dan praktikkan. Harap dapat membantu masa labour nnt. Kita hanya bersedia dan berusaha, selebihnya terletak pada Allah SWT jua. Saya cuba yg termampu.
* Dulu masa first pregnancy, langsung tak amik kisah pasal breathing teknik ke apa ke...isk isk isk...

Friday, January 4, 2013

Macam-macam dalam kepala

Ingatkan lepas submit progress report, boleh tenang dan tak yah pikir pasal research dah.
Tapi tidok, datang pulak kecuakkan mampu ke study dgn baik lepas beranak 2 nnt?
Mampukeee?
So, rasa mcm nak kena start tulis itu ini dalam thesis.
Memang la dah boleh masukkan sikit-sikit apa yang ada skrg.
Tp nak fine tuned bagi ayat lawa-lawa tu mood tak datang lagi.
Husband kata, nak cepat habis, kena siapkan cepat.
Nak tunggu mood datang, susah la kan. Memang pun!

Skrg rasa cuak menebal untuk masuk ke labour.
Lebih cuak dari anak pertama dulu. Yang dulu more to excited dari cuak.
Dah tau sakitnya contraction tu camne, skrg no 2 baru nak cuak.
tak tau cmne nak cakap.
Bila baca breathing teknik dan terbayang suasana labour room, berpeluh, sakit tak terkata,
rasa mcm ke-laut juga breathing teknik ke apa ni.
Kadang-kadang rasa tak kompiden ngn diri sendiri. sebab saya ni penakut orangnya, walaupun badan besar dan tinggi.
Padahal mak dulu mampu je bersalin ramai-ramai.

satu lagi tak paham ngn diri sendiri apsal asyik sayu je kalau dpt news kawan-kawan dah bersalin.
eh bukan sayu, tp syahdu. terharu. menghitung hari diri sendiri.
mungkin sebab due date kitaorg semua dalam bulan januari ni kot.
leez dah selamat bersalin 31dec.walhal due date 15jan. anak lelaki.comel.mesti hensem besar nnt.
natq plak selamat bersalin semalam. anak lelaki jugak.
pasni maisara pulak. edd dia patut 19jan. tarikh titans masuk college dulu. sama ada awal atau lewat, wallahualam.
lepas mai, saya la.insyaAllah.

pastu risau jugak, ilyaas skrg makin clingy. ok ke nnt dia dpt adik?. tiap2 malam nak tidur, mesti nak umi temankan. kena baca story booksssss byk2 kat dia. kadang-kadang, ilyaas sengaja mintak saya dukung dia..mesti la dukung, budak tu belum sampai 2 tahun lagi.
malam2 tgh tidur, dia terjaga, ek ek ek cari umi. kalau boleh nak datang baring atas badan umi.tak boleh dah sayang, perut umi ni besar dah.
jadi, apa sy buat, kol 3-4 pagi dia terjaga ek ek ek, bancuh susu, bagi dia minum.peluk dia, usap-usap kepala bagi dia tertidur balik kat katil dia. tu pun smlm, lepas minum susu, dia bangun berdiri nak langkah masuk katil kitaorg. peluk la dia sampai dia betul2 tertidur balik.nnt dia suruh selimut dia dulu baru saya boleh baring kat tpt tidur saya balik.

apepun rasa mcm-mcm dalam kepala ni, saya nak lebih bertenang kali ni.
susun elok-elok, plan elok-elok.
kita plan, Allah tentukan semuanya.
so, doa jugk byk2.


Menyambut Kelahiran Mengikut Sunnah

Sekarang ialah masa menambah ilmu dan pengetahuan untuk bersalin, menyusu, mendidik anak dan yang sewaktu dengannya. So, my entries akan berkisar topik-topik ni la seminggu dua ni.

Dalam menyambut kelahiran bayi baru, ada beberapa adab yang telah diajarkan Rasulullah SAW sebagai panduan kita semua umat baginda. Antaranya ialah:-

 
1. Melaungkan azan di telinga kanan anak serta iqamat di telinga kiri sejurus selepas kelahirannya. 

" Aku melihat Rasulullah azan di telinga Hassan bin Ali sewaktu Fatimah melahirkannya"( Riwayat Abu Daud, daripada Abu Rafi')

- untuk memastikan kalimah pertama yang didengar oleh si anak ialah perkataan yang mengandungi kebesaran dan keagungan Allah dan kalimah syahadah. 
- dapat menghalau syaitan dan unsur-unsur jahat. 

2. Melakukan Tahnik dengan buah kurma/tamar atau makanan yang manis

Abu Musa al-Asy├íri bercerita: "Saya telah mendapat anak lelaki, maka saya membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, menyuapkan tamar ke dalam mulutnya dan mendoakan keberkatan untuknya lalu meyerahkan anak itu kembali kepada saya" ( Riwayat Al-Bukhari). 

- Cara Rasulullah mentahnikkan bayi ( diringkaskan dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  *Baginda mengambil sebiji tamar lalu dikunyah-kunyah
  * Kemudian disuapkan ke mulut bayi

- Sekiranya takde kurma/tamar, maka suapkanlah dengan sesuatu benda yang manis-manis. 
- Boleh dilakukan oleh ustaz/iman atau orang-orang alim
- Namun, sunnah tahnik dilakukan sejurus selepas kelahiran, sebelum disusukan, jadi memadai tahnik dilakukan oleh Ayah bayi tersebut. Menurut Majalah Al-Ustaz edisi 09, maka sebaik azan pada telinga anak, susulilah dengan mentahnikannya dan kemudian menyusukannya dengan susu ibu. 
- tidak salah sekiranya bertahnik banyak kali
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini

3. Mengucapkan tahniah merangkap doa buat ibu bapa si anak

Antara doa-doanya:-
"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberianya. Semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang daripada anak ini"

"Semoga Allah melimpahkan berkat-NYA ke atasmu, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikanmu seumpama memperbanyakkan pahalamu".

4. Melaksanakan Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
- seekor kambing untuk anak perempuan
- sunat dilakukan pada hari ke-7
- tetapi tidak salah dilakukan pada waktu lain

5. Mencukur kepalanya

Sabda Rasulullah: "Bagi setiap seorang anak hendaklah dilakukan aqiqah:sembelihlah haiwan baginya dan buangkan daripadanya penyakit (cukur rambut) (Riwayat al-Bukhari)

6. Memberi nama yang baik. 

7. Berkhatan

Sabda Rasulullah : "Lima amalan ini ialah fitrah manusia: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"( Riwayat all-Bukhari dan Muslim).


Rujukan: Majalah Al-Ustaz Edisi 09



Thursday, January 3, 2013

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Alhamdulillah, pagi ni bangun dah masih sihat. 37weeks of pregnancy, and still enjoying it. Walaupun pagi tadi perut rasa memulas-mulas, dan bila ke tandas tak ada hasil, dituruti contraction manja beberapa kali pagi tadi. Lepas mandi, semuanya ok seperti sediakala balik.
 
Masa pregnantkan Ilyaas, saya tak tahu rasa contraction mcm mana sampailah dah masuk labour room. Maksudnya, saya tak ada tanda-tanda awal bersalin, kecuali saya rasa pergerakan Ilyaas kurang, dan bila buat CTG nampak ada contraction and check dilation dah 2cm. Tunggu 2 hari, dilation jadi 3-4 cm, so doctor suruh straight ke labour room, walaupun belum rasa sebarang kesakitan. Jadi, saya pun banyakkan membaca dan bertanya tentang tanda-tanda hampir bersalin. Melalui bacaan saya, tanda-tanda hampir bersalin ialah:-
 
1. Bayi turun ke bawah
- perut rasa lebih ringan, kurang rasa tekanana pada tulang rusuk dan diafragma. Pernafasan lebih mudah.
- kepala bayi telah mula memasuki kawasan tulang pelvis
-  sakit di bahagian celah kangkang setiap kali bangun dari duduk/tidur/berjalan
- kerap buang air kecil
- kerap rasa hendak buang air besar
- kerap terkentut
 
2. Keluar lendir pekat/ keluar darah bercampur lendir
- orang tua-tua kata ni kembar darah.
- tanda yang mudah untuk dikenal pasti
- lendir pekat dari pintu rahim. seperti gam menunjukkan pintu rahim mula menipis
- lendir pekat bercampur darah akan keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh jadi beberapa jam atau beberapa hari sebelum melahirkan.
 
3. Sakit Belakang
- menunjukkan bayi beralih dan menekan belakang
- cara nak kurangkan sakit belakang
  i ) berada dalam posisi merangkak selama beberapa minit. tp jangan merangkak ke hadapan.
  ii) angkat badan ke atas dalam kiraan 5 dan rehatkan. ulangi sehingga rasa selesa
  iii) mintak tolong suami urutkan bahagian pinggang dalam posisi kita mengiring
  iv) Banyakkan berjalan
 
4. Pecah Air Ketuban
- tanda yang mudah dikenal pasti
- tapi sangat jarang terjadi. mostly doctor yang akan pecahkan air ketuban bila dilation sudah 4 cm ke atas.
- Air ketuban ialah air berwarna jernih, tanpa bau. Kalau bayi dah terberak di dalam, air ketuban akan berwarna kehijauan.
 
5. Kontraksi yang kerap dalam tempoh yang dapat ditentukan
- 5 minit sekali selama 1 jam atau 10minit sekali setiap 1 jam.
- buat jadual untuk monitor.
Peringatan untuk diri sendiri --> dalam keadaan menunggu tanda-tanda hampir bersalin, selagi belum keluar darah atau air ketuban, banyakkan membaca surah Maryam, surah Al-Fatihah, selawat, doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun.

Wednesday, January 2, 2013

Preparing for the next breastfeeding journey


Entry pertama 2013. 
One of my 2013's resolution, untuk breastfeed baby kedua, sekurang-kurangnya sepanjang tahun 2013, dan jika diizinkanNYA, sepanjang 2014 juga. 

Untuk itu, perlu persiapkan diri dengan ilmu breastfeeding yang ingat-ingat lupa, dan juga barang-barang yang perlu untuk membantu my second breastfeeding journey. 

Apa yang saya dah ada dari Ilyaas dulu boleh digunakan lagi. 
- Pump Electric Medela-
-Pump Manual Mebby-
- Mum's Little One 2oz storage bottle-
-Various brands 5oz storage bottle-
-Suri breastmilk plastic storage 12oz-
-Auntumz breastmilk plastic storage 7oz-
-sticker for labels-
-Ice pax Madela dan Autumnz-
-Storage Bag Medela dan ada extra dah SIL-

Sterilizer dah beli baru. Tanpa sterilizer, boleh amik masa berjam-jam nak sterilize semua botol yang digunakan dalam sehari. 

Yang sgt perlu ada untuk realisasikan niat nak breastfeed kali ni ialah Deep Freezer. Peti ais skrg mmg tak kan muat nak simpan EBM dan juga frozen food baby nanti. serta barang2 dapur kami sekeluarga. 

Mudah-mudahan rezeki baby utk menyusu sama mcm abang Ilyaas. Dan umi tak boleh leka dan confident dgn pengalaman yang ada sebelum ni. This time, need to be more alert kalau nampak susu mcm nak drop.