Monday, July 21, 2014

Imani 18 mo

Assalamualaikum Imani Hafiyya,

Princess Umi dah masuk 18 bulan hari ni. Alhamdulillah, Imani sihat sepanjang 18bulan melihat bumi Allah SWT ni...
Umi nak tulis ni untuk Imani baca bila dah besar nnt yer (itupun kalau blogspot ni masih wujud)..

Pada usia 18bulan, Imani dah pandai buat beberapa perkara tau..
Imani rajin sgt tolong umi dengan ayah buat kerja rumah, contohnya bila nampak umi or ayah bawak bakul baju yg nak dibasuh, Imani mesti cepat2 ikut pergi tunggu depan washing machine. Walaupun belum cukup tinggi, Imani cuba nak masukkan baju busuk dalam washing machine.

Kalau nampak baju yg dah siap dibasuh dalam bakul, Imani cepat2 get ready tunggu depan pintu rumah. Lepas tu Imani akan tolong jemur baju dekat ampaian kita. Walaupun tak cukup tinggi lagi, Imani sangkut semua baju di bahagian bawah ampaian. Terima kasih princess umi sebab rajin. Moga nnt dah besar pon rajin tolong umi dgn ayah yer.


Imani Hafiyya 18bulan. Ni gambar adik dekat rumah tok dad dan nenek di Terengganu. 
Adik ni walaupun 18bulan dah, tp berat masih kurang 10kg, baju size 6-12 m pon padan lagi tu.. 
Cuma Umi perasan adik ni jenis tinggi, kurus..


Imani sayang, 

sepanjang 18bulan ni jugak Imani minum susu umi. Syukur, Allah murahkan rezeki susu buat Imani walaupun ada dugaan sepanjang perjalanan menyusukan Imani bulan April yang lepas. 

Sekarang Umi dah cuba nak sulamkan Imani dgn susu formula. Tapi penerimaan Imani terhadap susu formula adalah kurang 10%. Tak apa ye sayang, umi tahu Imani tak ready lagi kan nak fully wean off.
Umi pon xnak komplen banyak2, Umi akan cuba lagi 6 bulan untuk susukan adik sampai adik cukup 2tahun. Kemudian baru kita usaha stop breastfeeding yer. Mungkin nnt bila adik dah 2tahun, lagi senang  adik nak faham bila umi ckp susu umi dah tak ada kan?


Pada usia 18bulan, anak umi ni dah boleh sebut beberapa perkataan dan orang sekeliling dah boleh faham. Bab ni umi rasa adik cepat dari abang, sebab Imani banyak belajar bercakap dari Abang Ilyaas. 

Antara perkataan yang adik rajin sebut sekarang ni:-

Umi
Ayah
Abang
Mak
Wan - tok wan BM
Matok - mak tok BM
Ninik  - nenek Terengganu
To' Dad - Atok Terengganu
Akan - makan
Num -minum
Ais - Air
Bubur
Gigi
Mulut
Cukup Dah - bila dah habis minum susu
Ayang
Kasut
Adik
Car
Cat
Bus
Beg
Yaash - Ilyaas
Ani-Imani 
Menan -mainan


Cubaan Adik nak buat peace.. 
Umi rasa adik nak sampaikan mesej kepada tentera2 jahat kat luar sana yg kejam bunuh orang tak berdosa di semenanjung Gaza kan? 
Kesian kawan2 sebaya adik dan abang kena bedil dengan peluru.. 
Kita doakan yg terbaik buat mereka ye adik... 


Oh ye, umi lupa. 
Adik ni ada satu peel tau.. Kalau adik naik apa2 jenis kenderaan (kecuali basikal), confirm adik berbaring atas riba umi. tak ada lain, tujuannya nak susu je. walaupun bukan nya lapar atau dahaga, adik mesti nak melekat. Dah jadi habit adik dah mcm tu.. 

Satu lagi, adik jenis lambat panas kalau jumpa orang yg tak kenal atau lama dah tak jumpa. 
tapi ada dua orang yg selalu jadi fav adik. 
Tok Dad dgn Tok Wan. 

Adik manja sgt dengan dua2 atok ni.. 

Nanti adik dah besar, jangan lupa dorang yer. 


Princess umi, 

Mujur adik ni tak berat sgt. Sebab adik punya fav suka berdukung. Waktu umi masak sahur pon nak dukung. 
Maybe sebab umi awal2 lagi dah introduce kan adik dengan baby carrier kot. Jadi adik terbiasa berdukung dgn umi. Sekarang ni adik suka berdukung dekat belakang umi. 
tapi kalau nak tidur, adik still suka carry belah depan. 



hmmm, 

Umi dah blank nak tulis apa lagi untuk adik. 
Umi cuma harap adik rajin sikit makan nasi. 
Adik mcm allergic je dgn nasi. masuk 2-3 suap, dah tak nak. 
last-last nak susu jugak. 
macam mana berat nak naik dik oooi..

satu lagi harapan umi supaya adik dan abang sentiasa sehat membesar cerdas dan cergas... 

Salam sayang ,,

Umi...

6 comments:

  1. Ohh .yg bab naik kenderaan tu sebijik dak Aish..huhuu

    ReplyDelete
  2. Eh sm la nama ngan anak haiza jgk..hehehe..imani jgk...

    ReplyDelete
  3. hi, imani hepi besday.smlm aunt jumpe abg je..x dpt jumpa imani..moga jd anak yg solehah

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...