Wednesday, August 6, 2014

Holland Trip 2014: Zaanse Schans

Assalamualaikum semua, 

Dah lama tinggalkan entry-entry berkaitan jalan-jalan sambil kerja kami di Holland bulan May/Jun yg lepas. 
Hari ni, nak sambung balik menulis pasal Holland Trip 2014. 
Kali ni nak bawak korang semua untuk virtual tour ke Zaanse Schans, sebuah wilayah perkampungan yg terletak di daerah Zaandam, 30-40km outside of Amsterdam. 

Cara nak pergi ke sini senang je. 
Amik  Connexxion Bus no 391 dari Amsterdam Centraal Station. 
Bus ni akan park depan centraal station tu, dekat area tram/bus stop. Bergerak setiap 30minit. 
Kalau waktu summer, setiap 15minit bus ni akan gerak.  
Tiket untuk ke Zaanse Schans boleh di beli dari kaunter tiket dalam Amsterdam Centraal Station. 
Kaunter tiket tu betul2 depan pintu masuk centraal station. 
Harga saya tak ingat dah sebab saya guna OV Chipkart je. 
Perjalanan dengan bus 40minit. 


Nak naik train pon boleh, turun kat Station Koog-Zaadijk. Kena jalan kaki 15minit untuk sampai ke Zaanse Schans. 
dalam bus connexxion on the way nak ke zaanse schans. pergi semua muka ceria
je. balik semua terlentok lena..


dah sampai zaanse schanse.
kat sini, korang kena biasakan jalan kaki yer.
takde transport nak guna utk bersiar2.
kawasan ni luas gak la nak explore

Masa kitaorg pergi, sepatutnya time summer tapi Ya Rabbi, sejuk gila, berangin punya la kuat. Langit plak mendung gloomy jer. I check dah weather sebelum pergi tu, tp mmg xsangka angin kuat sgt, jadi mmg sejuk. Kesian anak2 lupa nak bawa snowcap and muffler dorang. Gloves pon lupa. 
nasib baik pakai thermal.I pakai jaket jeans je, huhu sejuk sgt...

Btw, gambar yg cantik2 semua dalam camera besar. Nak tunggu I resize dan letak bookmark mmg berjanggut la nak publish entry ni. Maka dengan itu, I share gambar2 from hp je la yer. Al maklum yer, hp second hand, maka camera mmg blur. 
ada beberapa keping je yg dari camera besar yg I sempat resize..


Imani with myself berlatar belakangkan one of the famous windmill dekat Zaanse Schans ni. 
Zaanse Schans ni sebenarnya sebuah perkampungan orang belanda yg masih mengekalkan ciri-ciri kurun ke-17. semua rumah, windmills, dan bangunan kat sini adalah originally dari kurun ke-17. 
nak merasa lifestyle orang belanda kat kampung2, mmg sgt sesuai pergi Zaanse Schans ni. 
kat sini jugak kira mcm one-stop-area untuk melihat 'the real Holland' secara lebih dekat. 
Ada kilang cheese, ada kilang buat clog (terompah kayu), ada clog museum, ada rumah2 dkt windmill yg jual barang2 tradisi orang belanda mcm olive oil etc, stroopwaffles and roti almond (manis gila kat tengah2). 

Alhamdulillah. dapat jugak kami sekeluarga jejak kaki ke negara orang. dapat lihat alam yg cantik. 
Syukur ada rezeki suami nak bawa kami ikut dia bekerja kat oversea. kebetulan I masih student, so senang2 je la amik cuti panjang sebulan lebih. huhu. 
Rezeki anak2 dapat melawat negara orang di usia kecik. 


nampak tak daun-daun lalang tu. melintuk2 di tiup angin. boleh imagine tak camne kuatnya angin kat sini. Ada 5 windmills yg masih beroperasi kat sini. tp masa kitaorg datang tu, ada 2 je kot yg bukak. 
kalau nak masuk dalam windmills ni, kita kena bayar. tak silap I dalam 3.50 euro je. boleh la lepak2 minum hot choc or kopi dalam tu n beli souvenir kat situ. ada jugak yg buat demonstration.. tp kitaorg tak masuk pon. malas nak bayar... 

 Breathtaking view
tu bukan sawah padi yer. padang rumput je. tempat lembu kambing makan. 
tapi sebab sejuk sgt time ni, lembu kambing pon hibernate jer.
anak-anakku bergambar dgn lembu tgh hibernate. 
lembu susu frisolac ni.:P
suka sgt pic ni, 
Ilyaas looks so abang. 
dekat kilang cheese. kat sini jual macam2 product cheese based. 
susu formula baby pon ada. 
i try gak rasa 2-3 jenis cheese. 
semua sedap. 
tp tak beli pon. 
rasa membazir je beli cheese besar2, buat berat beg je  nak travel. 


I beli roti almond ni. 2 euro. 
i makan tepi2 yg crunchy je, tgh2 tu ada gula,manis..
husband makan bagi habis. yg blkg tu belgium waffles.

I beli roti tu kat bakery museum ni. comel gak la bakery ni. 
kat depan dia jual candy, blkg2 mcm rumah kayu buruk je tibe2 ada 
sorang mak cik dutch jual roti waffles n biscuits. 


view sekitar Zaanse Schans. 
Kitaorg amik masa berjalan dalam ni lebih kurang 2-3 jam. 
campur gi toilet semua. 
habis semua kawasan la pusing. 


nak kat rumah2 kampung. 
mmg cool sgt rumah2 ni. 
comel je. 
I nak je masuk tp of course la xleh, ada owner dia kan. 
ni one of the main street dkt dalm Zaanse Schans. 
berdepan dengan rumah2 kampung yg kat gambar sebelum ni. 
Area jalan ni mcm rumah orang kaya. besar2, pastu decoration pon cantik2. 
agaknya dulu ni kawasan orang berada, lintas sungai kecik baru sampai kawasan 
penduduk yg biasa2.. rumah2 kampung tu. 

area street ni dorang jadikan cafe and bed and breakfast. so sapa nk menginap kat sini boleh la pergi B&B ni.  cafe dia pon ok je, tp kitaorg x makan pon kat sini. 
jalan kat zaanse schan ni free je..kecuali bila kita nak masuk dalam windmills or nak beli souvenir. 
toilet kena charge 50sen. 

Bagi yg nak naik ferry. sila ke jeti. kitaorg pegi amik gambar je. 
x naik pon ferry. so I tak sure harga dia berapa. 
but if the weather is nice, mmg best kot naik ferry explore the whole Zaandam ni. 

ni plak dekat dalam museum clog.
masa ni takde demonstration buat clog.

tapi Ilyaas n umi dia dapat gak cuba clog ni. sedap n selesa je pakai. 
mcm pakai wedges hahahah
sebenarnya pemakaian clogs ni menjadi kebiasaan orang dulu2 kat belanda ni. 
dorang pakai waktu winter untuk make sure kaki dorang tak basah, and dapt turun ke ladang untuk berkebun.
belanda ni negara pertanian utama dunia tau, walaupon kecik je, tp hasil pertanian dorang paling berkualiti. 
teknologi pertanian dorang pon sgt tinggi, sebab tu ramai student malaysia especially from UPM banyak sambung master n phd kat belanda..

ok dalam museum ni ada jual souvenir jugak.. mcm2.. 
paling banyak clogs la. 
harga sama je dgn beli kat kedai cenderamata kat bandar amsterdam. tp pilihan lagi banyak. 
size pon lebih pelbagai. 


dekat luar museum tu ada kasut besar. kat depan n blkg museum. of course ramai orang berebut2 nak bergambar dgn clogs besar ni especially clogs yg dkt depan..
I dgn anak2 pergi yg dekat blkg museum. 
tak payah berebut beratur. kitaorg je ada kat situ. 
tgk la tu, travel tak bawa handbag pon. 
pakai beg pack je. 
mmg takde masa I nak bergaya travel macam ni. 



Diamond clogs yg dipamerkan kat museum clog ni. 

sebelum balik , kitaorg beli gambar yg pihak pengurusan Zaanse Schans tangkapkan masa mula2 sampai. 
10euro satu gambar besar. 
ok la berbaloi gak sebab mmg x dtg dah kot Zaanse Schan ni..



Pit stop kejap bagi anak2 makan dulu sebelum amik bus balik ke Amsterdam..

Itu je la citer ni. 
dari pagi tadi dok type , dah zohor baru habis. 
tergendala je..
sebab banyak kerja penting lain kena utamakan dulu...


ok next entry citer naik bus dua tingkat plak..

4 comments:

  1. fathiya cheese tu halal la ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal Lin.
      dorang guna susu lembu
      ada yg campur kacang pistachio .
      tp setakat yg i alert, takde alcohol and no meat..

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...