Tuesday, February 12, 2013

Set Berpantang saya


Tajuk tu dah bagitau apa yg nak di share utk entry ni. Biasalakan, org berpantang, entry berpantang la jugak kan. 

Dulu-dulu masa pregnant ada buat entry survey set berpantang yg ada dlm Malaysia ni. Rujuk sini untuk entry surveying set berpantang. 

Hasil dari survey tu, saya end up, saya tak beli apa-apa set berpantang pun. Haha. Buang masa je dok survey. Eh tak la jugak, tak buang masa pon. 

Walaupun tak beli satu set, saya beli loose item untuk bahan2 yg saya nak guna waktu berpantang. Selepas fikir-fikir keperluan dan kehendak diri, serta kelapangan masa untuk guna semua produk yg ada dalam set2 berpantang ni. Kalau beli set, harga agak mahal. Jaminan untuk menggunakan kesemua produk yg ada dlm set tu belum tentu. Nak habiskan lagi la tak tentu. So, saya beli loose item je la. Bagitau husband, dia ok je,bagi duit, and bawa sy pi kedai jamu and farmasi, so tup tup total semua termasuk vitamin ialah plus minus RM150. Dapat barang-barang yg dihajati. Yang mahal sekali vitamin eh bukan vitamin, supplement penyusuan..mcm gambar no 1 kat bawah ni.

ok, jom tengok apa sy guna untuk pantang kali ni..

Sneak peak dulu


Mandian Herba


Herbal bath ni saya beli from Nana. Dia ada extra dari her first pantang dulu. Of course la belum expired. Sebab beli dari kawan, dapat la murah dari pasaran. Murah banyak. untung poket. Merasa jugak badan pakai produk Tanamera yg diheboh-hebohkan best itu. Memang Best. Wangi.

Bentuk uncang-uncang camni. Rebus je atas dapur. pastu letak dlm baldi. campur air bagi suam and mandilah anda sepuas hati, feeling2 di spa. kalau nak banyak, letak la dalam 2 baldi. Ikut orang tua-tua, mandi air herba ni tiga hari berturut-turut. Tp, sebab sy mmg suka sgt dgn wangian mandian herba ni, dah masuk hari 22 ni pon saya masih teruskan mandi herba setiap pagi. Lepas habis uncang2 dari herbal bath Tanamera, saya guna pulak mandian dari air rebusan daun-daun kampung. Pon beli dari Nana. Nana pun letgo dgn harga murah. Hee Thanks Nana. 

Dari Ramuan Mandi Delima. daun -daun ni dikeringkan.terdiri drpd campuran akar kayu, daun-daun, kulit pohon, daun pandan etc. Personally sy sgt suka mandian delima ni.wangi n more refreshing dari uncang herbal bath tanamera. harganya lagi murah. boleh rebus banyak2 kali, and air rebusan tu still pekat.

Kebaikan mandi dgn air rebusan herba atau daun-daun kampung ni, boleh buang angin dalam badan, buang bau badan (which is bila kita berpeluh lepas mandi, bau2 badan yg xenak pon keluar, standard la kan bau badan xberapa best masa dalam pantang:P).

Sabun Scrub Herba











Gambar ihsan Google.

Saya mula pakai since pregnant lagi. Untuk elak hitam-hitam daki kat badan. Pengalaman pregnant anak sulung dulu, jenuh nak tenyeh daki2 ni daripada badan masa dlm pantang. So, ambil langkah berjaga-jaga dari awal. So, sambil mandi dgn mandian herba dan daun2 kampung ni, saya guna sabun ni jugak. Setakat ni berpuas hati la dgn hasilnya.


Minuman Cotet Emas

Ni saya beli brand leesa formula. ada 15 uncang. saya mula minum lepas habis semua ubat2 dari doktor. around day 10 mcm tu la. rasa plain.mcm minum green tea tanpa gula, menyegarkan. minum panas2. 
saya letak uncang tu dlm thermos, so tiap kali nak minum air sentiasa panas. 
tujuan nak kecutkan rahim dan sebagai anti oksidan. 

Jamu


















Saya makan jamu mak dara gold. mula dulu plan xnak amik jamu. tp pikir2 balik, demi kebaikkan badan sendiri pada masa hadapan, saya cari gak satu jenis jamu yg senang n xbanyak yg perlu di makan. Jamu mak dara ni consume pagi dan petang, sebelum makan. alhamdulillah xde efek pada baby. n badan sy pun rasa ok je bila makan. dalam bentuk capsule. xde bau2 jamu yg kurang enak.

Bertungku















saya guna tungku batu. berat woo. tp masih termampu la nak angkat. tungku ni dipanaskan atas dapur. pastu balut dgn lapisan2 kain.balut sekali dgn daun mengkudu.mcm gambar kat bawah ni. semerbak harum bau daun mengkudu ni kena tungku yg panas tu.



sebab saya czer, so saya xtungku perut. tp tungku pinggang, belakang badan, kaki, betis etc..

Bengkung

Buat masa ni saya pakai bengkung moden brand Autumnz. tp tak la pakai sepanjang masa. sebab pergerakan agak terbatas bila nak bongkok nak amik baby from baby cot. tambah nak melayan abang dia yg tgh lasak ni..
Bengkung tradisional yg my mother in law buatkan tu, biasanya sy akan pakai bila luka dah betul2 sembuh. lepas hari 30 la. ni ikut pengalaman masa bersalin Ilyaas dulu la. sebab bengkung moden ni tak cover bahagian punggung and paha. sobs2. hanya cover perut je. tak sabar nak tunggu luka fully baik n boleh pakai  bengkung tradisional tu. 

Lotion

Masa nak berbengkung, saya sapu Krim Herbanika Barut from Nona Roguy. krim ni pon saya beli from Nana. heee, so murah lagi la. Krim ni bau mcm kunyit, n berangin sikit. tp tak panas. Kadang2 sy pakai dgn lotion halia mustajab extra hot. tp tak hot sgt pun. bau dia best. sapu kat perut, pinggang, paha..klu tak berbengkung pon, saya pakai jugak tiap kali lepas mandi. segar je rasa. 

weh, panjang pulak entry ni. selain semua2 ni, saya berurut gak. mak urut malam2. dan berurut ngn makcik urut. walaupun czer, pantang kena ikut jugak. setakat termampu. bukan tujuan nak kembali pda shape asal je, tp untuk kepentingan badan pada masa kini dan masa depan. nak sihat dan kuat untuk jaga suami dan anak2, dan nak kejar cita-cita yg belum tercapai lagi. nak pegi haji jugak.

ok, berapa jam ntah amik masa nak siapkan entry ni. 

9 comments:

  1. sabun herba tu jenama apa ek? tu r perasan bdn mcm berdaki..xtau nk sental gn pe
















    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..saya mase berpantang..bende wajib krim pati halia tuh..follow me back ya..

    ReplyDelete
  3. hai akak..salam..follow sye..ni www.brokenemerald.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam..hai kak..nk tnye law tntg jamu mak dra tu..kalu mkn time pntang n kite bf bby..mmg xde effect pape kat bby ke?tkut gak bby kene kuning ke..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...