Wednesday, March 27, 2013

Majlis Akikah & Cukur Jambul Imani


Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tanggungjawab mengakikahkan puteri kami dah selamat dilaksanakan, hasil kerjasama dan bantuan dari keluarga di Terengganu. Majlis yang diadakan secara sederhana di kediaman parents-in-law di Bt.Payong, Marang pada malam Sabtu,23March 2013. Majlis Akikah, Cukur Jambul dan Solat Hajat untuk Imani Hafiyya Abdul Halim dan Nur Wafiatul Zarifa Abdul Muhaimin. 

Walaupun Zarifa tak dapat balik kampung untuk majlis ni, tapi ayah (my father in law) dah niatkan untuk mengakikahkan seekor kambing untuk cucu bongsu family HD. Maka 2 ekor kambing telah tumbang, seekor untuk Imani, seekor untuk Zarifa. 

Ayah sendiri yang sembelihkan kambing-kambing untuk cucu-cucu beliau.
Terima Kasih Ayah:)
Nampak tak pic ayah sendiri yang masak lauk gulai kambing sempena majlis akikah ni..
Sayang betul ayah pada cucu2 dia.

Untuk majlis ni, my mother in law sediakan door gift juga untuk para tetamu yang hadir. Kami buat sendiri je. Towel kecik, gulung-gulung, masukkan sikit daun pandan @ bunga rampai, together with some sweets and jelly. 
The Door Gifts

Sebagai puteri yang di-raikan, umi pon siap-siapkan Imani. First time pakai baju gaun kembang. Sekali lagi Thank U Tok Dad hadiahkan Imani gaun ni.(errrr, erti kata lain, umi pilih, tok dad bayar:P)
feeling-feeling amik gambar baju kahwin.
When she do photoshoot for her wedding nnt, umi nak tunjuk this small baju.
For her to compare
Majlis dimulakan dgn solat hajat mohon kebaikan dan kesihatan untuk Imani dan Zarifa. Maybe some of readers yang mmg baca blog ni tau, keadaan kesihatan Zarifa kurang baik. But Alhamdulillah, praise to Allah, sejak balik ke rumah, kesihatan dia menunjukkan progress yang baik. Berat pun dah naik. Mungkin sebab dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi dia tanpa batasan. I fall in love with her many many times, especially bila tengok mata bulat dia. So comel. She is a true survivor. Umie Athi loves you so much sayang. 


Lepas solat hajat, ada bacaan doa mohon kebaikan dan kesihatan untuk kedua-dua orang cucu baru dalam keluarga Halaman Dhuha. 

Antara tetamu yang hadir 
      Acara kemuncaknya ialah marhaban, disertai cukur jambul Imani Hafiyya serta tahnik oleh ustaz. Imani is such a princess masa tu. Habislah rambut trojan Imani dah di tarah oleh tok cik tok cik sekalian yang melakukan proses cukur jambul dan marhaban ni. 


My princess di bawa mengelilingi ahli marhaban oleh husband. Imani sgt cantik.
(biarkan saya puji anak sendiri;p)



Ni pulak, hero kesayangan saya, merangkap Abang Ilyaas Hafiy. Geramnya tengok budak ni. So handsome. (ok. biarkan lagi saya memuji anak sendiri:P)... Ni sebelum majlis solat hajat bermula. Ilyaas excited sgt tengok banyak sejadah dibentangkan. So he keeps on praying and says Allahuakbar.
Cute kan Ilyaas pakai baju melayu cousin dia? Muat2 pulak tu...
Nyuuuummmm Cheeky Ilyaas

Ni la hasil jambul yang dicukur. Saja ambil gambar before and after. My mother in law yang sediakan semua ni.
I just tolong sikit-sikit saje. Hehehe


Dan ke-esokkan paginya, Imani telah selamat dibotakkan oleh nenda tercinta. Memang dah trend dalam family kitaorg, nenek akan cukurkan sendiri rambut cucu-cucu beliau. Ilyaas dulu pon sama. Walaupon Ilyaas dah cukur kat BM dulu coz panas sgt n dia jenis berpeluh kepala..
Proses cukur kepala Imani


And last but not least, mestilah gambar umi dengan Imani sempena majlis akikah dan cukur jambul ni..


Ye, saya belum kurus lagi. Tp itu baju masa form 4 :P
seb baik mak buatkan baju besar2, so anak dah 2 boleh muat lagi.


serta gambar kami sekeluarga. Dah macam raya pulak:P


my family. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. seronok bila ada kenduri kendara mcm ni....comel je imani dan ilyaas ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah seronok dpt kumpul keluarga ms knduri...

      thanks aunty

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...