Monday, October 21, 2013

Sabah Trip 2013-Kunak, Semporna & Tawau

Entry Sabah lagi, jgn lah kau jemu baca ya...:P

lepas breakfast kat Casuarina Hotel, kitaorg check out. amik shuttle bus ke KKIA. 
check in barang n terus tunggu flight ke Tawau pulak.Kali ni kitaorg naik Mas Wings. 
Syukur semua ok je walaupun 2 hari sebelum tu ada berita pesawat Mas Wings terbabas dr landasan masa mendarat di Kudat. Ilyaas takut and cuak naik Mas Wings, ye la sebab flight kecik pakai kipas je, bunyi enjin pun kuat. Dapat pulak kitaorg duduk betul2 bwh sayap ...mmg bising la...dia tidur all the way sepanjang perjalanan. while Imani dok happy2 main dlm flight. 

dekat Tawau Airport. Ilyaas tidur lagi tu. Imani xhabis2 sengih sebab time ni berangin je kat airport
siap dgn raincover stroller tu, sbb masa kt KKIA, hujan. jadi masa nak gerak dr pintu ke kapal terbang,
cover Imani yg tgh tidur dlm stroller masa tu. pastu staff MAS tolong payungkan umi yg tolak stroller...
Good service Mas Wings =)


Ok, lepas sampai je kat airport, orang kereta sewa dah tunggu. Rezeki kitaorg dpt Saga baru. baru guna 2000km. plastik cover pon x habis koyak lagi. bau kilang lagi. kitaorg ke arah Tawau dlu, cari stesen minyak. kat sini standard dpt rental car, minyak satu bar je. so kena cari pump station dulu la in the first place. susah jugak nak jumpa pump station, jarak jauh jugak dari airport. around 18km baru jumpa pump station. ada shell dgn petronas. 

kalau nak terus ke Kunak pon boleh isi minyak di Balung. Tp ni bukan pump station la. ni jenis beli minyak dlm botol mineral. harga paham2 je la, mahal kemain la...lepas isi minyak, beli pampers budak2, beli makanan sikit, kitaorg terus ke Kunak. jarak perjalanan lebih kurang 70km dari Tawau. 
Kiri kanan jalan hanyalah pokok kelapa sawit . Tapi jalan raya elok je. 

Sampai Pekan Kunak, kitaorg tunggu adik datang amik. sebab xtau jalan nak masuk estet dia. 

Imran belanja lunch kat restoran ni dulu. sedap mcm chicken rice shop...
dah la mmg lapar time ni... 


pastu sempat lagi tapau chicken wings kat kedai ni..
boleh tahan gak. dah la chicken wings dia besar2...

Pastu teruskan perjalanan masuk ke dalam estet. ni mencabar gila. jauh ke dalam sgt estet adik ku kerja. 
sian dia, mencabar betul trip klu nak keluar masuk ke pekan dari estet dia. jalan tanah merah je...
tabahlah adik, janji gaji masuk ...hehehehe


Malam tu lepak kat umah dia je la. umah besar kemain, tinggal dua org je. untungla ada org dtg masak, kemas n basuh baju korang... pagi esoknya, breakfast dah ready sebab pembantu rumah dorg dah masakkan. lepak2 kat rumah dia sambil tunggu dia habis kerja. kol 11 lebih kitaorg buat lawatan sambil belajar ke kawasan sekitar estet. 


office division yg adik ku handle. 
malam sebelum tu hujan lebat, so ada kawasan yg banjir. 




Ni tukang kayu dah siap ukir nama Imran..nak gantung kat rumah dia..
Tuan Imran katanya...proud of u bro!

sebelum tinggalkan estet, sempat bergambar dgn sign ni. 


pastu jenjalan pekan kunak kejap. makan KFC dulu. solat kat masjid daerah kunak. 



N off to semporna. sepanjang perjalanan adalah kelapa sawit.. bosan bosan. sekali sekala nampak laut...


sampai semporna, jalan jem ok... sebab ada pemilihan UMNO...penuh jalan dgn makcik2 pakai bju merah putih... semngt jugak dorg ni.. 


ni masjid semporna. cuaca time ni panas terik. 



ni apa ntah nama bangunan ni. tp kena cross bangunan ni nak pegi cari ikan bilis ikan kering n hasil laut semporna...

suasana kat sini.. sesak gila. ramainya umat manusia kat sini. local people je ni. 
semua pakat2 keluar  ari sabtu ni...
nak cari tpt jual hasil laut kering agak mencabar. masuk celah2 rumah org..agak doggy la jugak...
seaweed di longgok merata rata je.. gamat pun sepah sana sini atas jalan.





Imani and Angah Imran dkt pasar hasil laut Semporna

Then teruskan perjalanan ke.....

Jumpa ini di tgh jalan...maklumlah, lagi 3 hari sudah mau Hari Raya Aidiladha kan



ni kat jetty utk pergi dive...kosong je masa ni.


Singgah dkt floating market...ada floating hotel jugak. 
kat sini ada jual oleh-oleh...sempat jugak beli beberapa utk rakyat jelata...
ok la, harga kat sini boleh tawar..n x la mahal smpai terbeliak bijik mata




ada fish pond jugak. nak masuk rm2 per adult. ikan x bnyk pon, tp cukupla buat cuci mata. 
dari sini nampak la pemandangan teksi laut ke hulu ke hilir bawa penumpang dr pekan semporna pulang ke perkampungan air...busy betul tgk pengankutan air kat sini...
area ni la dulu kena serang pengganas sulu.

pastu., kitaorg teruskan perjalanan ke Tawau. ada la lebih kurang 60 km dari semporna ke Tawau. dah nak masuk maghrib masa ni... minyak plak tinggal satu bar je. nak stop isi minyak kat semporna, panjang gila que...
kita gamble sampai ke balung...

so merasa la jugak isi minyak dari botol air mineral ni...sebotol besar tu rm10..
minyak satu bar tak naik pon...hahahah
tp sedap sikit hati nak sampai ke tawau 


malam tu kitaorg tidur kat hotel 4 star...Tuan Imran belanja.. thanks adikku..:) merasa akak duduk junior suite...huihui...nnt kita update lain pasal hotel2 kat sabah yg sempat kitaorg menginap....

3 comments:

  1. ohh..memang bestkan sabah..semporna belum pernah sampai..

    ReplyDelete
  2. terbaekkk.. xpenah lg dengar org khatam KK + tawau skali trip..haha..
    best tgk gambar2..rasa mcm melambai2 suh balik je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe saja nak usik jiwa org2 supaya pegi/balik sabah...

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...