Assalamualaikum semua,
3 Julai 2018-4 Julai 2018
2 hari di mana hati semua rakyat Malaysia dirobek sedih dan pilu dengan berita pemergian adik Adam Rayqal (Al Fatihah buatmu sayang) yang dijumpai mati dalam keadaan disumbat di dalam beg bewarna hijau di dalam peti ais bahagian sejuk beku, di rumah PENGASUH!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Buat mama dan papa Adam, Puan Farah Madihah dan En Mohd. Sufi, takziah diucapkan. Sesungguhnya mmg kalian yg terpilih dan pasti hikmahnya sangat besar. Doa dan solat hajat saya titipkan buat kalian, walaupun kita tidak pernah kenal, tapi kita punya hati dan perasaan yg sama kasihnya pada seorang anak. Doa saya, semoga Allah sentiasa kuatkan hati kalian agar dpt menjalani hari2 selepas ini dgn penuh ketabahan, semoga Allah mudahkan urusan2 kalian dan keadilan yang setimpal diterima oleh si pembunuh anak kalian.
No one wants to be in your situation, indeed. And no human being is able to think of this situation. Hanya Allah Swt yang Maha Mengetahui.
______________________________________________________________________
Seumur hidup saya, perkataan pengasuh & penjaga itu sangat lah sinonim. Terlalu dekat dengan diri saya dan keluarga saya.
Saya dilahirkan dalam keluarga yg sederhana pendapatannya, dan emak saya seorang yg bekerjaya. Habis cuti bersalin, saya telah dihantar ke rumah jiran, utk diasuh dan dijaga sementara emak bekerja. Waktu itu, emak tak mampu pun nak beli pump susu, jadi emak tanggung sakitnya bengkak susu sementara di pejabat, sehinggalah petang menjelma, baru lah emak dapat susukan saya. Ingatan saya terhadap pengasuh pertama dalam hidup saya kurang jelas, sebab saya masih bayi lagi. I remember, she is seorang yg agak berusia, rumahnya rumah kayu jenis rumah kampung. Baik orang. Mungkin nama dia Tok Bi. wallahualam.
Kemudian, kami berpindah dan saya dapat adik baru, Imran. Emak hantar saya dan Imran ke rumah jiran, tak jauh dari rumah kami. Allahuakbar! ini antara pengalaman buruk dalam kehidupan kanak2 saya dan Imran. Adik mungkin tak berapa ingat sebab dia masih baby. Kami tak dijaga dengan baik. Imran mengalami masalah kesihatan yg agak serius bila telinga dia bernanah, bila setiap hari adik dibiarkan minum susu secara sendirian sedangkan dia baru berusia 2-3 bulan waktu tu. Mak cik pengasuh hanya letakkan kain napkin sebagai alas di bawah botol susu, supaya botol susu berada dlm keadaan sedikit senget dan adik akan sedut sendiri. Susu akan mengalir keluar dari tepi bibir ke pipi dan masuk ke dalam telinga Imran demam dan di sahkan ada nanah di dalam telinga. Saya pula, berusia 4 tahun waktu itu. Ingat lagi anak sulung mak cik pengasuh tu seorang lelaki. Dia dah besar. Rasanya dah habis spm kot. Dia selalu ajak saya main2, bawa ke bilik. Tak sanggup saya nak tulis panjang di sini, ingatan saya pun tak berapa nak jelas waktu ni. Yg saya paling ingat, saya mengadu sesuatu pada mak dan ayah, kemudian sepantas kilat kami semua dah berada di Klinik Arfah (klinik wanita). Dan saya ingt doktor buat pemeriksaan ke atas badan saya, kemudian cakap2 dengan mak dan ayah. Lepas tu, besoknya, saya dan Imran dah tak ke rumah mak cik tu lagi. Bila dah besar, terkenang kan memori ni, saya fahamlah apa yg terjadi. Syukur, tiada yg tak diingini berlaku pada saya sebagai seorang budak perempuan. I was a victim! And syukur adik tak tersedak susu sampai sesak nafas dan sebagainya. This mak cik, is still living in our neigborhood and I still can't look at her in the face or even talk to her. After all, she is a very frightening , fat women.
Kemudian, saya dan adik di hantar ke pengasuh lain, yg duduk di kampung berdekatan taman kami. Pesara. Pasangan atok dan nenek. Baik orang nya, saya ingt nama suami pengasuh ni Pak Long Majid. Kami duduk di situ kejap je, sampai saya darjah satu.
Lepas darjah satu, kebiasaannya saya akan tinggal sendirian di rumah selepas waktu persekolahan. Kadang2 saya akan join Imran di rumah pengasuh. Waktu darjah 1, pengasuh dah bertukar ke salah seorang mak cik di taman perumahan kami. Mak cik Salmah namanya. Suami dia Pak cik Abdullah. Tinggal di flat depan rumah teres kami.
Mak cik Salmah ni ada seorang anak lelaki, dalam 2-3 tahun tua dari saya. Sekolah yg sama dengan saya. Imran memang full time di rumah mak cik Salmah, saya pulak on off. Bila saya dah masuk darjah 3 (9 tahun) and Imran 5 thun, saya selalu akan amik Imran dari rumah mak cik Salmah selepas saya balik sekolah, dan akan bawa Imran pulang ke rumah kami. Kami akan tinggal berdua di rumah sampailah mak dan ayah balik kerja. Saya tak suka Imran duduk di rumah mak cik Salmah tu sbb dia suka marah2. Garang orangnya. Kalau kami nak makan, kena duduk dekat dapur je,tak boleh dekat depan TV. Dapur rumah flat,faham2 lah sempit sangat. Anak dia boleh pulak duduk depan tv, tidur kat ruang tamu etc. Kami mmg akan duduk dalam satu bilik je. Kesian Imran sbb dia paling lama duduk dengan mak cik Salmah ni. Masa saya darjah 3 ni, mak dah sarat nak lahirkan adik seorang lagi, Amir.
Ada satu hari tu, saya bergaduh besar dgn anak pengasuh ni. Nama dia Hafiz. saya tak ingat puncanya apa, tp Hafiz ni cakap Imran lembap, bodoh dan macam2 perkataan yg tak elok. Saya tak tau mana datang keberanian, tangan saya laju je menampar muka si Hafiz ni! Memang geram dan marah sangat masa tu, sbb dia kutuk dan treat Imran mcm tu. I just pick up Imran from that house and terus bawa balik ke rumah kami, sambil menangis2 sedih orang buat adik macam tu. Bila mak dan ayah balik dari kerja, saya ceritakan semuanya, dan mak dan ayah pergi jumpa mak cik Salmah minta maaf dan sebagainya. And that's the last time I go to mak cik Salmah house. I have been seeing her few times nowadays, she will smile, and I will smile. But, sorry mak cik Salmah, you are too arrogant and terlalu sayangkan anak tunggal u sampai everything else is wrong and your son is the only person in this world yang betul. Look, what happened to him now? I don;t want to share its none of my business.
Selepas kejadian tu, I know my parents was in very big problem, as new baby is coming out any time , and they don't have some one to take care of the new baby, and Imran (who is still not schooling). I am the one yg ruin their plan. But, Allah is greater. Mak and ayah bertemu dgn Pak Cik Man and Mak Cik Zah, who took care of Amir from 2months old and Imran until he is in primary school. I rarely stay at Mak Cik Zah's house. I will just drop by on my way back from school to see my two brothers and eat lunch at her house. Then, I will continue cycling to our house. Everyday, I will cycle, about 1km one way to school from my house, for 6 years! Since then, Mak cik Zah has been the best pengasuh untuk Imran dan Amir, and also Izzat, my youngest brother, until he is 5 yrs old and my mom transferred him to taska. Amir and Izzat sometime even sleep at her house, and followed her to their family events etc. We still keep in touch with this family until now. Imran stayed there until he is almost standard 4 or 5, before he followed my style to be independent after school.
This is our story about our pengasuh- My Siblings and I.