Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

Review : Silicone Manual Breast milk collector

Untuk ibu2 yg menyusu di luar sana, skrg ni kan tgh hot and famous pasal breastpump silicone ni. 
Pada I, ni bukan sejenis pump tp lebih kepada milk collector. 
Sebab tak da melibatkan proses mengepam langsung. 
Cuma lekapkan saja dekat breast !

5 thn sudah time susukan Ilyaas and 3 tahun sudah time susukan Imani, I belum pernah dengar lagi pasal pump jenis macam ni. tp masa mengandungkan Iyaadh mmg tengah famous. Bukak fb je iklan pump ni. sponsored post pasal pump ni, review sana sini orang buat. 

I x amik kisah sgt sbb mmg dah ada pump madela pisa I selama ni yg sgt disayangi dan juga pump madela harmony.. tp lepas pantang, i ada pergi kedai pumponthego dekat putrajaya. nampak pump ni. harga plak masa tu rm39.90, so I pon grab je la.. sbb murah jugak. 





Ni size milk collector silicone manual
i pakai brand Autumnz
Beli kat pumponthego RM39.90
harga dekat lazada RM31.90 je
sebelah tu botol spectra, untuk compare size

Friday, November 18, 2016

Pengalaman Abscess Mastitis @ Bengkak Susu Bernanah

Assalamualaikum semua,

Ni entry panjang sgt. peram dah lama. type sikit2. so sekali publish, terpanjang jadinya. untuk rujukan di kemudian hari dan rujukan ibu2 menyusu juga.

Saya baru keluar wad. huhu.. dah almost sebulan discharge.
Admitted on 22nd Oct sampai 25th Oct. dekat KPJ Ipoh.
Reason for admission tu sebab abcess mastitis atau bahasa melayunye, bengkak susu yg dah bernanah. Scary kan dengar. Yang merasa sakit ni pon rasa scary lagi..hhuhu..

Al kisahnya, 20hb Oct tu, I amik EL. Sebab pengasuh ada urusan keluarga. Sepanjang duduk dekat rumah dengan Iyaadh, I cuma pump sekali je. Itupun waktu pagi. Pump pon guna pump silicone autumnz tu je, bukan electric pump... Sebab I tak rasa urge untuk pump pon..tak rasa penuh pun susu ni. masa 20hb ni rasa biasa je. takde masalah apa2.

Malam sebelum tidur, 20hb tu, tiba2 Iyaadh berak dan najis dia ada darah. I risau sebab ni bukan first time jadi, tp kali ni darah dia agak intense dan banyak. I terus ckp, esok 21hb tu nak gi jumpa pakar kanak2. sebab I tak nak tangguh2 lagi..husband setuju je la. Lagipun I mmg cuti lagi masa tu.

Pagi 21hb, I bangun awal. Pukul 5pg. Biasanya I akan pump dulu. tp pagi 21hb tu I pergi sapu rumah dan mop rumah dulu. Sedar2 dah Subuh and Iyaadh dah bangun tidur. So, sebelum solat subuh, I susukan Iyaadh sambil express milk lagi sebelah guna pump silicone tu. Lepas habis menyusu, I tak continue dah pump untuk kosongkan miss B sbb terkejar2 nak solat subuh plak.

Dah settle hantar Ilyaas and Imani ke taska, I dgn husband bawak Iyaadh ke hospital nak jumpa pakar kanak2 sebab dia berak ada darah tu. Tp pagi 21hb tu najis dia dah biasa. xde darah pon. But I dah start rasa berdenyut2 dekat miss B belah kanan. semacam je rasa. Iyaadh hisap pon rasa sakit2. sempat singgah office jap hantar email etc before gi hospital. Sampai je hospital, lucky terus dpt jumpa doc pakar kanak2. masa ni I dh mula rasa seram sejuk tapi bertahan je la. Well, mcm denial lagi kata nak jadi bengkak susu tu.

Sementara tunggu  payment untuk Iyaadh tu, I tibe2 jadi sejuk sesangat. Menggigil satu badan. Time tu jugak Iyaadh nak susu. I feed him dekat sebelah kanan sebb mmg rasa bengkak sangat2. I thot lepas feed I will feel better la. Tpi I salah, masa nak feed tu, sakit dia mmg melampau gila. Menitis2 air mata sambil nyusukan Iyaadh. Sakit sgt!!!!

After that, I terus gi ER dekat hospital tu dan jumpa doc. Mintak Mc. doc suggest jumpa pakar, but I refuse sbb I rasa ni akan surut sendiri. Dapt panadol je. But malam tu demam panas menggila. Tidur bilik asing sbb tak nak pakai aircond. Tp Iyaadh still tidur ngn I la sbb nak menyusu malam2.

The next day, Sabtu, pergi klinik panel dekat rumah sbb tak tahan dah sakit. Harapkan panadol ke, habis sepapan utk satu malam je. Doc tengok miss B, terus bg referral letter ke hospital. jumpa general surgeon sebab katanya dah abscess which is bernanah dah.. waaaaa :( takutnya dgr sbb takut kena operate miss b nak buang nanah tu.


Pening kepala pikir nak drive sndiri gi spitl kat ipoh, sbb husband kena jaga anak2. kalau nak bawa dorang, kesian je sbb dh la panas n nnt proses kat ER and of course kena admit (dah confident kena admit).. I mmg packing baju siap2. mula2 tu drive dah sndiri, gigihkan diri nak berubat sbb xnak sakit lelama. kebetulan, tibe2 my biras call ckp dorang nak sampai dah rumah kitaorg. dorg boleh tolg jagakan ilyaas n imani. Ya Allah, leganya rasa masa tu.. Dalam saat2 memerlukan, ada ahli keluarga datang membantu. Alhamdulillah, for the support system that we have.

So, I patah balik rumah, amik Iyaadh dan tinggalkan Ilyaas dgn Imani with my biras. Husband drive kan I ke hospital. Sampai hospital I terus gi ER, mujur Iyaadh tgh tido dalam carseat, jadi husband handle Iyaadh. Doc datang check, mmg kena admit kena masukkn antibiotic kot suntikan tangan.







Lama sgt urusan nak warded. Susukan Iyaadh atas katil ER. 

Masa ni mmg rasa insaf sgt2. Sebab walaupun dah masuk kali ketiga menyusukan anak, kononya 
dah expert dah. Kalau tak jaga elok2, kena juga sakit ni. 
Tak terbayang akan masuk hospital sbb bengkak susu. 
huhu..


Iyaadh berjaya meniarap sendiri masa kt hospital. 
Masa ni I dpt bilik 10 bedded. sbb bilik single mmg penuh. 
so mintak bilik double. tu pon lambat nak dpt. 
Husband dgn anak2 balik rumah , dkt Maghrib baru I dpt tukar bilik lain. 

Iyaadh siap2 salin baju tidur kat hospital. senang balik rumah, husband just uruskan Ilyaas and Imani jugak. 
Malam tu my parents datang from Penang straight ke rumah kitaorg. 
Jadi lega la sikit my husband, bila pagi je, my mum uruskan Iyaadh bg mandi etc. Husband dpt keluar cari makan dulu. 
Tgh hari tu dorg dtg melawat I kat hospital. 
My parents bawa Ilyaas n Imani balik dulu bila dorg dh bosan kat hospital. 

Thanks so much to my parents sbb dtg. Mak amik cuti utk tlg anak perempuan tunggal dia ni. 
Sampai dah tua bangka ni pon kakak still bergantung pada mak ayah...huhuhu, kasih ibu bapa sampai ke akhir hayat...selagi mampu dorg tolong. 

moga dpt ku balas serba sedikit pengorbanan mereka yg sgt besar ....





Penuh gambar awang ni sorang je ... 
sbb dia dok ngempeng Miss B sebelah lagi.. 
tahu agaknya kat rumah kena minum EBM dlm botol je. 


Duduk kat spital for 3 hari 4 malam... 
pastu dpt mc another 6 days. 
lega rasa dpt recover betul2. 
now mmg dh tak skip pumping, x lambatkan. 
biar sebelum tidur dan waktu bangun tidur kena pump. 
wajib.....


nasihat utk diri sndiri..

Tuesday, October 11, 2016

Cranberry Choc Chip Oat Cookies

Assalamualaikum wbt, 

Last weekend, I have tried new cookie's recipe. Purposely to help me sustain my milk production and to promote healthy eating among the family member. 

Using whatever left at home, I made cranberry choc chip cookie. It's easy and cheaper compare to the one in the market. Apsal cakap english je ni. :P

Resepi nya I google je. And cari mana yg paling senang. 



My cranberry choc chip oat cookie. 
Nyums!

Thursday, April 9, 2015

Art of being a mother

Terjumpa gambar-gambar sketch ni link dari facebook. 


Tapi gambar2 ni memang kena sangat. 100% betui. 



Masa memula beranak dulu. nak coop dengan status jadi seorang mak orang. 
Kalau dapat anak jarak dekat2 lagi dashyat rupanya. 


Sunday, December 14, 2014

Latest design for Nursing Cover

Assalamualaikum semua, 


Esok dah hari Isnin. Dah nak mula kerja mcm biasa. In case ada antara korang yang mengalami Monday Blues, meh la singgah sini. Boleh browse through new fabrics untuk nursing cover dari MyHafiy Blogshop. semua material adalah high quality English cotton. 
Harga RM54 each, Postage to Semenanjung RM6 and to Sabah or Sarawak RM10.. 

to order, can whatsapp to 019 4488744

:)




Thursday, October 9, 2014

Hari Raya Haji 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Tahun ni raya haji kitaorg giliran beraya di Terengganu. Hari Khamis pagi2 lagi kitaorg sekeluarga dah bertolak balik ke Terengganu. Kali ni, nak ikut jalan Cameron Highland-Gua Musang-Felda Aring-Tasik Kenyir...Since the last time (hari raya puasa) kitaorg ikut jalan ni and dah banyak improvement, maka this so called jalan short-cut dari Perak ke Terengganu menjadi pilihan. 

Kalau ada sesiapa nak tahu update berkaitan jalan2 ni, boleh baca entry pertama tahun 2012 and some old pictures  atau entry paling latest tahun 2014. 

Well, perjalanan balik raya haji kali ni tak berapa smooth sangat. Dari awal lagi dah plan untuk menyinggah di Kea Farm, CH untuk beli sayur-sayuran segar nak bawa balik rumah mak mertua.
Lepas breakfast nasi lemak, kami mula memanjat bukit nak ke CH dari Simpang Pulai. Imani tidur since after breakfast until sampai Kea Farm. Ilyaas senyap layan blues . Both of them duduk dalam car seats masing2 and kedua-duanya di seat passengers dekat belakang. I thought Ilyaas akan tertidur sendiri. Rupanya, Ilyaas tgh layan his motion sickness. Sampai je Kea Farm, dia muntah banyak gila. Habis all the nasi lemak keluar balik. Kena salin baju and seluar and even car seat kena remove coz terlalu banyak muntah yang terkena kat situ.. 

Tuesday, August 12, 2014

Update Anak Susuan: Zarifa dah tumbuh gigi

Assalamualaikum semua, 

Dah lama nak kongsikan cerita pasal anak susuan ke-3 saya ni. Korang ingatkan Nur Wafiatul Zarifa?

Despite her T18 Sindrome, she is now having her first teeth, at the age of 18 months old. Alhamdulillah. 

Satu lagi milestone besar buat our special Jippa. 



Monday, July 21, 2014

Imani 18 mo

Assalamualaikum Imani Hafiyya,

Princess Umi dah masuk 18 bulan hari ni. Alhamdulillah, Imani sihat sepanjang 18bulan melihat bumi Allah SWT ni...
Umi nak tulis ni untuk Imani baca bila dah besar nnt yer (itupun kalau blogspot ni masih wujud)..

Pada usia 18bulan, Imani dah pandai buat beberapa perkara tau..
Imani rajin sgt tolong umi dengan ayah buat kerja rumah, contohnya bila nampak umi or ayah bawak bakul baju yg nak dibasuh, Imani mesti cepat2 ikut pergi tunggu depan washing machine. Walaupun belum cukup tinggi, Imani cuba nak masukkan baju busuk dalam washing machine.

Kalau nampak baju yg dah siap dibasuh dalam bakul, Imani cepat2 get ready tunggu depan pintu rumah. Lepas tu Imani akan tolong jemur baju dekat ampaian kita. Walaupun tak cukup tinggi lagi, Imani sangkut semua baju di bahagian bawah ampaian. Terima kasih princess umi sebab rajin. Moga nnt dah besar pon rajin tolong umi dgn ayah yer.


Imani Hafiyya 18bulan. Ni gambar adik dekat rumah tok dad dan nenek di Terengganu. 
Adik ni walaupun 18bulan dah, tp berat masih kurang 10kg, baju size 6-12 m pon padan lagi tu.. 
Cuma Umi perasan adik ni jenis tinggi, kurus..

Thursday, July 17, 2014

Anak susuan ke 4 kami

Assalamualaikum, 

Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah I masih dapat breastfeed Imani.
Waktu siang biasanya I pump sekali je, sebelum solat zohor. Kalau stock ebm untuk the next day dah tak cukup, baru I pump dua kali. because I know, pump dua kali confirm I akan dahaga dan lembik sangat. tapi terpaksa jugak la beberapa hari pump 2 kali, selang-selang pump 2 kali.. korang pon tahu kan stok ebm Imani kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

I bekalkan jugak susu Anmum Step 3 dekat rumah pengasuh.. disamping 3 botol ebm. 
ada 2-3 kali Imani minum susu Anmum tu.. 

By the way, tujuan entry ni bukan nak citer pasal ni, sebenarnya nak citer pasal anak susuan ke 4 I dan suami... 



tgk gambar dulu Imani dgn adik susuan dia...

Monday, June 23, 2014

Pilihan kain terbaru untuk nursing cover MyHafiy Blogshop

Assalamualaikum,
 
Jemput pilih kain utk nursing cover di My Hafiy Blogshop.
Nak order bleh pm di fb page (link di sidebar blog) .. Atau wassap
0194488744...
Harga rm60.exclude postage..comes with zipper bag for storage and travelling.

Friday, April 11, 2014

Cabaran paling besar sepanjang menyusukan Imani

Assalamualaikum, 

Hari ni nak citer pasal breastfeeding experience I dgn anak kedua I, Imani Hafiyya.
Sepanjang 15 bulan menyusukan Imani Hafiyya, alhamdulillah, boleh dikatakan tak banyak cabaran yg I terpaksa lalui. rezeki susu sentiasa ada,stok ebm cukup. Malah ada rezeki lebih untuk bagi pada anak susuan I, Zarifa. 
Lepas 11 bulan menyusu, nampak susu drop sikit. selalu dpt 16oz sehari, dpt 12oz je. Kebelakangan ni, dpat 10oz sahaja. 
Aritu ada la I amik supplement dari Shaklee, tp bukan set lengkap pon. Alfafa je. Mantain jugak susu. 
tp pastu I stop Alfafa, amik fenugreek. susu tak la drop terus, masih ada. 
Sampai semalam, I kira-kira stok, ada 300oz. lebih kurang 9000ml. Stok ni cukup untuk at least 15-20 hari. 
Sebenarnya, I ni tak pernah pon kira berapa oz yg ada, berapa plastik yg ada...I just go with the flow. 
Semalam I kira sebab SEMUA STOK TU DAH CAIR. 
Bayangkanlah, all 300oz ebm I cair. 
EBM yang cair =(
Nangis 
Balik from hospital semalam (kenapa dari hospital? baca citer ni and ni), I pergi bukak freezer, sbb nak simpan susu2 yg I pump dkt spital...Bukak je deep freezer, I smell something wrong. Bau kepok lekor kuat gila. Lampur freezer tak menyala. daaaannnnnn semua susu I dalam botol or dalam plastik dah caiiiiirrrrrrrrr. 

Terus I menangis sambil angkat semua susu2 tu...Sambil tu husband datang tgk...
Rupanya plug freezer tu mcm terangkat sikit, perhaps kena panah. walaupun dah pakai anti-petir plug...plug tu recover balik, tp sbb dia terangkat sket, current letrik tak sampai la ke freezer I. Maka freezer tu mencair...bersama semua benda dalm tu cair dan rosak...

Seriously, I nangis menitik2 air mata, kejap2 nangis sambil buat kerja lain...
Sedih sgt...susu yg I kumpul selama ni utk stok Imani, at least boleh bertahan sebulan lagi dah xleh guna. 
I simpan la sikit utk kegunaan semalam, arini dan mungkin kalau elok lagi esok. 

The rest kena buang. 
Susu frozen yg dah cair mana boleh frozen kan balik. 
Dah susu sebanyak tu cair, mana la mampu Imani nak minum dalam masa 24-48jam. =(

my deep freezer
yg dah berkhidmat selama 15bulan..
thank u la, walaupun akhirnya ada musibah di akhir perkhidmatannya..
nasib baik deep freezer tu masih boleh berfungsi lagi. 
Masa kejadian ni, I tersedu sedu nangis. Tak tahu nak cakap macam mana. 
Niat di hati mmg plan nk campur susu ibu dgn susu formula, selepas Imani umur 18 bulan, ada 3bulan lagi. 
Tapi apakan daya, mungkin kena mula campur susu masa umur 15bulan ni...mungkin..
Sekarang ni berazam untuk power pumping. Ptg smlm kat rumah pun, I pump, n direct feed jugak. 
Supaya production susu dpt meningkat balik dan kalau ada rezeki Imani, boleh la dia masih 80% on breastmilk, 20% on formula milk. tp sampai skrg masih belum decide susu cap apa yg nak dijadikan percubaan pertama utk Imani minum fm..

susu lemak manis yg harus dibuang.
ilyaas kata susu busuk.
selamba je dia kata susu adik busuk. tak sedar dia dulu fanatik bukan main dgn susu busuk ni.
nak wean off dia dr breastmilk dulu, ya rabbi bukan senang.
drama air mata i laki bini dgn si ilyaas tu.

ni ha citer nak wean off dia...
citer 1
citer 2

Masa nak buang susu tu...husband yg buangkan. I x rela...sambil tu jeling2 tgk susu susu yg dah diusahakan pump setiap hari mengalir masuk dlm sink. husband suggest buat sabun. I tanya, dah abang nak ke pakai sabun susu ni...dia sendiri tak sanggup. maka buang la. nak bagi Imani mandi pon mcm sesetengah orang buat I tak sanggup. nak siram kat pokok or tanaman, rumah kitaorg yg ada rumput rampai yg meliar je...ke sinki je la jawabnya...sobs sobs..

bye bye
Mujur dari tgh hari sampi malam bg Imani minum ebm ni dia ok . terima tanpa banyak songeh.time nak sleep baru direct feeding. sempat pump n kumpul 5oz lagi smlm..
I know perjalanan breastfeeding bukan mudah. lain ibu lain masalah dan cabarannya. 
I had a very smooth journey selama almost 15months, sekarang baru terima cabaran besar ni. 
kena usaha kumpul balik. 
niat nak fully bfeed mungkin tak kesampaian. tp kalau dpt topup sikit2 pun syukur. 
kesimpulannya, I totally redha atas kejadian ni. 
biarlah susu2 tu di buang. pasti ada hikmah yg Allah tetapkan. 

cumanya, kami husband n wife mmg kena struggle sesuaikan Imani dgn fm... many upcoming dramas awaiting us....
nak kena mula mintak sample susu ni......

and I dah mula makan habbatus sauda dalam setiap meal. I mmg ada habbatus sauda kat rumah. 
sebelum ni tak guna. dinner last night dh mula taburkan atas nasik. dpt rasa susu bnyk sket masa tgh malam. 
pagi tadi pun tabur habbatus sauda ni dlm nasi lemak. alhamdulillah, masa pump tadi dapat extra 1.5oz.. 
Wallahualam. apa kesannya... cuma I yakin dgn kata-kata ni..

"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati"

i guna biji habbatus sauda mcm ni
tabur je atas nasi/makanan kita
rasa dia kelat2 sikit
n pedas2 sikit..
ala2 black pepper gitu
ada jugak dlm bentuk pills.

InsyaAllah, ada rezeki lagi susu untuk Imani.. 
kalau kena campur fm, I have no obligations. 
I am not anti-fm mum. In fact, kalau betul2 tak mampu untuk bf due to any reasons, I encourage other mums to give fm. tak kan nak biar anak x minum susu.or susahkan diri cari susu kambing fresh sahaja. kalau ada byk duit, berkemampuan, bg la susu fm yg mahal, lebih berkhasiat etc..

wish me luck tau..doakan I dpt slowly gain my production n kumpul balik susu buat Imani. 
and also to start mixing with formula milk...





Monday, March 31, 2014

I am one happy breastfeeding consultant -tak berbayar-

yes, yes...
I am very happy and delighted if ada orang dtg tanya personally pasal breastfeeding or pemakanan bayi...hahahha...
Rasa mcm  waahhh, seriously I have inspired them ke? hahahah, perasan sungguh.

maybe yes, i might inspired them somehow..and no, tak inspired langsung, tapi dekat department ni, mana ada orang lain yg hard core pumping machine dah nak masuk 2 tahun lebih, so kena tanya kau je la....

Since sy start pump masa tahun 2011, masa tu masih kerja kt KL lagi..mmg sy first worker kat company tu kot yg mengepam. sebab mmg pelik sgt nak terangkan dkt bosses and kawan2 sekerja..yg perempuan, senang la nak paham..yg lelaki, susah jugak la..especially bosses yg belum kawin...

bila semua orang dah terbiasa sy menghilangkan diri dalam 15-20minit utk mengepam, orang dah tak tanya..bos pon dah x kisah. pastu bila ada kawan2 yg pregnant, dorang akan tanya saya pasal pump mana yg elok nak beli. website mana patut refer..

bila sy berhenti kerja n smbung belajar, dekat lab, hari2 saya pump. mula2 semua pelik ape ke bunyi sok sek sok sek ni..
ada aritu, sorang mamat from pakistan tanya, are you printing something? hahahahah..
nak terangkan kat dia masa tu rasa mcm errrr, no no...i tgh pump..tp dia belum kawin, n negara dia mmg tak familiar dgn menda ni..nasib baik ada sorang member pakistan lain yg wife dia baru bersalin dgr conversation kitaorg masa tu..so mamat tu tlg explain..malu jugak la..tp i pump sambil pakai nursing cover. mmg tak terdedah apa2 pon...

Ada sorang member aritu pregnant, tanya i pasal breastfeeding..bila dia tanya advise i pasal bpump.. i ckp  mmg kena beli pump ni, tak kisah la manual ke letrik ke apa...sbb kat hospital lagi dah perlukan pump nak stimulate susu supaya keluar. dia mcm endah tak endah je..lepas seminggu dia bersalin, dia msg i mintak tolg belikan dia bpump.sbb dia tak tau where to buy, n which one yg ok.. Dalam hati I was like, aritu I dah nak tolong terangkan dia buat dek je..skrg dah sakit engorge demam semua barula teringat i...tp menjadi seorang kawan yg baik (chewah) i bgtau la tips2 nak beli bpump ikut kemampuan kewangan kita...
alhamdulillah, she purchased madela swing from one baby world.

and yg paling buat I happy haritu, ada sorang guy friend from Utopia, wife dia bersalin n dia nak balik visit wife dia. ni anak sulung dia. he came to me and ckp, nak mintak consultation pasal breastpump mana nak kena beli. dia nak hadiahkan kat wife dia. nak bawa balik negara dia. wife dia kerja so nk kena pam la bila dah habis cuti pantang nnt. Alhamdulillah, dia nak beli rumble tuff.sbb yg tu paling value.

n menurut sorang kawan yg i suggest beli rumble tuff early this year, mmg rumble tuff bagus pon.

sebenarnya bukan nak riak, i rasa mana2 ibu yg menyusukan anaknya, mmg belajar banyak sgt benda baru pasal penyusuan, aksesori penyusuan , pakaian menyusu dan sebagainya... kalau tak lokek ilmu, boleh sebarkan pada yg belum tahun.. tp tak perlu la beriya-riya nak paksa orang menyusu. orang tanya, kita jawab. orang tak tanya, diam sudah la..itu konsep i pegang la, malas nak pergi promote-promote hey u kena bfeed tau..kadang2 orang meluat pulak...
Yang I rasa happy bila orang bertanya pasal bfeeding ni is i rasa somehow i have helped to increased the awareness of benefits u get from breasfeeding.

I syukur sgt sbb my husband mmg supportive bab i nak menyuskan anak dgn susu badan. dia sediakan deep freezer, belikan botol2 ebm, etc.walaupun husband i tak la amik kisah stok susu cukup ke tak, tp dia akan tanya, susu dlm freezer ok lagi ke..kalau letrik takde, dia risau jugak susu2 tu cair... dia suka i breastfeed sbb kalau travel senang. tak payah bawak mcm2 susu, botol etc..

ada terpkir nak register kat malaysian breastfeeding peer counselor.tp nad kata kena register n cukupkan credit hours n it will cost more than 1k. terus tak jadi..hahahah, duit nak kena simpan.
so jadi consultant tak bertauliah secara percuma je la...

tp klu ada course yg bersesuaian i nak ikut..let me know kalau ada readers yg tau pasal course2 bfeeding ni...

btw, bagi yg nak menyusu di public or nak pum dekat office, boleh daptkan nursing cover yg dijahit penuh kasih sayang oleh mother in law i. kitaorg guna kain english cotton or sweedish cotton. mmg kain sejuk , n xjarang. nc ni kover depan belakang n tepi kiri kanan. orang kurus pon muat, orang badan size besar pon muat. inysaAllah tak kan terdedah mana2 bahagian badan korang..Ni contoh pengguna nursing cover yg dijual kat Myhafiy Blogshop.

labuh kan..nak mintak bg pendek pon boleh
but basically 30" x 30" 
dalam gambar ni 33" x 33" mmg customer nak besar sikit

SIL i menyusu kat JPO ni..

i susukan Imani...nampak ada bukaan kat atas tu, so kita leh tgk baby smbil nyusu

ni masa tgh tunggu flight kt airport KK. 
dun worry baby tak lemas dlm tu sbb ada opening end yg luas so aliran udara sentiasa ok.

harga satu rm66 include pos. 
dapat beg sekali. 

rupa beg tu mcm ni..



and ni review from customer from perlis...



sapa nak boleh pm i ok..

athidean@hotmail.com
or pm je kt fb page..

=)











Wednesday, December 4, 2013

Nursing cover with bag

Assalamualaikum, 

 Myhafiy Blogshop (kedai kecik kami) sekarang dah sediakan beg berzip untuk simpan nursing cover. Bag ni dijual bersama dgn nursing cover. kiranya come with the package la. sebelum ni kitaorg tak bg beg sbb selalu tak berkesempatan nak jahit bag ni. Bila dah try and error, we finally decided sediakan bag sekali dgn our nursing cover. Bag ni guna plain fabric dan kitaorg letak matching ribbon from fabric yg sama dari nursing cover.  mcm kat gambar bawah ni. comel kan..

Bila dah ada bag ni, senang nak simpan n make nc kita tak tertinggal. senang simpan dlm handbag or bag baby. boleh guna bila2 masa je...for sure nampak lebih kemas n bergaya..beg ni pon korang bleh guna utk isi benda2 lain bila dah tak breastfeed baby nnt..simpan make up ke...buat pencil case ke...



walaupun kitaorg tambah beg ni dgn nursing cover, harga tetap sama tau. tak de extra charge. 
cuma RM60. kain mmg dari kualiti yg sgt elok. It's a Swiss Cotton. Lembut, tebal, tak jarang, sejuk, breathable dan corak pon cantik2. 


bgi yg tak pernah tengok camne rupa nursing cover ni

taaaa daaaaaa

itu saya menggayakan nursing cover...sambil endap2 anak kat dlm cover tu...dun worry, baby tak lemas dalam tu. ada ruang utk bernafas n kita boleh monitor n tgk mata anak sambil menyusu...=) priceless moment 

ni pandangan sisi, nampak kan nc kitaorg cover badan depan belakang tepi kiri kanan

luas pun luas, xperlu segan2 kot2 ternampak pinggang or perut kita...
sgt memenuhi keperluan ibu2 muslimah , insyaAllah


For now, fabric boleh dipilih dari album kitaorg kat fb



and kat bawah ni kain2 terbaru dlm koleksi yg ada













sapa nak order, boleh pm kat facebook page ye

atau just tinggalkan email korang kat comment bawah entry ni..


Thankssssssss



Happy breastfeeding mummies =)


Wednesday, November 13, 2013

Rambling for today

Masalah

sepuluh kali type satu ayat.sepuluh kali gak delete. 

ni mmg kes takde idea nak tulis. 

emmm idea ada, tp xde mood nak menulis blog. 

feeling tak de. 

rasa nak cerita cerita jgak..

tibe tibe rasa perlu ke share kat public? 

perlu ke letak kat blog?

so amik pendekatan mudah, keep it for later. 

cuma peringatan utk semua ibu yg menyusukan, 

jgnlah korang tertinggal pump atau sebarang peralatan pump. 

merana ok. 

demam bengkak susu sgt tak best. 

dlm pantang tak rasa, ni anak dah nak masuk 10bulan baru merasa. 

pening kepala...dah pump sampai takde apa keluar pun still dok rasa bengkak lagi..






Tuesday, May 14, 2013

Umi mematuhi jadual

Alhamdulillah, buat masa ni, umi Imani masih lagi mematuhi jadual mengepam setiap hari di uni dan juga jadual mengepam bila hari cuti. Dan stock susu masih lagi berada pada tahap memuaskan. Syukur syukur sangat . Memang perlu kumpul stock banyak-banyak memandangkan sekarang dah bulan Rejab. Lepas tu Syaaban dan akan tibanya bulan Ramadhan yang dinanti. Mengikut pengalaman mengepam dan menyusukan Ilyaas di bulan Ramadhan 2011, kadar penghasilan susu akan drop sedikit pada masa itu. Tapi Allah itu Maha Kuasa, pasti cukup buat anak kita. 



Buat masa ni, jadual mengepam adalah lebih mudah di ikut berbanding waktu bekerja dulu. 
Hari-hari di university umi ikut jadual pengepaman ini

Pagi antara pukul 6-7pagi -sessi pertama
Mid Morning pukul 9.45-10.45 pagi - sessi kedua
Afternoon 12.30-1.30pm -sessi ketiga
Evening 3.30 -4.30pm - sessi keempat
Midnight/ before sleep 11pm-12am - sessi kelima

Time tu fluctuate sikit bergantung pada tahap aktiviti yg sedang dilakukan pada waktu itu. Ye la, tak kan tengah2 discussion dengan supervisor nak lari pergi pam kan, so anjakkan sikit la masa mengepam. 

Satu session biasanya amik masa 15minit

Kalau hari cuti di mana Imani ada bersama, sessi Mid Morning dan Afternoon akan di-eliminate. 
Tinggal sessi morning, evening dan before sleep saja. Dulu waktu susukan Ilyaas saya tak mengepam bila di rumah. Mungkin saya malas, dan mungkin sebab Ilyaas memang seorang milk monster. 
Yang sebenarnya saya mmg takut susu tak cukup kalau dah dok pam bila anak ada bersama. 
Rupanya saya salah. Walaupun anak ada bersama, sessi mengepam harus di teruskan. 
Tambah lagi bila sudah rasa bengkak susu

gambar latest Imani bersama umi


Rezeki kadang-kadang banyak susu. Kadang-kadang sikit. 
Apepun tetap simpan dan simpan. 
Ada kesempatan, saya hadiahkan pada Zarifa. 
Kalau saya jadikan kurma sebagai kudapan saya, InsyaAllah susu pun banyak. 
Kalau saya makan nasi lemak untuk breakfast, InsyaAllah susu pun banyak. 
Buat masa ni mmg tak makan apa-apa produk untuk tambahkan susu, kecuali suppliment for Lactation Mother from Blackmores. 

Umi harus ikut jadual lain-lain jugak untuk berjaya. read jangan malas membaca, jangan malas menulis. menulis thesis dan paper, bukan hanya menulis blog.:P

Contoh jadual yg kena ikut ialah

Jadual memasak setiap hari kecuali hari rabu
Jadual baca quran
Jadual membuat literature review setiap Rabu dan Selasa
Jadual update stock di Myhafiy Blogshop setiap hari Khamis
Jadual update barang pada supplier setiap Sabtu atau Ahad
Jadual membuat tutorial software setiap hari lepas lunch hour

Hoi, skrg lepas lunch hour la ni, tp pi tulis blog pulak.....


ok-ok, bye...



Monday, April 29, 2013

Review Breastmilk Storage Bottles

Assalamualaikum semua, 
Salam 1 Malaysia. ni bukan blog Ah Jib Gor, tp blog Umi Athi yg tetibe rasa pening tgk keadaan politik negara. Apepun, doa doa agar Malaysia sentiasa berada dalam kepimpinan yang diredhai Allah, Aminnnn..

Ok, arini nak cerita eh bukan bukan, nak review botol2 yang saya guna untuk simpan susu perahan saya. Saya ada 60 bijik botol susu untuk simpan susu, dan untuk buat bawa gi uni/ofis untuk pump. Dulu ada 30 bijik jer, pastu masa Imani lahir, pi beli lagi 20bijik. Pastu beli lagik entah berapa bijik tak ingat.
 Jap jap carik entry beli botol baru masa beranakkan Imani.. Ini entry nyer

Dari 60 bijik botol ni, ada beberapa brand la..

Ok, jom kita tengok botol mana yang best. 


Mom's Little One (2oz) 

Yang ni my first purchase selepas Botol Madela (yang datang sekali ngn Pump Madela). Saya beli 1 kotak, sekotak ada 10 bijik. Satu dah pecah/retak. Yang ni best, especially bila mula mengepam first time dalam pantang. time susu tak berapa nak keluar lagi. Sebab dia kecik 2oz je, jadi tak la rasa stress kalau lambat nak penuh. And yang best dia ada kata-kata motivasi. Kalau dpt 30ml (1oz), kat sukatan tu tulis, Tq Mom. Kalau dapat 60ml (2oz) pulak, dia tulis, Love U Mom
Kan jadi lebih bersemangat kita nak mengepam? 
Botol ni ada 5oz gak k. N dia fit dengan madela pump, sama ada pump pisa, harmony or freestyle.
Satu lagi best sebab dia kecik, tak amik ruang sgt, senang nak bawa gi rumah babysitter, bagi yang ada baby yg minum takat 2oz je sekali minum. Macam Ilyaas dulu la.. 
Oh ya, yang ni saya beli FabulousMom. Pastu sebab dia kecik sgt, bila dah pump sekali dpt more than 2oz, dah tak berapa nak guna sgt la...Tp guna isi sabun basuh botol bawak gi uni pulak. N bawa travel jugak. 
btw, botol MLO ni ada disc cap. leh beli asing kalau hilang. tp setakat ni tak pernah hilang lagi la sbb dia melekat elok je bila lepas basuh...


Little Caliph Heaven (5oz)

Ini saya beli kat e-mum shoppe. Cantik. Kaler pink and Kuning mcm gambo kat atas ni. Sekali beli terus 20 botol. RM65 untuk 20botol. Korang kira la untung ke tak. Botol ni buat kita rasa puas hati tgk susunan dlm freezer sebab warna warni gitu. Dia punya sukatan tu jenis lekat terus kat botol,so takde la susah sgt nak nmpk berapa oz dah pump. Botol ni ada disc cap gak, tp disc cap dia melekat kuat gila ngn penutup. tak pernah cabut pon. 
 Botol LCH ni fit well with my madela harmony. Tp longgar dengan madela pisa. i bet longgar jugak untuk madela freestyle. 

kalerful kan botol2 tu...suke suke suke.



Bumble Bee (5oz)

Yang ni bentuk lebih kurang macam Little Caliph tu. Tapi botol bumble bee ni fit elok2 je dengan semua jenis madela pump.  Dia jenis slim la jugak, bacaan dia cetak kaler biru kat botol, senang nak nampak berapa oz dah pump masa tgh dok mengepam. Saya beli kat Kiddy House kat Kuala Terengganu sekotak dapat percuma 2 botol. Sekotak ada 8 botol kot. Tak berapa ingt. dapat free 2 jadi 10 botol. Harga masa beli tu RM35 kot. Tapi harga kat e-mum shoppe lagi murah. RM32 jer. 




Jingle Jungle (5oz)

Yang ni botol dia gemuk sikit dari Bumble Bee, tp tak la segemuk botol Madela. Tulisan sukatan tu cetak kat hitam. Pon senang gak nak tengok masa dok mengepam berapa oz dah terisi. Saya beli kat Fabulous Mum. Tak ingt sgt dah berapa harga dia. Rasanya dlm belas-belas gitula. Korang check la ye kat website Fabulous Mum. Ku malas mau taruk link tibe2.  Botol ni fit well dengan semua jenis pam madela. 
tapi kan, tapi kan, botol ni penutup dia jenis yang ada disc cap tu. So tiap kali bukak tutup mmg asyik tercabut je disc cap tu. disc cap tu mmg tak melekat pon ngn penutup dia, so kena berhati2 skit la masa nak tutup tu, make sure disc cap dia dok betul2 tengah ... Pastu masa basuh pon kena susun elok2 plak disc cap tu. Kalau hilang dah tak leh guna botol ni...




Tollyjoy (5oz)

Botol ni nama nya emergency botol. Hari tu beli sebab takde botol kosong (semua dah guna untuk frozenkan susu) untuk hantar ke babysitter. Beli kat Jusco jer, RM18.90 untuk 4 botol. Boleh tahan mahai la harganye. Tapi dah terdesak, ku belasah ajer. Botol ni tak best. secara jujur ku katakan. Sebab , dia tak fit dengan mana-mana pam madela ku. Serta sukatan oz kat tepi botol tu tak berapa clear. Susah benor nak sukat berapa banyak dah susu yg dituang dr plastik storage ke dlm botol ni. Botol ni saya tak pernah guna untuk frozen kan susu saya. Hari-hari guna untuk bawa bekalan susu Imani ke rumah babysitter je. Dia punya penutup pon macam tak berapa nak ketat sgt. Emmm, ketat je tp ku tak berapa yakin tahap keketatan dia. (errr, tak tau wujud dok perkataan keketatan itu, harharhar). 
Satu lagi, dia punya plastik mcm tak berapa nak quality sangat la. Cam lembik je. Tp mmg dah BPA free yer. cuma tak berapa best mcm botol-botol lain. 




Madela (5oz)

Ni saya dpat sekali masa beli pam pisa dulu. Pam pisa tu dah tua dari umur Ilyaas.
Ada 4 bijik botol madela. memang terbaik. Sebab dia gemuk, pastu ada banyak ruang lagi kat bahagian atas tu. so mmg pam klu dah terlebih 5oz tu boleh je biar lagi, tak yah tukar botol lain. Kalau biar betol2 penuh, boleh jadik 7oz yer. tp kena hati2 la sebab dah penuh sgt kang melimpah pulak. Sukatan dia kaler hitam kuning. Senang nak nampak masa tgh dok pam. Harga satu tak sure le berapa sebab beli package dapat skali ngn pam kan. ada jer jual asing2, pernah tgk kat sogo ngn one baby world. Ku pasti harganya mahal jgakla.
Botol ni hari2 saya guna bawa gi uni untuk pam . Botol ni pendek kata best!



harap-harap review ni boleh bantu adik-adik yang nak jadi first time mum tu yer. Yang dok kompius botol mana nak beli. Banyak lagi brand yang ada kat pasaran. I review apa yang I ada je la. Selebihnya untuk simpan susu mmg bergantung pada storage bag je. lebih jimat ruang. tp botol kena ada, untuk bawa travel senang.