Thursday, August 29, 2013

Train Scene with Ilyaas

Hari ni nak share pasal aktiviti yg sy buat bersama Ilyaas. Lebih kepada nk make him feel occupied sementara tunggu ayah dia main badminton...at the same time dpt tgk perkembangam minda dia. Agak lama dh sy tinggalkn aktiviti home schooling utk Ilyaas..huhu..rasa bersalah plak...sobs 

Train scene ni part of activity yg ada dlm buku latihan berpelekat yg sy borong masa pegi big bad wolf last year. See dah lama beli buku aktiviti ni, tp dok bertangguh je nak buat aktiviti2 dalam tu. sebenarnya tunggu Ilyaas ni dapat focus lebih lama sikit pada satu2 benda yg dia buat. 


Ni sticker-sticker yang akan digunakan untuk siapkan train scene ni.
It's a clip-on pop-up sticker
ni pulak background landscape for this train scene.
umi la yg tolong Ilyaas sediakan semua bahan2 nak siapkan train scene ni.
ada la few steps yg simple kena follow sebelum boleh mulakan aktiviti ber-train-choo-choo ni

Mula-mula tu , I showed him how to do it. Lepas tu Ilyaas buat sendiri. Tak sangka dia berminat, dan boleh kusyuk buat aktiviti ni. Suka pulak dia. Boleh la sambil2 tu ajar dia warna...yellow car, red car, blue car...

Alhamdulillah, budak2 besar umur Ilyaas ni senang absorb. Jadi sekali je tunjuk kat dia cara nak selitkan clip-on sticker ni dekat landscape yg dah ada tu, terus dia dapat buat. Good job baby! eh panggil baby lagi, padahal dah masuk 25 bulan dah bulan ni.
concentrating on the task 

Typical anak umi, kalau tak dapat buat something lepas beberapa kali berusaha secara sungguh-sungguh, sure akan rasa geram nak ngamuk. Ada beberapa kali jugak la dia ngamuk sebab clip dkt sticker tu tak nak lekat dekat landscape tu. Pity him. Mesti la umi tolong lepas tu. 

adegan ngamuk 


Berkat kesabaran Ilyaas, berjaya juga siapkan train scene ni mengikut instruction dalam buku aktiviti tu. Tahniah anak. Walaupun sgt simple, tp it's a hard work for you. Satu hari la dia dok membelek kereta-kereta and train ni.
hasil usaha gigih Ilyaas
dibantu oleh umi serta little assistant, miss Imani
rasa mcm nak frame je 3D image of train scene ni
boleh letak dlm bilik Ilyaas nnt

Tuesday, August 27, 2013

New Design Newborn Swaddle Pod (with free cap)

Dark choc
RM40
Postage RM7

Peach 
RM40
Postage RM7

Pink Zebra
RM40
Postage RM7

Sea Blue
RM40
Postage RM7

Sky Blue
RM40
Postage RM7

Black n white Zebra
RM40
Postage RM7
Email: athidean@hotmail.com or fathiyah.jamaludin@yahoo.com
Whastapp/ Sms: 0194488744

Pneumococcal & Rotavirus Vaccination

Akhirnya, Imani is on pneumococcal vaccination + rotavirus. Sama mcm Abg Ilyaas.Bezanya, utk Ilyaas hanya pneumococcal vaccination dan di ambil seawal usia 4 bln. Tp utk Imani, kitaorg husband n wife hanya mulakan vaccination ni masa Imani berusia 7 bulan.Well, ni di sebabkan masa umur 4/5 bulan, Imani kena bersunat dulu..so kitaorg tunggu lepas habis siri vaksin wajib oleh KKM sebelum mulakan vaksin tambahan ni. Kitaorg ke Hosp.Pantai Ipoh utk amik vaccination ni. 

Mulanya plan nk amik vaksin ni from Pusat Perubatan Ar Ridzuan, tp tukar plan sebab di PPAR, vaccination pneumococcal kena buat booking semingu awal dan harus bayar wang pendahuluan utk booking tu plus total charge vaksin pneumococcal di PPAR menjangkau Rm500. Tapi dekat Hosp.Pantai, harga vaksin ni just Rm210 ( utk yg control 10 jenis bakteria).

Paed pilihan kami.
Dah beberapa kali anak demam tak kebah kami bawa jumpa Dr.Lee
yang bestnya, klinik ni bukak on Saturday. and tiap kali datang x perlu buat appointment dulu.
Doctor juga easy going, dan always ask the parents tahu tak ubat ni untuk apa, cucuk ni utk apa yada yada yada

Kesedaran untuk berikan suntikan tambahan pada anak-anak saya bermula sejak saya mengandungkan Ilyaas lagi. Syukur la sebab saya ada kakak-kakak ipar yang up-to-date. From dorang la saya belajar pasal vaksin pneumococcal ni. Untuk Imani, sebenarnya mmg plan nak amik vaksin ni sejak dia umur 2 atau 4 bulan. Tapi selain reason yg sy sebut kat atas tu, saya agak bertangguh jugak. Sehinggakan satu hari saya dikejutkan dgn pemergian permata hati Erina akibat serangan bakteria jahat  Streptoccoccus bacteria . 

Dan menurut doktor, bakteria ni boleh di halang sekiranya bayi kita mendapat vaksin tambahan Pneumococcal. Kisah arwah Aqil menyebabkan saya rasa tak boleh lagi bertangguh tangguh utk dptkan vaksin ni. 

Kalau korang yang baca blog ni nak tau lebih detail dan lebih terperinci berkaitan penyakit pneumococcal dan bakteria jahat ni, jemputlah baca artikel Erina. Penyakit itu. Penyakit Pneumokokal.  Doa saya, jauhkan lah anak-anak ku dari serangan sebarang penyakit. Biarlah mereka membesar dgn tubuh badan dan akal yg sihat. Ini sebagai satu usaha, selebihnya kita tawakal dan yakin pada kuasa Allah SWT. 

Vaksin Pneumococcal ni boleh di beri bermula seawal usia 2 bulan. 

Details pemberian vaksin ni seperti kat bawah ni:

Sebelum 6 bulan - 4 kali suntikan (selang 2 bulan setiap satu suntikan) sehingga umur 12 bulan
Selepas 6 bulan - 3 kali suntikan sehingga umur 12 bulan
Selepas 2 tahun - 1 @  2 kali suntikan

Puteri saya. Imani Hafiyya. waiting for her turn untuk di cucuk
Selain pneumococcal, saya dan husband dah sepakat untuk ambil vaksin Rotarix, untuk melawan penyakit Rotavirus. Terdapat banyak arguments berkaitan halal dan haram vaksin rotavirus ni. Sabar, kita tak perlu melatah kalau dengar vaksin ni tak halal, terus tak boleh ambil. 

Semuanya bergantung pada kes tersendiri. 

Macam saya dan keluarga, kami menetap di Perak. dan seluruh negeri Perak, pernah di isytiharkan sebagai kawasan endemic (penyakit berjangkit) pada January dan February 2012. Dan menurut notis, ianya masih lagi endemic di negeri ini walaupun dah tak ada kes kematian disebabkan rotavirus ni. Doctor Lee sendiri bagitau saya yg 50% dari penyakit cirit birit dan dehydration di kalangan bayi adalah di sebabkan virus rota ni. Dan setelah baca beberapa artikel dan dapatkan pandangan seorang kawan yg juga doktor, saya decided untuk dpt vaksin rotavirus untuk Imani. Tambah lagi Ilyaas pernah dijangkiti virus rota ni tahun lepas, menyebabkan Ilyaas terpaksa tukar susu untuk beberapa hari. Kisah Ilyaas kena cirit birit terlampau dan susu yang sesuai dengan nya. 




Vaksin ni tak perlu di suntik.
Kena titiskan dalam mulut
Dah selesai semuanya, saya pun isi form YES! Form ni untuk tunjuk support kita pada YES to PnD protection campaign yang di lancarkan baru baru ni. The YES campaign.



Total Price utk Vaksin Pneumococcal dan Rotavirus plus consultation is RM397. 
Rm50 consultation
Rm210 Pneumococcal
Rm130 Rotavirus
Rm7 Service charge kot

Ye, memang banyak sekali harga tu. Hukhukhuk
Tapi demi protection untuk anak-anak, kita melabur la sikit kan. Hehehe.
Kalau boleh spend ratus2 beli baju raya Jovian (well, I mmg x la berjovian jovian ni, ahkak pakai baju raya medin je) , tak kan tak boleh spend sikit untuk kesihatan anak. 
Ini bukan jaminan, tp usaha. Allah kan suka hambaNYA yg berusaha. InsyaAllah


btw, ni nak share betapa ramainya orang pegi klinik Dr Lee ni.
Walhal ada je paed lain kat Hospital Pantai Ipoh.

Monday, August 26, 2013

Cara nak dapatkan sample percuma Lactacyd

Bagi orang perempuan, mesti familiar kan dgn produk Lactacyd ni?
Kalau korang tak familiar, hmmmmm maybe korang pakai brand lain kot. hehe

Tapi I since pregnantkan Ilyaas, mmg Doc.Fauziah suggest untuk pakai brand Lactacyd. 
From the day I pregnantkan Ilyaas, sampai ke hari ni, mmg I adalah seorang pengguna setia Lactacyd. 
Paling suka yang kaler pink. Wangi giler. 
2 tahun sudah, packaging Lactacyd cam lain sikit. 
Tahun lepas rasanya keluar packaging baru, ada flavour2 baru. 
Ni range product Lactacyd yang ada di pasaran
Sekarang ni, kita semua boleh request free sample from website Lactacyd. 
Senang gile je nak request. 
First, register as VIP Club kat website Lactacyd. 
Korang klik gambar bawah ni, nnt direct gi website Lactacyd. 



Nak register pon, just provide basic info. Kena letak alamat skali la, nnt senang dorang nak post sample tu. 

Selain leh dpt free sample, boleh gak dpt kan voucher 15% discount untk V-Strip. 
Ni voucher I.

Nnt boleh redeem kat mana-mana farmasi yg ada jual Lactacyd V-Strip. Hahhaha

Tak pernah cuba lagi...kuikuikui...


Saturday, August 24, 2013

Sedihnya bila baca

Kalau baca blog Mummy Pja, I mesti end up menangis.
Tak sah kalau tak menangis.
Entry berkaitan Imaad dan Iyaad, lagi buatkan I menangis.
Imaad sebaya Ilyaas.
Iyaad sebaya Imani.
Nama dorang semua bermula huruf I.
Kebetulan yang tak di sengajakan.
Saya tak pernah jumpa Pja.
Banyak kali pujuk husband untuk visit Pja dan anak anaknya.
Tapi belum berkesempatan.
Pasti ada saja yg menghalang.
Rasa bersalah dan ralat sgt sebab sampai sekarang, dah 3bulan lebih Pja sakit, saya tak pernah melawat.
Tapi doa saya tak pernah putus buat Pja dan Imaad dan Iyaad.

Saya terfikir nak ambil Iyaad sebagai anak susuan.
Susu Imani ada banyak dlm deep freezer.
Boleh ke beri pada Iyaad?

*link entry ini, saya mahu peluk Imaad tp .... http://debumelukut.blogspot.com/2013/08/sabar-lah-imaad.html

Friday, August 23, 2013

Menabung demi masa depan

Dah selesai masukkan duit anak anak dlm akaun simpanan dorang. Duit raya dorang aritu. Campur duit Imani masa dia lahir hari tu.
saya pilih Bank Islam junior ar awfar utk akaun simpanan Ilyaas n Imani
Akaun Ilyaas dh di bukak masa tahun 2011 lg.Imani bukak new account. Proses nk buka akaun anak di Bank Islam adalah mudah dan cepat. Semua borang dh di kepilkan sekali, kita isi bahagian details peribadi sahaja. Staff di situ pon ramah dan rajin membntu. Bagi pemegang akaun junior ar awfar ni, ibu/ ayah akan di beri buku simpanan mudharabah. Segala urusan bank harus di lakukan menggunakan buku simpanan sampai dorg berumur 18 tahun...kot la.xpasti.. Semoga simpanan yg ada ni akan bertambah dr sikit ke banyak.sikit sikit lama lama jadi bukit..InsyaAllah...

Wednesday, August 21, 2013

Imani Hafiyya - 7 bulan

Anak dara ni dah genap 7 bulan hari ni. Alhamdulillah. 
Syukur dpt tgk anak membesar dpn mata, walaupun bukan 24jam dgn dia. Siang 8-5.30 antar kat babysitter. 
Imani sekarang dah pandai ngensot macam ulat gonggok. Laju gila ngensot.
Memang tak boleh letak atas katil lansung dah skrg. Merbahaya sgt. 
Even kalau dia tidur siang pon, tak berani nak letak atas katil ,even sengkat2 dgn bantal keliling katil tu. Kekuatan Imani dah mampu menolak bantal2 tu jatuh tergolek. 

Makan pon dah banyak. 3 kali sehari kalau dgn babysitter. Kalau dok dgn umi, skip breakfast, sebab umi paksa minum susu direct sebab umi malas pam. hahahah, kejam sikit la. tp tgk dia ok je, tak cranky sebab lapar pon pagi2. Umur 6 bulan setengah baru introduce daging ayam dalam menu harian Imani. 
Masak bubur nasik, campur campak dgn carrot, ayam dan kurma. 
Pastu blend 3/4 halus. 
Laju dia makan bila ada rasa ayam. 
Kekadang tak cukup 2oz sekali makan. 
Yang I perasan, lepas makan, tunggu 30minit, sure dia ngantuk. Pastu nangis merengek nak minum susu. 
Lepas gombeng dalam 10-15minit, confirm tidur. 
tp kalau dah ngantuk or penat sgt, dpt nenen je terus pejam mata. 
Kalau tidur dlm buai, mmg nyenyak tidurnya. 
Kalau atas tilam, kejap2 terkejut. 
Hmmmm, tp kat rumah kitaorg mmg xde buai. buai kat rumah bs je. 
kat rumah plak, Ilyaas sokmo cakap banyak, main keluar bunyi kuat2. adik tidur pon tak nyenyak. 


anak dara umi get ready nak balik raya
mainan penuh kat seat belakang utk dua anakanda tercinta

Umur 6 bulan lebih dah tumbuh gigi. aritu kan demam seminggu sebelum raya. 
dah agak demam nak tumbuh gigi. minggu kedua raya, dpt rasa benda keras mcm tulang kat gusi dia. minggu ni dah nampak putih2 gigi. kena gigit dah beberapa kali. tips dia, setiap kali dia gigit, picit hidung dia. 
ada gak kekadang dia sengaja gigit, sebab gatal sgt kot gusi tu. picit hidung pon x nak lepas. last2 cubit peha dia. hahaha, pastu takut2 peha anak lebam. 
favorite dia skrg sebelum tidur or lepas bangun tidur, pegi jilat jari kaki abg dia. habit ape ntah ni.
pelik pelik. 
lagi2 kalau abang dia pakai stokin tidur mickey mouse. mmg laju dia gi cari kaki si abang. 
klu nak susu tp nangis bnyk kali umi takde, dia gi tarik jari tangan abang dia plak. 
kekadang Ilyaas layan la. tp most of the time, Ilyaas bengang. 
so dia tolak je kepala adik dia. 
Tak larat nak cakp dah jgn buat adik cmtu. 
Imani pon satu hal gak, suka sgt sakat abang dia. suka gi cium2 meleleh air liur kat pipi abg dia.kat badan ke. tarik rambut. 
rasanya seminggu dua lagi, dia gigit kot abg dia tu. 


Masa malam raya. time ni tgh teething. sikit2 nak gigit. bagi teether tak nak. nak gigit jari.
nak gigit hp. nak gigit toys. 
Imani budak comel ni, berat dia tak berapa naik sgt. aritu timbang 6.6kg je. masa 6bulan la. panjang 66cm kot. ke 68. so nampak panjang je. baju pun ada yg 0-6m muat lg. kalau beli 12-18 mmg gelebeh je dia pakai. biasa la kot budak perempuan kan.

mulut dia boleh tahan la banyak ckp. suka buat bunyi mendengus kalau dia nak tarik perhatian orang. bunyi mcm ganas je.
tp klu ngantuk, dia akan membebel sorang2 kluar bunyi2 lembut je. penuh keayuan.
dalam kereta, ada masa saya riba je dia. time tu, mmg aktif betul.
kejap2 nak mintak ayah dukung. bukan nak ayah pun, nak stereng kereta tu sebenarnya.
dah pandai pegang botol susu sendiri skrg ni

Skrg Imani dah pandai pegang botol susu. masih setia pada TT. dah start minum air kosong jugak. pon guna botol air TT yg ada pemegang kat tepi tu. bagus gak botol tu. leh cabut handle dia, n guna kat botol susu. 
Belum ada gaya nak merangkak. tp kaki dah kuat. sbb suka melompat kalau pegang dia berdiri. 
dia nangis pun boleh tahan hebat. mcm kena dera. 
kekadang malas nak layan. 
makin tak dilayan, makin kuat decibles kenyaringan dia. 
terpaksa jugak la dukung. 
kalau lambat, dia merajuk. fuhhh, susah pulak nak memujuk. 
anak anak. 
suka masuk dapur. ciri2 kewanitaan dah terserlah gitu. 
okay tu je la kot. 
oh ye belum amik jab pneumococal lagi ni. 
InsyaAllah weekend ni kita amik. 
partner in crime.
teman suka duka
adik beradik
air dicincang tak akan putus

Sunday, August 18, 2013

Raya Day 4 ( Terengganu)- Perusahaan Bepang Pulut Surau Panjang

Cerita hari raya ke 4 pulak. 

Pagi pagi lagi kitaorg dah siap-siap nak gi beraya rumah mak sedara yg xsempat pergi masa Day 2 haritu. 

Sebelum keluar beraya, sempat lagi menggediks dgn husband. 
Weh, sepanjang raya kali ni tak sempat pun amik gambar berdua je dgn husband. 
Sekali sekala nak feeling pengantin baru jugak ken. 


kami suami isteri
tunggu la, tak lama lagi maybe husband i menulis kat blog ni jugak
pasal kereta..hahah
ada kisah pasal kereta kitaorg


Tengok la reaksi husband ku. memula muka xde perasaan je. 
Lentok sikit atas bahu baru dia gelak sakan.
Nak buat camne dapat isteri sengal camni kan, husband plak sabar je la melayan. 

Rumah pertama kitaorg gi rumah Suwook. Adik bongsu my father in law. 
Suwook ni jenis orang yg suka berniaga. 
Perniagaan utama dia ialah Bepang Pulut. 
Bepang pulut dia mmg sedap. 
Rezeki kitaorg aritu, masa sampai Suwook tgh busy siapkan order untuk orang buat door gift kenduri kawin. 
Bepang tu fresh from kuali, pastu masuk kat acuan dia, and Suwook tgh dok potong-potong ikut size yg orang tu order. 


bepang pulut suwook
Pembuatan bepang pulut oleh Suwook ni dibuat secara semi-kecil kecilan. Buat kat rumah je. Pekerja sendiri sahaja. Pakai beras pulut siam, dengan gula nira siam. tak pakai yg local sebab local campur gula biasa jugak. 

Suwook jual sepeket ada 3 keping bepang. Harga sepeket mengikut size bepang dalam paket tu. 
Biasanya untuk door gift orang order yang size kecik-kecik je. Harga bermula from RM0.50, RM0.70 dan paling besar RM1.00. Ni kalau order banyak-banyak la. 

Kalau order sikit2 xleh la nak dapat harga borong mcm ni. Kalau beli kat pasar payang, mau sepeket RM3.50 kot tak silap. 


Sapa nk order boleh contact Suwook
No HP: 013 976 4003
No Tel Rumah: 09- 619 5737

Alamat rumah Suwook:
No 130, Kg Surau Panjang,
21070 Kuala Terengganu

Suwook atau nama sebenarnya  Jarrah Binti Awang


Dah terlanjur tengok kegigihan Suwook dok potong2 bepang pulut tu, I pun ter-join Suwook buat kerja kat bengkel bepang dia tu. 
Sambil buat kerja, sambil ngap dua tiga keping bepang.. Hahaha
Sebagai upah, dapat beberapa bungkus bepang free. :P 
Saya menolong Suwook

Sementara tu, Ilyaas kat dalam dok seronok main dgn cucu cucu Suwook.
OOTD Ilyaas
Baju Upin Ipin
Seluar Rebel UK
Habis melawat Suwook, kitaorg nak gi umah Mok Cik pulak. sekali tak de orang . So balik rumah lepak je kat rumah. Lepak sampai petang sebab tunggu kawan2 mrsm husband sampai. 
Anak anak tak mau tidur, so bagi dorang layan tab kejap.

Petang tu lepas tetamu balik, kitaorg gi dinner kat Ibai Golf Resort
Esok nya balik Tronoh. 
Tamatlah sessi raya kitaorg. 
Hari Selasa malam dpt call tok meninggal. rushing balik Penang/Kedah pulak. 
Plan nak beraya kat sebelah my family tertunda sebab pemergian nenek tercinta. 
Di ganti dgn majlis tahlil.
Anak2 sempat lagi habiskan baju raya yg belum di pakai. hehehe. 
anak beraya sakan dari parentsnya.biasala tu kan.


Friday, August 16, 2013

Raya Day 3 (Terengganu)- Adik Ipar bertunang

Raya ketiga, duduk rumah. Sebab adik ipar bertunang. 
tema bakal pengantin purple. 
tp family pakai merah. 



Maka, repeat baju kawin adik ipar tahun lepas la kitaorg. merah hati gitu. Imani masa ni dah tukar outfit. sebab baju dia seksi sgt. n cuaca cam sejuk sikit. outfit asal kat gambar bawah ni. Ilyaas takde baju raya kaler merah. so pakai je la grey.


Tahniah ye adik ipar on ur engagement. Cun cun je dia habis study medic, bertunang dan InsyaAllah nikah tahun depan. Tahniah Dr Nurul Jannah dan Left.Muda Joey
Bakal biras adalah sebaya dgn husband. So kitaorg panggil dia abang joey...acah acah je. 
hantaran semua adik ipar buat sendiri. 
lace kat baju tu pun dia jahit sendiri. 
kalau tangan dah berseni tu, senang la...bukan macam kakak ipar dia ni, nak jahit butang baju tercabut pun berejam rejam. kuikuikui. 

Nanti dia update la tew pasal engagement dia kat blog dia. 
InsyaAllah wedding akan dilangsungkan bulan 3 tahun depan. 
Maybe dia tgh housemanship time tu. 

Bakal bertambahlah lagi ahli keluarga HD next year. 
Masa raya ke tiga ni jugak la berkesempatan jumpa mak pak sedara sebelah husband yg mostly menetap kat KL. ada jugak from KB and Penang. 
Riuh rendah rumah dgn family besar. 
Kali ni ayah amik katering je, so kerja lebih mudah. 
Mak pun lebih relax. 



Raya Day 2 (Terengganu)


Sambung cerita raya kedua pulak. 
Hari kedua pulak, kitaorg siap-siap nak gi open house dan beraya rumah mak-mak sedara. 


Sebelum keluar rumah, sempat lagi posing. Raya ken, haruslah banyak amik gambar. 
Jippa tak ikut, sebab cuaca kat luar dah mendung. kang hujan sian plak dia kena hujan. 
Tapi yang tak berapa bestnya, pagi raya kedua, Ilyaas demam.
Cepat2 bagi makan ubat demam.
Pastu baru dia selera sikit makan.
Pagi tu pulak, mak masak breakfast nasik lemak. terbaik la.
Kol 10 lebih gak la baru kitaorgn bertolak keluar nak gi beraya. campur tolak mak mak dan anak anak dara bermake up lagi.

Rumah pertama yg kitaorg pegi, rumah Dato' Wan Mokhtar. Bekas MB terengganu.
first time gi beraya sini. huhu.
Makanan best . tp sebab perut dah kenyang makan nasik lemak mak, kitaorg x la melantak sakan. hahha.
makan kuih2 je.
tapi sempat gak rasa lasagna n spaghetti sebab amik sikit untuk suap Ilyaas, ngn anak-anak sedara.



Tak lama pun kat sini. Sebab plan nak gi visiting rumah lain lagi. Masa sampai tu hujan dan renyai. Imani tidur je sampai dah nak balik baru jaga. sempat la bergambar. Sian Imani ayah dukung sampai nampak undies dia. Seb baik baby lagi. 



Sempat lagi amik gambar tgh hujan renyai2 tu. 
Ilyaas still demam.so kena berpayung la umi ayah dia.
masa gi sini, I sorang je pakai handbag tak glamer. Hahaha, gasakla. 
yang lain pakai coach, prada, LV bagai. 
Sempat singgah rumah Kilong je. Sebab dah nak masuk solat Jumaat n hari pun hujan. 
Cancel pegi rumak mak mak sedara yg lain. 

Raya Day1 (Terengganu)

Pagi pagi raya, lepas Subuh, mandi sunat hari raya, terus turun bawah gi dapur. Tengok bapak mertua dah tercegat kat luar rumah, tengah panaskan bara api, nak bakar sate. Pastu mak mertua dok ketung ketang kat dapur panaskan kuah kacang semua. 

Elok nak menolong, dengar suara anak dara menangis nyaring lagi kuat decibles nya. 

Dah xtolong jugak kat dapur.Naik atas balik. siapkan anak anak. 

Punya la susah nak nak kejutkan Ilyaas bangun pagi. Sebab malam tu susah jugak nak tidurkan dia. Biasala ken, balik kampung ramai sepupu sepapat, main je la kejo nya. 

Dah ada anak ni, objektif utama raya nak tgk anak-anak kita comel dan segak berbaju baru lah. 



Baju kurung Imani di jahit penuh kasih sayang oleh nenek beliau. 
Headband bunga satin 3 kuntum ditempah khas untuk hari raya from ohbabygirl boutique
Gelang, rantai, gelang kaki semua lengkap. Anak dara ken. haruslah ada barang kemas. 



Anak bujang sorang ni, pakai baju melayu johor. dengan sampin. 
All from Mydin. Hahaha. 
Altered by nenek beliau jugak. 
Eh patutnya ada songkok. tp tak banyak gambar dia dgn songkok sebab dia suka kopiah dari songkok. 

Orang lelaki je gi solat. Mak mak yg ada anak kecik ni tunggu je la tok laki balik solat. 
Lepas semua dah balik solat, kitaorg amik gambar family.


Ni almost everybody is in the picture except for yaya sebab dia on call pagi raya. sambut baby baru lahir. gambar ni kita kasik besar sikit. bagi nampak muka semua orang. 

Lepas bergambar, sessi salam mintak maap. kemudian bagi duit raya. 
dan lepas tu, tetamu mula datang beraya. 
tahun ni rasanya tak la ramai sgt orang datang mcm 3 tahun sudah. Pergh dulu mcm non stop tetamu datang. mmg tak smpat bancuh air pun . tapi kali ni, tak banyak membantu sgt la. again, alasan yg sama, Imani asyik melekat dgn umi je. 

Petang tu, hujan turun. Agak lebat. So layan tidur jap. 
Lepas asar, rasa motivated pulak tgk biras dan kakak ipar sibuk bersenam dekat mini-gym HD. 
So join dorang. Kayuh basikal 13km. Rasa mcm hebat je 13km, tp kalori yg terbakar sikit gila. 
Nasib baik la masih breastfeed so tak rasa bersalah sgt makan macam gorila. :P

ok nnt sambung lagi raya hari hari lain nya. 

*raya pun nak buat part-part*

*baru la jadi banyak entry...hahahaha*



Wednesday, August 14, 2013

My grandmother passed away

Last night, my grandmother on my dad's side passed away in her telekung, while performing  Isyak prayer.

I received call from my mum around 10.30pm.Straight away packed our half-way-unpacked laguages and drove north.Arrived at Bukit Mertajam around 1.30am.Did not went back to Sg Seluang since my kids are not really well (post raya sindrome).

After Subuh, head back to my tok's house in Sg Seluang,Kulim. Recite Suratul Yassin to arwah and had opp to help during memandikan jenazah process.great valuable experience.Thanks to kiddos for not being grumpy and to husband for helping in taking care of them.

Her body was burried next to her late husband grave..semoga rohnya tenang di sana dan di tempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Will be going back to kampung again tonight for tahlil.pls sedekahkan Al Fatihah to my late Tok Nab..

Al Fatihah.....


Tq

Sebelum Raya


Kali ni raya kami raya kat Bt. Payong. 
Hari Isnin sebelum raya tu kitaorang bertolak from BM lepas solat subuh, around kol 7pg camtu. 
Sampai Marang kol 2 lebih gak la. campur berenti banyak kali. mula stop kat Jeli. pastu Bukit Bunga. pastu kat KT kejap singgah amik kepok lekor BTB. 

Saja balik Bt Payong awal sikit. Sebab last balik masa pilihan raya aritu. So dpt la spend seminggu kat sini. 
Masa kitaorg sampai tu, still tak cukup corum satu family halaman dhuha. 
Family Shah Alam hari rabu baru sampai. 

Malam raya tu, mak la busy masak kuah kacang, rendang, n nasik tumpen. (ok, kalau salah eja, adik2 ipar sila jangan gelak!). Ayah ngn husband n abang2 ipar semua dok busy bakar sate. Sedap gila sate tahun ni!

Saya ni tak berapa membantu sgt. Imani asyik nak berdukung je. Letak kejap nangis. Kalau dia tidur, dapat la tolong2 sikit kat dapur. Buat kuih raya gitu gini. Tapi kejap je la. tidur dia bukannya lama pon kalau siang. 

Malam raya, kitaorg semua sembahyang jemaah isyak. pastu takbir ramai-ramai. Sayu. dan gembira at the same time. kalau time terawikh pun, mmg terawikh ramai-ramai, ayah jadi imam. 


Time takbir tu, rasa tak percaya baby Zarifa still with us. dapat celebrate raya ngn kitaorg semua satu keluarga. Alhamdulillah.Siapa sangka kan, kuasa Allah =)

Dah jadi tradisi keluarga halaman dhuha, kalau berbuka puasa, kitaorg akan makan dalam talam. tahun ni tak berapa nak merasa sgt makan sekali dalam talam. sebabnya asyik dukung Imani je sepanjang masa, mana nak join orang lain makan dalam talam. malam last berbuka tu je sempat. tu pun laju-laju makan. mintak tlg adik ipar pegangkan Imani kejap. 


sekarang ni, ada 3 dulang. satu utk lelaki dewasa. satu wanita dewasa. satu lagi kanak-kanak. 
champion utk talam kanak-kanak, ialah Ilyaas. 
bersungguh dia makan. 
Tahniah nak!
Umi bangga. hahahah
tak dan dan yang tu pn nak bangga


Tuesday, August 13, 2013

Mencari Mood

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah. Kitaorg empat beranak dah selamat sampai ke teratak kami elok elok azan Maghrib semalam. 
9 jam dalam perjalanan. Bertolak from KT pukul 10 pg. Sampai Tronoh pukul 7.30malam. 
Memang terbaik. Ilyaas muntah sekali dalam perjalanan. 
Sambung 2 kali lagi kat rumah. Kesian dia. Umi pon penat. Dia apa tah lagi. 
Imani ok. 
Mungkin sebab dia sentiasa rasa comfort bila dapat gombeng. 

Pagi ni, kemas-kemas sikit bag, n jemur baju, terus gi uni. Banyak kerja tertangguh ni. 
Nak mencari mood lagi nak mula balik segalanya yg ditinggalkan. 
Blog mmg 100% ditinggalkan sepanjang cuti raya. Raya is for family only. 
Bukan blog je ditinggalkan, research pun 100% ditinggalkan. 
Alhamdulillah raya kali ni, mmg focus pada keluarga je. Banyak ni nak cerita kat sini. 
Kita update pelan pelan. 
So sabar la korang tunggu entry entry pasal raya ok. 

Sebagai teaser utk hari ni, gambar raya kami sekeluarga...



Kami sekeluarga, especially saya la, nak mintk maaf zahir dan batin, kalau ada penulisan saya yg menyebabkan mana-mana pihak terasa hati. 
Ada ayat yg terkasar bahasa, mengundang sedih dan rasa tak selesa pada pihak yg membaca. 
Sorry ye korang. 


Saturday, August 3, 2013

Yang pertama dari Nuffnang

Alhamdulillah.
Cheque pertama dari Nuffnang dah sampai.Tiba pada waktu yg tepat.
Boleh la guna buat beli kasut raya anak2 walaupun tak la banyak mana.

Friday, August 2, 2013

24 Ramadhan- Terlajak Tidur daaaa

Assalamualaikum , Salam Jumaat, Penghulu segala hari.

Hari ni dah 24 Ramadhan dah.
Pecah rekod, hari ni terlajak tidur sampai hampir-hampir pukul 7 pg. Astagfirullah.
Makanya, kami suami isteri terlepas la pahala sahur, terlepas la mengalas perut untuk berpuasa hari ni.

Tapi, puasa tetap puasa. Wajib diteruskan.
Semalam sepanjang hari rasa tak sedap badan. Seram sejuk semacam je. Kepala pun sakit.
Petang pas balik from uni, ckp kat husband mmg tak larat nak masak.
So, ke bazaar je la. tu pun, husband keluar sorang je. kami anak beranak dok dalam keta je tunggu.

Balik rumah je rasa sejuk gila, siap pakai sweater semua. Berbuka makan nasi goreng share baki dari makanan Ilyaas. Husband beli nasi ayam sebungkus tak bersentuh pun. last-last dah detect ada ura-ura nak basi, so jadi makanan tong sampah je. Bazir!

Masa nak terawikh, Ya Allah dua-dua anak nak berdukung dengan umi. Si adik boleh la umi dukung sambil solat. Si abang, mmg x mampu la sayang. Dia geram, masa sujud, dia bantai duduk atas leher umi. Dah la tgh pening kepala, bangun from sujud, terus air mata mengalir sebab rasa sakit sgt kat leher. Budah berat almost 14kg kot duduk atas leher kan. Sujud kali kedua, dia buat camtu lagi. Kali ni terpijak tangan adik, maka adik pun nangis sekuat hati. Dan, umi x dpt nak kusyuk lagi dlm solat. Terus bangun dah 'naik angin' dgn Ilyaas. Insaf la sekejap budak tu. Anak la anak, time tgh membesar mcm ni, mmg kesabaran umi ayah kena tinggi. Tp thank u la anak-anak, dgn adanya korang, umi ayah rasa pahala puasa umi ayah tahun ni lebih banyak dari tahun tahun sebelumnya., InsyaAllah, mudah mudahan.

Ok, berbalik pada tajuk entry, kol 10.30 mlm, umi lapar balik. td berbuka makan seciput je kan. si adik pulak asyik nak gombeng je, bg ebm pandai pulak refuse semalam. so masak meggi la jawabnya. tak berkhasiat jgn tiru ye. tp saya darurat. nak cepat.

sepanjang malam tidur, adik melekat je dgn umi. susu umi jadi makin sedap agaknya bila umi tak berapa sihat , ye dik?
kol 3.30 bangun buat susu kat ilyaas.
sambung susukan adik.
alarm patut bunyi kat hp umi ayah kol 4.30. tapi tak bunyi. itu tekaan kami.
maka terlajak la tidur kami.
tak sahur la kami.
sobs.
sokmo mcm ni, hujung2 puasa mesti ada sehari ter-skip sahur.
moga dapat bertahan mcm biasa hari ni.
mungkin pump sekali je la kot arini.

apepun, bg yg dah nak mula balik kampung, pandu elok2 k.
kitaorg esok baru balik rumah my parents kat penang.
hari isnin, balik ganu.
dok ganu seminggu.
so sesapa kawan2 kat ganu, jemputla dtang umah parents in law i kat bukit payong k untuk beraya.
tok sah segan segan k:)

 *selambe je menantu ajak kawan dtg umah parents in law*
 *mak tak kisah kan mak?* heheheh

Thursday, August 1, 2013

Lepas 6 bulan

Saya happy. Mission accomplished. Now masa untuk maintan. 
Tak mau naik. Tak mau turun sgt dah. 

Alhamdulillah, lepas 6 bulan beranakkan Imani, saya dah dpt balik berat saya sebelum pregnantkan kan dia. 
Lagi 2kg dpt berat sebelum pregnantkan Ilyaas. 
Lagi 3kg berat waktu bernikah. Tapi tak target nak seringan mcm dulu. 
Husband tak suka. 
Hope dapat maintain berat ni. Bahaya ni. Entering raya mode in a week. Sure makan tak ingat punya la. (pastu bagi alasan, takpe saya menyusukan, Hahahhaha)

Last-last mata terbeliak satgi tgk no kat weight scale naik balik. 

Tadi nurse puji. Hahahah, itula, sebelum ni sokmo complaint kan berat I turun berapa gram je. Amik kau ni sekali turun 3kg. Puas hati. Terima Kasih bulan Ramadhan. Terima Kasih Imani (sbab ari-ari umi buat aerobik nak tidurkan Imani).

Well, berat mmg kurang, tp badan tak la rasa sihat sgt. Lama sgt dah tinggalkan sukan. Rindu nya nak jogging, swimming, main netball, lari peluh2 busuk. hmmmm

Sebenarnya, klu orang tanya camne leh kurus. Jawab saya camni je:-

1. Sabar. Kurus bukan boleh jadi dalam sehari or seminggu. Ko dah membulat dgn jayanya sepanjang dekat 10 bulan pregnant, jangan expect lepas 44 hari pantang, boleh dapt berat sebelum pregnant la. Kalau ada yg dpt berat sebelum pregnant lepas 44 ari pantang, mmg rezeki la. 

2. Susukan anak dgn susu badan. InsyaAllah boleh cpt kurus. banyak kolestrol burned everytime kita hasilkan susu. Tp kalau Allah tak bg rezeki susu banyak, its ok. Jangan sedih sedih. Mesti ada cara lain. 

3. Tak yah diet diet xmakan nasi semua. Makan nasi, tp jgn la menggunung penuh pinggan tu. 

4. Amik supplement. bukan ubat kurus ye. yg tu bahaya kesihatan. ni supplement nak bg vitamin tambahan pada badan kita. Kan elok kalau kita sayang diri kita sendiri dulu. bila vitamin cukup, zat cukup baru kita rasa sihat n aktif n urus keluarga dan urusan harian. Saya makan vitamin shaklee. dulu takut nak melabur. tp dah 2 bulan amalkan, Alhamdulillah rasa ok and serasi. Saya makan Soy Lecithin, Alfafa dengan Zinc. Tu je. Alhamdulllah production susu pun maintain. Badan pun mcm cergas sikit. 

5. Bersukan. Personally mmg tak sempat ke padang bagai. tp bersukan dgn anak2 kejar ke sana sini berpeluh2 jugak la kat rumah. so, sedikit sebanyak ada bersukan walaupun tak secara formal.. kan?

6. Craving benda manis? limit kan sebulan sekali je la makan. tp yang ni sya failed sikit. sbb hari2 rasa nak makan manis desert sedap2. hahahha


ok tu je la kot. 
nnt nak update pasai raya pulak. 
ni ada masa update sebab hati dah lega. dah submit full paper. 
yihaaaa. tunggu la accepted ke tidak. hahaha