Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

Raya 2018

Assalamualaikum you all sekalian, 

Hari ni dah masuk 14 Syawal. I hope it's not too late for me to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua. 

2018 raya falls on Friday, so continue with weekend and both of us amik extra another 5 days break to be with our families from Penang, Kedah and Terengganu. Puas beraya kali ni, cuma makan raya je kurang puas coz berjaga-jaga takut berat badan naik banyak and susah nak turun. hahah, itu pon try portion control and limit kan my sugary water intake je. 

2018, giliran raya in my parents' house on the first raya. 

My mini family tema warna yellow mustard. 
My dad and mum brown-pink while adik2 only Imran cannot join us on the first day of raya coz he had to be on standby dekat estate. 
Izzat was wearing full set green baju melayu while Amir was wearing only top baju melayu in khakis colour. 

Tuesday, January 17, 2017

Segari Turtle Sanctuary, Perak

Ni kisah tahun lepas, 2016. 
Hujung tahun aritu. 
Masa ni family dari Terengganu datang. 
2 adik ipar, mak mertua dengan tiga orang anak sedara dari Johor. 
Anak2 sedara ni datang dgn nenek and mak sedara dorang je, sbb my sis in law dan suami dia gi umrah masa ni. 

Masa hari kedua diorang ke sini, kitaorg dah mati kutu nak bawa ke mana. Plan asalnya nak pergi Taiping bawa budak2 ke Zoo Taiping. 
Tapi since semua orang pun macam malas nak travel dan kena bangun awal kalau nak gi zoo, kitaorg tukar plan ke Turtle Sanctuary je. 

Jarak dari rumah ke tempat ni ada la dlm sejam jugak sbb ikut jalan persekutuan je. 



Thursday, October 13, 2016

Halaman Dhuha Family Day 2016 di Limastiga, Melaka




Untuk julung kalinya, family in law saya buat hari keluarga. Dah lama plan nya, dari awal tahun lagi. 
Tempat yg dipersetujui ialah Limastiga, Melaka. 

Villa Limastiga ni kategori premium villa atau premium homestay. 
Nak sewa tempat ni, kena sewa the whole villas. Agak costly tapi worth it sebab selesa dan yg ada di situ cuma ahli keluarga kita sahaja. 
Facilities semua kita yg punya tak perlu sharing dengan orang lain. 

Perjalanan ke Melaka bermula hari Sabtu, 1 october 2016. Kami bertolak sekitar 9pg dari Perak. 

Friday, August 12, 2016

28 Hari di NICU



Assalamualaikum semua, 

Kalian masih ingat pada arwah Zarifa si Wildan Syurga ? 
Kalau dah lupa atau tak pernah tahu pasal si Wildan Syurga ini, jemputlah scroll ke entry2 lama saya berkaitan #Zarifa ku sayang

Saya minta maaf awal2 sekiranya sesiapa yg membaca entry2 lama tersebut, mengalir air matanya. Apakan daya, mmg ini kisah sedih tp penuh pengajaran dan kecintaan. 

Setahun sudah berlalu pemergian si Wildan Syurga ini, ayah Zarifa sendiri telah berjaya menulis sebuah buku mengenai perkongsian hidup yg Allah pinjamkan antara beliau dan isterinya dengan Zarifa. 

Buku yg bertajuk 28 Hari di NICU. 



Wednesday, March 2, 2016

Sabtu & Ahad kami


Weekend kalau tak kemana-mana (balik Penang or pergi KL), kami suka lepak-lepak dekat rumah and spend masa di kawasan sekitar perumahan ni jer. Nak kemana-mana pun actually rasa, jarang dapat duduk di rumah. Biasanya weekend kami ke Penang (balik rumah my parents) or gi KL (jumpa family sebelah my husband). So, kalau dapat masa kat rumah time weekend tu, rasa bnyk betul nak kena buat selain daripada nak kemas and membersihkan rumah. 

Sabtu and Ahad baru ni, kami ada di rumah je... 

Hari Sabtu....

Bangun pagi2, I sapu rumah, lap tangga, lap grill dekat tingkap sebab dah berhabuk sangat. 
Buang sawang2 yg dah mula menonjolkan diri. Hari kerja mmg jarang dapat cari masa nak bersihkan rumah betul2. sekadar lap2 camtu je kalau hari kerja. dan kalau weekend xde kat rumah, mmg tebal la habuk melekat. 

Lepas breakfast kat mamak, terus gi hospital pantai manjung. check up baby. 
kejap je kat hospital. dah siap, gi tesco manjung, beli barang2 rumah. 
bagus kali ni anak2 x mintak mainan. :D 
after that gi Johny's kat Aeon manjung. lunch kat situ. sebab dorang behave, umi belanja mainan kat Daiso :D jimat. Umi pon belanja diri umi 2 helai baju pregnant baru. 

Lepas zuhur, terus balik rumah. Bersihkan ayam dan sebagainya, kemas peti ais 
and masak for dinner. 
Dinner requested by Ilyaas. Simple je. bubur nasi. 
Petang, keluar gi utp oval. ada car boot sale katanya. 

Tuesday, February 16, 2016

CNY 2016 Trip to Medan

Minggu lepas I amik cuti seminggu. Sambung dari cuti raya cina hari isnin ngn selasa, ke rabu -jumaat. Nasib baik la ada carry forward leaves from tahun lepas, dapat la amik extra cuti tahun ni. Kalau tak, menangis jugak sbb cuti 14 hari je setahun. 

so cuti panjang jadi mmg dah plan pergi berjalan-jalan. Kali ni plan mmg awal betul, dari bulan october tahun lepas lagi. Plan gi holiday ke negara seberang. Kitaorg pilih Medan sbb jarak penerbangan yg sekejap and cost yg tak terlalu tinggi. Percutian kali ni fully sponsored by my dad.. thank you ayah :) 

Ni first time kami sekeluarga pergi bercuti sekali. Dah byk kali plan tak jadi. Mulanya nak gi langkawi, tp alih-alih tahun lepas, 2 kali my parents dapat pergi langkawi ikut office dorang. So, nak ke langkawi lagi mcm boring la for them. After all, adik2 I belum pernah gi oversea, so kita pilih destinasi yg kena cop pasport, saja feeling2 gi oversea. padahal flight tak sampai sejam pon. 

entry details untuk trip kat medan ni akan menyusul kemudian la. yg ni mcm sum up je. sebab gambar2 belum dipilih and letak water mark lagi. Tak sempatttttt...ni curik gambar from fb husband dulu. 

Itinerary kami ialah 4 hari 3 malam. 
Day 1: Sampai Medan, teruskan perjalanan ke Parapat. 
Bermalam di Parapat. 

Day 2: Naik bot ke Pulau Samosir, balik ke Parapat dan teruskan perjalanan ke Berastagi. 
Singgah minum kopi di Sidikalang. 
Bermalam di Berastagi for Day 2. 

Day 3. Ke Bukit Gundaling dan berjalan di Berastagi. Teruskan perjalanan ke bandar Medan. 
Shopping di Medan. Bermalam di Medan. 

Day 4: Melawat sekitar Medan and final shopping sebelum balik ke Penang. 

Saturday, January 30, 2016

Flight pertama tahun 2016- Ipoh-JB

Ni citer sabtu minggu lepas, 23 hb Jan.. saja catat date dalam ni, boleh ingat2 di kemudian hari. 

Kitaorg 4 beranak naik firefly from Ipoh to JB. Tujuan nak ke JB sbb nak lawat my sis in law kat sana. Lagipun, my parents in law baru je balik dari umrah and dorang pon ada kat rumah kakak ipar.. sambil menyelam minum air la, jumpa parents and lawat kak ipar skali. 

Dulu tahun 2009, I dgn husband (masa ni office mate) dah pernah naik flight firefly from Singapore-Ipoh-Singapore atas urusan kerja masa tu. Tp time tu kitaorg disambut oleh pihak UTP sebagai host kat Ipoh ni. Tup2 berjodoh kitaorg dengan UTP rupanya. Kini menjadi pekerja setia UTP...heheheh. 

Flight from Ipoh to JB pukul 12.05. pukul 11.50 mcm tu baru flight sampai. Kejap je, lepas tu terus jalan kaki naik flight. Imani ngn Ilyaas memang excited la. Dorang last naik flight gi Jakarta tahun lepas. Ni kira flight pertama kami sekeluarga tahun ni. 

sebab naik flight jenis kecik, ATR tu, so bunyi dia mmg kuat sesangat la. dah la kami semua dapat seats tepi sayap. Bertahan je la telinga. Nak ckp pon kena jerit2. 

Tuesday, September 22, 2015

Pusara Zarifa

Assalamualaikum, 

Genap 3 bulan Zarifa, si wildan syurga pergi meninggalkan kami semua. 
Pasti dia tengah gembira bermain-main di taman syurga dengan kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan ni, saya, suami dan anak-anak berkesempatan menziarahi pusara Zarifa. Memang letaknya dekat dengan rumah abang ipar, jadi tak susah untuk singgah. Ayah dan Mama Zarifa pun dah tempah batu nisan yg comel untuk anak kesayangan mereka ini.  


Ilyaas dah besar, dah pandai baca Al-Fatihah, jadi dia pun tahu untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Zarifa. Bukan sahaja kalau ke kubur, kalau kat rumah pun, kadang2 diorang tersalah sebut Zafira dan Zarifa, atau terlihat gambar2 Zarifa di hand phone or laptop, saya dan suami akan pesan, ingat Zarifa, ktia kena baca Al-Fatihah. 



Wednesday, September 2, 2015

Si Bunga Syurga Zarifa



Tapi, betul kata orang... yang indah dan baik itu akan sentiasa dalam hati. Definitely, entry terakhir buat Zarifa ku sayang bukanlah yang terakhir sebenarnya. There was another entry, 2 weeks after that, hasil nukilan rasa daripada ayah Zarifa sendiri. 

From the facebook post that went viral, Ayah Zarifa di hubungi pulak oleh wartawan Majalah Ibu & Anak yang tersentuh hati bila membaca entry viral di fb tersebut. Sememangnya niat di hati kami sekeluarga untuk educate rakyat Malaysia tentang Trisomy 18 ataupun Edward Syndrome yang menjadi punca Zarifa istimewa dari bayi yang lain. 

Bila journalist Ibu & Anak berminat untuk publishkan kisah Zarifa dan memberi ilmu tentang Trisomy 18 kepda pembaca-pembacanya, Ayah Zarifa tak fikir panjang dan bersetuju untuk berkongsi cerita bagaimana Zarifa berjuang dengan Trisomy 18 sepanjang hayatnya,

Monday, July 6, 2015

Detik-detik terakhir bersama Zarifa

Assalamualaikum semua, 

Dah masuk 19 Ramadhan rupanya kita. Cepat nya masa berlalu bulan Ramadhan kali ni. 
Tahun2 sebelum ni, banyak betul entry pasal makanan, juadah berbuka dan bersahur. Tahun ni, takada kesempatan nak snap gambar pun. Jumpah hari yg masak lebih banyak dari tahun2 sebelumnya (rasanya la), tp komitmen pun makin banyak, jenguk blog pon sekali sekala aje.. 

Bagi yang berkawan dgn saya di fb, mungkin dah baca cerita ini. Cerita ikhlas dari hati seorang ayah yang kehilangan anak tersayang. Dari abang ipar saya sendiri, Abang Min.. 

Dengan keizinan beliau, saya publish kisah ini di sini, di blog picisan ini..Bukan niat untuk dapatkan entry popular, atau kunjungan trafik yg tinggi ke blog ini, tapi sekadar mahu meneruskan update berkaitan wildan syurga kami, bidadari kecil kami sekeluarga yg kini sedang bermain di atas sana. 

Jemputlah baca, jadikan iktibar dan pedoman buat kita semua yg masih hidup yang tidak diuji sebegini hebat, atau khas juga buat pembaca2 yg sedang diuji dengan ujian yg hampir sama... Moga kita semua tabah dan diampunkan dosa-dosa kita. Jemput juga sedekahkan Al-Fatihah buat Nur Wafiatul Zarifa Abdul Muhaimin...

_________________________________________________________________________________

2 minggu berlalu. Terkenang detik-detik terakhir bersama Zarifa. Setelah discharge daripada Pantai Hospital pada 10 Jun 2015, Zarifa balik ke rumah. Jauh di sudut hatiku, aku merasakan yang kali ini Zarifa tidak benar-benar sembuh seperti mana Zarifa discharge daripada hospital 3 kali sebelum ini. Paling akhir dimasukkan ke hospital adalah sekitar Disember 204, namun bukanlah disebabkan pneumonia, hanya sedikit batuk selsema serta masalah pembuangan najis. Dr pakar yang merawat Zarifa turut menyatakan kepadaku yang keadaan Zarifa Nampak tidak begitu meyakinkan, namun ada banyak improvement berbanding sepanjang berada di hospital. Pulang sahaja ke rumah, kami cuba asingkan antara Zarifa dan Zafira kerana pada masa itu Zafira juga batuk teruk, apatah lagi dua kakaknya Zahra dan Zulfa yang juga masih tidak baik betul. Isteriku juga masih batuk teruk begitu juga bibik. 

Feeding time
masa ni dekat pantai hospital
Yang baru baik adalah aku sebenarnya. Aku bawa Zahra dan Zulfa pulang ke Terengganu untuk 2 malam, antara sebabnya adalah nak cuba kurangkan contact antara kakak-kakak dan Zarifa juga menunaikan janji cuti sekolah yang menuju penghujungnya ketika itu. Tiba kembali di Shah Alam pada 13 Jun, sekitar jam 2.00 petang, masuk sahaja di rumah kebetulan Zarifa sedang baring atas tilam di ruang tamu rumah. Tengok sahaja aku, Zarifa terus senyum dan ketawa. Ya, senyum dan ketawa apabila ayahnya pulang (2 malam tak jumpa). Zarifa ketawa bukan seperti kanak-kanak normal yang lain. Ketawanya, tersekat-sekat seolah menangis tapi bukan menangis. Sebab utama ketawa sebegitu mungkin disebabkan masalah jantung Zarifa.

Pada masa yang sama, Zafira dimasukkan ke hospital Columbia Asia berdekatan dengan rumah akibat batuk yang agak teruk. Masuk pada 12 Jun dan discharge pada 14 Jun. Pada 14 Jun, aku yang memang full time menjaga Zarifa (isteriku jaga adiknya) sedar yang badan Zarifa agak panas. Zarifa mula batuk dan bersin yang berulang-ulang. Nampaknya berulang kembali sakit Zarifa. Aku terpaksa bagi dahulu ubat yang bersesuaian dan lapkan Zarifa untuk kawal suhu badannya. Hari Isnin, aku dan isteri tiada pilihan, terpaksa juga masuk ke pejabat selepas 2 minggu bercuti kecemasan menjaga anak sakit. Kebetulan ibu mertua memang ada di rumah membantu menjaga Zarifa. Tapi hati memang dah tak sedap hati. Memang terbukti sebab Zarifa masih demam yang begitu susah nak turun suhunya ditambah dengan batuk dan bersin yang berulang. Hari Selasa 16 Jun 2015, aku dan isteri ambil cuti kecemasan dan terus bawa ke Zarifa ke hospital Columbia Asia. Memang telah bersedia dan rancang untuk dimasukkan ke hospital. Terbukti benar, doctor terus menahan Zarifa di hospital. Hasil XRay menunjukkan masih terdapat sedikit masalah di paru-paru Zarifa. Tapi apa yang lebih membimbangkan aku sebenarnya adalah melihatkan keadaan jantung Zarifa yang makin membesar/membengkak, dibandingkan dengan XRay di hospital Pantai 2 minggu sebelum itu nampaknya makin bengkak. Tapi aku tidak bercakap mengenai hal ini dengan doctor atau isteriku. Harap-harapnya pada ketika itu hanyalah ilusi semata-mata.

Zarifa menunjukkan respond yang baik kepada ubat yang diberikan doktor. Apa yang lebih menarik, doktor di hospital Columbia Asia memang ada contact dengan doktor Zarifa di hospital Pantai, maka segalanya mengenai rekod perubatan Zarifa menjadi lebih mudah. Benarlah, Allah memang menjaga Zarifa setiap masa. Keadaan Zarifa nampak lebih baik pada Rabu, 17 Jun 2015. Demam telah reda kalau ada pun hanyalah low grade fever sahaja. Batuk nampak agak surut. Itu pemerhatianku sahaja. Apa yang menjadikan lebih meyakinkan, semasa pemeriksaan malam oleh doktor, Zarifa respond dengan sangat baik, senyum dan seperti biasa dengan trademark tersendiri iaitu menggelengkan kepalanya. Aku yang ‘bertugas’ menjaga Zarifa di hospital malam itu, keadaan berubah sekelip masa sekitar jam 1.00 pagi apabila Zarifa tiba-tiba nangis dan selepas itu diikuti batuk yang tidak henti-henti. Aku mengambil masa yang agak lama untuk tenangkan Zarifa, dan sekitar jam 2 lebih, Zarifa tidur dan nampak agak nyenyak sehinggalah pukul 4.00 pagi. Aku tertidur sambil duduk atas kerusi mengadap Zarifa, bangun untuk makan sahur bagi hari pertama puasa 18 Jun 2015, Khamis. Aku perasan badan Zarifa sangatlah panas. Bila nurse periksa, memang betu, 39.3 C suhunya. Terus dimasukkan ubat demam ke punggung Zarifa. Satu hari, keadaan Zarifa agak tidak stabil terutamanya daripada segi demam dan batuknya. Bacaan SPO2 masih paras normal (normal untuk Zarifa adalah 70% ke atas). Petang itu juga aku sempat ke sekolah Zahra untuk ambil kad laporan prestasi pelajar pertengahan tahun. Kami berbuka puasa bersama-sama di hospital pada hari tu. Isteriku masak dan kami bersama-sama buka di hospital, kebetulan waktu berbuka Zarifa tidur. Usai solat tarawih di rumah, aku kembali ke hospital untuk ambil alih tugas malam menjaga Zarifa. Malam itu Zarifa tidur biasa. Kerap juga bangun akibat batuk dan bersin. Tidur sambil duduk atas kerusi standby depan Zarifa. Hari Jumaat, 19 Jun 2015 isteriku mengambil alih tugas pada sebelah pagi agar aku boleh balik berehat dan tunaikan sembahyang Jumaat. Aku tiba di hospital selepas sembahyang Jumaat. Kebetulan ibuku dan adik perempuanku baru sampai daripada Terengganu.

5 hours before Allah SWT menjemput Zarifa buat selama-lamanya

Isteriku pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang untuk masak juadah berbuka kami. Ibuku menemaniku menjaga Zarifa. Aku mula perasan yang Zarifa agak ganjil hari tu. Pada sebelah petang Zarifa batuk dan bersin tidak henti-henti. Tapi yang lagi ganjil adalah, apabila dia batuk, dia tak muntah walaupun betul-betul selepas feeding. Memang pelik dan di luar kebiasaan. Zarifa mudah muntah. Walaupun Zarifa seolah-olah ingin muntah, dengan reaksinya, dengan suaranya, dengan tangisannya, dengan biru mukanya, tapi memang ganjil tiada apa yang keluar daripada badan. Badan Zarifa agak berisi terutamanya tapak kaki, jari, betis dan lengan. Kami ingat mungkin disebabkan drip. Aku dan isteri sempat berkata, Zarifa nampak macam budak normal, berisi dan tidaklah sangat seperti kebiasaan yang jelas tulangnya dan kurang isinya. Tidaklah kami ketahui yang ini merupakan tanda-tanda terakhir hidupnya. Aku sempat baring bersama di atas katil pesakit, dan secara perlahan-perlahan sempat aku bisikkan yang aku sangat sayangkan Zarifa. Tolonglah sembuh. Ayah nak Zarifa senyum macam dulu. Macam di Langkawi dulu….

Usai berbuka di hospital, aku, ibuku dan anak-anak pulang ke rumah. Isteriku menjaga Zarifa di hospital. Isteriku pernah ceritakan, antara bait-baik yang diungkapkannya kepada Zarifa semasa menenangkan Zarifa yang masih dengan batuk dan bersin adalah “Zarifa, mama sayangkan Zarifa. Mama tak sanggup tengok Zarifa sakit. Mama nak Zarifa sihat. Sekiranya Zarifa betul-betul letih dan penat, mama faham. Mama sayangkan Zarifa sangat-sangat”. Ketika itu, Zarifa hanya diam dan matanya yang nampak keletihan hanya memandang wajah mamanya. Titisan air mata mama jatuh betul-betul atas pipi Zarifa. Ada 2 gambar yang diambil pada awal malam itu dan sempat dikongsi denganku dan keluarga kami pada ketika itu.

sampai di hospital sekitar jam 10.00 malam. Kami bersembang seketika kerana Zarifa sedang tidur pada waktu itu. Keadaannya tidak berubah, deman sedikit tetapi batuk dan bersin masih banyak. Isteriku pulang sekitar jam 10.30 malam. Sekitar waktu itu Zarifa terjaga dan aku mengambil peluang duduk sambil mendukung Zarifa dalam keadaan terlentang dan wajahnya tepat ke mukaku. Pada waktu itu, aku cuba lakukan aksi dan ekspresi muka lawak yang selalu menjadi bahan senyum dan ketawa Zarifa. Tidak senyum, tidak ketawa. Masih keletihan. Sekitar jam 11.00 malam, nurse datang untuk memberikan nebuliser serta sebelum itu nasal spray ke hidung Zarifa yang masih tersumbat. Zarifa dibaringkan, dan nurse mulakan nasal spray ke hidung Zarifa. Zarifa nangis. Nangis yang bagiku agak ganjil. Kuat sangat bunyinya. Setelah selesai kiri dan kanan (dibuat dalam keadaan yang sangat cepat) kerana aku ada di sebelah nurse cepat-cepat pegang dan dukung Zarifa. AKu cuba pujuk seperti biasa, panggil namanya, selawat tapi nangis masih ada walaupun sedikit berkurangan. Nurse pasangkan nebuliser dan keluar. Aku cuba dudukan Zarifa atas pehaku, dan pada ketika itu ada buih-buih keluar dari mulutnya. Baru sahaja aku nak tekapkan topeng nebuliser ke hidung Zarifa, tiba-tiba Zarifa terkulai dengan matanya sedikit terbuka. Aku panik. Terus panggil nurse yang datang dan minta aku baringkan Zarifa atas katil. Itulah kali terakhir aku pegang Zarifa. Mesin monitor dibawa masuk. Aku lihat heart rate Zarifa naik turun. Air mata dah mula menitis. Terus aku telefon isteriku untuk datang segera ke hospital. Isteriku baru selesai solat Isya’ dan belum sempat mulakan tarawih lagi. Nurse declare kod blue dan tak sampai 15 saat, doktor dah mula masuk diikuti nurse dalam bilangan yang ramai. Aku diarahkan keluar. 

Isteriku ditemani ibuku tiba di hospital sekitar jam 11.25 malam. Nurse keluar masuk silih berganti daripada bilik Zarifa. Ada beberapa nurse keluar dengan mata merah dan kesan linangan air mata. Isteriku menangis sambil ditenangkan ibuku. Tepat jam 11.35, doktor keluar dan maklumkan yang Zarifa dah tiada. Tiada terikan, hanyalah tangisan aku dan isteriku. Apatah lagi bila dibenarkan masuk ke bilik dan melihat Zarifa yang masih dalam baju tidur pink Fiffy terbaring kaku, dengan kepala atas bantalnya sendiri. Aku menangis, isteriku menangis sambil ditenangkan oleh ibuku. Selepas beberapa ketika aku mula tenang dan barulah boleh aku berfikir untuk tindakan-tindakan seterusnya yang perlu dilakukan sebagai seorang ayah.

Dukungan terakhir seorang ayah.
Kasih ayah tiada tandingan

Zarifa dijemput Allah SWT pada hari Jumaat, 2 Ramadan. Tiada apa lagi yang kami minta. Detik-detik ini adalah idaman semua umat Islam. Aku berharap dan berdoa agar apa yang aku dan isteriku lakukan adalah yang terbaik untuk Zarifa. Rasa terkilan, risau ada juga memandangkan pernah terkasar dan termarah Zarifa khususnya apabila tengah malam atau awal pagi yang mana aku juga manusia yang tidak terlepas daripada kelemahan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami. Pastinya Zarifa sedang gembira bermain di Taman Syurga. Itulah yang pasti!


Nukilan, 

Abdul Muhaimin Abdul Latiff


Published by Athi

Monday, June 22, 2015

Entry terakhir buat Zarifa ku sayang [Al-Fatihah]


Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog ini, 


Pertama sekali, saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih bagi kepada kalian semua atas doa yang pernah dititipkan buat bidadari syurga kami, Nur Wafiatul Zarifa binti Abdul Muhaimin melalui entry2 yang pernah saya tulis berkaitan Zarifa di dalam blog ini #Zarifa ku sayang #Edward Syndrome.

Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali. 

Zarifa, puteri kesayangan kami sekeluarga telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 2 Ramadhan jam 11.35 malam pada usia 2 thn, 4 bln dan 12 hr. Saat mengetahui berita pemergian Zarifa, saya baru hendak mula lelapkan mata. Baru selesai tidurkan putera dan puteri saya, Ilyaas dan Imani. It was about 11.50pm when we received the call. Saat dengar telefon suami berbunyi, hati memang yg sejak dari awal petang sudah tidak sedap makin rasa sesak. Betul lah, Zarifa telah tenang kembali menghadap Allah Swt. 

Apatah lagi, sejak dari solat Isyak pada malam 2 Ramadhan itu, air mata saya senang jatuh, terbayang2 wajah2 orang2 yg saya sayangi dan telah pergi meniggalkan dunia ini... Doa terakhir saya malam itu dalam solat hajat untuk Zarifa minta Allah permudahkan dan ringankan kesakitan Zarifa........Allah makbulkannya... Doa kami sekeluarga buat Zarifa waktu itu... 

Tapi, ada sedikit ralat nya hati saya masa tu, sebab saya tak sempat berjumpa Zarifa seperti yang dirancang. Patutnya, kami akan bertolak ke Shah Alam untuk melawat Zarifa di hospital selepas sahur 3 Ramadhan. Saya beberapa kali menyuarakan keinginan kepada suami untuk terus ke Shah Alam selepas waktu bekerja pada 2 Ramadhan tersebut. Namun memandangkan suami sedikit keletihan, kami stick to the plan untuk ke sana pada 3 Ramadhan. Ya Allah, semuanya telah ditetapkaMU. 

Memang sudah begitu tertulis di luh mahfuz. Zarifa pergi di pangkuan ayahnya sendiri, abang ipar saya yang sangat tabah dan redha dengan ketentuan Allah Swt. Ibu bapa mana yang tak sedih . Kehilangan anak adalah kehilangan yg paling teruk di dunia ini. Tapi, Abg Min dan Kak Ezri sememangnya orang2 terpilih untuk melalui ujian ini. They are very strong indeed to face this obstacles. Pasti ada air mata yang tumpah akibat kesedihan, tpi kecekalan hati mereka menerima ujian Allah ini sejak dari kelahiran Zarifa memang sangat mengagumkan saya, dan semua yg mengenali mereka. 

Sedikit mengenai kelahiran Zarifa... dilahirkan pada 7 february 2013 di hospital pantai, bangsar. 
Disahkan menghidap Edward Syndrome (Trisomy 18) selepas beberapa hari kelahiran bersama complication jantung. Doktor mengjangkakan Zarifa hanya mampu hidup selama 5-15 hari sahaja. Namun, berkat doa dan kasih sayang, Zarifa berjaya keluar NICU pada usia sebulan. 

Sejak itu, berulang alik ke hospital adalah rutin Zarifa and her parents. As time pass by, kami sekeluarga happy that Zarifa still survived despite her sickness. 

Memang Zarifa tak membesar seiring usianya, disebabkan edward syndrome yg Allah anugerahkan pada dia. Tapi Zarifa sangat cerdik. She managed to recognize everybody in our big family. Tempoh 2 tahun yang Allah berikan untuk bersama Zarifa, kadang2 saya secara jujur lupa yang Zarifa was a special baby. Zarifa ialah anak susuan saya (adik susuan Imani). We celebrated her 1st birthday together, and her 2nd birthday together too . earlier this year. Can read her birthday stories here, here and here




I love you just the same as I love my own daughter. 
Thank You Allah for giving the chance for part of me to be her flesh and blood. 
Terima kasih juga kepada Abg Min dan Kak ezri atas keizinan membenarnkan Zarifa minum susu athi. dan keizinan pada athi berada pada setiap langkah pengurusan jenazah Zarifa tempoh hari. 
Semoga Zarifa lebih tenang dan tak merasai sebarang kesakitan lagi di sana. 

Syukur, diberi kesempatan menjirus air mandian terakhir Zarifa. Ingat lagi, kalau ada peluang, setiap kali ke Shah Alam, pasti saya minta izin kak ezri atau abg min untuk take chance to mandikan Zarifa. Suka dia main air, sambil bersembang dengan saya. 
Saya siapkan dia wangi2, potong kuku, pakai lotion dan sebagainya. 
Pretty baby is in better place now. I'm sure she smells a lot more better than the smells of lotion and baby bath. 

Menurut kakak ipar saya, Zarifa berbau seperti Hajarul Aswad, batu syurga. 

MashaAllah, memang Zarifa dijanjikan syurga abadi. 





Arwah Zarifa bersama adik beradiknya. The fantastic four!
Zahra, sesungguhnya umi athi kagum dengan Zahra. at a very young age, Zahra dapat memahami semua yg berlaku dan sangat redha dengan kehilangan adik kesayangan walaupun pada mulanya Zahra nampak seperti tak faham, mungkin ingatkan Zarifa was still sleeping as usual. 

Memang Zarifa nampak macam tengah tidur. Cantik. Macam barbie doll. 
Prettier than usual. 


 Zarifa as a kakak kepada Zafira. Memang nama mereka dekat2... sengaja di pilih nama yg hampir sama. Zafira,they are 2 yrs old different btw. Alhamdulillah jugak kepada Allah kerana kurniakan adik kepada Zarifa... Menjadi penguat kekuatan ibu bapanya. Setiap yg terjadi ada sebabnya..



Senyumanmu yang sentiasa terpahat dalam hati sanubari kami semua. 

*kuatkan hati untuk habiskan entry terakhir buat Zarifa ini* 

Menatap gambar2 ini buat hati jadi fragile kembali. Saya dah janji tak nak lagi menitiskan air mata buat anak syurga ini. She is now resting and waiting for her parents in front of Jannah. 

Allah and Malaikat are always with her now. 







Our last meet up, last picture together, 4 June 2015 




Usai majlis pengkebumian bidadari syurga, tiada bacaan talkin di bacakan, kerana anak kecil ini tidak mempunya setitik dosa pon.. Hanya doa sebagai peringatan dan tazkirah kepada semua yg masih hidup.. antara bait-bait doa yang masih saya ingat


" Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan (amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran ibarat serta syafaat bagi orang tuanya. Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu bapanya. Dan janganlah menjadikan fitnah bagi ayah bondanya sepeninggalany, dan janganlah Engkau menghalang pahala kepada kedua orang tuanya"




Gambar ihsan sahabat abg min.....

rehatlah sayang di sana..
tiada hitungan dosa buatmu,
mainlah di syurga sana sementara menunggu mama dan ayah ke sana.
tunggulah umi dan ayah sekali untuk ke sana
tunggulah kami semua yng menyayangi mu untuk bersama2 di syurga nanti...Amin....




Sedikit catatan, Zarifa dikebumikan lebih kurang jam 11pagi. Matahari telah tinggi dan terik di atas kepala pada 3 Ramadhan tersebut. Sesampai kami di tanah perkuburan yg tak berapa jauh pun dari rumah kedua ibu bapa Zarifa, suasana tiba-tiba berubah. Matahari yang terik memancar tiba-tiba dilindungi awan tebal. Awan tebal berwarna putih kekelabuan, bukan awan tebal seperti hendak hujan. Angin bertiup sejuk, breezing, macam suasana di kawasan tanah tinggi. Badan yg berpeluh pun tak terasa peluh bila ditiup angin tersebut. Kubur Zarifa betul2 di bawah pokok, redup. Bau wangi bunga didatangkan bersama angin yg bertiup.

Suasana sebegini mengingatkan saya bahawa kami bukan menghantar calang-calang orang ke tanah perkuburan.. Kami menghantar seorang penghuni syurga pulang bertemu penciptaNYA. Zarifa sudah tentu syurganya, bagaimana pula saya? 

Bersemadilah sayang di sana dengan aman.

Dikesempatan ini, saya pohon rakan2 blogger untuk mendoakan semangat dan ketabahan hati buat kedua ibu bapa Zarifa yg selama ini menjaga beliau penuh kasih sayang, siang dan malam , berkorban segala galanya untuk anak syurga mereka. Biarlah hati mereka tenang dan ubatilah kerinduan hati mereka kepada puteri mereka ini....

Terima kasih sekali lagi buat semua yg mendoakan kami sekeluarga

*The last entry for you, 
with all my loves to you....


-Umi athi-


Wednesday, June 17, 2015

Zarifa warded lagi, pls pray for her

Assalamualaikum semua, 


Just a quick update. Our little Zarifa is warded again. Demam dia still on off datang. with all the batuk and selesema. It has been nearly 3 weeks or more Zarifa macam ni. 
Ya Allah, kesiannya tengok. Saya pohon rakan2 yang baca entry ni untuk sama-sama doakan Zarifa cepat baik demam dan betul2 sihat seperti dia sebelum ni. 

Yesterday, her oxygen level was low. So cepat2 parents dia bawa ke hospital. 



Zarifa at hospital tunggu nak masuk ward. 
Makin comel pulak umi athi tengok awak ni Jippa. 


Pasrah je Jippa kena pakai oxygen tube at the same time her feeding tube is still attach to her tummy (through her mouth)
Masa ni tengah nak minum susu. 
Itulah cara nya Zarifa minum susu. Bancuh around 190ml dan feed melalui tube tu. It took few rounds jugak la nak habiskan the whole 190ml per feeding. 

Lepas dapat oxygen, baru muka Jippa cerah dan putih balik. Kalau tak, hmmmm...she was a little bit (perhaps more than that) blue...

Memang biasa, tahap oxygen Jippa lebih rendah dari orang lain sebab Jippa ada heart problem, tp kalau dah extremely low, she will really keep herself senyap, pastu tak larat and kulit semua jadi biru. 

Scary moment for her parents :( 

Please kawan2, tolong doakan Jippa sihat balik. 


Dapat senyum macam ni. 

Sempena kedatangan Ramadhan ni, saya pohon kawan2 semua masukkan nama Zarifa dalam doa kalian. 

Ataupun aminkan doa saya ini untuk anak istimewa milik keluarga kami ini...

" Ya Allah, Kau ringankanlah bebanan anak kecil, Nur Wafiatul Zarifa supaya dia dapat kembali sihat seperti mana sebelum ini. Kau berikanlah kekuatan kepada dirinya dalam menghadapi kesakitan ini, ringankanlah kesakitan nya, tabahkanlah hati kedua ibu bapanya dalam menjaga nya, murahkan lah rezeki mereka dalam membesarkan anak istimewa ini.....Amin Ya Rabbal Al-Amin"



*we love you so much Zarifa*



Monday, June 15, 2015

Pray for Zarifa

Assalamualaikum semua, 


lama dah tak update blog ni. memang agak occupied. dekat office macam2 nak kena settlekan. Kat rumah tak sempat nak bukan laptop or nak scroll hp pun tak sempat. Bagus jugak, banyak masa dengan anak2. 

I pon baru balik from Sabah, ke sana atas urusan kerja.
Actually, 2 minggu sebelum I ke Sabah, my darling Zarifa masuk wad. 
Mulanya dia demam. Deman panas jugakla. Bawa ke hospital terdekat dengan rumah Zarifa, doctor check2 rupanya Zarifa nak tumbuh gigi geraham. 4 sekaligus. 
Satu pencapaian hebat buat kanak-kanak Edward Syndrome macam Zarifa ni sebab dapat tumbuh gigi, apatah lagi gigi geraham walaupun Zarifa still belum makan solid food lagi. 

Sebab doctor cakap demam Zarifa disebabkan nak tumbuh gigi, so Zarifa pun balik ke rumah with all the bekalan ubat. Two days later, demam Zarifa still tak kebah dan makin panas, with packages batuk selesema semua. With that, her parents bawa Zarifa ke satu lagi hospital (yang memang dah biasa Zarifa ke sana) and check dengan paed. 

Zarifa masa ni dah lemah sangat, ye la berhari2 dah demam. Sedangkan baby biasa (normal) pun akan lemah bila demam panas berpanjangan, apatah lagi baby edward syndorme.. Some more, Jippa mmg ada heart problem. So she was admitted to the hospital. 

Zarifa stayed dekat hospital for 10 days. 3 days in ICU. 

Masa Zarifa dekat ICU, memang kami sekeluarga takut sangat. Doa sangat2 minta Allah SWT kuatkan Jippa dan beri yang terbaik buat diri Jippa dan keluarganya serta beri kekuatan pada kedua ibu bapa Jippa nak menjaga Jippa dan adik beradik dia yang lain. 


Some of the pictures of Zarifa (Jippa) masa dekat hospital. 

Walaupun Jippa ni kecik mcm baby newborn, she is very tall and thin. 
Zarifa sekarang dah berusia 28 bulan sebenarnya. 
Cuma keadaan kesihatan dia yang menyebabkan Zarifa kecik dari usia sebenar. 

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak tahu lah mcm mana sakitnya Zarifa melawan all the bad germs , fighting for her life. 

Kesian pada parents Zarifa, siang malam bergilir gilir jaga Zarifa di hospital with three other kids to take care at home.




Zarifa dekat hospital. Masa ni nampak nak baik dah demam. 
And she can smile again. 
Smile mcm rabbit comel. 
Geram tgk pic ni. 
Our pretty princess Zarifa :)

So, lepas 10 hari dekat hospital, walaupun Zarifa belum 100% recover, tapi dah nampak a lot better dari masa admitted, doctor pun bagi Zarifa keluar dan continue ubat di rumah. 




Zarifa on the last day dekat hospital sebelum check out. 
Happy to be back home 



Tapi, today, Zarifa still batuk deman dan selesema. It is not a good sign, not even for a normal baby. 
Apatah lagi for this special little girl. 

Hopefully, Zarifa dapat bertahan dan dapat pulih seperti biasa. 

Not asking for more,just for you to smile and giggles and shout to us like before. 

I am hoping, those who read this entry, to join me praying for Zarifa's recovery. 

We all love you Zarifa.




Friday, May 22, 2015

Run For A Cause- Specially Dedicated for Zarifa ku sayang

Assalamualaikum semua,

Dah lama kan tak update pasal Jippa aka Zarifa.. anak sususan saya yang istimewa sorang tu. Alhamdulillah, Jippa is still strong and makin cheeky.
Despite her health issue, Jippa berjaya mengharunginya dengan kasih sayang and perhatian tak berbelah bahagi from her parents, kakak2, adik and family kitaorg semua.

Sekarang Jippa dah nak masuk 2 tahun 4 bulan. Awal bulan 5 aritu, Jippa dapat join family dia pergi holiday. Ni kira holiday pertama Jippa. Macam2 preparation my brother and sis in law siapkan to make sure Jippa kuat dan dapat join holiday dorang ni.
Dorang pergi Langkawi...=)
So happy for them dapat tengok dorang puas hati dapat bawa Jippa jalan-jalan.

Jippa dah naik cable car dekat Gunung Machincang tu, I pon tak sampai lagi situ... Bravo Jippa. Menurut my brother in law, cabaran utama dorang nak bawa Jippa naik cable car tu ialah masalah altitude (ketinggian) where Zarifa yang memang mengalami masalah jantung, akan face kekurangan oksigen dan of course gayat la jugak. Selain tu sinaran matahari yg terlalu terik pon akan ganggu Jippa, kalau Jippa nangis x selesa, nnt Jippa boleh muntah, and dia akan mula jadi biru (kurang oksigen) and semua pon akan nerveous. and of course bahaya for her.
 Tapi, my brother in law mmg dah plan elok2, supaya Jippa dapat naik cable car pada waktu pagi. So masalah cahaya matahari terik takde, keadaan masa tu siap berkabus and sejuk untuk Jippa rasa selesa. Dorang naik sampai middle station je (650m) and Alhamdulillah semuanya ok.

Ni I share gambar Jippa on the way nak gi Langkawi dalam kereta..Dorang bawa kereta sekali naik ferry untuk pastikan Jippa selesa and tak rasa sebarang perubahan kalau nk naik ferry bagai.


yang gambar belah kanan tu muka brother in law I puas hati dapat bawa Jippa bercuti sampai ke puncak Gunung Machincang... 



By the way, lupa dah tujuan pos ni. Syok cite update Jippa, sebenarnya, my brother in law tengah lancarkan satu donation, daripada Standard Chartered KL Marathon yang merupakan sebuah Charity Run. My brother in law mmg kaki bermarathon, so dia join, and at the same time he dedicate his run for his special daughter, Jippa.

Sempena dengan run ni, my bro in law melancarkan donation untuk disalurkan kepada Hospis Malaysia.

Serba sedikit tentang Hospis Malaysia ni yer.
Hospis Malaysia ni badan pertubuhan amal yang menjaga kebajikan golongan yg mengalami kekurangan upaya kekal sepanjang hayat dan yg berada di sekitar Lembah Klang. 
Untuk maklumat lanjut, boleh klik perkataan Hospis Malaysia ni dan akan di direct terus ke website 


Macam mana nak sumbangkan kepada Hospis Malaysia melalui Charity Run ni?

Tak perlu pon join run ni... nak join pon boleh, bagi yg berkelapangan.

Tapi, tak nak join running pon tetap boleh sumbangkan dengan menderma seberapa banyak sumbangan ikhlas yang kita nak berikan.






Boleh ke website ni dah klik DONATE NOW

http://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-cause/runners-profile/2015/71306/#.VV6wJrmqqkp




Bagi sesiapa yg nak menyumbang, this donation akan berlanjutan sampai Bulan September nanti.


Sesiapa yg menderma, kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih.

Jgn salah faham tau, sumbangan ni bukan untuk Zarifa, tp untuk Hospis Malaysia (mereka yg senasib dengan Zarifa)



and last but not least, I belanja gambar Jippa dgn adiknya, Jirra...





Nampak tak kenakalan si Jippa..
pandai buli adik ni....


Wednesday, December 24, 2014

Pre-New Year wrap-out entry

Assalamualaikum semua, 


Dah almost the end of the year. So, I think I should quickly do a sort-of pre-new year wrap out. 
Lagipun dah lama tak menulis apa2 dekat blog ni. I am sorry, my students had gained my attention more than this blog nowadays. 

Well, on that basis, I am happy teaching walaupon ilmu di dada rasa tak cukup lagi nak mengajar orang lain. But, I tried, apa yg I tahu, apa yg I pernah experience, I share with my students and at the end of the day I feel relieved. Pendek kata, hampir 2 bulan lebih bekerja ni, I think I've found the job that fit my soul. I hope I can enjoy this job as long as I can. 


Tuesday, December 2, 2014

these days

Assalamualaikum semua, 

So, today I got the mood and can find time to jot down something dekat blog yg makin hari makin terbiar ni. 

Dah almost dua bulan masuk kerja. Seronok. and lega. sebab dah ada gaji bulanan yg masuk tetap pada masanya. 

So, lepas 2 minggu masuk kerja, I joined a field trip 4 hari 3 malam ke Langkawi. First time I join field work di Langkawi. the last time I jejakkan kaki ke Langkawi ialah masa umur I 4 tahun. sangat lama kan... last time pergi sebab join family day my parents' office. Now, I bawa my students tengok batu. Langkawi kan dah dijadikan Geo-Park.. more or less, memang sangat banyak ilmu untuk dicedok dari batuan yang ada kat sini.. 


Well, I tak mau la citer pasal batu batan. Boring pulak korang baca..lepas ni confirm dah tak nak singgah blog ni if asyik citer pasal batuan je kan..

These days, I dengan husband berjaya selitkan diri untuk dapatkan masa berdua. 
Tumpang jap anak2 dekat rumah mak ayah. Kitaorg lari sejam dua gi dating. 


Ni dating kat secret recipe. Mengopi katanya:)

Anak2 pulak so far semua ok. Dorang dah terbiasa dengan keadaan weekend baru umi dengan ayah cuti and ada 24 jam dengn dorang.. 
Dorang pon dah biasa kadang2 hanya umi atau hanya ayah sorang je yg jaga dorang. Sebab salah seorang ke out-station. 

Imani sekarang rajin nak baca muqadam. Alhamdulillah. 

My princess Imani Hafiyya lepas solat maghrib, almost every day macam ni rutin dia. Ulang2 baca Alif Ba Ta. 

Weekend lepas, my husband out station. And kebetualan family besar sebelah my dad buat family gathering dekat Teluk Senangin. So my dad came n pick me n my kids lepas kerja and bawa ke Teluk Senangin. 

Kitaorg menginap kat Sri Senangin Chalet. Hmmmm, sangat banyak improvement yg diperlukan dekat Chalet ni.. maintenance kena lebih teliti.. Kalau tak, lama2 takde orang nak menginap kat situ.

After all, kitaorg sekeluarga enjoy je main2 kat pantai dan berkumpul ramai2 dekat sini. 
Masak gotong royong, walaupun I tak tolong apa2..hahaha, alasan ada anak kecik:P
Ilyaas masih takut air laut. hanya terrer main pasir.
Imani dah makin kurang takut dan berjaya enjoy sedikit dalam laut.

Hari Ahad aritu, Ilyaas jatuh basikal masa main depan rumah. 
Nangis of course kuat. 
Tapi syukur la tak de yg serius. luka sikit dekat dahi. + benjol.


memang drama jugak la. I siap ingat tangan dia fractured or patah sebab dia dok kata sakit..
bila pegang n buat some test utk make sure ok ke tak, dia ok je..siap tertido terus kebetulan siang hari dia tak tido langsung.

Ok that's all for now..


till we meet again dear blog...


daaaa~

Friday, October 31, 2014

My Iman Noodles House, Cyberjaya

Assalamualaikum semua, 


Korang pernah dengar tak mee tarik super sedap dekat Cyberjaya?

Ala, orang lembah klang tak kan tak tahu kan.. I duduk kat Perak ni pon teridam-idam nak merasa mee tarik ni... Dan syukur, malam sebelum kitoarg pergi Bali hari tu, I berjaya pujuk kakak ipar i yang duduk Putrajaya supaya tak masak dan pergi makan malam kat My Iman Noodles House dekat Cyberjaya ni.. 

Lama sangat dah teringin nak makan, kena jugak merasa walaupun sekali. tapi kata orang, sekali rasa nak lagi..memang kena sangat dengan kedai ni... 


Gambar ni dari facebook page My Iman Noodles House 

Monday, October 20, 2014

Our celebration day

Assalamualaikum and Hi semua, 

Semalam I dengan husband berkesempatan join Istiadat Konvokesyen ke-14 di UTP.
Ini konvo kedua buat kami berdua. My first one of course la masa Bachelor degree dulu di Curtin University, Perth and my husband pulak during his MEng di Imperial College, London..

Kali ni, untuk MSc in Petroleum Geoscience. Of course kitaorg berdua happy sangat and rasa syukur tak terhingga dizinkan Allah untuk berjaya ke tahap ni. Nak sampai ke tahap ni, bukannya sesuatu yang mudah. 


Thursday, October 9, 2014

Hari Raya Haji 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Tahun ni raya haji kitaorg giliran beraya di Terengganu. Hari Khamis pagi2 lagi kitaorg sekeluarga dah bertolak balik ke Terengganu. Kali ni, nak ikut jalan Cameron Highland-Gua Musang-Felda Aring-Tasik Kenyir...Since the last time (hari raya puasa) kitaorg ikut jalan ni and dah banyak improvement, maka this so called jalan short-cut dari Perak ke Terengganu menjadi pilihan. 

Kalau ada sesiapa nak tahu update berkaitan jalan2 ni, boleh baca entry pertama tahun 2012 and some old pictures  atau entry paling latest tahun 2014

Well, perjalanan balik raya haji kali ni tak berapa smooth sangat. Dari awal lagi dah plan untuk menyinggah di Kea Farm, CH untuk beli sayur-sayuran segar nak bawa balik rumah mak mertua.
Lepas breakfast nasi lemak, kami mula memanjat bukit nak ke CH dari Simpang Pulai. Imani tidur since after breakfast until sampai Kea Farm. Ilyaas senyap layan blues . Both of them duduk dalam car seats masing2 and kedua-duanya di seat passengers dekat belakang. I thought Ilyaas akan tertidur sendiri. Rupanya, Ilyaas tgh layan his motion sickness. Sampai je Kea Farm, dia muntah banyak gila. Habis all the nasi lemak keluar balik. Kena salin baju and seluar and even car seat kena remove coz terlalu banyak muntah yang terkena kat situ.. 

Wednesday, September 24, 2014

Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Jom kita gi Kuala Kangsar pulak!

Ni kisah 2 minggu lepas. Hari Ahad, bosan2 tak tahu nak buat apa, kitaorg sepakat gi Kuala Kangsar pulak. cuaca pon nampak nice , tak panas sangat, tak hujan...

Dari rumah kitaorg bertolak dalam pukul 11.30 pagi. Sampai Kuala Kangsar pukul 12.30 tengah hari. Sejam je perjalanan.

Tempat pertama (and terakhir) yang kitoarg lawat masa kat Kuala Kangsar ni ialah Galeri Sultan Azlan Shah.
The gallery of Sultan Azlan Shah

Cantik bangunan ni...