Assalamualaikum semua,
Quotations below are for rumah teres 2 tingkat with
3 sliding doors
1 long balcony
1 short balcony
Open Backyard
"UPDATE PEMASANGAN GRILL DAN AWNING"
Grill ni benda pertama yg kitaorg bayar deposit. Rasanya semua orang yg beli rumah, tak kisah rumah atas tanah or rumah jenis kondo/apartment, akan buat yang sama which is pasang grill.
Untuk pasang grill ni, kami pada mulanya aim bajet dalam RM5.5k. Sekali bila tanya kakak2 and abang ipar, kos grill rumah dorang pon ranges dari Rm3.5k ke Rm11k, semua depends dengan jumlah pintu/sliding door and tingkap yang ada.
Untuk tempah grill dan cari quotation harga, apa yg kita perlu tau ialah berapa jumlah kaki persegi (in total) untuk grill yang akan dipasang di keliling rumah. Pengalaman kami, panggil seorang tukang besi untuk ukur dan alert dengan semua ukuran2 yg dia ambil. Kita simpan satu record berapa ukuran untuk setiap pintu/sliding doors/tingkap bilik/tingkap toilet etc (boleh je kalau nak ukur sendiri- guna ukuran kaki -ft). Guna ukuran yang sama, untuk tanya kedai2 besi lain berapa harga sekaki persegi dan kita estimate total bayaran nya.
Selain harga ikut kaki persegi, harga jugak depends dengan jenis besi yang nak digunakan dan ketebalan. Sama ada wrought iron atau metal steel. (I think this part deserve an entry secara berasingan sebab ramai yg blur terutamanya orang perempuan mcm I mmg xfaham memula, kena husband terangkan baru reti)
Then, kena ikut design/pattern pada grill yang kita nak.
Finally, jenis cat yang digunakan.
Ni I listkan hasil survey I dgn husband tentang grill rumah kami
(untuk rujukan sendiri di masa depan and sharing apa yg patut pada pembaca)
Quotation 1:RM 5, 500- ZMK grill, Seri Iskandar
Kedai first yang kitaorg survey ialah kedai dekat dgn kawasan perumahan. masa survey ni, belum dapat kunci. Tanya average harga untuk rumah dua tingkat berapa. Pekerja kat situ yg bagitau around Rm5.5k. Tu kami agak2 bajet around tu je. [kedai melayu tapi pekerja bangla/indo]
Quotation 2: RM 7, 700 - Grill Ventures, Bandar U
After dapat kunci, kami gi survey kat kedai Grill Ventures (dekat Bandar U). Kebetulan, tuan kedai dan pekerjanya dapat datang rumah dan ukur terus masa tu. So, lepas2 ukur, campur nak buat cage dekat pintu depan and laundry area, dan pilih design (which is design paling simple yg palang melintang, warna putih tu je and yang corak kotak2 untuk laundry) dengan cat biasa jumlah orang kedai ni bagi RM 7,700. Seriously, rasa mcm biar betul harga semahal ni sedangkan amik design paling cikai and warna paling common, tanpa sebarang ukiran with the cheapest metal to used. Masa gi kedai nak pilih design tu, I pergi sorang. So, I tak bagi decision apa2 pon lagi. Dia cakap kena bayar deposit 50%. Mak aih, banyak betul. Balik rumah je, I let my husband know and malam tu jugak dia search forums and baca discussion. Turn out, ada satu hot topic pasal kedai ni dalam satu forum. Alamat yg sama, cuma nama kedai sedikit berubah dan nama owner pun berubah. Mungkin dah dijual pada orang lain so semuanya berubah. Tapi, bad review sangat. Dan kami pun decide, mmg tak boleh amik dengan kedai ni. Selain mahal, dan tak yakin dengan ketelusan kerja dan kualiti. Plus masa sembang2 ngn owner kedai tu, dia cerita ada je pelanggan dia yg kena masuk pencuri.Pencuri potong besi grill yg kedai dia buat. Errr, lagi hilang confidence. By the way owner kedai ni bagitau kedai dia pakai besi 1.0 mm untuk metal steel and 1.2mm untuk wrought iron. (both hollow) and workmanship I tak berapa tengok sgt masa ni, but he said dia patri seluruh besi dan tak guna gam. Btw, harga dia bagi ni termasuk awning dekat laundry. Tempoh masa nak siapkan katanya sebulan atau lebih.
And this one dia amik Rm13 per kaki persegi.corak palang melintang. Cat biasa. Katanya, lepas 6 bulan pon dah mungkin boleh karat. [kedai melayu tapi pekerja bangla/indo]
Quotation 3: RM 8, 000 - kedai grill bersebelah nasi lemak perak, Tronoh
This one I sms and whatsapp je lepas dah tau total kaki persegi dari kedai yang baik hati datang rumah I ukur. Dia bagitau, kalau cat biasa, RM 13 sekaki persegi. Sama je harga dengan kedai kedua yg kami survey. Masa ni, kami pon dah decide nak amik powder coated pada grill sebab kakak ipar inform ni dapatkan lanjutkan usia grill daripada karat. So, tanya sekali kalau tambah powder coated mcm mana, dia cakap tambah lagi Rm6 per kaki persegi. So, jadinya Rm19 perkaki persegi. At this time around, dah tak fikir nak pakai wrought iron (yang berukir tu) sebab dah tau over the bajet. So mintak harga pada metal steel je. Kedai ni guna 1.0mm hollow metal steel. Tanpa awning yer harga ni. Tempoh masa nak siapkan katanya sebulan atau lebih.
Quotation 4: RM 7, 700 - Kedai Besi dekat Parit
Ni kedai ke 4 saya tanya. Sms jugak. dia bagi harga sama jugak dengan Kedai 2. Rm13 per kaki persegi. Ikut standard colour and design. Seriously rasa nak give up dah tanya quotation dari kedai pemilik melayu. Semua mahal sangat. Nak nangis rasa. Tapi, I dah niat nak tolong bangsa sendiri. So, gigih jugak la bertanya lagi satu kedai lain dekat Bota. Tapi, orang tu tak reply pun sms. hmmmmm, mcm tu ke nak dapat bisnes. Kedai ni guna 1.0mm hollow metal steel. Tanpa awning yer harga ni.
Quotation 5: RM 6, 000 - Ah Tong Perabot
Ni I pergi kedai/kilang sndiri dekat Pengkalan/Lahat. Tujuan pergi kedai ni sebab nak discuss pasal wiring and plaster ceiling, sekali nampak dia buat grill jugak. So tanya la sekaligus.
Untuk design palang melintang warna putih biasa, with powder coated dan cat putih, dia bagi RM17.00 per kaki persegi untuk sliding door dan pintu (harga kira lain sbb pintu and sliding door kena pasang kunci) and RM10.50 per kaki persegi untuk tingkap. Memang murah. Tapi dia ada satu jenis warna je kalau nak buat coated powder iaitu putih. Tanpa awning yer harga ni. Tempoh masa nak siapkan katanya sebulan.
Quotation 6: RM 7, 000 - Wong Sin Tat Grill
Lepas sms Mr Wong, dia cakap dia nak datang rumah ukur dulu. I bagitau tak perlu lagi, sbb I just nak tau harga perkaki persegi. Dia terus reply dengan MMS dua gambar.
Ni jenis wrought iron.
Besi berukir (re-worked) tp masih hollow ye di tengah .
Ni jenis metal steel. Ni design palang melintng yang I mention awal2 dalam entry ni. Desing paling common pada masa kini..heheheh.
Mr Wong ni guna 1.0mm untuk both metal steel and wrought iron and both are hollow.
Rupanya zaman sekarang dah sangat rare untk orang guna besi rod (yg 100% besi tak de ruang hollow di tengah) untuk buat grill. Wrought iron ni pon hollow just it has been reworked for ukiran.
Lepas sms and deal ngn Mr. Wong, I pergi kedai dia dekat Pengkalan, Ipoh. Memang nak check workmanship dulu. Mr Wong ni pantri hujung2 besi, dan guna gam sekiranya ada lubang lebihan antara tempat patri tu. Kedai Ah Tong pon sama guna mcm ni. But at least dorang show it to us la.
Both husband and myself berkenan dan yakin dgn Mr Wong ni compare dengan kedai2 lain .So, kami janji dengan dia untuk datang ukur kat rumah betul2. Rupanya, the day before kitaorg gi kedai dia, dia dah meronda kawasan perumahn kitaorg dan dah ada ukuran2 basic untuk pintu and tingkap plus sliding door. untuk standard lot teres 2 tingkat. but since kitaorg nye rumah middle lot with extra balcony, sliding door and tingkap, maka dia kena datang kira lain la. But, very impressive cara dia kerja sebab dia dah buat research awal2. Siap dah ada quotation siap2 dia kira untuk kitaorg kalau nak pakai cat macam mana and jenis besi mcm mana. Impressive sangat!
So lepas dia kira betul2, dan kitaorg pilih corak and design, total harga yg dia bagi is RM7, 000. Sliding door depan and pintu masuk depan pakai wrought iron, coated powder.
Yang lain2 pakai metal steel, coated powder, normal design with, emergency exit window and termasuk awning kat bahagian laundry ialah RM7, 000.
And yang best dia guna cat Auto Master. Cat kereta. At least, tahan 5 thn sebelum berkarat. So kami mmg amik grill from Mr Wong ni la.
Kerja-kerja buat grill dah mula. and Mr Wong janji dalam 2 minggu siap. Paling lambat 3 minggu. Bila I cakap takpe, sebulan pon boleh, dia terkejut sbb dia tak biasa buat lama2...
Hopefully elok la hasilnya nanti. Lepas raya haji nk gi lawat bengkel dia kejap.
Hi.saya duk di klang perumahan 2 tgkt bndr putri.thn ni dah 3thn.ms bt gril dl,dgn cat hitam,dan berbentuk diamond,ada 2 gril boleh open for emergency,dkt tgga atas kiteorg siap psg gril smpi syiling utk elak( takut)dari kmalangan,semua dalam 3500..mcm berbeza dgn harga 3thn lepas..just nk share info.:-)
ReplyDeletebesi naik harga
Deletetq, so much. memang informative. im very thankfull
ReplyDeletefuuyyoo, mahal jugak yea pasang grill utk rumah 2 tingkat..... lari bajet camni...hihihihi
ReplyDeleteNEW YEAR GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM
blh bg alamat x kedai mr wong ni
ReplyDeleteNi contact no Mr Wong
Delete010-39606932
Boleh visit shop dia
No 40, Persiaran Lapangan Perdana 4,
Panorama Lapangan,
31650 Ipoh.
refer entry update tu yer
http://cheerisheverycherry.blogspot.my/2015/10/pemasangan-grill-awning.html
sapa2 nak pasang gril kt rumah atau buat awning boleh cal saya 011-25768809 area selangor, KL, Putrajaya nilai
ReplyDeleteKalau kt seri iskandar tu, good choice wud be mr wong la, yg lain, not rekemended sgt sbb - workmanship teruk, harga mahal, cakap x serupa bikin.and last, pls avoid bengkel melayu kt seri iskandar ni. Byk membongak.. I first buat dgn zmk (sbb nk tlg.melayu kononnya) end up x puas ati, kena buat baru dgn wong, br puas ati, n much cheaper. Dgn zmk i kena 11k, dgn wong 7500.
ReplyDeletesaya pon tengah survey ni buat gril rumah di bangi
ReplyDeletenak tanye buat gril pintu depan sahaja harga wape ye
ReplyDeletex blh call pn
ReplyDeleteSy menawarkan perkhidmatan membuat grill Rumah,awning dan perbagai kerja besi..harga istimewa dan kualiti terjamin..area kota bharu Dan sekitarnya..Din call 0189048259
ReplyDeleteLayari fb ROYAL TOWN METAL WORKS utk tempahan grill dan awning..harga mampu milik..terbaik dari kuala kangsar
ReplyDeleteLayari fb ROYAL TOWN METAL WORK utk tempahan grill dan awning.0165398622 EN.WAN..harga mampu milik..TERBAIK DARI KUALA KANGSAR
ReplyDeleteLayari fb ROYAL TOWN METAL WORKS utk tempahan grill dan awning..harga mampu milik..terbaik dari kuala kangsar
ReplyDeleteagak2 dia cover area pantai remis tak? hihi saya stay pantai remis
ReplyDelete