Showing posts with label cloth diapering. Show all posts
Showing posts with label cloth diapering. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Steps to wash Cloth Diaper in Washing Machine

Sejak sebulan lalu, saya rasa kerja2 membasuh CD Ilyaas lebih mudah. Ni disebabkan saya tak perlu lagi terbongkok-bongkok nak buat cucian tangan setiap kali dia pakai CD.

So, saya nak share cara saya untuk basuh CD secara berjemaah menggunakan washing machine.

First, before kita start basuh all our CD using washing machine, kita kenalah kumpul seberapa banyak CD yang boleh untuk dibasuh sekaligus. Of course la untuk menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Tak kan lah nak basuh sehelai cover dan sehelai insert dgn washing machine kan? Tidak logic di situ. Kalau setakat sehelai je tu, baik hand wash or keep it for later je lah. 

Sebab saya malas untuk hand wash (read sakit belakang), so saya mengamalkan konsep kumpul sampai berbukit. But, nak kumpul sampai berbukit ni, kena la elakkan bau hancing serta bau busuk dari yak yak baby :D 

Senang je, caranya:-
Secondly,  Bila baby dah kencing , saya bilas dgn air. Perah. dan simpan di dalam beg kalis air.
Kalau baby yak yak, saya guna air paip berkadar laju dan sembur najis ke dalam toilet bowl. Kemudian bilas CD, perah dan simpan dalam beg kalis air. 

Ni beg kalis air saya yg penuh dgn 5 CD covers dan 7 inserts.
Untuk penggunaan di rumah (lepas amik dari babysitter dan waktu tidur) sepanjang 5 hari.

3. Bila beg kalis air ni dah padat, saya akan basuh dlm washing machine. 
4. Untuk make sure cover CD tak rosak bila dibasuh dgn washing machine, saya masukkan semua cover dalam laundry bag. Insert saya biar bergelimpangan dalam washing machine. 

5. Basuh macam biasalah ikut instruction washing machine. Kalau CD saya agak berbau hancing, saya akan pakai option soak. Sabun plak saya guna sabun baju baby yg suitable untuk basuh CD lah. 
Sometime, saya basuh baju Ilyaas sekaligus dgn CD2 dia ni.sebab nak jimat air dan letrik. 

6. Bila dah siap, saya jemur lah mereka secara berjemaah. 



*kalau hand wash, insert CD lambat kering sbb tangan kita tak dapat nak spin mcm machine spin kan, habis keluar semua air*

*kadang2 saya jemur je waktu malam,tp cara yg paling bagus untuk hilangkan bau ataupun stain kesan dari najis bayi pd CD ialah dgn jemur direct di bawah cahaya matahari* Confirm bau, warna dan rasa nya akan hilang

*steps yg lebih clear secara bergambar boleh didapati di Lunatot Family Blog*

Saturday, September 15, 2012

Review: QQ Baby Cloth Diaper

Salam. Today nak buat review pasal QQ Baby Cloth Diaper. Dah almost 5-6 months menggunakan cloth diaper. Kesemuanya saya guna Brand QQ Baby. The most cheapest cloth diaper available in Malaysia yet quality terjamin. 

QQ Baby ada 3 jenis Cloth Diaper

COVER

Seperti dalam gambar di atas ni, from top to bottom
Top: PUL bercorak CD
Middle: PUL Plain CD
Bottom: Minky CD

Dari segi size, pada pengalaman saya, PUL Plain adalah lebih kecik sedikit daripada PUL bercorak or Minky. 

Dari segi harga pulak
PUL bercorak = RM19-RM27 (depends pada reseller/kedai mana anda beli)
PUL Plain = RM16.50 -RM22 (depends pada reseller/kedai mana anda beli)
Minky Bercorak = RM19-28 (depends pada reseller/kedai mana anda beli)


Ni bahagian dalam cover. 
Left= PUL bercorak
Middle= PUL Plain
Right= Minky bercorak

Nampak kan perbezaan size nya? 

Kalau pakai PUL bercorak or Minky, slalunya saya akan button up 1 row button untuk elakkan leaking. 
Tapi kalau pakai PUL plain, saya unbutton semua, sebab kalau button 1 row, sure ketat bila Ilyaas pakai.


INSERT

Saya hanya gunakan insert biasa je, bukan bamboo. 

Untuk kegunaan waktu malam, saya gunakan 2 insert. Kegunaan waktu siang, hanya 1 insert. 
Penggunaan jumlah insert ni berbeza untuk setiap baby, bergantung kadar urination dorang lah. 
Kalau yg jenis heavy wetter tu, rasanya kena pakai CD yg sesuai untuk night use. 
Ilyaas mild wetter, so pakai QQ Baby pun dah ok sgt. 

Dari segi insert, setiap kali beli QQ Baby CD, kita akan dapat 2 insert dgn 1 cover. 
Kalau beli PUL CD, insert nya kecil sedikit (few cm) dari insert Minky. 
Material lebih kurang sama. cuma insert untuk Minky rasa lebih lembut dan licin. 
while insert untuk PUL,sedikit kasar. 
Itu pun kalau dah hari-hari pegang insert ni baru realize perbezaan kecil ni. 

Dari segi serapan, saya prefer pakai insert yg lembut dan licin that comes together dgn Minky cover. 


Left = Insert untuk Minky
Right = Insert untuk PUL

Tuesday, July 17, 2012

3rd month of cloth diapering

Dah masuk 3 bulan kot rasanya Ilyaas on CD. sekarang koleksi CD Ilyaas dah masuk 13 keping. Hehehe.
Most of them brand QQBaby. Ada satu brand Sunny Baby and another one Apple Baby. Range harga yang I beli semuanya boleh dikategorikan harga paling murah di pasaran CD. 

Honestly, my first aim why I started cloth diapering is because nak jimat. Nanti bila adik baby dah lahir, I will have two infants yang need to wear diapers. So, akan pokai lah masa tu nak kena beli newborn diapers plus XL size diapers.. 

Well, mula-mula memang rasa susah pakai CD. sebab kena basuh and they have some ground rules too. 
But, after 1-2 weeks committed, we both husband and wife rasa ok je, plus bila tgk kuantiti pampers tak bergerak sgt, rasa obvious penjimatan di situ. 

But at that time, we only have 5 pcs CD je. Actually I started with two pieces je, brand QQ Baby jugak. Bought from a friend yg dah lama intro CD to her sons. Dia la byk bagi tunjuk ajar and also provide me with simple CD Manual. After that, I was introduced by her to facebook group yang banyak jual unused CD or even Excellent Used Condition (EUC) or Good Used Condition (GUC) CD. From there, I bought another 3 CDs. One is GUC, another two are unused CD sbb owner terbeli same design sama. 

Then, bila rasa 5 CDs je tak cukup sbb sekali pakai kena terus basuh, and still kena gilir-gilir dgn disposable diaper, so, I pon gigih cari penjual online yang jual CD dgn lebih murah.. I found one, and harga dia paling murah la,per pc RM16.50 for QQBaby Plain PUL CD. Terus booked and then bila dah cukup tabung utk CD, terus bayar..beli another 8 CDs. Rasanya cukuplah dulu kot, untuk Ilyaas sekarang ni 13 CDs. Sebab kat rumah babysitter still gilir-gilir pakai disposable diaper, since babysitter belum betul2 pandai nak uruskan CD. 

Aritu ada ajarkan, tp end up, dia tak button betul2, so Ilyaas pakai and nampak bulky gila.. slow-slow la, sebab sekarang pakai kat rumah pun dah rasa jimat dah. 



Some of my collection. lagi 5 tgh basuh. 



Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, May 22, 2012

Where to find cheap yet good cloth diaper?

 Diaper Stacker yang comel dan murah dekat MyHafiy Blogshop



Assalamualaikum, 

Hari Sabtu dan Ahad lepas, saya mula introduce cloth diaper pada Ilyaas. Lewat kan? dan nak masuk 14 bulan, baru Ilyaas nak belajar pakai CD. Umi Ilyaas pun baru nak start washing-washing CD setelah setahun lebih dok petimbangkan keputusan nak ber-CD ni. Tp saya bukan lah full-time CDing, just, part time. As for now, mungkin masa weekend je la kot, sebab CD xbanyak, baru ada 2 keping je. 

Jadi, saya dalam proses mencari dan men-survey kedai-kedai online yang jual CD yang tak mahal sgt sampai cekik darah, tp kualiti tak tergugat.Maksudnya, kualiti  elok, dan long-lasting, tp harga sepadan dgn kemampuan. Setelah cuba CD ni sepanjang weekend lepas, rasa nak teruskan sebab ianya tak lah se-susah yang disangkakan. And of course boleh jimat banyak sgt. Try la google, byk website citer kenapa CD lebih menjimatkan in a long run. 

Ni ada contoh calculation, amik dari facebook Cloth Diaper Murah..


tapi CD yang saya try ni tak la sampai RM30, saya beli from a friend ..Brand QQBaby RM19 je (comes with 2 inserts). Kalau kat website QQ Baby, harga dia RM20 for plain design  or RM27 untuk yang ada corak..

Selain QQ Baby, sapa tau website/blogshop/online store yang jual CD dgn harga berpatutan and kualiti terjamin?... Tak nak insert yang nipis sgt, bagi saya QQ Baby ni dah baik dah, tp klu dapat variety lagi bagus..So, better tanya pada kawan-kawan kat blog yang dah familiar dgn CD .. 

Terima Kasih ye sapa-sapa yang nak membantu.. 

Saya budak baru belajar..Kalau salah tolong tunjukkan :P Heheheh

Nak baca pasal field trip saya tak? Leh klik sini.




Published with Blogger-droid v2.0.4