Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan 2012: Sushi for Iftar

Assalamualaikum. Orang lain sibuk dah balik raya sana sini. I am still stuck here in this sunyi sepi lab sbb yang tinggal semua international students or non-muslim (tu pon sorang je dok tgh layan drama taiwan). Semua pakat tak study, mood dah ke laut katakan. Hari Isnin lepas, sy gi KLCC atas urusan data seismic sy lah. Sementara tunggu train ETS nak balik ke Bt.Gajah, saya round la Isetan dan kedai2 lain. Sampai part sushi tiba2 terus membuak2 rasa teringin nak makan sushi. Tapi nak beli yang dah siap mcm agak mahal kat dalam Isetan tu, so saya decide nak beli sushi set maker. Boleh buat kat rumah and boleh buat banyak2 kali. Niat di hati, kot2 tergerak hati sang suami nak makan sushi bila tengok wife dia tungkus lumus buat sushi (tp end up, sedih husband masih xconvince sushi itu sedap)


Ni bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat sushi tu. Terlupa pulak nak ambil gambar beras jepun yang saya beli dr Isetan and gigih angkut naik ETS. 

Untuk filling sy just letak japanese cucumber/zucchini/ dengan crab stick and omelet je. Dah lama tak buat sushi, last time buat masa kat Perth, ada entry dulu tp malas nak godek2 cari, hehehe. Saya sapu sikit mayonis biasa before gulung sushi tu. 

Oh lupa jugak nak amik gambar cuka untuk letak dalam nasi tu. Sy dah check ingredient cuka tu, takde alcohol. Saya check dgn staff Isetan sbb kat label semua tulis bahasa jepun, saya dah lupa camne nak baca katakana. dulu2 terrer la, dah lepas SPM terus dilupakan, rugi sungguh!

Cara-cara nak buat sushi ni saya follow dari wikihow je. Ada gak tengok resepi kat Hana'sFamily yang mmg menetap kat jepun sana. Plus inspired by Kak Najhwar (kenalan masa kat Perth). Tapi K.Najhwar kreatif, dia pakai sardin sbgai filling sushi..Menarik gak tuh. 


Ni lah hasil akhir sushi sy. Nasi tu mcm keras sikit, probably sukatan air terkurang. Saya bg Ilyaas makan beras jepun jugak untuk dinner malam tu since dah alang2 masak kan. Laju je dia makan dgn sup yg saya masak. Rasanya pun not bad. Tp Ilyaas makan beras yg belum dicampur cuka beras la.hehehe.

Perlu improve lagi sushi ni, sbb filling sikit..mcm kedekut je, padahal sendiri nak makan.N nasi perlu lebih lembut. Nnt nak cuba lagi, tapi nak buat sikit je nnt xlarat nak makan sensorang. Eh Ilyaas pun join gak makan sushi ni.hehehe. Saya xmakan dgn wasabi or kicap jepun pun, makan terus camtu je..



Friday, August 10, 2012

Ramadhan 2012: Iftar Hari-21



Ni menu untuk berbuka tadi.. 
Mulanya pening memikir nak masak apa sbb ayam dah habis. 
Besok baru nak gi pasar beli ayam. 
Stok ikan tenggiri masih ada tp semalam dah makan ikan tenggiri, rasa muak pulak selalu sgt. 
So, terpikir idea nak masak menu ni..

From Top Left to Bottom Right
Pesamah Telur Rebus
Sup Sayur 
Sambal Sosej
Sardin Masak Lemak
Kuih Muih (beli kat bazaar n sumbangan babysitter)

Makan ngn nasi panas2..memang terbuka selera kami laki bini...

=)

Iklan raya 2012 BERNAS

Sapa dah tengok iklan ni?


Saya dah tengok semalam sementara menunggu waktu isyak masuk. 


Tengok kat TV3...


Ya Alllah....


Sayunya hati sanubari saya sebagai seorang ibu bila tonton iklan ni...


At the end of the iklan, saya menangis tersedu sedan


Terus lari masuk toilet sbb husband dah terpaku tergamam pelik kenapa wife dia nangis sakan


Memang berjaya la BERNAS menyentuh perasaan penonton especially golongan ibu 



lepas ni, xmau tengok dah iklan ni, sedih...



Sayu beb!


Thursday, August 9, 2012

Ramadhan 2012: The first 20 days

Assalamualaikum,

Hari ni masuk hari ke-20 kita berpuasa. Cepat sgt masa berlalu. Ingt lagi, few weeks ago, dialog antara saya dan suami

Saya:  tak sabarnya nak tunggu hari ke 20... 
Suami: Eh kenapa pulak? patutnya hari ke 20 tu kita kena sedih sbb Ramadhan nak habis dah.
Saya: Emmmm, sedih tu sedih, tapi tinggal 10 hari lagi nak puasa...excited nak raya..
Suami: Ooooooohhh, ye la, mcm sayang ni memang kesian la, pregnant n berpuasa...
Saya: hehehe, takpe, ok lagi...


Bila dah masuk hari ke 20 ni, mood bercampur baur. Macam-macam perkara terjadi dalam bulan Ramadhan 2012 ni.

1. Sehari sebelum semua umat Islam berpuasa, Ayah Cik (ayah sedara sebelah suami) pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Saya sempat berada di samping Ayah Cik dan bacakan surah Yassin 1 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

2. Isnin lalu, kami dapat berita ex-office mate di CGGV dulu berada dalam keadaan serius akibat kanser hati. Since kitaorg ada kat KL atas urusan research saya, kitaorg terus ke TPMC untuk visit sahabat ni. Kesiannya tengok, the last time we saw him, dia seorang yang bertubuh sasa, sekarang jadi kurus dan cengkung. Isteri dia pun ada waktu kami melawat tu, tabah orangnya. Dia agak rapat dgn saya dan suami. Teman bermain badminton untuk suami saya, dan org yang wajib saya order kek lapis serta kuih raya setiap kali Aidilfitri tiba sepanjang sy kerja di CGGV dulu.

3. dugaan rahsia dan rahmat. Setiap masalah ada penyelesaiannya. kita kena tabah dan sabar. tambah2 sedang berjihad menuntut ilmu.

Syukur, kami sekeluarga masih diberi kesihatan yang baik sepanjang 20 hari pertama Ramadhan 2012. Masih dpt berpuasa penuh, thank you Allah. Masih dapat solat terawikh berjemaah bersama-sama berimamkan suami tercinta di samping anak 16 bulan yang tak banyk mengganggu umi dan ayahnya berjemaah serta baby 16minggu dalam rahim umi.

Harapan untuk 10 hari terakhir yang sedang menjengah ni, agar diberi kekuatan untuk terus berpuasa, menyediakan sahur dan juadah iftar untuk suami, berjemaah bersama suami, menghabiskan bacaan al-quran dan menyediakan persiapan ala-kadar untuk Aidilfitri. Semua persiapan hampir selesai, tinggal beberapa je lagi perkara minor.


Saturday, August 4, 2012

Ramadhan 2012: Thai Green Curry

Dalam 2 hari ni, dok dgr iklan KFC's Thai Green Curry. Rasa terliur sgt nak makan.
Tambah dok teringat zaman belajar kat Perth dulu, selalu gi makan kat Restoran Sara Thai.. 
Everytime makan sini, sure amik Thai Green Curry ni.
Dulu pernah cuba kat Restoran Bamboo dgn husband, tp end up dia tak berapa suka.
Memandangakn i pregnant, so ni kira mengidam, jadi husband pon bagi chance la masak sendiri thai green curry ni untuk iftar hari ini. 
Nak tak nak, dia kena telan jugakla kan, sbb bini tercomel dia dah masak..

Resepi dia nampak panjang dan complicated. 
Tapi sebenarnya tak pun. Nak sediakan paste tu je yg macam renyah sikit. 

Bahan2 dia banyak.. 
So tengok kat page resepi asal ni je la ye.
Saya amik resepi dari koleksi1001resepi



Inilah ropanya
rasanya entah la camane dok tahu lagi.
tunggu dah berbuka dulu lah baru kita tau sedap ke tidak, pedas ke tidak, masin ke manis ke pahit ke masam ke..



Selain tu masak kerang goreng ala minang dengan sayur campur masak lemak jugak. Semua lauk dah siap masak at 3.50pm, sebab nak lepak depan tv tgk match beregu badminton malaysia kat olimpik... 

Jom kita sokong Team Malaysia Jom!



Monday, July 30, 2012

Nak request ni lah =)

**Entry ni khas untuk encik suami**

Sebab tengah dok belek gambar lama kitaorg, terjumpa gambar ni. 

pastu terus terliur..

Kalau nak di ikutkan, ni puasa kita yang ke 4 bersama-sama

Tahun Pertama 2009- Kat Singapore...Kita baru je couple..
Tahun Kedua 2010- Kat KL... baru jek kawin, and saya tgh first trimester untuk Ilyaas
Tahun Ketiga 2011- Kat KL... saya tgh breastfeed Ilyaas
Tahun Keempat 2012- Kat Tronoh...kita dua2 sambung study, and saya baru je habis first trimester untuk  adik baby

So, sekarang tgh mengidam..

Jadi, nak request ngan abang...

supaya masak ni untuk berbuka...



Boleh?





Please










Please











Please





Jangan la cakap dah lupa cara nak masak spaghetti goreng speciality abang tu ...


Ni step-step dia...




1.tumis

2.campur campak

3.gaul gaul

4. siap.ready ngn ayam KFC lagi...oh nak jugak

ni apartment kat singapore. heaven betol.
i dapat serumah.
husband yg tak jadi husband lagi masa tu dapat serumah lagi.
tp berbuka puasa sama-sama la, sbb kitaorg je Malay yang ada dlm group training ni..







So, abang, boleh kan masak ni untuk iftar hari ni???






Ilyaas pun sure suka......:D

Thursday, July 26, 2012

Murtabak Meggi



Aritu balik puasa kat terengganu, saya try buat murtabak meggi untuk berbuka ngn family in law. 

alkisahnya, husband ada request nak murtabak meggi on first day puasa, tp since mil dah masak mcm2 makanan best, so takut bazir je buat murtabak meggi. 

jadi, hari kedua, since kakak ipar and adik ipar pun berbuka sekali, i pun masak la murtabak meggi..

hehehehe

kembang hidung tau sebab sekejap je murtabak meggi ni lesap dari pinggan..
seb baik sempat simpan sikit untuk my husband, fil and biras..klu tak, tak merasa kot dorang..
since dorang gi berbuka and tahlil kat rumah arwah ayah cik

resepi dia simple je.. boleh la korg nak cuba buat untuk berbuka petang ni..ke sahur nnt ke...

Bahan-bahan
1 bungkus meggi
I sudu serbuk rempah daging/ayam 
sebiji ubi kentang (size kecil), klu besar amik half je la
seketul daging burger Ramly (ayam/daging)
- klu ada minced meat lagi senang-
Daun sup/bawang
bawang merah 2/3 ulas
Telur 2-3 biji
cili hijau 
planta 

Cara-cara
1. Panaskan meggi  and toskan. 
Jangan biar meggi terlalu lembut.

2. Rebus ubi kentang sekejap, and then lenyek2kan or potong dadu

3. Potong bawang merah halus2, daun sup/bawang kecik2

4. hancurkan daging burger Ramly

5. Panaskan kuali dgn planta...and then tumis bawang, cili and campurkan daging burger + ubi kentang
Campur sikit rempah daging + sikit air
Gaul rata sampai daging masak

6. Dah siap masak bahan no 5, campurkan dgn meggi yang dah ditoskan tu.

7. Asingkan kepada 2 hidangan, sbb kalau masak sekaligus, nnt susah nak pusingkan murtabak tu..berat sgt.

8. Pukul telur dan masukkan dalam mangkuk yang dah dicampur semua bahan + meggi. campur perencah meggi..Saya guna separuh paket je.Gaul kejap.

9. Atas flat frying pan, tuangkan campuran semua bahan, and biar goreng garing..
Then, pusingkan sebelah lagi..

Siap...

Kitaorg makan ngn sos cili je, nak letak mayonnaise pon ok kot..

sapa nak pedas lagi, letak la lada hitam sikit..





Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 2012: Cabaran hari ke 5

Salam,

Hari ni dah hari ke 5 kita puasa.
Alhamdulillah saya masih berpuasa sehingga saat ini. Harapanya untuk another 24/25 days, akan terus dpt berpuasa.

Syukur ke hadrat Allah, tahun 2010 saya mengandungkan Ilyaas..Lebih kurang dlm minggu ke 8-12 berada dalam bulan Ramadhan dan saya berjaya berpuasa penuh. Dengan syarat, waktu rehat mesti tidur untuk gain balik energy supaya dpt bertahan hingga ke petang. Dan masih dapat masak ala kadar untuk iftar pertama bersama suami masa tahun tu.
Tahun 2011, saya masih menyusukan Ilyaas so miss flow tak menjengah, dan diberi kekuatan sekali lagi untuk berpuasa penuh juga.
Tahun 2012, saya pregnant 14 minggu pada hari ke 5 berpuasa, masih bertahan dalam keadaan berpuasa.

Pagi tadi, lepas sahur perut rasa sgt memulas. Sapu tiger balm. Lega sikit. Lepas solat subuh, sakit balik.
Tidur kejap dgn Ilyaas.
Bangun, mandi siap2 nak ke uni, perut masih sakit, sampai sekarang.
Cuma dah makin reda.
Rasanya adik baby banyak angin ni. kentut bg perut umi full of wind kot..heheh

Takde idea nak masak apa hari ni.Ikan ada byk kat dlm freezer tu since dh bawak balik dr Tganu aritu.
Ayam ada sikit lagi..Sotong pun ada. Tapi idea takde. Kena visit blog resepi la jap lagi.
Malas nak beli lauk kat bazaar sbb biasanya kami suami isteri end up buat toilet marathon kalau beli lauk kat bazaar.
Setakat air tebu, kuih muih and murtabak takpe lagi.
Eh, air tebu tu husband je minum, sbb saya tak berani lagi nak minum walaupun dah lepas 1st trimester, sbb placenta sy low lying skrg ni,better amik precaution..
Slalu rasa senak2 kat ari-ari, mmg kena berhati2 sikit skrg ni..tambah Ilyaas suka sondol2 nak baring atas perut..mcam tau je ada adik dlm perut umi..

Okayla, nak sambung buat kerja..

Selamat berposa...:)

Baju raya dah siap ke?




Tuesday, July 24, 2012

Perjalanan dr KT ke Tronoh melalui K.Berang-Gua Musang-CH

Semalam kami bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Tronoh, melalui jalan Kuala Berang-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai.

Ni merupakan first time kitaorg travel ikut jalan ni, tu pun setelah mempertimbangkan pro and cons nya since my husband byk bertanya orang yang dah pernah lalu jalan tu and also baca forum and blog yang ada menulis pasal perjalanan melalui jalan2 ni.

At first, kitaorg agak sangsi nak try jalan ni..Dah lama tahu kewujudan jalan ni, tp asyik bertangguh je bila tiba time nak balik ke perak dari terengganu memandangkan most of opinions and experience yang didengari adalah agak kurang baik. So, nak tak nak, we all selalu terpaksa ikut jalan ke kuantan -kl- perak yang mengambil masa yg sgt lama dan jarak yg melebihi 600km..but the good thing is, all the way highway except bukit besi-jabor je jalan lama.

Harini, sy nak review n share pengalaman kitaorg lalu jalan ni.. Untuk kebaikan org2 yg tertanya2 sama ada jln ni selamat ke tak etc..tp sorry yer, takde gambar sbb xsempat langsung nak snap..

Kuala Terengganu-Kuala Berang
Mengikut jalan yg 2 lanes , jalan raya baru, besar dan luas. kiri kanan jalan ada kedai, stesen minyak, sekolah etc. Akan melalui Ajil sebelum sampai ke Pekan Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 30-40minit bergantung pada traffic. Estimated distance around 25-35km.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang,akan melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Sejuk dan berkabus walaupun dah pukul 9-10pg. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Ada santuari gajah kalau nak berhenti tengok gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.
Kat CH, boleh berenti beli sayur mayur and teh and strawberry dulu.

Cameron Highland-Simpang Pulai
Total distance=70km
Jalan ok. 2 lane. menuruni bukit. pusing-pusing.
kepala pun pening mcm nak muntah sbb perut kosong coz travel bulan ramdhan.

Simpang Pulai-Tronoh
Ikut jalan biasalah. dlm 15-20minit dah sampai rumah.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 
  • ni lah experience kitaorg lalu jalan ni.totalnya puas hati je...boleh cuba lagi next time bila nak balik raya. 
  • jalan ni dah ada dlm google map, so mmg dah di notified lah.


Tips:

  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. kalau bulan posa, sabar je la tahan lapar. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni





Sunday, July 22, 2012

Ramdahan 2012:Berbuka dalam talam

Assalamualaikum, Salam Ramadhan.

Kami bertiga menyambut Ramadhan di kampung wakaf nyiur kembar, bukit payung, terengganu.
kebetulan ada kecemasan dalam keluarga, jadi kami pulang ke terengganu, langsung sambung cuti untuk sambut ramadhan di sini. 

Dah menjadi kebiasaan keluarga di sini, kami akan berbuka dgn makan di dalam talam. 
walaupun ahli keluarga yg pulang tak ramai sgt, tp tradisi ni tetap diteruskan. 

I am more than happy to join makan dalam talam. one of my favourite part berpuasa di sini. 

Untungnya, Ilyaas Hafiy pun join sekali makan dalam talam dgn tok dad, umi azie, umi dan ayahnya.


menikmati nasi special halaman dhuha hasil air tangan ibu mertua ku yang vogue 

like grandfather, like grandson

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 2012:Salam Ramadhan Al-Mubarak



Assalamualaikum
Kesempatan ni kami di cherish every cherry nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak untuk semua...
Bulan Ramadhan bulan Pengampunan Dosa,sama-samalah kita mengejar kebaikkan dan keberkatanNYA
Published with Blogger-droid v2.0.6