Showing posts with label ramadhan 2014. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2014. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Update Jalan Felda Aring Tahun 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Ni nak share dengan korang semua yang Jalan Felda Aring (di Kelantan) dah berturap elok. 

Sepanjang 30km melalui kawasan Felda Aring 1 hingga Aring 10, semua jalan dah ber tar. 

The last time kitaorg melalui jalan ni masa tahun 2012. 

Lepas bersalin kan Imani, memang kami tak lalu jalan ni, memandangkan dengan ada anak kecil bawah umur setahun, agak susah nak cari tempat untuk berhenti kalau ada kecemasan apa-apa sepanjang perjalanan. 

Masa balik ke KT waktu cuti raya hari tu, saya dengan suami nekad nak cuba jalan ni sekali lagi, since anak-anak pon dah besar jugak. 

And tujuan utama of course nak jimat kan masa perjalanan. 

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, boleh di katakan 90% jalan adalah dalam keadaan yg baik dan elok. 

Kebanyakkan jalan baru je di tar. 

10% yang tak elok tu, adalah lubang sikit-sikit.. 




Pemandangan sepanjang perjalanan melalui Felda Aring (update tahun 2014)

No longer view mcm rally kereta di Dhakar.

Boleh baca entry saya tahun 2012 menceritakan pengalaman kitaorg melalui jalan Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang dan Cameron Highland untuk pulang dari KT ke Tronoh...(timur-barat)


Tempoh masa kami dari KT ke Tronoh ialah lebih kurang 5 jam setengah sahaja. Jimat banyak sangat. 
Bertolak pukul 9.00pagi, sampai Batu Gajah pukul 2.30 petang. 


Thursday, July 24, 2014

Nimatnya Ais Krim Goreng Nestle



Amik feel tengok gambar dulu. 
Part ni, I rajin goreng ais krim. Sebab nikmatnya makan panas2 pastu ais krim tu cair plop dalam mulut. fuhhhh, 

Akhir-akhir Ramadhan ni...

Assalamualaikum and Hi, 

Dah akhir-akhir Ramadhan ni, I mengaku la, makin rasa letih and tak larat. 
Selera makan pon macam kurang. 
Tengok nasi tak berapa nak lalu makan. 
Aritu berbuka ngn keow teow sup. Beli ler. 
Dah anak-anak pulak teringin, share ngn dorang. 
Moreh makan nestum 
Memang rasa lapar, tp macam hilang selera nak makan nasi. 
Tapi paksa gak la, klu tak makan nasi, susu memang confirm drop. 
dah la bukan banyak mana pon dpat sekarang sekali pump, tp syukur la masih cukup untuk Mek Ani tu. 


Hmmm, 
dah hujung-hujung Ramadhan ni, selain rasa sedih nak tinggal kan bulan mulia ni, 
excited bukan main jugak nak sambut Aidilfitri. 
Kuih raya tak buat. biasala, alasan beranak kecik. orang lain boleh ajer buat walaupon ada anak kecik. 
Baju raya semua dah siap packing masuk beg. 
Baju raya Ilyaas Imani paling banyak. 
Semua beli masa kitaorg gi Holland aritu. 
Baju umi ayah dia ada la sehelai dua.
Untuk husband I ada belikan jugak guna hasil berblogging. 
kasik hadiah la dia penyokong utama I tulis blog merangkap stalker merangkap reader paling setia dan rajin klik iklan nuffnang.hahahah

Wednesday, July 23, 2014

Pertukaran Duit Raya

Assalamualaikum , 

Lambat mak encik bersiaran arini. sebab mood takde dari pagi sampai dekat2 nak zohor tadi mak encik dapat phone call yg ditunggu tunggu. 
heheheh rahsia ... xleh bagitau kenapa.. 
tp mmg mak encik happy la, dah mula verangan verangan dah pon. 

Tadi pagi I bawa Mek Imani tu pegi cucuk untuk 18bulan. Bawa Abang Ilyaas sekali timbang ngn ukur berat. 
Pastu langsung terus ke bank. kononnya nak tukar duit raya la. 
Sekali CIMB, Maybank, Hong Leong, Bank Rakyat, AmBank semua dah habis duit raya. 
Nak gelabah jugak la tadi... 
Dah sapa suruh gaji husband masuk lewat, lewat la jadinya kitaorg tukar...

Tuesday, July 22, 2014

Kepingin nak buat kuih raya

huuuuu, memang betul ni.
I teringin sesangat nak baking kuih raya macam dulu-dulu.
Masa kecik selalu tolong mak buat. part paling excited bila di penghujung ramadhan ialah buat biskut raya.
Family I ada satu resepi biskut cornflakes.
Rasa mmg lain lah dari tempat2 biasa.
Mak buat, baru jadi.
Kalau I buat, jadi jugak. tp mmg kena follow resepi betul2..
Dulu masa undergraduate dekat Perth, tahun ketiga, I berniaga jual biskut cornflakes ni.
Dapat la beberapa orang pembeli yg beli secara borong.
Rezeki dapat duit raya buat beli mainan untuk adik2..



Masa tu malas nak update blog, walaupun dah ada blog sebenarnya..
kalau tak sure boleh baca balik zaman buat bisnes kuih raya ni.

Sekarang ni, rasanya dah 2 tahun kot I tak baking apa2 biskut raya.
Main order jer. itupun order sikit2 jer.
Selebihnya mengharapkan biskut mak buat dgn mother in law buat..
tak pun adik2 ipar buat.
nasib ler adik2 ipar I semua rajin.. hahaha, aritu siap bekalkan satu balang kuih bunga cina utk kitaorg..
time kasih korang..nnt buat ler lagi..
I mmg rasa loser sgt tau tak.

Update MH17: Kotak Hitam milik Malaysia

Assalamualaikum, 

Bangun sahur tadi, ada rasa syukur dalam hati bila scroll the newsfeed di fb.
Alhamdulillah, kini kotak hotam pesawat malang MH17 dah berada di tangan penyiasat Malaysia. 
Diserahkan pukul 9pm waktu Ukraine kepada wakil Malaysia. 





Boleh klik video ni untuk saksikan upacara penyerahan kotak hitam MH17 kepada wakil Malaysia. 
Kotak hitam ni diserahkan oleh pasukan puak pemisah yg berkuasa di lokasi kejadian terhempasnya pesawat MH17.  InsyaAllah, bila kotak hitam dah berada di tangan kerajaan kita, tiada apa yg dapat disembunyikan lagi. The truth will be reveal soon.. Mungkin bakal mengejutkan dunia...

Monday, July 21, 2014

Imani 18 mo

Assalamualaikum Imani Hafiyya,

Princess Umi dah masuk 18 bulan hari ni. Alhamdulillah, Imani sihat sepanjang 18bulan melihat bumi Allah SWT ni...
Umi nak tulis ni untuk Imani baca bila dah besar nnt yer (itupun kalau blogspot ni masih wujud)..

Pada usia 18bulan, Imani dah pandai buat beberapa perkara tau..
Imani rajin sgt tolong umi dengan ayah buat kerja rumah, contohnya bila nampak umi or ayah bawak bakul baju yg nak dibasuh, Imani mesti cepat2 ikut pergi tunggu depan washing machine. Walaupun belum cukup tinggi, Imani cuba nak masukkan baju busuk dalam washing machine.

Kalau nampak baju yg dah siap dibasuh dalam bakul, Imani cepat2 get ready tunggu depan pintu rumah. Lepas tu Imani akan tolong jemur baju dekat ampaian kita. Walaupun tak cukup tinggi lagi, Imani sangkut semua baju di bahagian bawah ampaian. Terima kasih princess umi sebab rajin. Moga nnt dah besar pon rajin tolong umi dgn ayah yer.


Imani Hafiyya 18bulan. Ni gambar adik dekat rumah tok dad dan nenek di Terengganu. 
Adik ni walaupun 18bulan dah, tp berat masih kurang 10kg, baju size 6-12 m pon padan lagi tu.. 
Cuma Umi perasan adik ni jenis tinggi, kurus..

Friday, July 18, 2014

Kenangan kami bersama MH17 ( Ams-KL) #alfatihahMH17


Assalamualaikum and Hi semua, 

Pasti semua dah tahu kan berita Flight MH17 milik penerbangan nasional Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine dan Russia, selepas beberapa jam berlepas dari Amsterdam. 

Demi Allah, waktu pertama kali saya dapat tahu berita ni, jantung saya berhenti beberapa saat. Terkejut, terkesima, dalam masa yang sama sgt sedih tapi cepat2 mengucap syukur di dalam hati kerana kami berempat (saya, suami, Ilyaas dan Imani) baru sahaja menaiki flight yg sama pada 21 June 2014 yang lepas. Belum genap sebulan perjalanan kami selamat sampai dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, flight yang sama kini hancur, terbakar, terhempas, berkecai.. 


Ya Allah, besarnya dugaan Mu dalam kita menginjak memasuki 10 malam terakhir Ramadhan... 

Ada beberapa orang dalam flight tersebut yang menjadi kenalan/sahabat kepada kawan-kawan saya semasa di Delft dulu, kawan-kawan saya semasa di TKC dulu, juga kenalan kepada ahli keluarga terdekat. 

Malam tadi, lepas tidurkan Ilyaas, saya terjaga semula, dan terus on TV untuk dapatkan live update.. 

Imani turut berjaga.. saya tunjukkan dia gambar yg saya snap melalui handphone saya semasa kami boarded pesawat yang sama, MH17 pada 21June lepas... 
Imani gelak gembira, mungkin ingatan dia masih kuat terhadap our 12hours long journey on the plane. 

Thursday, July 17, 2014

Anak susuan ke 4 kami

Assalamualaikum, 

Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah I masih dapat breastfeed Imani.
Waktu siang biasanya I pump sekali je, sebelum solat zohor. Kalau stock ebm untuk the next day dah tak cukup, baru I pump dua kali. because I know, pump dua kali confirm I akan dahaga dan lembik sangat. tapi terpaksa jugak la beberapa hari pump 2 kali, selang-selang pump 2 kali.. korang pon tahu kan stok ebm Imani kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

I bekalkan jugak susu Anmum Step 3 dekat rumah pengasuh.. disamping 3 botol ebm. 
ada 2-3 kali Imani minum susu Anmum tu.. 

By the way, tujuan entry ni bukan nak citer pasal ni, sebenarnya nak citer pasal anak susuan ke 4 I dan suami... 



tgk gambar dulu Imani dgn adik susuan dia...

port kuih muih tradisional di KT

Assalamualaikum, 


Almost seminggu senyap tak jenguk blog ni..hehehe, biasa la, reason utama, mesti sebab I balik kampung.. 
Kali ni balik Terengganu..
kitaorg setakat berumah tangga ni mmg selagi mampu akan cuba, sambut ramadhan dengan salah satu parents, then tgh-tgh puasa balik sekali lagi salah satu kampung... kira gilir2 la..

aritu sambut puasa dgn parents penang, tgh2 bulan ramadhan, balik berpuasa dgn parents terengganu plak.. nnt raya pertama tahun ni giliran penang...raya ke tiga baru balik terengganu... gitulah kitaorg gilir-gilirkan, selagi termampu. lagipun anak2 kecik, belom sekolah boleh la nak cuti kerap2 kan...
nnt dah start sekolah, susah nak cuti..kena tunggu school holiday je la..

So, today nak share ngn korang port best untuk beli juadah berbuka puasa especially kuih muih tradisional masyarakat pantai timur terengganu.. 

first time i gi sini dgn mother in law beberapa tahun lepas, mmg jatuh hati habis la. i mmg suka makan kuih muih.. (makan je, buat tak reti)..

Tuesday, July 8, 2014

Memasuki 2/3 Ramadhan

Assalamualaikum, 

Dah nak masuk 10 hari kita berpuasa. alhamdulillah. 
Kejap je, beberapa hari lagi masuk malam ke 15, kemudian kena baca doa qunut dalam solat witir.. 
Jangan lupa tau korang, I selalu jugak termiss baca doa qunut tu, sebab terlupa..heheh, 

jarang sikit kan update pasal ramadhan 2014 ni. 
salah satu sebabnya, I sgt jarang masak compare to tahun-tahun sebelum ni (sepanjang bergelar seorang isteri ni la). 
2010 mmg rajin sesangat masak. tgh mengandungkan Ilyaas, mmg hobi memasak aje time tu. 
2011 rajin jugak tp ada hari culas pergi berbuka kat restoran. time tu keja kat kl, hidup bertiga dgn ilyaas kecik lagi.. ada jugak jemputan berbuka dgn kawan2 mmg kitaorg akan join je. gaya hidup orang kl sgt masa tu. 
2012 rajin jugak masak. tp kadang2 top up dgn makanan bazaar. sebab tgh pregnant Imani...tak rajin sgt masak mcm time pregnant Ilyaas. 
2013 mcm 2012 je. tp mostly I masak.
2014 setakat 10 hari puasa ni, I masak 3 kali jer! hahahah, teruk gila. Sahur masak gak la simple, kadang lepas solat terawikh I masak siap2..

Read More>>

Friday, July 4, 2014

Terbayang bayang langsir...


Ni memang sah I dah tergolong sebagai golongan mak cik..
Sejak nak start puasa haritu, asyik terbayang-bayangkan corak dan design langsir. 
Nak buat ganti langsir sliding door kat rumah sewa kitaorg ni. 
Korang bayangkan la, sejak kawin dah 4 tahun ni, I tak pernah pon tempah langsir. 
Memula kawin dok rumah ayah kat KL, sah sah dah ada langsir..rumah family kan. 
Tapi masa nak raya, I beli gak langsir yg ready made kat Aeon tu. 
I beli ke mother in law i beli eh? 
Isk, mmg I ni tak boleh buat role model menantu contoh tau, sebab I rasa mil yg belikan langsir tu...
Huwaaa, teruknya perangai...

Pindah rumah sewa plak, kakak ipar I dgn baik hati bagi langsir2 dia yg dia tak nak dekat I. 
Banyak pulak tu, memang lebih dari cukup nak tutup semua tingkap kat rumah sewa tu. 
Tingkap bilik belakang jer I guna langsir sumbangan dari my mum... 

Read More>>

Saturday, June 28, 2014

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum , Kita bertemu lagi Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun. Jom panjatkn kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dipnjgkn umur dan diberi kesihatan utk bertemu bulan mulia ni sekali lagi. Tahun ni kali ketiga I berpuasa dan masih menyusukn anak.

First time dulu ms Ilyaas berumur 4/5bulan, then kali kedua semasa Imani berusia 6/7 bulan.Kali ketiga ni Imani berusia 18bulan.. Nampak mcm lebih mudah sebab di usia 18 bulan Imani dh mkn makanan pejal dan dah boleh minum susu fresh milk sikit-sikit..But knowing her cligyness to me, and sikap suka avoid makanan bila umi ada di rumah dgn dia,


Read More>>