Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Masak dan keikhlasan

Assalamualaikum semua, 

Saya kembali.. Minggu lepas dengan minggu ni hibernate sekejap. Siapkan marking. Markah courseworks dan markah final. Semua kena finalize. Hari ni nak membebel perihal memasak. 

Sebenarnya, I seorang yang boleh dikategorikan suka memasak lah. Kalau belek2 blog ni, dari zaman anak dara belajar kat Perth dulu pon I dah mula masak-masak untuk makan sendiri la. pernah sekali dua masak dalam kuantiti banyak untuk jamuan dengan kawan-kawan. 

I suka masak dan pastinya suka makan jugak la. Sebab tu badan pun senang naik. Sebenarnya I jenis kalau nak memasak, suka plan. First of all, kena tau nak masak apa. Then, kena tengok bahan apa yg diperlukan. Then, siap-siapkan semua bahan dan sukatan (kalau buat kek or biskut or dessert). Pastu baru ada feel nak masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. 


Wednesday, December 31, 2014

Thank You 2014


Assalamualaikum, 


It's the final day of 2014. Hari terakhir ni rasa, alamak, dah nak tua dah nex year. 

Honestly, nak rasa happy sangat dengan 2014, I think I should. Sebab banyak perkara baik-baik terjadi pada diri I and my family. But on the sad side, our country had underwent not a smooth and steady years. With two Malaysian Airlines flight went missing and been shot down. And the latest Air Asia flight was missing and crash in the middle of Java Sea. With major massive flood in the East Coast at the moment. Things happened dengan kehendak dan kekuasaanNYA. 

2014 yang tinggal sisa-sisa beberapa jam sahaja lagi, saya rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT. Banyak impian saya tercapai. 

Tuesday, October 14, 2014

The clumsy me

Assalamualaikum and Hi,

Apa khabar semua?
I tgh tak berapa nak sihat sngat.. tekak sakit, and dah mula nak selesema.
Kesan travel and penat sangat kot ni.
Kitaorg baru balik from conference + mini get away dekat Bali, Indonesia.
Semalam sampai KLIA around 4.00pm, rehat jat kat rumah kakak ipar kat Putrajaya, then after Maghrib pergi Shah Alam visit Zarifa and her kakaks..
9.45pm camtu baru bertolak balik Perak.
12.45pm sampai rumah.
Fuh, penat memang tak ingat la.
Before tidur, basuh baju seround.
bayangkan la 4 hari kat Bali, baju tak basuh pon.hahahha.
memang buat dasar penjimatan baju kat sana..

Monday, May 12, 2014

Pengalaman renew lesen di Kaunter 1JPJ

Assalamualaikum semua, 

Ni citer minggu lepas. eh ke 2 minggu lepas. saya pergi renew license kereta. 

mulanya lupa bercampur malas nak keluar renew. sebab kena pi pejabat pos atau JPJ. 
and malas nak beratur panjang2 etc...

waktu lunch, keluar gi makan kat kedai mamak dlm D'Mall kat Sri Iskandar. 
Kebetulan terjumpa Kaunter Bergerak JPJ.

Still blur masa tu sbb lupa lesen dah luput..hahahah, 

suami yg ingatkan...

so amik la kesempatan tu renew lesen jap sambil tunggu order makanan sampai..


Ini ler rupa van yg jadi kaunter bergerak 1JPJ ni. 
first time tgk. first time jadi pelanggan kaunter bergerak agensi kerajaan. 

ada 3 kaunter. di buka serentak. 
masa sy gi tu, takde customer pon. 
so mmg cpt. 
dlm less than 10minutes sy dh dapat lesen baru. 

prosedur dia pon senang je, bagi lesen lama yg dah luput tu dgn ic kita. 
dorang check dlm sistem berapa kena bayar. 
sy kena bayar rm45. 
rm15 untuk renew selama setahun. 
saya dicadangkan supaya renew 2 tahun terus memandangkan birthday sy yg ke 2* in less than a year (tp ttp dikira harga rm15 gak). so jadi rm30 charge renew lesen
rm15 lagi tu denda (hahahahhahaha padan muka sendiri yg ni) sebab sy renew selepas lesen dah luput tarikh....kalau tau ada charge denda ni, mmg sy akan cari la tpt nak renew lesen awal2..sengaja nak buang rm15 sebab renew lambat, rugi gak...

lesson learnt ok..

dorang akan check alamat kita..n tanya nak guna alamat sama or nak tukar...

tunggu 5 minit, pastu siap. 
bayar duit. 
n dapat la lesen baru. 
cantik lesen baru. 
hahaha tp tak yah aaa tayang kat sini...:D
muka umur 21 tahun dlm tu. sbb pakai IC lama lagi.





Ni banner dia. huhu
sorri tak nmpk ape tulis situ..
tp boleh check perkhidmatan n servis daily dkt fb page Kaunter 1JPJ






Tingkap kaunter bukak separuh. susah den nak tgk org kat kaunter tu..
hahahah


itu je update. 

I bg 5 bintang untuk servis mcm ni..

tahniah agensi kerajaan....


keep it up...

memudahkan urusan rakyat...



*ok ini entry auto published*


heheheh

Wednesday, January 29, 2014

Kegilaan sekarang



Tosei!!!!

Hari-hari kalau boleh nak makan tosei....


Paling suka tosei masala...ada isi kentang lembik2 flavour curry dgn daun kari banyak dalam tu, disaluti tosei yg garing, cicah pulak dgn kuah kelapa yg warna putih tu, mmg terbaik!


Sejak 3 minggu kot, asyik2 gi kedai mamak je, order tosei masala..
semalam nak dinner request nak makan tosei masala kat husband..
pi mamak depan taman perumahan, dia takde plak tosei masala..down :(
boleh plak dia kata, nak tosei masala, balik buat kat rumah...
LOL i datang kedai dia nak makan, dia suruh kita masak kat rumah sendiri....


so, pagi ni, suami I yg mithali dah tolong penuhi hajat isteri dia nak makan tosei masala...

gi breakfast kat mamak taman maju, tp hajat tak kesampaian jugak, masalah tak siap lagi....

so kita order tosei telur je...


tapi tak best sgt..sebab tak garing...and mcm lembap je tosei tu sbb ada telur kat dalam....


still tosei masala paling best...


tibe-tibe citer tosei pulak kan....


ok, Happy long weekend korang...

Sapa nak drive, drive hati2, kalau penat berenti rehat dulu k...



*jgn nak spekulasi i mengidam sebab berisi ye*






Monday, January 27, 2014

Ayam Bakar paling senang

Assalamualaikum, Good Morning semua!

Pagi pagi Isnin ni, korang mesti ada ''Monday Blues kan...Alahai, biasalah tu, tp takpe, sebab minggu ni kejap je kerja, pastu dah nak cuti dah...Bagi yg bekerja la, bagi yg masih student ni, patutnya takde la hari cuti, patutnya hari2 kena buat revision baru jadi student cemerlang,terbilang dan gemilang...ye dok...Tp I orang cuti, I pon cuti jugak...hahahahaa.

Rasa mcm dah lama tak share resepi kat sini..So, nak share resepi Ayam Bakar paling senang! Seriously senang gila, sangat2 recommended untuk ibu-ibu yang bekerja, tapi still nak masak untuk makan malam family, atau tgh rushing nak siapkan kerja-kerja lain...


Sebelum kita gitau cara nak buat ayam bakar ni, kita tayang gambar dia dulu....tu belum masak tu kat atas ni...nampak menyelerakan dah kan...

Bagi korang yg kerja 8-6pm (mcm I treat my study ni), bangun pagi pas subuh tu, korang keluarkan ayam siap2 dari peti ais, rendam dalam air...takpon buat malam sebelum tidur, keluarkan dari frozen fridge ke fridge biasa...senang sikit ayam beku tu nak cair..

Pastu, gaul ayam2 tu dengan kunyit and garam and bawang besar kalau ada and boleh perap dalam aluminium wrap! (Balut penuh ok, jangan biar ayam tu terdedah, sbb klu terdedah nnt dia kering, n keras, xsedap sgt  la...klu balut penuh dia juicy)...
Pastu simpan balik dalm fridge yg tak sejuk beku... Petang balik kerja, masuk dalam oven, bakar 190 darjah celcius for 40-50 minutes... Simple sgt kan! Tapi rasa dia InsyaAllah sedap sebab ayam tu juicy and ada air air ayam keluar so dia berkuah jugak. Makan dengan sambal belacan instant Adabi...Pun dah memenuhi selera tekak kampung I dengan husband...Tapi sebenarnya dalam gmbar yg I tempek kat atas tu, I tambah gaul ayam tu dengan sambal Puteri + Kunyit + Garam...(and takde bawang)...

Benornya, ikut kekreatifan korang la nak gaul ayam tu dengan apa...Setakat ni, I pernah cuba jaya beberapa kombinasi bahan..Yang paling senang Kunyit ngn Garam je mcm nak goreng ayam...Kombinasi lain Sos Tiram + Kunyit + Bawang + Daun Kunyit...atau Sambal + Kunyit +Bawang atau aritu cuba Kicap+ Sambal+ Kunyit...ada pernah gak cuba Sos Tomyam+ Daun Limau Purut ...Terpulang la bahan apa yg ada kat rumah masa tu...hehehe

Nak padankan dengan lauk senang ni, sayur brokoli rebus, carrot rebus, dengan salad.. Memang senang ..Kalau korang betul2 tak sempat nak memasak, yang ni mmg sgt membantu la..Sambil tunggu ayam tu masak dalam oven, korang boleh la settlekan hal2 lain, basuh botol anak ke, lipat baju ke, mandi mandi pastu tibe2 je ayam dah masak.. Jangan lupa masak nasik gak...satgi kena tunggu nasik masak baru leh makan...Btw, klu ada isi ayam lebih dari ayam bakar ni, korang simpan dalam tupperware buat sandwich or tortilas wrap, pastu boleh buat breakfast for the next day...

Ni lunch express kitaorang semalam...Masak express di hari Ahad sebab budak comel tak mau lepaskan umi ...
Ayah dia plak sessi berbadminton , balik2 kang dah lapar...so kita masak ayam bakar paling senang...




Tu la budak comel jadi kitchen assistant umi.. Dia suka sgt main kat dapur..Semua bekas bekas kecik simpan makanan dia buat mcm barang2 dapur dia...Btw,gyro bowl tu I beli RM6.90 je kat Mr DIY....tgk kat internet paling murah RM19.90...ada jual sampai RM39.90...mahal sesangat tu,..tp tak tau la kot kualiti dia better lagi ke apa...tp yg Rm6.90 ni pon I rasa ok dah pon...after all, semua Made In China jugak....


Ok, ni nak tempek gambar urs truly jap eh...jangan korang meluat sudahla..:P Tujuan nak promosi seluar palazzo best beli dari Kak Mimi.material dia lycra tp bukan melekat2 kat badan ...berangin n ringan je.......Sekarang dah sold out, tp dia bukak pre-order sampai 29 Januari ni...mmg best la seluar ni, rasa mcm sgt2 menutup aurat, tak nampak bentuk kaki, kembang2 mcm skirt...getah dia best, sebab getah lebar...klu nak gi toilet, tarik getah tu tinggi2 atas perut, so tak la meleret seluar tu...


K tu je, Happy monday. Happy long holiday...

Announcement jap eh...



The Hafiy(s) akan balik kampung di Terengganu sempena cuti CNY ni..

Jadi, tarikh akhir pengeposan ialah pada 29 Jan 2014.Sila buat bayaran sebelum 12am (midnight) 29 Jan 2014Order selepas 29 Jan 2014 akan diuruskan selepas kami pulang bercuti ( 4 Feb 2014)
Bagi customer yang ada kat KT and berminat nak beli diaper clutch atau nursing cover, kami boleh lakukan COD di sekitar area Kuala Terengganu dan Marang sahaja.
Sila whatsapp/sms ke 0194488744 sebelum 29 Jan supaya kami boleh siap sedia barang2 pesanan anda utk dibawa pulang bersama..

Terima Kasih


Wednesday, January 1, 2014

The Guts for 2014

Assalamualaikum 

It's 3rd day of 2014 and the first Friday of the year. 
Warga Johor dah mula bercuti hari ni. Join warga Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada hari Jumaat. 

Well, to begin the new year, I personally think it's good to write down your dreams, your desires and your wishlists for the next 365 days. InsyaAllah, kalau panjang umur dan di izinkan Allah, kita akan bertemu lagi tahun baru selepas 2014 nanti. 

As for myself, I did not write any of my dreams on paper for Year 2013, because I was actually afraid I will feel like a loser if I can't achieved those dreams. And I was actually not sure what I want for last year. I felt like malu pada diri sendiri bila yg ditulis tak tercapai... :( 

For this year, my main aim is to finish my master, InsyaAllah. and for my husband to finish his master too. 

And we will see what comes after that.

Along the way, I hope that I can develop a healthier balanced lifestyle for my family. We should eat more greens and do more exercise. Perhaps, both husband and myself kena start drinking milk for the sake of our tulang, and also makan oat every morning for the sake of our healthy hearts. For this purpose, I am wishing to have a healthy basket in the house. well, nak beli all these healthy food and supplements, we need lotsa money! So, have to aim for more money too lah.

where I will keep all my wishlists for this year
and keep my days organize


Few more wishes and resolutions are listed in my planner apart from the two I mention above. Would rather keep them secret in the planner and not publishing it here.. *segan*

So, from now on, have to work hard to realize those dreams. 

Happy New Year to all readers. For the whole last year 2013, if I had write anything that make some of you feel uneasy, I am deeply sorry for that ya...

Let's make sure we start our day with a doa mintak dimurahkan rezeki, dilindungi Allah dan di rahmatiNYA....

InsyaAllah... 






Thursday, December 19, 2013

Rezeki

Rezeki pastinya datang dari Allah. Kadang rezeki yg kita harap-harapkan datang tanpa di duga. Kadang kita tak mengharap rezeki tu datang, tiba-tiba Allah datangkan dia pada kita. Semua nya di dalam pengetahuan Allah.

Kita selalu minta bersungguh-sungguh supaya sesuatu rezeki tu di datangkan pada kita, saat2 kita amat memerlukannya..tp kadang Allah lambat sampaikan pada kita. Atau Allah tak beri langsung pada kita. Tp, kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Apa yg kita mintak , bila tak dapat, tak bermakna Allah tak sayangkan kita. Allah berikan dalam bentuk lain dari yg kita mintak, dan kadang Allah tak beri pada kita, tp Allah beri pada anak-anak kita, pada ibu bapa kita ataupun pada cucu-cucu kita di masa akan datang.

Dalam urusan pekerjaan, Allah beri gaji sebab kita kerja setiap hari. Penat lelah kita. Sekarang ni, kalau kerja, mcm-mcm kena buat. Contohnya, pengenalan sistem KPI. semua agency kerajaan, n swasta semua ada sistem KPI. cukup hujung tahun, kena buat pengiraan markah. orang ni evaluate kita, orang tu evalaute kita. kalau dekat swasta, dalam KPI rendah beberapa kali berturut-turut, kena warning...kalau KPI masih rendah, boleh kena berhenti kerja. Adakah itu adil? hmmmm

Itu dari segi pekerjaan..klau rezeki dalam alam perkahwinan, yang paling senang kita lihat ialah rezeki seorang anak. Ada pasangan, senang sgt dpt anak. terus kawin terus pregnant..
Ada yg susah, atau pun Allah lambatkan sedikit..
bagi ibu yang nak melahirkan, ada yg dpt rezeki merasai nikmatnya bersalin normal. kemudian dapt lagi rezeki susu badan melimpah ruah, dapat lagi rezeki anak suka minum susu, tak kisah bottle feed or direct feed. Syukur Alhamdulillah.

Allah kan Maha Adil. Saya tak dpt lahirkan anak2 saya secara normal. tp Alhamdulillah, rezeki susu utk mereka mmg banyak setakat hari ini. Tapi ada setengah orang, rezeki melahirkan anak secara normal, senang sgt. masuk LR 3-4jam dah beranak...tp Allah tak bgi rezeki susu badan melimpah ruah..

saya nampak keseimbangan dalam setiap rezeki pemberian Allah. sebab Allah Maha Adil.
kalau nak tulis pasal rezeki, mmg panjang. semua benda yg ada di sekeliling kita adalah rezeki. dan saya pun bukan ustazah nak tulis secara details. tp just nak nyatakan dalam setiap perkara, kita kena redha, sabar dan syukur. rezeki itu milik Allah.

Dia Maha Pemurah. Dia Maha Kaya. Dia Maha Adil. Dia Maha Mengetahui.


Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 2013: anak2 dan rezeki

Dah 2 hari berpuasa sebagai seorang suri rumah, beranak 2. 
Fuhhhhhhhh, satu cabaran hebat. 
Kagum sangat dengan korang yang full time housewife, puasa, jaga anak, bagi anak susu direct, masak suap anak makan, sidai baju, lipat baju, kemas mainan bersepah, dodoikan anak ngantuk, layan anak demand itu demand ini, masak untuk berbuka. Hebat hebat hebat.
Babysitter amik cuti 2 hari. Gi anta anak dia nak masuk kerja jadi nurse kat Hosp. Pantai Bangsar. 
Kasi chance la kan, anak sulung dia. 

30hb ada submission full paper untuk publish dalam journal.memang terkejar-kejar buat full paper tu. 
ulang alik jumpa sv lagi. 
malam 29 tu, nak siapkan map untuk image dalam paper. sambil tu proof read paper husband. kesian husband sv dia busy gila tak menyempat amik tau perihal anak didik. so, sebagai isteri bertanggungjawab, kite check dulu paper husband dgn penuh kasih sayang. 
jadi kol 12 baru tido. 
kol 4.30 plan nak bangun masak sahur. 
kol 3.30 Ilyaas merengek nak susu. badan panas pulak ....dalam hati, dahhhhh cakap oh noooooooo.anak a
ku demam pulak. 
bagi susu kat dia, Imani plak nak susu sekali. ok layan budak tu menyusu dulu. tertido. 
Kol 4, pegang dahi Ilyaas, panas!.
K, tak leh jadi ni. bangun basah kain kain, demah kepala dia, then bermulalah siri Ilyaas ngamuk bersama umi di pagi buta. 
Paksa dia makan ubat. Tak nak. Last last muntah. 
Sambil2 tu masak kat dapur. Ala kadar je, seb baik lauk semalam tu ada lagi,panaskan je. 
Lepas solat subuh, tertidur balik sebab nak tidurkan budak-budak. 
Alhamdulillah sepanjang siang semalam, Ilyaas dpt makan ubat dgn penuh kerjasama. resulted to free from fever by malam tadi. 
Ikutkan puasa kali ni terasa masa occupied sgt. dari segi keluarga. dan jugak perkembangan research. 
jarang update kat blog pasal masak apa semua mcm tahun lepas. 
Dah bosan makan nasik lauk. cuba buat western pulak minggu lepas. masak spaghetti bolognese ngn salad telur.
habis licin kami suami isteri makan waktu berbuka. betul lah orang kata, sekali sekala ubah selera mmg best. 
Production susu sepanjang puasa maintain. syukur alhamdulillah. sampaikan freezer dah penuh balik. 
ini merisaukan. 
mana nak letak kerepok lekor nnt bawa balik from ganu. 
Imani minum sikit-sikit. sekali panaskan ebm, 2oz, sekali minum 1oz habis. simpan kejap, habis another 1oz. 
kalau letak lebih, amik masa 4 jam baru habis. 
dia minum banyak sekaligus kalau waktu pagi subuh. tu mmg lama mengempeng. 
maybe sbb skrg dah start makan kan. so kurang la. 


makan pon kena ada style. nak berdukung. tak nak duduk dlm rocker, or walker or bumbo chair. 
dukung pulak sambil jalan. tengok alam. 
kalau time xmakan pun, dia banyak nak berdukung. berdodoi. 
tidur nak berenjut. jenuh la umi ayah berjoget nak tidurkan Imani. 
penat, rasa mcm buat aerobik lepas sahur. or buat poco-poco sebelum waktu berbuka. 
kalau tak kurus lagi ramadhan kali ni, tak tahulah. 
Imani skrg pantang nampak umi. nampak je merengek mintak di dukung, ajak main. 
sampai Imani join umi tulis paper. 
Ilyaas pulak makin bertanggungjawab. sgt. 
baik anak sulung umi ni. 
manja jugak. tapi memahami. 
ceria dah happening. 
kalau umi pujuk, baik jadinya. 
kalau ayah pujuk, lambat sikit nk menjadi. 
byk words yg dia dah pndai sebut. hari hari blk dr rumah babysitter dia ckp nk tgk wiewie. (tv)
fav skg bilang berapa byk bus, lori besar, lori kecik, lori sampah, motor dan kete di atas jln raya.
hari hari dia rindu acu dia. siap ambil ipod buat gaya telefon acu,

minggu ke 3 cuti nuzul quran tu kitaorg blk penang. berbuka dgn air tgn ibu adalah yg terbaik. 
mkn byk gila. kesian mak kn masak byk kitaorg blk. 
tahun ni raya kt ganu. jd kn la blk png dulu sebelum tu.baru adil saksama rukun rumah tangga.hihi
visited my third bro merangkap Lang Amir kpd Ilyaas Imani. struggling dia utk SPM. InsyaAllah kakak doa yg terbaik utk Amir ye. 
mak ayah still sedih sikit2 sebab Imran ada jauh. tp dorang ok je. imran pun enjoy je kat sana. 
bulan 10 nnt kitaorg 4 orang gi KK. nnt singgah tgk Imran jugak di estet dia. 
rezeki anak-anak la dpt pegi jalan jalan KK sbb umi ayah kena buat oral presentation kat sana. 
Kadang kadang Allah datangkan permintaan kita tu lebih cepat dr apa yg kita rancang kan. 
kami plan nak ke KK lepas habis master. tup tup rezeki dpt sedikit sponsor untuk ke sana. cuma bayar tiket anak2 je. 

boleh la mula rancang perjalanan di sana nnt. tunggu la blog2 yg ada buat review pasal percutian ke KK, pasti akan dikunjungi. sapa nak tinggalkan link pasal entri korang ke KK pun sila lah. insyaAllah sya akan baca dan surely berguna buat kitaorg kat sana nnt. 

ni petang ni dpt jengah blog kejap. sebab gas habis. tak dpt masak. call kedai runcit yg biasa hantar gas tu, dah 5 kali tak berjawab. ko cuti agaknya tauke? 

tunggu husband balik kerja dulu la, dia gi tgk kedai tu bukak ke tak. sebab jauh gak dari rumah. nak berjalan kaki, mau pengsan tgh2 puasa ni. hehehe. eh over nye .. dulu pegi field trip tgh2 ramadhan tak kisah pun kan. ni baru jaga 2 orang anak, dah lembik semacam. (mana taknya, dituruti virus cir-bir sekali gus selama 2 hari ni). 

emmm okayla, Imani dah hi pitch mintak didukung tu. 


selamat berbuka korang2. 

Wednesday, July 17, 2013

Hard disk dan ceramah ustaz kazim elias

Thank You pada semua readers yang concern pasal kes external hard disk saya yg rosak smlm.
Status external tu ialah totally ROSAK!
Tapi orang kedai komputer tu tgh cuba recover data-data dalam tu. dan transfer pada external satu lagi. 
Tadi baru gi hantar external satu lagi 1T kat dia. 
Nasib baik mmg dulu ada beli external baru khas untuk simpan confidential industry data. 
data-data dlm external lama adalah one-off transfer only. 
lepas transfer external lama tu dah xleh guna langsung. 
tak kisah la, janji data data dalam tu boleh recover semula. 
penat kot nak buat semua balik. 
moga esok semuanya berjaya la dipulihkan.

apepun kena tawakal kat Allah. Semua ni atas kuasaNYA kan. 
lagipun bulan puasa, kena la bersabar. 
petang smlm balik umah je, membebel saje kat husband. Sian dia terpaksa dgr. 
pastu dah puas membebel, dah nangis2 sebab sedih sgt pasal external tu, terus mintak maaf. 
sebenarnya membebel sebab rasa tertekan dan risau dan sedih. 
so nak luah perasaan kat sapa lagi kan. 
kat anak-anak dorang bukan paham pun. 

pastu kat tv ada ceramah ustaz kazim elyas. 
pasal isu poligami. 
kata beliau, Siti Fatimah, puteri bongsu Rasullullah mampu melayan Saidina Ali mcm 4 orang isteri layan seorang suami, sedangkan Siti Fatimah sorang je. 
MashaAllah, terus rasa sgt bersalah sebab I jauh panggang dari api untuk capai tahap tu. 
Masak pun kekadang skip. 
Inikan pula nak melayan suami mcm 4 orang isteri layan. 
Pinggan mangkuk pun suami basuh kan. 
Baju pon suami jemur, suami lipat. 
Nasib sahur tak pernah ter skip lagi sampai ke hari ni. 
Kalau tak lagi la rasa bersalah kat suami. 
bab suka berleter tu pun I no satu jugak. 
Alahai, penyabar nya suami saya. 
Syukur Alhamdulillah. 

Hmmmmmm

Harini dah penat semacam. 
Kekdahnya tadi sahur makan 3 keping roti gardenia kismis + coklat, dgn nugget ayam. 
minum vico, susu low fat ngn air kosong je. 
pastu pagi tadi kena tolong lecturer bagi tutorial, pastu sembang ngn member pasal babysitter.pum 2x. 
pegi kedai komputer, pegi beli kurma ngn jus. 
kat luar dah la agak terik. 34 darjah celcius. pemanasan global sungguh. 
ni dah terpikir pikir xnak masak. 
kejam x?
tapi rasa drained sgt. 
balik kang, imani sure ngn menggombeng dulu satu dua round. 

takde mood nak upload gambar gambar masak bulan posa tahun ni. 
sebab mmg masak tahap simple satu dua lauk je. 
serius tak menang tangan dgn dua anak ni. 
kekadang hilang sabar jugak, tp cepat2 istighfar peluk anak. 
susahnya ngandungkan dorang, susahnya nak beranakkan dorang, 
I cant lepaskan geram dan hilang sabar dalam mendidik dorang. 

semoga sentiasa dalam lindungan NYA. 

untuk customer yg bayar smlm, esok baru I pos ye. 
maaf arini tak sempat pegi pos ofis.
korang sesapa yg nak beli diaper clutch, visit la facebook myhafiy blogshop

https://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop

sebab sekarang yg imported fabric pun harga sama ngn local fabric.
RM50. postage RM7.
local fabric tinggal satu je, brown violet.
imported fabric ada banyak lagi.

lagipun nak raya ni senang la nak travel balik kampung gi rumah sedara mara beraya bawa diaper clutch je. tak yah dok bawa beg baby besar2 masuk rumah orang masa ziarah raya kan.

eh, sempat pulak promote.
ok lah.
bye korang.







Tuesday, May 7, 2013

random things dlm pikiran

Fuh, rasa banyak nye benda nak kena buat. dah di list kan, tp tak tau mana nak mula. nak list pon rasa berserabut.

Hari ni baru masuk lab. Cuti seminggu kot. Lama wei. Lama tu jugak tak bukak laptop, tak tengok blog.
Entry2 selama ni dok auto publish jer.

Banyaknye email. Satu email paper accepted. Alhamdulillah. So kena work on the full paper format pastu siapkan power point untuk oral presentation. Local Conference je, but it will be my first conference, jadi harus gembira di situ. Dan kena gigih berusaha lagi.

Pastu, dah collect Baby Khalifah Series from MommyNadia masa balik kampung kat ganu aritu. Kebetulan kampung sama, jadi dpt jumpa kejap. Dapat cubit pipi Ryan .hahahha..dah lama geram tgk pipi die.Belum explore lagi BKS ni, nnt dah explore will update on it.

Sabtu ni nak kena pegi amik jab pneumococal untuk imani. I have to. Banyak sgt kes pasal virus ni..
Even adik Aqil Hamzah pergi menghadap Ilahi disebabkan serangan virus ni.. nnt saya update jugak pasal vaksin pneumococal dan virus/bakteria yg dpt dihalang melalui vaksin ini.

Nak siapkan research secepat mungkin. tp banyak sgt perkara pending, sebab tak reti guna software. ya Allah permudahkan lah. Rabbi Yassir Walla tu assir...pls pls kena be strong untk siapkan msc ni..

supplement - i have to take supplement untk bg badan lebih energy. sekarang makan supplement utk lactation mother. rasa mcm tak cukup? any recommended supplement for me? jamu ke? hahaha. nak jaga badan jugak..

ingt nak buat giveaway. first time giveaway utk blog ni. tp takde idea nak buat contest ke, teka ke ape ke..
hadiah nak bagi dah ada.kena pikir2..


k off to go..

sebelum buat semua yg  di list, nak pi date dgn husband sat. tgk citer iron man. hehehhe.


Friday, April 19, 2013

Speaking out what's in my mind

Well, actually writing out what's in my mind, in a way speaking it out.  Randomly put.  Many things been occupied my mind sejak kebelakangan ni. Rasanya kena list down. Duduk dan fikir semula. 

Kesihatan
I am down with viral fever since last 2-3 days. Ada masa rasa berat sgt kepala, tak boleh nak buat apa-apa. Baring je. Ada masa suhu badan pun naik. The highest was tgh malam tadi, didn't check the temp but I was shivering, kesejukan while husband and anak-anak tidur tak berselimut pon sebab sekarang ni musim panas di sini. Then nak bangun buat susu Ilyaas pon rasa xmampu sgt, and have to kejutkan husband. And gagahkan diri jugak angkat Imani supaya dia tidur dalam baby cot dia after breastfeed. Sgt takut if Imani pulak yg berjangkit demam ni. 
Ilyaas pon baru recover from flu and headache. Suhu turun naik. But last night dia nampak a lot better.badan tak panas dah. running nose pon dah stop. Alhamdulillah sgt. 
I'm praying that Imani and my husband tak berjangkit la viral infection ni. 
Sesungguhnya kesakitan ini adalah penghapus dosa-dosa kecil, mudah-mudahan.

Masa
Skrg ni hari-hari rasa tak cukup masa. emmm, bukan tak cukup, tp tak pandai nak manage. I want masa yang berkat. Dapat spend masa dgn anak-anak bila di rumah. Dapat spend masa bermain dgn Ilyaas, dan bercakap dgn dia. Spend masa dgn Imani selalunya waktu breastfeed, akan buat direct contact eyes to eyes dgn dia. Sembang, senyum bila breastfeed dia. Masa dgn Ilyaas rasa sgt kurang skrg. Hari-hari aim nak duduk ajar dia Alif Ba Ta dan A B C, tp last2 dia bljar sendiri di youtube ataupun dia main sorang2 dlm playroom. Kalau tgk orang lain boleh jadi supermak, rasa kenapa saya tak boleh? tp selalunya saya tewas jugak. 

Duit dan Ilmu
Yes. Duit adalah satu perkara yg berlegar-legar dalam kepala saya. mcm mana nak tambah duit kami sekeluarga, sebab selalu sgt guna duit simpanan :( saya selalu tenangkan diri sendiri ckp, patut bersyukur dulu pernah kerja, sempat buat simpanan, bolehla guna utk waktu2 susah mcm skrg ni. siapa ckp kami senang lenang? tp kami jugak bukan orang susah. masih lagi boleh pergi makan kfc. masih lagi boleh bayar sewa rumah, loan kereta, Alhamdulillah. ramai lagi yg lebih susah dari kami. 
Sebab tu saya buat online bisnes secara kecil-kecilan. Jual barang2 baby. Boleh la cover serba sedikit walaupon tak banyak. Saya suka shopping. sekarang kena tahan minat itu. tak perlu beli benda yg tak penting. tapi selalunya sy beli benda untuk anak-anak. contohnya mainan mereka,sebab kesian tgk dorang main mainan yg sama je. dan kesian tgk ilyaas akan over excited kalau pergi rumah orang yg byk toys besar besar yg best2..sbb saya jarang beli toys besar2 kat dia. hmmmm.
jadi student ni duit mmg kena kawal betul2 lah. ya allah kami suami isteri selalu doa, moga2 pengorbanan kami berhenti kerja dan sambung belajar ni berbaloi, demi kebaikan kami sekeluarga masa depan. kami menghargai ilmu, dan percaya ilmu dapat membawa kebaikan pada kami di masa hadapan. insyaAllah. 



Tengok kawan-kawan lain se-usia kami, kumpul harta sana-sini. beli rumah.beli emas. beli saham. pergi melancong ke luar negara. beli barang hebat-hebat untuk anak2. bawa anak masuk kelas itu ini.  Jealous, mesti lah normal ada perasaan mcm tu. Biarkan saja rasa cemburu tu. 
Kami yg pilih jalan ni, jadi kami perlu habiskan. Bukan main-main, ada 2 nyawa kami bawa bersama dlm perjalanan ni. Zuriat kami sendiri. After all, ilmu tu lebih baik dari harta.  




Motivation
Susah sgt nak make sure level of motivation saya sentiasa berada pada tahap yg tinggi. Mesti ada turun naik. 
Saya tgk Kakak N berjaya manage keluarga dia, at the same time mampu jaga kecantikan diri. Saya mahu jadi macam Kakak N. Kemudian tgk Kakak A pulak mampu manage anak2 serta houseworks sambil sibuk siapkan thesis dia. Saya mahu jadikan dia idola. Saya tgk person lain pulak mampu buat itu ini dalam masa 24 jam, kenapa sy xboleh mcm tu? 
Saya ni jenis suka ikut orang. Emm, xbagus jugak. Tp bagus kalau ikut orang yg betul2 boleh bagi motivasi pada saya. 
Mcm mana la nak kekalkan tahap motivasi diri supaya sentiasa positif dan bersemangat?
Ya, I know kena jadi diri sendiri! 
Saya rasa sy boleh.. Yakin Boleh gitu!

Blog
Saya suka berblog. Saya dh buat blog dr tahun 2008. masa di Perth lagi. Saya sayang blog ni. sebab tu saya sayang nak tinggalkan dunia blogging ni. tp skrg sy mmg kurangkan masa utk singgah blog2 orang lain dah spend masa utk baca entry2 dorg. maaf la kawan2 blog ye. saya baca beberapa blog yg always bg dorongan kat saya utk kuat. yg buat sy rasa im not alone struggling in this world. contohnya mcm blog Nad.http://qarlista.blogspot.com/ . Walaupon tak pernah jumpa dia, tp rasa sgt byk persamaan n sgt bg motivasi. so, kalau org tanya kenapa saya tak stop blogging, ni la antara reason nya. blogging can give a piece of mind to me. I don't read blogs yg tayang handbag itu ini, tayang harta sana-sini.. I don't want to read it. coz it will make myself feel cemburu, nak jugak mcm tu..i just read those blogs that give benefits to me. 
dan dari blog ni jugak sy kenal nuffnang. Alhamdulillah.belum pernah cash out. tgh tunggu duit sampai satu target, nnt baru nak cash out. tp itu bukan main aim saya berblog. itu kira sambil menyelam minum air la. lagipun mmg nak tambah duit kan mcm sy ckp kat atas tu. 

ikutkan banyak lagi dlm pikiran ni. but i nak stop now. nnt sambung lagi. 
to write a blog, i have to divide my time. cukup 15-30minit di blog. now better sambung my interpretation. 
coz i leave my kids with babysitter in order to finish my master. 
i must work for my master. 
kesian tinggal anak2 dgn orang. 



Saturday, April 6, 2013

Workstation for my research

I just received a brand new Dell T7600 Workstation. Very awesome.
Baru siap assemble and configure setup this evening.
kiddos at umi's studyplace
My husband helps me from A-Z till I get this awesome super cool workstation that I bet every single student in UTP who is doing research will envy me!

We have been waiting for this workstation to arrive for exactly one year. Now that I am left with 1 year to finish my Msc, only then this gadget arrive. InsyaAllah I will make my journey to get a master degree easier.

I dah promise to myself, this super cool awesome workstation is not for me to update my blog! Hahaha. reminder to myself. Cause I really need to use it wisely. It's not easy to get it. And many more unlucky students are waiting to use this workstation, so I have to use wisely.

Sebenarnya I have come to a stage where I don't have much idea what to write in this blog. Probably coz I am more occupied with my research, sampai tido pon mimpi meeting dengan supervisor, and discuss abstract...dulu tak percaya orang cakap u eat ur research, u sleep with ur research...!

 But I try not to make a long gap in between entries. Coz somehow I feel very much attach to this blog. I started long time ago, during undergraduate years. It keeps many stories of myself from a single student living overseas, to working life, married life, entering motherhood with Ilyaas, then starting my postgraduate study, getting pregnant unexpectedly with Imani, delivering her and till today.

ok till then. Imani is asking for her milk. off now..

Selamat malam ~

Thursday, March 28, 2013

Kucing

Bila baca entry Nad pasal Timtim dia yang pulang ke rahmatullah, terus rasa sedih. Tak tau nak komen apa kat entry tu. Sgt terasa kesyahduan dan betapa sayunya Nad sebab kehilangan Timtim comel dia.

Sejak jadi suri rumah (yang tinggal beberapa hari jer lagi ni), petang2 kalau tak hujan, tak panas terik, mesti bagi Ilyaas main basikal kat luar rumah. Sambil dukung Imani dan sembang dgn jiran tetangga. Masa maghrib semalam, ada sorang anak jiran datang depan pagar tanya ni kucing aunty ke.. mestila tak. tak pernah bela kucing pon. and bukan jenis yg suka dan mesra dgn kucing sgt.

Then pagi tadi masa dok jemur kain, Ilyaas main basikal dia and tibe2 je anak kucing tu datang lagi. Dia pakai loceng kat leher.maknanya bertuan la, tp ntah siapa tuan dia. Ilyaas mmg suka kucing. So dia pon memain la ngn kucing tu. Mula xnak bagi Ilyaas main ngn kucing tu takut kotor, dah la Ilyaas jenis kulit sensitif... Tp tgk kucing tu cam kesian je. Seronok plak main bila Ilyaas melayan.


Dah last sekali nak ikut masuk rumah. Si Ilyaas ni bg plak kucing tu masuk. Tp bila umi ckp nnt kucing gigit adik, terus dia takut.. Tau pulak dia rasa responsible and sayang kat adik dia. Then, I letak kucing tu kat luar balik. Kucing tu melepek je depan sliding door rumah ni sampai la ke petang ni..

Around 2.30 nak gi kutip kain, kucing tu nmpk cam tak larat je. I pon bagi dia makan kepok lekor lebihan breakfast pagi tadi. Excited dia makan, dgn sopan santun. Alahai, jatuh hati nengok kucing tu makan sopan je walhal dah kelaparan. Dah abis makan, dia dtg plak gesel2 kepala kat kaki.Siap jilat2 lagi jari kaki. Geli....

Errr, tak pernah pulak semesra ni dgn kucing. sebelum ni xberapa nak melayan la kucing2 ni.

dah ni kucing tu dok ada lagi depan pintu. nak buat camne ni???

Tak reti den nak membela kucing ni. ada baby lagi...

sapa nak bela kucing ni???

Wednesday, March 13, 2013

Sajak buat pejuang negara di Lahad Datu

Source: Kelab Penyokong PDRM Official Page


Sayu sgt tadi bila tengok Bulletin Utama 1.30. Majlis pengkebumian 2 tentera Malaysia yang terkorban dalam Op Daulat di Lahad Datu.

Doa buat semua mereka yang berjuang mempertahankan negara...


Monday, February 11, 2013

Bersalin di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh

Nak share pengalaman menjadi pesakit di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh masa melahirkan anak kedua.
Klik sini untuk pengalaman bersalin di PPAR

Antara banyak-banyak sebab kenapa sy sgt berpuas hati dgn perkhidmatan kat hospital ni ialah:-

Pendekatan Islamik
- Di setiap bilik/ward, labour room/ruang menunggu, ada speaker. Setiap kali waktu solat, pasti kita ada dengar azan berkumandang. Termasuk ketika di labour room. Rasa tenang dan memberi semangat pada ibu yang tgh sakit nak melahirkan.

- Setiap pagi, akan ada bacaan doa dan surah-surah lazim dibacakan. Doa yg dibaca memohon Allah sembuhkan penyakit para pesakit di pusat perubatan ni.

- Ubat-ubatan yang di bekalkan, mempunyai label peringatan " Baca Bismillah sebelum mengambil/makan ubat ini" dan kata-kata " kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya".

- Ketika hendak melahirkan baby, doktor (Dr.Raoofah in my case), serta nurse2 di labour room sama-sama menyebut Allahuakbar berkali-kali. Tambah memberi semangat dan keyakinan pada ibu yang tgh sakit nak melahirkan.

- Sejurus selepas baby lahir, pihak hospital dah sediakan buah kurma untuk ayah baby tahnikan. Sy ada bawak buah kurma sendiri, tp tak digunakan pun sbb husband ckp nurse dah readykan masa husband nak azankan baby.

- Dekat setiap bilik ward, ada poster apa yg perlu dilakukan mengikut islam. sebagai peringatan kepada ibu bapa yg dpt baby baru dan juga kepada para pelawat.

-Semua nurse di sini memakai hijab dan menutup aurat.

Layanan Baik
-Sewaktu pemeriksaan rutin, setiap pertanyaan daripada pesakit dilayan dgn baik oleh nurse dan doktor. mahupun petugas di kaunter. Sepanjang 3kali check up di sini, saya sgt berpuas hati dgn layanan yg diberi.

-Sewaktu di labour room, sekali lagi saya mendapat layanan first class dari midwife bertugas. Bila nak buat sebarang pemeriksaan, midwife akan minta izin sy dulu. pastikan sy dlm keadaan selesa baru jalankan pemeriksaan. Sepanjang sakit contraction, midwife pastikan sy selesa. Alat CTG juga dibuka bila jantung baby mmg dlm keadaan stabil utk pastikan sy lebih mudah nak mengiring ke kiri atau kanan sewaktu sakit.

- Midwife dan doctor juga mengajar teknik2 pernafasan dan ingatkan saya cara yg betul. Untuk pastikan proses kelahiran yg smooth. Pujian jugak diberikan bila saya lakukan pernafasan dan peneranan yg betul.

- Sewaktu di OT, nurse sgt membantu semasa sy sakit dan semasa bius hendak dicucuk. Doc bius pon bagi layanan yg baik dan tak gesa2 pesakit.

Ruang bilik memuaskan















Ni bilik saya. Room 401. Single room.Toilet besar dan luas. Charge bilik cuma Rm100 per night. Single Deluxe Rm120. Kalau sharing room RM80.

Gambar kat nursery baby saya tak sempat ambil. Tapi nursery tak la besar. mungkin muat dlm 8-10 baby pada satu masa. Ada satu incubator sekiranya baby lahir tak cukup bulan atau ada masalah pernafasan etc.

Lokasi
Pusat perubatan ni terletak di Greentown, Ipoh. Just 5 minutes drive from Hospital Besar Ipoh. Jadi, saya tak risau sekiranya ada sebarang komplikasi, InsyaAllah cepat untuk sampai ke hospital besar yg ada wad NICU dan segala kelengkapan lain. Parking juga banyak. Berdekatan dgn Greentown Mall. So, husband boleh cari2 barang keperluan di situ. banyak kedai makan di sekeliling pusat perubatan ni.


Bayaran
Alhamdulillah. Seingat saya, bayaran di untuk check up dan bermalam di wad untuk kes melahirkan anak secara czer di pusat perubatan ni adalah paling murah compare dgn mana-mana hospital swasta. Kos untuk check up dgn scan RM70-80, check CTG dgn RM40, Scan 2d sahaja RM30, Bersalin normal (pakej bilik single) RM1500 (termasuk penggunaan pain killer etanox dan pentadine), Bersalin czer (half bius) RM3000.
Pakej bersalin termasuk penjagaan baby di nursery dan bilik single.

Free Gift(s)
Sewaktu admission, akan dapat one pack of toilettress. termasuk fork n spoon. Baby and Mummy plak akan dpt newborn and new mummy pack. Ada susu Novalac. pampers, wipes, informative brochures, dettol etc.  Experience sy di KPJ, no free gift at all.




























Untuk info lebih details pasal PPAR, boleh visit fb or website PPAR


Friday, January 11, 2013

At 38week 1day


Untuk menikmati sesuatu nikmat dari Allah, kita harus bersabar. Itu kata-kata pemujuk hati sekarang ni. Ikutkan perut yang makin hari makin berat ni, rasa nak deliver bila-bila masa saja. But I have to be patient and enjoy my last 13 days of pregnancy dengan lebih tenang dan bersabar. Due date 24 January 2013. Another 13 days more. Tak lama dah tu, tapi waktu-waktu macam ni, masa terasa berjalan dengan sgt2 slow. Setiap kali ke toilet, hati berdebar-debar, dah turun tanda ke belum. 


Kalau update status di fb, ramai dah tersalah erti ingt dah dlm labour. No, not yet. Ikut kata Babycenter, after 38 weeks, waiting game pun bermula. Yes, it is a waiting game indeed. Tunggu masa kata orang melayu. 

I think I have settled most of the things, especially dari segi pelajaran. Dari segi persiapan baby pun InsyaAllah dah ready. I mean, right now mmg dah malas nak pikir about study. I think, I want to take a rest. Lepas pantang, I will start again, with full of spirit daripada 2 orang permata hati, InsyaAllah. Cuma, takut juga, mampu ke nak handle 2 orang anak kecil and pelajaran sendiri? Luckily, I'm not working anymore. So, masa yang ada mmg hanya untuk anak-anak, suami dan my study. Alhamdulillah jugak, urusan MyBrain15 dah selesai. Dah terima surat pengesahan dan dah settle dealing with graduate school. Nanti lepas pantang, dah tak perlu jadi graduate assistance @ tutor lagi. So, can focus more on my research. 



Sebab entry ni ialah entry membebel, so kita tengok dulu gambar Ilyaas pagi tadi. My BoboiBoy. Dia panggil adik dalam perut Yaya. :P My boy is growing so fast. Terasa lagi sakit melahirkan dia. Terasa lagi mcm mana nak berhenti jantung ni berdegup masa Ilyaas kena fit last year. You have teach me a lot sayang. I love you so much, you are my first love!.

Ok sambung balik bebelan dan kerisauan....
Lepas pantang nnt, mcm-mcm nak kena buat. I'll need to go to Miri for sort of attachment with Shell. Harap tak lama. sehari dua cukupla. Harap boleh bawa anak-anak. Kalau tak pun, nak bawa baby. I might need to  join a field trip to Niah and kawasan sekitarnya. Mulanya, kena ke Sabah jugak, tp I plan to decline that trip. I can't afford to leave my kids for too long. Plus, ni bukan trip duduk hotel, attend meeting or bengkel. Ni trip keluar masuk National Park, naik boat perhaps, pakai life jacket, usung geological hammer, compas, boots etc. Mungkin tidur dalam khemah, or if I'm lucky dapat tidur dalam motel/chalet. And for sure I'll need to carry a breast pump and storage bottles with me together with other items. And need to explain to my supervisor and the team that I'll need few times a day during the trip to express out my breast milk. Of course, those milk yang di express during field trip terpaksa dibuang. I probably will only chill milk yang I express during the night time. Itupun kalau motel (if dpt motel) ada kemudahan peti ais or freezer. Kalau takde, dengan sedih I'll have to let go all of them. Kalau boleh, I don't want to go for the field trip. Attachment with Shell takpe. Sebab it's in a decent place, decent location. Working environment is different dari field environment. 

But, it's months away. So, biar kerisauan ni setakat ni saja. When the times come, I will have to face it and handle it wisely. I will need help from many sides, my husband, my parents, my parents in law, babysitter, supervisor, and field trip team. Apart from that, my husband and I also looking for opportunity to attend conference or presentation. So that we can present/publish our research. Cita2 tinggi, tp research baru tahap awal lagi. Aim high, tak salah kan. 



Ilyaas sekarang ni, Alhamdulillah, sgt rajin tengok buku. Sampaikan, we both husband and wife kadang2 rasa boring melayan minat dia pada buku. Tak baik pulak kan mcm tu. Patutnya support la Ilyaas. Bukan apa, time nak tidur tu, dia akan bawa masuk 3-4 jenis buku and make sure I read all of them.berulang-ulang kali. Sampai dia tertidur. Sometime, satu page kena baca banyak2 kali, sebab dia suka page tu. Boring laaaaa.. Plus, I'm already tired and sleepy. Dia tak nak ayah dia bacakan. Nak umi jugak bacakan. N kalau ada sound effect like bunyi ambulans or bunyi monkey, dia akan lagi happy. Ada satu masa tu, I was very-very tired. Tertidur dulu masa reading session with him. Last-last, dia keluar ke ruang tamu, meniarap mcm kat gambar atas ni, and continue reading by himself. bukan nya reading pun, belek-belek gambar. It was already 12am masa tu. Well, it's me yang start kan dia bedtime story since dia kecik. So, tak bleh nak salahkan dia bila dia jadi addicted mcm tu. Perhaps, the timing yang tak kena kot, he's excited, while I am tired and lazy. Hahahha. Apepun syukur, dia lebih minat pada buku dari gadgets. Walaupun ada masa dia mintak jugak hp untuk tgk youtube or main flash cards dalam hp. 



That's all for now.makin lama, makin mengarut bebelan ni. Bye. Perut mengeras, tp tak tau nak kata contraction ke tak. K bye lagi. 


Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, January 4, 2013

Macam-macam dalam kepala

Ingatkan lepas submit progress report, boleh tenang dan tak yah pikir pasal research dah.
Tapi tidok, datang pulak kecuakkan mampu ke study dgn baik lepas beranak 2 nnt?
Mampukeee?
So, rasa mcm nak kena start tulis itu ini dalam thesis.
Memang la dah boleh masukkan sikit-sikit apa yang ada skrg.
Tp nak fine tuned bagi ayat lawa-lawa tu mood tak datang lagi.
Husband kata, nak cepat habis, kena siapkan cepat.
Nak tunggu mood datang, susah la kan. Memang pun!

Skrg rasa cuak menebal untuk masuk ke labour.
Lebih cuak dari anak pertama dulu. Yang dulu more to excited dari cuak.
Dah tau sakitnya contraction tu camne, skrg no 2 baru nak cuak.
tak tau cmne nak cakap.
Bila baca breathing teknik dan terbayang suasana labour room, berpeluh, sakit tak terkata,
rasa mcm ke-laut juga breathing teknik ke apa ni.
Kadang-kadang rasa tak kompiden ngn diri sendiri. sebab saya ni penakut orangnya, walaupun badan besar dan tinggi.
Padahal mak dulu mampu je bersalin ramai-ramai.

satu lagi tak paham ngn diri sendiri apsal asyik sayu je kalau dpt news kawan-kawan dah bersalin.
eh bukan sayu, tp syahdu. terharu. menghitung hari diri sendiri.
mungkin sebab due date kitaorg semua dalam bulan januari ni kot.
leez dah selamat bersalin 31dec.walhal due date 15jan. anak lelaki.comel.mesti hensem besar nnt.
natq plak selamat bersalin semalam. anak lelaki jugak.
pasni maisara pulak. edd dia patut 19jan. tarikh titans masuk college dulu. sama ada awal atau lewat, wallahualam.
lepas mai, saya la.insyaAllah.

pastu risau jugak, ilyaas skrg makin clingy. ok ke nnt dia dpt adik?. tiap2 malam nak tidur, mesti nak umi temankan. kena baca story booksssss byk2 kat dia. kadang-kadang, ilyaas sengaja mintak saya dukung dia..mesti la dukung, budak tu belum sampai 2 tahun lagi.
malam2 tgh tidur, dia terjaga, ek ek ek cari umi. kalau boleh nak datang baring atas badan umi.tak boleh dah sayang, perut umi ni besar dah.
jadi, apa sy buat, kol 3-4 pagi dia terjaga ek ek ek, bancuh susu, bagi dia minum.peluk dia, usap-usap kepala bagi dia tertidur balik kat katil dia. tu pun smlm, lepas minum susu, dia bangun berdiri nak langkah masuk katil kitaorg. peluk la dia sampai dia betul2 tertidur balik.nnt dia suruh selimut dia dulu baru saya boleh baring kat tpt tidur saya balik.

apepun rasa mcm-mcm dalam kepala ni, saya nak lebih bertenang kali ni.
susun elok-elok, plan elok-elok.
kita plan, Allah tentukan semuanya.
so, doa jugk byk2.


Wednesday, December 26, 2012

Random pictures

Bought this for Ilyaas. At JuaiMurah.com
but i didn't buy it online. Went to the shop and found this at pre-loved price
so happy that Ilyaas like it, as usual sbb everytime pergi rumah mamu he'll play with this one

my ilyaas was too tired and very sleepy. after whole day playing at sg seluang
he just woke up right before maghrib. tengah mamai n kusyuk dgr zikir kat astro oasis
petanda dah tak lama lagi nak dapat adik.
almost every night perlu tidur berdodoi mcm ni
i love u son
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 13, 2012

Finally! Durian Crepe in the house

 
Tapi bukan buat sendiri la. Of course di-order dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menunggu.
Dah berapa minggu kot, bukak fb, bukak blog je mesti orang tayang gambar durian crepe ni.
Tengok resepi mcm tak reti nak buat. Siap pakai berbagai jenis tepung untuk crepe tu. Tiada kuasa dan masa untuk buat sendiri. So, order dari Kak Nanie hari Ahad lepas, janji dpt Isnin. Isnin plak Kak Nanie sms durian tak cukup, postponed hari Selasa.  Hari Selasa, Kak Nanie tak dpt nak hantar siang, jnji nak hantar malam pun tak jadi sebab husband dia ada kerja. Hari Rabu, I dah sedikit berputus asa. Takpela, gi KL nnt cari la klu sempat. Tp Kak Nanie ckp dah siap n ready to deliver. Husband dia deliver sampai ke lab. Since dah dibawa ke lab, elok di share dgn kawan-kawan. Sebab tak banyak, share secara sembunyi-sembunyi, takut ada pulak yg terkecil hati kan.
 

 
Tak sempat-sempat nak merasa. Masuk kereta je terus makan durian crepe ni. Mak aihhh, marvelleous nya! Sedap gila. Walaupun husband beleter habis kereta dia bau durian, I dah tak kisah. Ni mmg worth it for kereta berbau. So, husband pun try gak seketul. Dia suka. Tengok2, tinggal dua ketul je lagi. Alamak, mana cukup kan,balik rumah nak makan lagi, nak bg Ilyaas rasa gak.  Terus I text Kak Nanie tanya ada extra tak today. Dia cakap ada, n kena self collect. Cepat-cepat bagitau husband, n dia setuju jadi driver pergi cari rumah Kak Nanie, walaupun tgh hujan lebat time tu. Dapatlah tambah sepeket lagi. RM10 for 6pcs. Berbaloi kan. Klu kat KL tengok harga RM10 utk 4pcs.
 
 
 
Balik rumah, terus hidangkan untuk makan dgn anak bujang. Dia plak layan je sambil tengok Boboiboy. Makan durian crepe dulu baru nak mandi n kemas-kemas barang. Last-last husband buat semua tu, sbb isteri dia ni mengidam sgt dgn durian crepe. Paket kedua yg dibeli tu, I makan sorang-sorang. Tak kasik hubby makan. Eh, actually kasi je, tp dia yg dah tak nak, sian takut bini dia kempunan tak cukup makan durian crepe. Bukan I yg teringin sangat ok, baby dalam perut ni yg ngidam:P
 
Tapi arini bawa gak dua ketul, nak bg kat member kat lab yg xdpt semalam. Ada rezeki lebih, share la kan.

 
Ilyaas melayan durian crepe. Lepas makan nasi, dia mintak lagi.
Seb baik dia xanti-durian:P
 
 
So, kesimpulannya, mmg sedap la durian crepe ni.
 

Published with Blogger-droid v2.0.8