Wednesday, April 30, 2014

Shawl Cantik, Berkualiti dan MAMPU MILIK dari ZALORA

Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua,

First of all, nak ucap thanks a lot kepada readers yang pergi ke SJMC Blood Bank untuk menderma darah or platelet kepada Anakanda Arman Dani. Moga Allah memberkati kalian semua.

Sempena masuk bulan Rejab dah ni, mungkin dah ramai yg mula berlatih berpuasa sunat, sementara nak puasa sepenuhnya bulan Ramadhan nnt. I harap kali ni saya boleh puasa penuh lagi *hehehehe*

By the way, semalam kan, I saja la bukak website Zalora..lama tak jenguk sana.
Sebenarny masa tu tgh kering otak takde idea nak tulis discussion.so amik keputusan nak pikir raya nnt nak pakai baju theme kaler apa. sekarang tgh consider nak warna brown, or peach or light yellow. warna-warna bumi gitu..

Dok usya website zalora tu, tibe-tibe mcm eh murah pulak barang dia jual ni...
cantik plak tu.
what catch my eyes are their muslimah attires. from tudung to baju kurung and baju2 blouse yg menutup aurah kita sebagai wanita muslim...Tahniah Zalora sbb semakin hari semakin banyak fesyen muslimah yg bergaya, dan mengikuti perkembangan fesyen di jual kat website zalora.
Membuatkan wanita2 muslimah (mcm kita-kita semua ni) tak la rasa pakaian kat zalora tak sesuai utk kita.

and thanks to Zalora, bnyk sgt koleksi dari pelbagai corak, senang nak memuaskan kehendak setiap pelanggan..

korang tau tak, shawl dia semurah RM19!!!!
Kalau tgk kat page2 lain kat fb kadang harga shawl mcm ni mencecah RM35 dan ke atas...
Pastu yang lagi menarik tertarik kan, kalau beli RM75 ke atas, dapat free delivery pulak...

Meh kita jamu mata di hari rabu ni tgk koleksi shawl from Zalora....

Ni link dia kalau korang dah tak sabar sgt nak cekidaut website zalora terus  kan




KOLEKSI UMMU AYRA SATIN SHAWL





material kain jenis satin with printed 
brand : Ethnic Chic
ada multi color : 4 jenis warna (purple lilac mcm gmbr no 1, black n white (gambar ke-2), brownish green and blue yellow)
size : 66.5" x 25"
Harga RM25 je u olls!

KOLEKSI UMMU AISYA SHINY PLAIN WIDE SHAWL



Ni material dia viscose with stitched trim
size: 70"x39" (mmg wide shawl!)
Brand: Ethnic Chic

Guests what? koleksi plain wide shawl ni ada 19 pilhan warna
So harga dia cuma Rm19 je !!!!
Murah kan=)


Jom beli

eh jap jap...
tgk koleksi lain dulu


KOLEKSI HUMAINAA CHEVRON SHAWL


Boleh pakai mcm ni

or

macam ni

Material: chiffon
Size: 70" x 28"
ada 9 warna menarik
Harga RM25 je tau



KOLEKSI NAJJAH TRIMMING SHAWL

Material Cotton Blend with stitched trim
Size: 76.4" x 21.5"
Harga dia RM89


Selain tudung and shawl, Zalora jual banyak lagi pakaian muslimah such as skirt labuh, baju kurung moden, baju kurung biasa, peplum and macam2 lah ....semua ni dalam katergori  

"PURSE FRIENDLY SHOPPING"

KOLEKSI KURUNG AISYA JAMIDA 



Contrast color 
corak paisley printed as hem design
kena pulak dgn plain shawl...
nice kan
tak la nampak sarat sgt corak dia
ala bak kata orang putih 
" LESS IS MORE"

gitu?



and yang paling menarik perhatian I dress Muslimah ni
harga dia dah la murah 
I mean mampu milik la..


cantik kan?
warna dia mmg I berkenan sgt ni..

material polyster and harga dia cuma RM55!

kalau ada yg breastfeeding friendly lagi I suka...=)
*my target*


Eh, alamak, sori korang, tajuk nak citer pasal shawl je..tp sebab suka sgt usya website Zalora ni, terciter plak pasal baju kurung la, muslimah dress la....boleh la kan...

apepun, simpan siap2 dlm pikiran, raya nnt nak beli tudung, shawl or baju kurung dari zalora 
sebab corak2 n warna ni semua anda tak boleh dapat kat tempat lain...dah la harga murah n berpatutan kan..
and servis dorang pon terbaik, InsyaAllah...


=)

Jom sama-sama kita rasai retail therapy paling best dengan hanya shopping di Zalora Malaysia!!!!















Tuesday, April 29, 2014

BANTUAN DARAH DAN PLATELET UNTUK ARMAN DANI


Assalamualaikum semua,

Hari ni sebenarnya tak de plan nak menulis di blog.
Niat utama mmg nak fokus siapkan writing yang satu lagi.
Tapi, bukak fb tadi pagi, nampak my sis in law share gambar ni.
Allah, runtun hati lihat gambar budak kecil ni.
Ini Arman Dani. anak kepada penulis blog Little Parlour.
Lihat sahaja gambar2 Arman Dani di blog mummy dia, comel aktif dan bijak.
Tapi sekarang Arman Dani tgh bertarung dgn hidupnya.
Dia menghidap penyakit darah. tak silap saya leukimia.
Wallahulam.
Sebenarnya saya sendiri pon tak tahu pasal kisah Arman Dani sehinggakan ke hari ini bila sis in law share di fb.

Berikut post di ig mummy Arman Dani

"By @ladyofleisure2101 "Dear all, Aman is bleeding badly again. But during the CT scan yesterday the doctor cant find any new bleeder unfortunately one of his Hickman line burst. Aman was rushed to OT again yesterday to do another endoscopy, theres no new bleeder but the surface inside is bleeding continuously. Solution: continue to support with blood and platelet until he is stable enough for a new Hickman line insertion and to continue with the chemo. At this moment Aman really needs more single donor platelet and blood. Anybody who is willing to help kindly proceed to SJMC Blood Bank, North Tower, Level 5. Only Allah can repay your kindness. #prayforaman#armandani #leukemia #acutelymphoblasticleukemia#childhoodleukemia" via @PhotoRepost_app"

Jadi,

saya menyeru semua yg baca blog saya ni, dan tinggal berdekatan SJMC @ di Lembah Klang pergi la ke SJMC Blood Bank ..

Arman Dani memerlukan darah dan platelet.

Darah boleh diterima dari semua jenis penderma

Tapi untuk platelet hanya jenis O+ dari penderma lelaki sehaja..

Hebahkan pada suami korang, adik, abang atau pun rakan-rakan sekerja korang yer...

and latest update from mummy Arman Dani




Please help Arman Dani

Hebahkan ye....

Thanks korang

Monday, April 28, 2014

Navy Day ke 80 (part 1)

Assalamualaikum,

Happy Monday you all.
I sepatutnya tgh siap sedia nak pergi Vienna ni. I have a poster yang kena present dkt EGU (European Geoscience Union And Assembly) 2014. Tahun ni dorang buat kat Vienna. Tapi atas sebab-sebab yang di luar jangkaan, my co-sv @ co-author akan tolong present kan. I siapkan poster utk dia, and my friend dkt Paris tolong printkan. I siapkan jugak power point slides to accompany the poster, in case dorang tak berapa faham apa I letak kat poster tu. Ye la, as first author, biasanya I la yg akan faham n boleh explain results dgn lebih jelas, but I bet my co-sv understand what's on the poster. Btw, he will be driving from Paris to Vienna.. 11jam perjalanan merentasi Germany and melalui belakang banjaran Alps. Surely the views are fabulous but the road itself must be very challenging.

Ok dah stop speaking, hahahaha. Sebenarnya nak share gambar2 pergi Hari Tentera Laut ke -80.
Well, semenjak I berbiras kan seorang navy, maka segala aktiviti2 ketenteraan menggamit perhatian kami sekeluarga, termasuk lah Navy Day ni. ni kira hari terbuka tentera laut bersama rakyat. memang dah 2-3minggu rancang nak ke sini. so dah siap2 clearkan weekend yg lepas untk ke Lumut. bajet busy memanjang siap kena clearkan weekend.

Sebab byk gambar so kenal bahagi ikut part.
rugi la tak share gmbar ngn korang semua..
bukan semua orang dapat peluang gi naik kapal, tgk aset2 tentera kerajaan kita kan...



Dekat pintu masuk Armada. kasi tabik spring sekali. 
kitaorg sampai dlm pukul 11 pagi. 
matahari dah memancar terik. anak2 dah get ready dgn topi masing2. 
tp lupa nak bg dorang pakai sunblock. (salah umi salah umi).
ramai dah orang masa ni. parking pon dpat yg jauh2 je. 
kitaorg gi sekali dgn family kakak kepada biras i ni. 
so jadi meriah la ramai budak2..


first stop dkt area expo. 
banyak gila orang jual. mcm2..
tp kitaorg x beli apa2 pon. beli air je banyak2..

kat tepi2 expo tu ada pameran kenderaan2 yg digunakan oleh tentera darat. 
ajak Ilyaas naik. 
fuhhhh, punya la dia takut. 
nangis.last2 berdukung je dgn ayah. 


sementara tu umi selfie..

test monopod beli dgn nana..

berkerut2 dahi tahan silau matahari..
tp selfie tetap selfie.hahahha
poyo je.

Imani lek2 kool je umi bawa panjat 
ada gmbr, tp lupa nak upload, takpela, yg tu simpan je tak yah tunjuk..

then kitaorg ke jetty plak. 
kat sini, kiri kanan penuh bersusun kapal2 perang. 
macam2 nama, macam2 jenis. 
ada kecik ada besar
tp semua kaler kelabu je..
kenapa la tak letak warna warni, ceria sikit.kan? 
*joking*

dalam hati dah ada rasa menyesal bawa anak2 datang sebab mmg panas terik.
berpeluh2 ketiak non stop punya peluh. 
tp pikirkan nak dtg pukul berapa baru tak panas
ni tepi laut mmg always panas.
kul 6 ptg la kot baru tak panas.

air kosong utk dorang mmg dah siap2 bawa sorang sebotol
keep on bagi dorang minum air nak make sure tak dehydrated 



ni KD Laksamana Tun Abdul Jamil
kapal ni fully kapal perang. 
takde kabin nak baring2 relax.
tak naik pon kapal ni.
sbb banyak choice kapal nak dinaikki. 

sampai hujung jetty, tibe2 ternampak kelibat ala2 ikan paus hitam ni.



fuhhhhh, 

excited okay first time in life tengok benda ni


selalu tgk kat facebook je orang share2 gambar dia..





korang nak tau apa tak?

--
---
---
----
-----
----






-----









------
-

















----










OUR SUBMARINE!

KAPAL SELAM KITA











TAPI MASA NI DIA TAK MENYELAM LA.

NAMA PUN UNTUK PAMERAN KEPADA RAKYAT

KALAU SELAM, MANA BOLEH NAMPAK





TP SAYA YAKIN 100% KAPAL SELAM KITA BOLEH MENYELAM.

HELLO! NAMA PON KAPAL SELAM KAN, SURELY CAN SELAM...




ok tu je, gambar dalam kapal next entry k...







Friday, April 25, 2014

Tempat Makan Best di Greentown, Ipoh

Assalamualaikum , 

Kitaorg ni nama je duduk Perak, tp kalau orang tanya tempat makan best kat area Ipoh ke Sri iskandar ke, terkulat-kulat nak menjawab. 
Memang tak banyak pon tempat makan yg best yg kitaorg tau. 
Alih-alih pergi kedai sama je. bosan dah. 

Kebetulan ari Rabu aritu, lepas amik anak2 from babysitter, terus gi KPJ Ipoh, visit Atilia masuk spital. 
Sampai kat wad dia pon dah pukul 7malam. 
Kol 7.25 cmtu, kitaorg mintak diri. 
Gi cari surau dlm KPJ and solat dulu. 
Perut dah kelaparan gak la masa tu. 
cari idea nak makan mana. 
dua-dua mati kutu. 

ingt nak makan kat area simpang pulai je, dah on the way jalan nak balik rumah. 
sekali, pusing2 bandar ipoh, teringat nak gi ke arah Greentown. sebab ingt sblh pusat perubatan ar-ridzuan (tpt bersalinkan imani) ada restoran besar..

tgh dok memusing cari tu, nampak banyk gerai dpn padang MBI (dkt dpn bangunan majlis perbandaran ipoh) 
nak cari parking dekat kena gi sebelah oldtown white cafe dlm greentown tu. 

open air style
warung2 je pon
tp banyk choice la.
sepanjang jalan tu ada pelbagai gerai
kitaorg pergi gerai yg paling ramai orang

'
kebetulan time tu belum kol 8 malam lagi
so tak la ramai sgt pelanggan yg datang. 
servis pon jadi cepat je. 


malam tu, disebabkan kelaparan, semua makan nasik...
sekali amount dia boleh tahan banyak...
terkenyang berlebihan plak sampai rasa nak termuntah...
hahahah, tamak sgt kan..



I makan nasi goreng ayam berlada..
pedas gila.
ala-ala sambal ayam penyet, tp guna cili hijau..
pergghhhhhh, berpeluh2 makan.
kena plak malam tu order lai ci kang panas
mmg terbaik sgt la pakej berpeluh masa tu



Ilyaas dgn Imani share nasi ayam
nasi ayam dia pon kuantiti banyak
Ilyaas makan almost 4/5 bahagian nasi tu. 
the rest imani makan.
budak tu kena bg dia makan sendiri, baru ada nasi yg masuk dlm perut dia.
klu kita suap, kena pakai tgn.pakai sudu dia tak nak.


en suami (hahahah tiru gaya kak abby pngil en somi) plak makan nasi goreng patayya banjir
dia kata sedap.
licin la dia makan.
terrer tu makan sampai licin smpi sebelah tgn pegang imani




Ni air en suami order.
laici blended. 
sedap !
tp banyak sgt
tak larat nak habiskan


ketamakkan kitaorg tak habis di situ
nampk sorang abang dok kipas2 api bakar sate
maka kami order 10 cucuk sate lagi

satu cucuk 70 sen.
lama x beli sate. slalu beli kat pasar malam 40sen je satu cucuk.
nasib baik rasa dia sedap n mmg gemok2..




Ni kira tpt makan baru la bagi kitaorg.
and considered best
kebersihan pon nampak terjamin
tak de lama nampak binatang2 berkeliaran
no kucing
no rats
no lipas
no lalat too

yang tak best, sebab dia open air, makan orang nak isap rokok suka hati je la

kena la pandai2 cari tpt duduk hujung2 jauh sket so that anak2 dan diri kita tak terhisap 
asap rokok orang lain



Wednesday, April 23, 2014

Imani 15m check-up and updates

Assalamualaikum,

Hari ni Imani genap 1 tahun, 3 bulan 2 hari.
And bawa dia rutin check-up di Klinik Desa Siputeh, tpt biasa dia dapat national vaccinations.
So, masa 15m check up ni, just ambil berat dan ukur tinggi.
Imani is now weight only 8.15kg (penurunan dari check up masa 12m) and her height is 76.5cm.
Ukur lilit kepala 46.8cm.
Semua ok, kecuali berat menurun dari sebelumnnya.
I mmg admit dkt nurse td, Imani is a picky and fussy eater.
She's on diet.
hanya makan 3-5sudu meal, then dah pandai cakap "TAK NAK".
Susu hanya nak susu umi.
bagi fresh milk, pon cakap "TAK NAK".

Ok, her updates and milestones are:-

 1) Ringan mulut bercakap.
New words she can pronounce are: Nak, Tak Nak, Bear, Bukak, Akai (pakai) and Dukung selain umi, ayah, mak, abang,



2) Imani had her last pneumococcal vaccine last month (march) dkt Dr Lee di Hospital Pantai. Lega, selesai vaksin ni. Ingt nak amik utk ciken pox jugak, tapi vaksin tu habis..


3) dah ada 10 batang gigi + 1 on going...



Iyak iyak atas katil dkt hospital pantai

4) Suka bergolek atas tilam, tikar, lemek yang luas. Kalau bawa tido hotel, dia tak suka, sebab katil tak luas, nak golek-golek.

5) Suka main sorang-sorang. Kalau tak main sorang, dia pergi kacau abang dia main. 
Sebenarnya bukan main sorang2 , suka baca buku sorang2..
kalau umi nak bacakan, dia jerit2 marah tak bg umi pegang buku. 
biar dia yg tunjuk kan gambar dlm buku tu kat umi. 


6) Sangat kuat menyakat. Mangsa Utama= Abang Ilyaas Hafiy
Waktu paling suka membuli = Waktu pagi bila abang belum bangun @ Waktu abang dia tgh kusyuk main kereta and lego..


7) Suka menari. Gaya nak cuba melompat, tapi tak berjaya. so tarian cuma turun naik badan sambil bengkokkan lutut. 

8) Pantang dgr bunyi grill terbuka. Or nampak org pegang kunci rumah. 

9) Kalau tak sihat, nak merap ayah dia je. Anak ayah sgt. 

10) Baru perasan gigi depan dia mcm sopek sikit, aritu ingat bergerigi tajam je, rupanya mcm sopek/patah or tumbuh tak sempurna sgt. nasib gigi susu jer.

11) Dah boleh bermesra dgn orang. walaupun amik sedikit masa. 



12) Despite all her EBM cair 2 minggu lepas, she is still a hardcore breastfeed baby. 
Adoi yai, penat jugak malam2 dia mengombeng lama-lama with her gigi geraham yg kuat mencengkam. 

13) Suka berhias. Dah pandai amik getah nak suruh ikat tocang. 


itu je la, pening dah kepala umi pikir apa lagi milestone adik...


Tuesday, April 22, 2014

Cerita Bergambar di hari Selasa


Assalamualaikum semua, 

First of all, nak ucap tahniah kat geng2 mommy gojes yang dah selamat melahirkan anak kedua mereka.
Excited tau dgr berita gembira dari korang semua. Alhamdulillah, baik czer ataupun normal, semua selamat. 
Yang tgh menunggu hari tu, all d best korang. enjoy last few bits of your pregnancy,, nnt kan rindu rinduan pulak..

I nak citer based on gambar je arini. gambar2 yg ada dlm hp..sebab takde idea nak ngomel apa arini...


Gambar 1: Talk by Tun Dr Mahathir Mohamad
Last week, hari Rabu, Tun datang UTP bagi talk bertajuk leadership.
Alhamdulillah, dapat attend. Last year masa talk tu I tgh dalam pantang Imani. So tak dpt la nak attend. 
Talk ni mula kol 10.30, tapi audience semua dtang bermula jam 9.30 pagi. 
ni dikira sebagai public lecture, so semua penduduk sekitar UTP dah berdekatan digalakkan untuk hadir. 
masuk free je pon. buat dkt chancellor complex utp. 
memandangkan Tun sendiri ialah chancellor UTP, setiap tahun akan ada upacara tahunan ni. 
Masa talk tu dlm 50 minit camtu. sambil dgr talk, I mengepam.guna madela harmony beli from Kina. 
lepas talk sessi Q&A. masa sessi ni baru best. ramai ketawa bila ada soalan-soalan panas. 
and Tun mmg cool sentiasa.setiap kali jawab soalan dia bg jawapan yg best-best. 
Statement " APA NAMA" tak ditinggalkan. lawak je rasa. 
adore him so much. 
mana kan tidak, lahir dan membesar di bawah kepimpinannya...


Gambar 2: My everything
 2 weekend lepas my brother yg kerja kat Sabah dgn parents and adik bongsu I datang.
Masa tu adik I ada kursus Sime Darby kat HQ..parents gi la KL sebab dah alang2 adik balik semenanjung kan. tp weekend je. And masa tu Ilyaas baru je keluar hospital. Imani still on off demam..
Jadi dorang dtg rumah kitaorg. Walaupun kejap, dapat berkumpul ramai-ramai satu keluarga best je. 
Adik no 3-Amir tak dpt dtg. sbb dia tgh kerja skrg. part time kat KFC.
tauke ayam dah dia skrg...elok gak, sambil tunggu nak sambung studi, dia cari experience kerja goreng ayam jadi cleaner KFC. gaji sikit je, tp at least ada KWSP dah. 
Pas dinner kat rumah, bawah parents and adik2 jalan2 kat Sri Iskandar n dlm UTP. 
Singgah supper kat kolej kediaman. Dapat snap satu gambar yg buat I rasa syukur, syahdu, gembira dgn kurniaan dua orang anak, sihat dah membesar dgn baik. Alhamdulillah. 

Gambar 3: JK2PP lagi sekali-kosong sajer

Weekend baru ni plak, hari jumaat kitaorg dpt off, sebab birthday sultan perak on saturday. kira jumaat tu cuti ganti. jadi kitaorg balik penang. berkesempatan nak JK2PP lagi sekali. kali ni boring, sbb takde orang atas bridge. pastu rasa panjangnyeeeee bridge ni. Experience naik JK2PP masa lepas perasmian 
 Jumaat pagi tu kitaorg gi penang Island, visit tok and mak sedara. sempat singgah kat Taman Tun Saadon, brekpas dulu kat situ. mmg heaven la brekpas situ..tp bg peminat nasi kandar, kena gi kampung melayu kat ayer itam. kat TTS ni takde nasi kandar best. 
Ni citer nasi kandar kampung melayu. dia bukak pagi sampai kol 11. 
pastu petang pukul 4 sampai tgh malam..tp lokasi waktu petang kat Farlim Ayer Itam bukan dkt flat Ayer Itam tu. 


Gambar 4: Roti Canai Banjir & Nasi Lamuni-Signature food at Taman Tun Saadon

Kalau kat TTS, yang glamour sekali nasi lamuni. Ilyaas kat nasi lemak. 
dia mcm nasi ulam2 la..tp tak rasa pon ulam ulam tu. makan dgn sambal, telur, ngn ikan.

pastu famous lagi roti canai banjir dgn bawang. 
ada apom manis penang. terbaik..gambar takdak pulak..



Gambar 5: Instant Baby Oats Organic

haaaaa, ni citer kitaorg cuba mengamalkan gaya hidup sihat.
pagi2 cuba makan oat. hahahaha.orang dah lama buat, kami baru nak mula. 
better late than never kan. 
atceli, i beli instant baby oats from organic shop dkt pantai hospital masa ilyaas warded aritu. 
masa ni, takde idea nak bg imani makan apa for dinner..(ye, pi beli oat utk dinner)..sebab imani pon asyik demam je n takde selera..xde choice sgt kat situ.nampak pamplet promte instant baby oats ni, so beli je la. 
RM8.50 sepeket besar. akak jual tu ckp orang dewasa pon bleh makan. 
So minggu ni kitaorg cuba la sorang dua sudu.campur air panas.ngn kurma. 

Gambar 6: Oat + Kurma

gini la rupa nya..oats tu mmg lembik habis2.
sbb tu la namanya baby oats. 
tp i prefer this one dari yg biasa beli kat supermarket tu..
sbb dia tak de biji2 keras oat.
rsa standard la.tp dah tambah kurma, manis n sedap la sikit. 
apa i perasan, bila makan mcm ni, susu akan lebih sikit dlm 2oz cmtu..
alhamdulillah. 
setakat ni mmg berjaya lagi bekalkan susu yg cukup utk imani. 
dia belum campur susu lagi. 
walaupun susu kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. 
InsyaAllah umi cuba yg terbaik. 
At least sampai bulan ramadhan nnt, baru kita topup dgn fm ye Imani sayang. 
Lagipun Imani mcm fobia skit, aritu ada letak fresh milk dutch lady yg utk kid tu dlm botol dia. 
lepas tu terus dia tak nak minum dari botol susu dia dah. 
even letak ebm pon, dia mcm fobia takut umi or ayah tipu dia tu susu lain selain susu umi. 
mak pengasuh ada cuba gak bancuh susu fm dugro..
pon sama reaction nya. 
so takpela, no rush, umi power pumping skrg dan makan banyak2 bg susu banyak. 
supplement apa2 belom beli lagi..hahahah
takut beli tak abis makan je...
eh tadi citer pasal oat, ni citer susu pulak..



Gambar 7: Bekal Imani 

back to oat story
pagi ni bekalkan instant baby oat dgn kurma utk imani.
tambahan utk bubur nasi + lauk ikan masak kicap + sup ayam..

imani ni, susah nak makan. 
dia jenis I diet. 
minum susu je dah cukup. 
resah jugak tgk anak sorang ni kurang makan. 
berbanding abang dia, mmg dia kurang sgt makan. 
satu dua sudu, dah bilang xnak...
kalau dia bilang nak, pastu nnt nak suap, dia tutup mulut rapat2..
main main lagi dgn umi tau...

time nak tidur, alahai, jenuh melekat dgn miss B...kiri kanan dia belasah..
sejam lebih melekat baru tertidur..umi tidur dulu la..
apa-apa la adik.
janji awak sihat yer..

Gambar 8: Adik Imani dalam car seat nak balik Penang jumpa Tok Nenek Azizah

Alhamdulillah, dia ok dlm car seat. 
sekali sekala la buat jugak perangai carseat crying. 
skali dia buat perangai, mmg bingit satu kereta...
high pitch ini budak...


ok gambar dah habis.
cerita pun tamat di sini.
jumpa lagi di entry lain.

bye-bye

Happy Tuesday All



Monday, April 21, 2014

Cara download video dari YouTube

 Assalamualaikum,

I nak share arini cara nak download video from youtube. Perhaps, ramai dah yg tau. Sapa yg tau, skip lah baca entry ni..
yang belum tau, jemput baca sampai habis yer...=)
Rajin2 tinggalkan komen kat bawah ni...hehehehe...

I belajar ni end of last year from junior undergrad...
adik2 ni lagi pandai...

Cara dia senang je...kita straight to the point terus ker



The steps as above


haaaaa, gitu je, 
mudah sgt sgt kan....

secara bergambar pulak mcm kat bawah ni...

*sorry la gambar blurr sikit*





1. From link video youtube yg korang nak download....
type SS (huruf kecik) dpn perkataan youtube tu



2. Bila tekan enter kat link no 1. korang akan directed to website ni. 

savefrom.net
kat sini korang pilih size and jenis video yg bakal di download..
klik kat situ...



3. dan tunggu la download siap.....



4. Ready to view



Senang kan...

semudah 1, 2, 3 dan 4 sahaja......



hahahahah

poyo sngt nak buat tutorial mcm ni

padahal semua orang lain dah tahu....

tp kalau belum tahu and dah tahu sekarang, sila download video kegemaran anak2 korang segera. 
nnt boleh tayang ulang2 di rumah kat laptop tanpa perlu berebut handphone dgn anak.
atau boleh burn dalam cd siap2 senang kerja 


ok bye.....

*scheduled entry*