Thursday, May 16, 2019

Pengalaman Memasuki Raudhah seorang diri (buat wanita)

Assalamualaikum semua, 

Maaf sangat2 lambat betul nak update blog about my first umrah trip. It has been 6 months since the trip. InsyaAllah selagi ingatan masih kuat, dpt saya coretkan di blog ini. 

Harini sy nak share bagaimana jemaah wanita ingin memasuki Raudhah secara sendirian berhad. 
Tanpa peneman iaitu adik, kakak atau ibu. Semua sedia maklumkan keadaan di dalam Raudhah terutamanya di tempat wanita sangatlah terhad. Karpet hijau di bahagian wanita sedikit sahaja, selebihnya karpet merah. Jadi ianya sgt sinonim dengan terlalu sesak dan risiko ditindis oleh jemaah lain yg kadang2 agak fanatik. 

Saya kongsikan pengalaman pertama kali saya memasuki Raudhah secara sendiri. 

1.Yg utama minta izin dari suami/mahram untuk memasuki Raudhah secara sendirian. 

Pengalaman saya, suami agak keberatan untuk benarkan. Bukan dia tak nak bagi, tapi dia risaukan keselamatan saya. Ini first time sy ke Madinah dan Masjid Nabawi yg sangat besar itu. 
Dan daripada cerita saya tentang keadaan di dalam Raudhah pertama kali saya memasuki dengan group travel agent, suami rasa berat hati utk biarkan saya sendirian. 
Saya nekad untuk terus memujuk suami di samping kat dlm hati berdoa supaya Allah yakinkan suami sy yg saya boleh pergi sendiri tanpa peneman. 
Strategi utk pujuk suami pon mainkan peranan jugak lah. 

Sy ni jenis nak sesuatu tu (yg baik) sy pasti akan do my best. hehe. 

sebelum tidor, saya dah mintak izin, ckp elok2. suami x bg. 
then tidurlah saya sambil doa supaya Allah permudahkan. 
bangun pagi, first thing celik mata terus sy tanya, boleh kan abang izinkan sy pergi ke Raudhah selepas Subuh harini? 

Dia tak jawab. 
Selesai bersiap untuk ke Masjid Nabawi, saya mula pakai jubah hitam, tudung hitam, dan NIQAB

Suami nampak kesungguhan sy .. 
Saya tambah pakai CELAK supaya mata saya kelihatan seperti orang Arab.