Thursday, September 27, 2012

23w ANC & 18mo

Salam

Hari ni sgt memenatkan.
Pukul 8pagi ada appointment kat klinik desa for my antenatal check-up minggu ke 23.
Sekarang ni check-up masih range sebulan sekali.
Jadi first patient kat klinik desa. Husband and Ilyaas pon ikut sekali sebab Ilyaas pun nak kena 18mo check-up and jab jugak, tp kena ke klinik kesihatan since Ilyaas ada history febrile fit.
Dapat dgr bunyi degupan jantung Baby IH kat dlm rahim ni. Walaupun tak nampak sebab tiada perkhidmatan scanner di klinik desa, rasa bersyukur anak dlm kandungan sihat. Jantung berdegup normal.
Terpaksa kejutkan baby dlm perut sbb dia tidur, tak dpt nak dgr jelas bunyi jantung. Sekali dia bergerak, terasa mcm gelombang ombak rindu =)
Hemoglobin sedikit menurun, jadi nurse bekalkan ubat tambah darah.Kena makan 2 biji sehari. Banyak benor ubat yg kena dimakan kali ni.
Acid Folic, B-complex, Ubat tambah darah, another vitamin xingt nama, pastu sendiri makan produk Salindah and baru beli pil calcium kat farmasi.
Uisssshhhh, husband cuak je tgk bini dia ni telan ubat pelbagai.
Berat naik banyak juge..hahha, tp xkena marah sebab dah masuk 5m ++.
Sekarang i sudah 62 kg okay! hahah..sungguh jaya dari segi penambahan berat.
balik kang nak check buku pregnant kan Ilyaas, masa 23w, berat berapa..
kalau skrg lagi berat, alamatnya hujung2 nnt belon bergerak la jadinya..
after check semua, kena amik injection kancing gigi dos tambahan.
lenguh la tangan ni 3-4 hari ni...

Pastu gi klinik kesihatan plak. Berbelitkan, kejap Klinik desa, now klinik kesihatan plak.
Register, amik nombor, letak buku rekod Ilyaas kat bakul yg sepatutnya,
then kitaorg kuar breakfast nasi lemak tronoh. nyum..sedap, esok nak makan lagi lah=)
pastu balik KK, turn belum sampai. tunggu dlm 10minutes sampai turn kitaorg.
Ilyaas buat check up biasa untuk 18m.
Baru tau ada saringan untuk autism. So, umi kena jawab semua soalan dari nurse.
Alhamdulillah semua nya elok2 je. Ilyaas normal=)
Pastu kena jab lah.
Ada jab tambahan selain dari dos 3 serangkai untuk 18m. Dos DA. Apa itu saya tak tahu.
tapi khas untuk bayi/kanak2 yg pernah kena febrile fit.
Ubat tu dititik je dlm mulut baby.
Masa cucuk, husband la pegang. Umi dia mmg dah xlarat nak lawan kekuatan rontaan Ilyaas.
Nangis sakan la budak kecik tu. Tp kejap je, dah pujuk2 dia ok siap bleh senyum2 lagi.
Sebelum hantar dia ke rumah pengasuh, singgah beli kereta mainan dulu kat dia.ngn biskut chipsmore..
Bagi upah la lama xkena cucuk

Pastu terus datang uni. buat kerja.
okayla, ada progress. dah dapat load well dlm seismic data.
esok nak figure out cara nak masukkan log (gamma, sonic n density) plak, nak tie ngn seismic.

kesimpulannya, hari ni memenatkan jugakla.
Harap Ilyaas tak demam la kesan dari cucuk td.

Ok, bye.
Sori takde gambar.
Semalam WW dah ada 4 keping kan.
Arini xde lah.
Aci kan ?=)

Tuesday, September 25, 2012

Sana sini Storksak

Storksak! Storksak!Storksak!
My husband surely doesn't know what it is about.
So, meh sini sayang nak gitau abang apa itu storksak..:P *hint, kalau ada duit lebih, boleh belanja*

Dr.Halina, in her latest entry  dah exposure pasal her storksak.
I have been hearing about this brand dalam 3-4 bulan ni lah, tapi tak pernah nak ambil kisah.
But bila baca entry Dr Halina, terasa nak ambil kisah pulak pasal brand ni.

Rupanya it's Italian leather type diaper bag cum handbag. Kheeerrrlaaaaasss gila!
Dari luaran takde rupa diaper bag langsung. Orang tak leh detect pon it's a diaper bag.
Hebat.

Tp harga dia pun hebat jugak. Terbeliak bijik mata tengok harganya.. Ratus-ratus sampai ke ribu riban.
Memang tak mampu la akak nak membelinya.
Rela pakai diaper bag biasa-biasa saja.

Jamu mata je la tgk online version

Website Storksak - http://www.storksak.com/index.php?pageid=1
Facebook Storksak - http://www.facebook.com/pages/Storksak-Diaper-Bags/73298610201
Malaysian Online Store yang jual Storksak - http://www.buggybabyboogie.com/tags/storksak

Ni antara design2 yg buat I terpesona melihatnya...tp akan termuflis kalau membelinya, but will be teruja kalau ada orang nak bagi as a gift =) *wink wink*


Nina Aubergine

Emily Rococo


Nina Black
*suka yg ni sgt, seriously langsung takde rupa diaperbag*


Btw, I rasa I lagi prefer diaper bag yang kita boleh request nak itu ini. Like kalau kita order from SnuggBaby ke..Harga pun a lot cheaper lah..and can be match with diaper clutch, nursing cover semua..






Monday, September 24, 2012

Parenting Page on MSN



Bukak blog td, nampak iklan ni. Terus lah klik, bukan sebab nak bg nuffnang naik ke apa sgt, tp sebab ada title Mum's Secret Survey. 

Terus directed to page ini


And saya rasa laman web ini menarik. 

ada topic breastfeeding
pregnancy and labour
food allergies
baby products
recipes for kids
nutritional tips
kids and socirty
tips and tricks

Well, saya mmg suka baca pasal parenting. Dari mula pregnant kan Ilyaas sampai sekarang. Siap rasa nak bukak nursery lah, nak sambung study dalam children development dan sewaktu dengannya. Tp semua tu belum terlaksana lagi, hehehe. 

But, mmg tiap2 hari pun akan baca apa2 isu berkaitan parenting, motherhood dan childhood development. Mcm menjadi satu perkara yg release tension pulak rasanya bila baca topic2 ni.

So mummies and mamas and umies and ibus and emaks out there, jom kita baca parenting page dkt MSN ni.. Selain dapat tambah knowledge, dapat kurangkan stress bekerja atau belajar =)




Early Risers-Tazkirah

Assalamualaikum, 

I found this on facebook. Shared by a friend. And I think it is very true. 

Early to bed and early to rise are habits taught by the Messenger pbuh.

Those who unnecessarily or habitually delay going to bed may not realise the harm to their mental, physical, spiritual & social well being.

Similarly those who get up very late each day, allowing laziness to overpower them would have their share of obstacles & negativities as a result.

Once this becomes a habit, it can lead to the break up of marriages, feuds within the families, flaring of tempers, loss of income, failure at school or work, loss of concentration, a constant lethargic feeling and becoming an irritation to those we live with.

It can also cause deep unexplained discontentment, sadness or even put us into a depressive mode. 

We MUST fight laziness to succeed!



Pernah dgr orang cakap, bangun awal, murah rezeki. Tak tidur lepas subuh, murah rezeki. 
Sama-samalah kita renungkan, lagipun hari ni hari Isnin, mari kita lawan Monday Blues



Friday, September 21, 2012

Kings Park, Perth

*sambung entry imbau kenangan semasa di Perth*

view of Perth City from Kings Park

Antara tempat famous dan wajib jejakkan kaki bila ada di Perth ialah Kings Park. 
Terletak di atas bukit, and sedikit jauh dari city, Kings Park memang akan jadi lokasi pilihan setiap petang or setiap weekend. Keluasan Kings Park ni 400.6 hektar ok!Luas gila. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. 

-BBQ, Lepak Santai, Main Bola, Bergolek-golek atas padang, tour, dan banyak lagi-
Untuk info pasal things to do in Kings Park, boleh visit website ini.

Kalau student UWA,Kings Park ni dekat je ngn uni dorang. Tp untuk student Curtin, Kings Park agak jauh. Dalam 20 minutes baru sampai. 

Tugu Peringatan kat tgh2 Kings Park
Kings Park ni sebenarnya Memorial Park.Nak memperingati perjuangan askar-askar Australia yang terkorban masa perang. Australia sendiri tak berperang, tp dorang ada hantar tentera dorang ke negara luar, termasuk Malaya dalam misi bantuan masa Perang Dunia. 

Patriotik
*suka sgt sweater tu, I still keep it, pakai masa dlm pantang,* *hahaha*
view of kawasan perumahan orang kaya dari atas kings park
ni rasanya dekat herbal walk

Selain tu, setiap tahun , Kings Park akan jadi lokasi untuk Perth Wildflower Festival. Tahun 2007, saya ada pergi wildflower ni dengan Amal and Syuk. Masa tu one day after balik field trip and muka mmg terbakar mcm sotong hangit. 
Masa winter 2007, Perth Wildflower Festival
one of the water fountain. ni tempat lapang selalu dijadikan kawasan untuk solat jemaah aidilfitri


Ada Playground Area jugak. Dekat Synergy Parkland and DNA Tower. 



Sila abaikan perangai kanak-kanak kami
masa ni takde anak lagi
klu tak lagi excited kot bawa anak main kat sini

Ada Jambatan Gantung Kaca. Memang Best sbb dpt tgk view yg cantik


masa Mas dtg utk graduation dia
Ayie kat jambatan kaca
Ayie studi kat Adelaide n datg bercuti ke Perth melawat kawan dia yg gorjes ini..hahaha *perasan*

ada miniature waterfall jugak..
kurus nya kaki time ni.
seluar size 6-8 je! argh tension nak dpt kan berat ni balik!

Well, Kings Park ni sgt bagus untuk bawa budak2 lepak2 golek2 dan beraktiviti. Banyak educational value. boleh belajar pasal haiwan, pasal tumbuh tumbuhan and lots more.

So , sapa2 yg pergi Perth wajib lah ke sini yer! Rugi tak singgah. 


*Actually byk gila gambar kat Kings Park, on various occasion,tapi ni pon dah berlambak dah tempek kat sini*







DIY cupcake


In the middle of studying and carrying a research, I always feel lost, sometime rasa nak give up. Sebab tak reti nak buat. Tp bila fikir-fikir balik, I am here to study. I student .Bukannya expertise, so mmg logic la tak reti nak buat. Cuma, I have to speak out, and find a help.

Dalam usaha nak mencari help, I must help myself la. Kena lebih banyak membaca, lebih banyak bersabar. Dan rasanya perlukan a break satu dua jam. Untuk kurangkan ketegangan minda dan hati sendiri.

Ternampak status ini dari SweetCuppy By Nanie malam tadi. and kebetulan tadi ke library time geng lelaki solat jumaat, so after one tour in library, pinjam buku, terus tergerak hati nak ke booth kak nanie. niat nak jenguk2 je.



tapi end up, I beli 3 biji cupcake and DIY decoration sendiri. 
Ad-hoc , xde plan. 
So, decoration pun cincai saja lah. 



Pilih cupcake flavour. Vanilla takde =(
So amik coklat la



Letak topping


Deco sendiri. Punah. Tangan batu, takde seni langsung. 
Tapi tak kisahlah, I enjoyed!
Pastu bila masuk sugary flavour dalam badan ni rasa lebih bersemangat dan pening 

Satu untuk Ilyaas
Satu untuk Umi
Satu untuk Ayah


Next time Kak Nanie buat baking class, or deco class or apa2 class I think I would like to join. 

Sebab kat Tronoh ni takde entertainment, so I better occupied my time dgn pergi kelas2 ini. 
Well, semalam ada kelas make up ok kat UTP. tp I tak pergi la. 

Kalau ada kelas menjahit nak pergi juga..errr, sejak bila berminat dgn kelas2 kewanitaan sebegini ye?

Sindrom pregnant anak perempuan kot? Mudah-mudahan...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, September 20, 2012

Fremantle Part 1: Seafood Lover

Antara tempat yang paling saya suka pergi masa tinggal kat Perth dulu ialah  Fremantle. Fremantle ni lebih dikenali sebagai Frio dikalangan penduduk tempatan. What's best about this place is the food, view and relaxing moment. 
Frio ni terletak betul2 sebelah laut. Well, dulu-dulu kawasan ni merupakan port utama dkt Perth. Sekarang pon masih port lagi, tp bukan lah sibuk dan kelam kabut macam Port Klang. 
Walaupun kat sini banyak gudang dan kapal berlabuh, kawasan ni tetap terjaga kebersihan dan kecantikannya. 

Jarak Fremantle dgn Perth City tak la jauh sgt. Nak sampai ke sini pun senang, mcm2 jenis pengankutan awam disediakan. Naik bus straight dari curtin uni kat bentley or dari perth city pun surely akan sampai. Naik Train lebih convenient. Kalau dari Perth City, boleh naik ferry. View lebih mengasyikkan. nanti ada entry naik ferry dr city ke frio:P

Ok, acara wajib kalau ke Frio ialah melantak seafood. Ya la, nama pun dah tepi laut kan, makan makanan laut tak ingat la sampai naik kolestrol. Tapi kena make sure la , dorang goreng guna minyak sayuran dan tiada campuran alcohol dalam makanan kita. Senang je, just ask, they wont get angry because of that question sbb kat Australia ni, org bertanya pasal makanan adalah common sbb org kat sini menjaga diet pemakanan tak kira la Muslim or not. 

Cara nak order, kena beratur kat kaunter, order, kemudian bayar dan akan diberi number. 
Number ni akan berbunyi2 bila makanan/order dah siap. 
So kita just pegi amik je. 
Then kena stop kat salt counter, amik garam, lada, tisu, etc

Squid Kalamari, super marvellous. Ratah sorang2 tak boleh share.  

Tiram masak chilli cheese. Lazat sungguh. Tapi ni kena share, sbb mahal sikit.


Ni masa tgh mengidam gila-gila ni. or bila datang beramai-ramai. 
Order seafood plater terus. Puas hati dapat sekali dgn salad. 
nikmat nya makan kat sini. Rindu!



Ha tu dia, sesi melantak. tak cukup makanan kat kedai, bawa bekal fruits and sushi dari rumah lagi

small portion oh seafood plater


Sambil makan, layan view indah di tepi kedai. Ada burung besar ni,tp dia xpernah kacau orang or curi makanan

Ni pun sebelah kedai je. Port feveret nak bergambar. 



Okay,nnt sambung entry frio lagi..
btw, kat sini makan ice cream pun layan gak ni....
nyumz!
Gemuk!


Wednesday, September 19, 2012

Arrival in Perth

Salam, 

As some of you might knew already, I further my bachelor degree study in Curtin University, Perth. It was back in 2007 when I first took flight to Perth. To be exact, it was on Valentine Day, 14 February 2007

Although Perth is near to Malaysia, I felt very excited because I had been dreaming to further my study oversea since the first day I enter school *ye kot*
Alhamdulillah, dah selamat pergi and selamat balik pun. 
But, realizing that I rarely put any entry or post about my experience travelling and living in Perth in this blog picisan, I am taking this opportunity to write down some of them. 

Boleh jadi kenang-kenangan dan mengimbau masa lalu.


14 February 2007
with my parents and siblings at KLIA. 
Our flight was around 9am. 
Siap bawak comforter set, cause I don't want to hassle myself on the first night nak tahan sejuk. 
Well, sejuk la jugak Perth waktu malam-malam. 

With my siblings 
Semua masih kurus. 
Amir and Izzat were very small at this time. 
Now, both of them have been growing too much I think:P

Arrival in Perth International Airport. around 4pm Perth time. 
Masa ni ada time different one hour from Malaysia because it was summer.

All the girls with Aunty May yg uruskan rumah kitaorg. 
Kak Chom, Amal, Ipah, Non and Me

Dalam bus on the way from airport to Bentley. 

View masa dlm bus. macam padang jarak padang terkukur je. 
Panas sebab summer time.

Dah sampai rumah dekat Lawson St, Bentley. 
Sementara tunggu dpat kunci, kitaorg bergambar la.
Masing2 bawak beg besar gedabak. 
Kata nak duduk 2/3 tahun kan. 
Macam la tak balik Malaysia langsung time break. :P

*sila abaikan date yg salah pada gambar, setting camera tak dibetulkan lagi*
Malam 14 February 2007, getting ready to go out for dinner 

dinner beramai-ramai dekat Restoran Mahsuri, Victoria Park
Makanan berhidang, hebat sungguh rasa 

15 February 2008

Orang lain pegi orientation dekat uni, kitaorg pergi melancong
Alang2 Aunty May dah sewakan mini coaster for all of us, teruskan ajelah dgn misi jadi pelancong.
Ni gambar dekat Grape Farm, Swan Valley

Pastu gi Kings Park pulak. 
Excited kemain tgk padang rumput meluas, bunga2 cantik n mekar je.
Nampak cam panas terik, tp angin sepoi-sepoi bahasa..



Pastu amik gambar bontot. 
Motif dia of course la nak tunjuk montot sapa paling kurus..
Of course la montot saya! Hahaha..itu dulu.
Sekarang tidak lagi, sbb dah jadi mak orang dah pun!


Oklay, next entry nak sambung cerita pasal jalan-jalan around Perth and Australia. 

*kan nak imbau kenangan*







Nasi Kandar Simpang Ampat, Penang







Lokasi: Simpang Ampat, Bukit Mertajam. 
Dari Highway PLUS, exit Simpang Ampat, straight ke arah Bukit Mertajam. Sebelum sampai traffic light ke Bt.Mertajam, ada kawasan lapang untuk parking kereta.

Rasa makanan sgt sedap. Tidak terlalu rasa kari mamak yg bnyk kas-kas, lebih kepada campuran lauk mamak dan melayu, sebab owner is mamak married malay. 

Harga sgt reasonable

Makan sekali pasti nak lagi!



Published with Blogger-droid v2.0.8