Showing posts with label resort/hotel review.. Show all posts
Showing posts with label resort/hotel review.. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Langkawi 2018: De Baron Resort, Kuah

I dah booking De Baron Resort.  Booking through Booking.com
Amik family room, excluding breakfast. dapat rm210 per night. ok la tu. Bilik luas dan selesa. I recommend hotel ni sbb location dia mmg mudah nak cari kedai makan, farmasi, dekat dgn RAMS (also good place for shopping barang letrik, pinggan mangkuk, periuk belanga and coklat). and also dkt night market.
Worth it la. view pon not bad. 



Lepas rehat and solat, bawa anak2 ke pool.


Ni view Harbour Kuah dari resort. 
Nice view, kalau waktu sunset. 
Cuma pantai dia sikit and tak berapa bersih sbb dkt dgn tpt ferry and kapal layar berlabuh.
dari sini boleh nampak dataran lang jugak, so mmg sgt dkt dengan jetty kuah.

Cuaca kat Langkawi mmg dah terkenal panas and kering. Time ni dh lepas 5.30 tp matahari terik lagi. Anak2 mandi pool dgn ayah dorg. I malas nak mandi sbb ramai sgt.


Ni view from tempat I lepak sambil dorang mandi manda. 
ada 2 slides besar. puas jugak la budak2 bermain.


lepas mandi, semua dah kelaparan. so dorg makan biskut2 yg dah bawa dulu. 
plan nya nak makan malam kat wan thai restaurant yg famous. tp seating full and kena tnggu one hr nak dpt makanan. sbb dah lpar, kitaorg makan kat kedai thai lain. 
tp puas hati jugak sbb sedap and portion yg besar. 

lepas dah habis makan,terus ke HIG complex.
Shopping bag, tea set and coklat. 

ni baru 1st round shopping. orang ramai sgt kat HIG complex so x sempat amik gambar. 

settle shopping at about 9.30 terus balik hotel and zzzzz..

end of day 1. 






Thursday, March 22, 2018

Langkawi 2018 : Day 1 (Jetty and Ferry)

Hello semua. Assalamualaikum. 

I am very teruja nak update blog pasal our latest holiday in Langkawi. Sebenarnya, this holiday is a real need for all five of us. Last yr hujung tahun, kitaorg x bercuti ke mana. cuma balik kampung, and ke hotel atas urusan kerja je. Anak2 pon x kemana. Tapi kids kan, dorang x pandai complaint kata nak bercuti or anything. dpt mandi swimming pool dorang dah happy. So masuk bulan Jan aritu, we started to think maybe perlu jugak take a break. So, decided ke Langkawi. Booking hotel, ticket ferry roro and cable car/skycab kitaorg buat sebelum pergi. 

So pada hari kejadian, kitaorg bertolak from rumah my parents dkt BM. pukul 9pg baru keluar rumah sbb x jauh sgt penang ke kuala perlis. kitaorg amik ferry roro. yg boleh bawa kereta naik skali. jadi dkt langkawi tak perlu sewa kereta dah. nnt i citer procedures utk bawa kereta masuk ke langkawi. 

We all sampai jetty kuala perlis around 11.30am. Register kereta and amik tiket. pukul 12.40 baru nak mula boarding masuk ferry. 1.30 baru ferry nak jalan. So mmg ada banyak masa. Kitaorg decide pergi Muzium Kota Kayang dulu. 5km dari jetty kuala perlis. 



Gambar sumber Website Muzium

Masa kitaorg sampai kat sini, takde pengunjung and takde taker pon. We all masuk je la. Muzium ni fully aircond and selesa. Belakang muzium ada taman kecik, sesuai for picnic if x panas. 



Ilyaas mmg skrg stage nak tahu banyak benda so muzium is a good way to kill his queries. and he is currently into any kind of weapons. So mmg dia baca every single descriptions about keris, tombak, badik etc yg ada dlm muzium tu. 

After dah settle tgk2 kat sini, kitaorg proceed for lunch kat restoran nelayan tepi jetty tu. 

I makan laksa. 
Kecewa. 
X sedap mcm dulu. 
Kuah dia cair je. 


Lepas tu kitaorg terus ke jetty kargo then dan mula boarding. 
Kerata semua kena park kat level 1. 
Penumpang boleh duduk kt level 2 and 3. 
level 2 bertutup, ada aircond and tv. also ada surau and small kiosk jual makanan ringan.


Ni dekat level 2 dlm ferry roro. 
kat level 3 open air, so best dpt angin laut.

dekat top deck.level 3.

Once sampai Langkawi, we all arrive dkt jetty area Bukit Malut. Tak sama dgn jetty kuah. 
So less sesak and cepat je urusan. Terus ke hotel. 


Wednesday, October 28, 2015

Review: PNB Darby Park Hotel & Suites

Assalamualaikum wbt...

Last two weeks I dgn husband ada attend conference dekat KL Convention Center , APGCE 2015. 
During the conference, kitaorg stay dekat PNB Darby Park Hotel and Suites. 

Actually nak amik Hotel Impiana sebab ada covered walkway from the hotel to KL Convec and to Twin Tower. Senang sebab kami bawa anak-anak jugak. Risau hujan bagai bila berjalan dengan anak2. But after fikir2 balik, we choose PNB Darby Park Hotel and Suites sebab bilik dia lebih luas and ada microwave, peti ais and dapur as well. Dengan harga yg lebih murah daripada Impiana Hotel. Plus dekat Impiana takde kids pool so the kids tak dapat nak enjoy main kat pool. 


Friday, October 2, 2015

Jakarta Trip 2015

Assalamualaikum, genap seminggu kitaorg empat beranak pergi ke Jakarta. First oversea trip untuk tahun ni. Itupun atas urusan kerja sebenarnya, tapi sambil menyelam minum air, topup duit sikit, bawa anak-anak sekali. Since pergi atas urusan kerja, so tak banyak la gambar dan memang tak pergi melawat ke mana-mana tempat pun. 90% masa dihabiskan dalam hotel sahaja.hahahah. 
Jadinya, satu entry je dah cukup and entry ni bukanlah entry yg sesuai utk korang jadikan reference kalau nak berjalan2 di Jakarta. Just an entry untuk kenangan sendiri jer ni. 

FLIGHT

Kali ni kami naik Air Asia. sebab this is the only flight yang available from Penang Airport to Jakarta. Flight kami hari Jumaat, 25 Sep 2015. Pukul 8.35pm. Since 24 Sep tu Hari Raya Aidiladha, kami jadikan 25 Sep tu travelling day :D walaupun flight malam. 
Apa yang Allah dah tetapkan tu memang dah cun. Sebabnya, ada kejadian tak diingini berlaku siang tu. Which was, my student (yang I baru je ajar dan luluskan dia dgn subjek yg I ajar) passed away. Kebetulan dia orang Kulim, and my parents house dekat BM, jadi I dgn suami berkesempatan pay last respect to him. After solat Jumaat, terus I dgn husband gi cari rumah parents student ni dan parents dia pun bawa I tengok jenazah dia. Kesian.  Apepun, dah jadi lecturer/tenaga pengajar ni, ada rasa sayang pada setiap anak murid yg kita ajar, tak kira bangsa atau agama apa pun. Semuanya kita anggap macam adik2 sendiri.. 



Monday, September 14, 2015

Thank You DWJ Hotel, Ipoh

Assalamualaikum all, 

Last three week, My husband and I buat short discussion and quickly decided to bring our kids to Lost World of Tambun [The entry for Lost World will come later :D].

 Since I still have a voucher for one-night stay at DWJ Hotel after I did review about this hotel last March, kitaorg rasa it's the most suitable time to make use of the voucher too. 

Thank You DWJ Hotel for giving us the free voucher for one night stay. 

Monday, August 24, 2015

Sabah Fieldwork: North Borneo Biostation Resort, Kudat


Continuation from 1st entry publish last two weeks about fieldwork ke Sabah. 

Entry selepas ni semuanya berkisar dengan Kudat je sebab main study area untuk fieldwork kali ni ialah di Kudat. 

Dari KK, kami bertolak ke Kudat. Around 11.30am, check out TH Hotel and terus move ke Kudat. Plan asal nak stop over some where for lunch, but nak keluar KK dah ambil masa more than one hour due to jem, so perjalanan diteruskan dengan perut masing2 berkeroncong. Sampai dekat mana I can't remember, we pit stop isi minyak and solat. Mujur kat petronas station tu ada maggi cup, so I makan maggi cup dulu cause dah lapar sangat. we continue our journey to Kudat. Around 3pm, kitaorg dah sampai Sikuati. And we saw few outcrops along the way. Quickly decided untuk stop at Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati outcrop. 


Well basically, ni places that we went and ada few places berulang-ulang kali lalu sepanjang di Kudat. And our accommodation sepanjang dekat Kudat is North Bornoe Biostation Resort (NBBS) located at Eastern part of Kudat. 

Tuesday, August 11, 2015

Sabah Fieldwork: Kereta Sewa & TH Hotel, Kota Kinabalu

Assalamualaikum semua, 

Setelah 2 bulan, baru ada kesempatan nak transfer gambar dari handphone ke computer. Baru dapat pilih utk nak letak kat blog ni. kesian blog, dah lama tak berupdate. 

Awal Jun yang lepas, saya and suami ke Sabah. particularly ke Kota Kinabalu and Kudat untuk research work saya. Kebetulan mmg bidang kajian saya dgn bidang kajian suami tak lari jauh, so tak salah la saya invite dia jadi member research project saya. Kami pergi dengan 3 orang lagi member research project. Trip kali ni merupakan trip kedua kitaorg ke Sabah. Yang first dulu tahun 2013, untuk attend conference + jalan2. 

Kali ni kami tak bawa anak2. Dorang ditinggalkan di bawah jagaan my mil and sil dekat Terengganu. Thank you so much mak and sils and bil tolong jagakan Ilyaas dan Imani . and tk lupa jugak my fil too. 

So, our journey started from Terengganu lah . But of course, pakai duit sendiri la semuanya. tak melibatkan duit grant. Bila dah ada grant and project sendiri, baru reti macam mana nak manage duit betul2. takut sangat tersalah guna, jadi tak berkat apa yg kita pakai. 


Tuesday, May 5, 2015

Emergency Visit to Kuala Kangsar & The Shop Hotel

Assalamualaikum semua, 

Hopefully semua kembali ceria masuk office hari ni lepas 4 hari cuti panjang. Kalau kat Perak ni, ramai yg sambung cuti sebab esok pon public holiday untuk rakyat negeri Perak, sempena Coronation Day our handsome brilliant Sultan Nazrin =)

Untuk long weekend kitaorg, we all tak pergi bercuti ke mana-mana pon. Memang tak plan untuk ke mana-mana for this year. Not yet. hehehe, sebab banyak kena saving untuk masuk rumah nanti. 

By the way, kan tajuk tu emergency visit to kuala kangsar...yup, hari Khamis lepas solat maghrib, kitaorg empat beranak bertolak ke Kuala Kangsar. Melawat kawan high school I yang baru kehilangan anak sulung. Takziah I ucapkan untuk my dear friend (nama dirahsiakan) sekeluarga atas kepulangan Baby Jaz ke rahmatullah. Semoga Allah kuatkan hati korang menempuh dugaan yang berat ni. 

Untuk rakan-rakan di alam maya ni, I mintak kerjasama korang sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Baby Jaz yang pulang ke rahmatullah pada 30hb April 2015 selepas lebih kurang 9 hari bertarung nyawa melawan sakit yang menyerang secara tiba-tiba, Acute Leukemia (AML type). Untuk cerita lebih details, sorry lah kawan2, I rasa tak sesuai kat sini. Demi menghormati family kawan I... 

Disebabkan malam tu kitaorg sampai kuale pon dah pukul 9malam, jumpa kawan I and family dia borak2 kejap sampai kol 10mlm, I dah siap2 booked kan hotel. Kesian plak husband I nak drive balik sbb straight away after work kitaorg bertolak ke kuale dah. 

So I booked The Shop Hotel. 

Monday, March 30, 2015

Taiping Revisit after 2 yrs

Assalamualaikum, 


Weekend lepas, kitaorg pergi Taiping. Dah plan dalam 2 minggu sebelumnya. Plan asal nak ajak my parents and adik bongsu sekali, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, dorang tak dapat join sekali holiday kali ni. 

Hari Sabtu pagi, kitaorg bertolak dari rumah ke taiping. Actually ni adalah visit ketiga untuk husband dengan I ke Taiping lepas almost 5 years berkahwin. and visit kedua untuk the IHs. 

First visit utk Ilyaas and Imani masa tahun June 2013. Entry-entry under labels Taiping Gateaway


Kitaorg sampai Taiping around 10.15 am. Terus ke zoo. Parking kereta, and tukar ke sport shoes terus masuk zoo. Bayaran untuk dewasa RM16 seorang. Kanak-kanak bawak 4 tahun free. 4 tahun ke 12 tahun RM8. Warga emas ada diskaun jgak tapi tak ingat dah berapa. 

Kali ni kitaorg dapat naik tram. Masuk2 je depan pintu zoo ada orang amik gambar then terus beratur tunggu tram. Kejap je beratur sebab tak ramai sangat orang. Ilyaas and Imani excited jugak dapat naik tram ni. 

Friday, March 6, 2015

Review DWJ Hotel, Greentown Ipoh & On Going Promotion (until March 2015)



 Assalamualaikum and Hi semua,

Kalau korang datang ke Ipoh, (I kan dah kira menetaplah kat negeri Perak ni, So apa salah nya mempromosi negeri tempat tumpah darah masa bersalin kan Imani)

 I nak suggest satu hotel untuk penginapan. Ni khas for those yang pentingkan keselesaan dan kebersihan hotel tapi nak make sure tak lari dari budget.

Kalau kita gi oversea kan banyak hotel jenis boutique hotel, bed and breakfast etc. Ni hotel yang I nak review hari ni lebih kurang boutique hotel konsepnya. Lokasi sangat strategik, kat tengah2 bandaraya Ipoh which is dekat Greentown Mall.

Eh lupa plak, nama hotel ni DWJ Hotel. 

Wednesday, October 22, 2014

Bali Getaway: Our hotel, Dinner di Jimbaran & Conference

Assalamualaikum semua,


Dah seminggu I sekeluarga balik dari Bali. Hari ni baru berkesempatan nak combine gambar dan upload dalam blog. Alhamdulillah, gambar2 dalam memory card dapat recover balik.
Sekarang I dah tak resize untuk letak dalam blog. I just guna picmonkey.com dan combine + letak watermark..

By the way, tujuan utama kitaorg ke Bali ni sebab I dengan husband join AeroEarth 2014 Conference. Since dah dua-dua papers accepted, maka kami bawa la anak-anak sekali. Tahun lepas ke Kota Kinabalu sebab conference...

Flight ke Bali ialah hari Jumaat, pukul 12.05tgh hari. Jadi, hari Khamis tu kitaorg dah bertolak ke Putrajaya and tidur rumah my sis in law. Kitaorg cuma bawa satu beg beroda dengan buggy. Sebab tak banyak sangat barang, jadi kitaorg naik ERL je dari Putrajaya ke KLIA. Masih setia dengan MAS =). Lagipun harga tiket tambah tolak beg and makanan, lebih kurang sama jer dengan naik Air Asia...

Masa dekat airport, kitaorg just drop kan beg sebab dah check-in. Dapat seat dekat row 31. Berharap dapat row 30 sebab boleh pasang bassinet, tapi dah occupied. Nasib baiklah flight ke Bali just 3 jam je, tak la lenguh sangat tangan riba Imani. Dekat airport, kitaorg biar anak-anak main dulu dekat playground and around pukul 10.45am, kitaorg masuk ke gate. Kena naik train dulu untuk ke satelit terminal. Sampai satelit terminal, terus pergi baby room. Lepak je dalam baby room sampai 11.30am.. Masa ni suap Imani makan bubur ayam KFC siap-siap.. Naik je plane, before berlepas lagi, dia dah tidur sampai la lepas waktu makan. Heaven je rasa walaupun tak dapat bassinet. Bila Imani dah bangun, I bawa dia dengan Ilyaas jalan2 kejap dalam flight and melawat lagi dua orang kawan satu lab dengan I yang turut sama join untuk conference kat Bali ni..


Wednesday, June 18, 2014

Ibis Styles Hotel Amsterdam City - Good Family Hotel

Korang pernah dengar nama Ibis Hotel tak? 
Kalau kat Malaysia, ada beberapa tempat yg ada Ibis Hotel ni, itupun baru2 setahun dua ni je company Ibis Hotel ni memasuki pasaran perhotelan Malaysia. 
One of it dekat Ipoh. 

Sebenarnya, Ibis Hotel ni ada tiga jenis rangkaian. 
First one, Ibis Hotel (logo warna merah)
Second one, Ibis Styles Hotel (logo warna hijau)
Third one, Ibis Budget Hotel (logo warna biru)

Maklumat lanjut korang leh check dekat website Ibis yer. Ni link nyer..


Kitaorg menginap kat Ibis Styles Hotel Amsterdam City. Selang satu block, ada Ibis Styles Amsterdam Amstel. Franchise yg sama tapi owner berlainan. But I bet the room concept etc semua sama jer. 

Monday, May 19, 2014

Holland Trip:New Apartment & Cara Samak Periuk Belanga

Assalamualaikum semua, 

I sekeluarga dah pindah masuk apartment. Lega sgt, sebab ada dapur, fridge, microwave dan periuk belanga serta pinggan mangkuk untuk masak dan makan. Sebelum ni kitaorg duduk kat hotel, around 500m from service apartment ni. Masa nak pindah keluar dari hotel ke apartment, siap buat dua trip, bawa barang2 dgn beg2 besar tu.hahah, itu belum campur barang yg bakal dibeli, dah banyak gila barang kitaorg.menyesal gak la bawa baju budak2 ni lebih, sbb ingt kat sini baju mahal n sejuk, kot nak pakai berlapis2 kan..sekali harga baju so far nampak murah gak la..

Apartment kitaorg duduk ni dalam group Bridges House Hotel. Tp sebab dia apartment, bangunan dia terasing sikit dari main hotel building. Ada 3 unit apartment bawah Bridges House Hotel ni. Yang kitaorg punya unit 68B, Koonmarkt Straat (Koonmarkt Street). Kalau dapat 68A, view dia cantik sikit, dapat tgk canal..


Apartment ni tak ada bilik. style studio je . 
first floor dapur dan toilet
second floor ruang tamu, meja makan, dan backyard. 
third floor mcm bilik tidur
setiap floor dibahagikan oleh beberapa anak tangga je
dapur ada microwave, kettle, semua kelengkapan memasak, coffee machine, 
dishwasher (yg I tak reti operate pon hahahaha)
washing machine ada satu , share 3 unit apartments.
ok la tu

ruang tamu serba lengkap. dah la classic siap ada tpt bakar unggun api kalau time winter. 
tp dorg dah deactivate bahagian tu and convert jadi ruang menonton. letak tv kat situ. 
ada wifi sendiri untuk setiap apartment. 
sofa pon mcm day bed. 
katil kitaorg dapat katil parents, katil ilyaas (kids'size) dgn baby cot (playpen). 
Alhamdulillah, syukur nyenyak la tidur kitaorg malam2 nnt tak yah share katil dgn anak2..:P kuikuikui

Backyard kat apartment ni ok la, tak la besar sgt. tapi klu stay lama kat sini, mesti i beli pokok2 bunga tanam...and deco2..
tapi setakat sebulan ni, tak la kot nak bercucuk tanam..
apepun, syukur sgt dapat service apartment mcm ni. 

Malam pertama kat sini, kitaorg dah menyamak segala perkakas dan peralatan memasak yg ada. 
Kitaorg samak guna sabun Taharah. ni sabun tanah.
 Muni, wife kepada student Phd Malaysia kat sini yg bagi. 
I terlupa betul nak bawa sabun ni, padahal tau je kewujudan sabun ni kat malaysia. 
Harga dia rm5.90 kat malaysia. 


Sebahagian periuk belanga yg nak disamak
pinggang mangkuk sudu sudip senduk segala disamak juga
tak sempat nak amik gambar2 lain sebab di pertengahan proses samak tu, Imani dah nangis nak susu. 



Cara nak samak senang je guna konsep samak dgn tanah...
1 kali bilas guna air sabun tanah ni (sabun Taharah)@ air tanah
6 kali bilas guna air mutlak berserta niat untuk bersuci dan menyamak

Bila dah samak, nak memasak pon rasa lebih selesa dan yakin kesuciannya..

sekian itu sahaja entry hari ni..

daaaaaa~




Tuesday, April 15, 2014

TM Lodge, Tanah Merah, Kelantan

Masa pergi kenduri menyambut menantu (adik ipar i kawin aritu) kat Tanah Merah, kitaorg menginap kat TM Lodge.

TM Lodge ni kira mcm homestay. Dia ada sederet rumah. Rasanya dlm deretan tu, ada 6 buah rumah, tp 4 buah jer yg dijadikan homestay. rumah no 1 sebagai reception area, rumah no 2-5 homestay, n rumah ke 6 ada penghuni tetap.

Nak cari TM Lodge ni or nama melayu dia Penginapan Tanah Merah, mungkin senang la kalau waktu siang, sbb boleh follow je signboard dia. Tapi masa kitaorg sampai tu, dah masuk waktu maghrib,dah gelap, sesat2 jugak la dulu sebelum sampai. dalam waze dia punya direction separuh jalan je.



Signboard dpn TM Lodge. 
Kadang2 tu dia tak tulis TM Lodge. tp dia tulis penginapan Tanah Merah. so alert la ye, itu signboard yg sama merujuk ke TM Lodge. 



pemandangan dpn TM Lodge. 
kat sini ada wifi. tp kat reception area je. rumah kitaorg no 2 dari reception area. so dpt la sikit-sikit wifi tu. 

I xsure sgt harga dia berapa. Adik ipar ckp Rm200 satu malam utk satu rumah. satu rumah 3 bilik. so berbaloi la gak. toilet ada 2..

Kitaorg dpt 3 biji rumah. No 2 sampai 5.. ni rupa dlm rumah tu.. 
ada air panas gak. tp classic sket la bukan jenis phillips ke panasonic ke ape..
guna heater mcm mana ntah. paip asing2..

overall ok la TM Lodge ni. tp nak kata bersih sgt tu x la. kebersihan tu boleh dipertingkatkan lagi. terutamanya toilet..



ni rupa bilik tgh.. lebih kurang je bilik dia. bilik first besar lagi. bilik ketiga paling kecik. semua bilik ada aircond. tido nyenyak je kitaorg semua malam tu.. 

dia sediakan pinggan mangkuk n kettle...peti ais takde. tp kettle dia mcm not so bersih la. 
so kitaorg x guna pon. 
ayah siap suggest patut bawa kettle sendiri sbb adik ipar i dpt banyak hadiah kawin kettle kot .hahahha

*scheduled entry*

Sunday, October 27, 2013

Hotel Review "katanya" : Tempat Penginapan kami masa di KK dan Tawau

Sorry korang, aritu cakap dah xde dah cerita sabah....godek2 gambar, ada lagi ni boleh di up kan sebagai entry, dan mungkin berguna bagi yg suka google sana google sini. 

Nak cerita tempat penginapan kami masa kat Sabah. Total days masa kat sana ialah 6 hari, dan 5 malam. 

Hari 1 dan 2 di Courtyard Hotel, 1Borneo Mall

Hotel ni nama gah jugak la. tengok website dia memang rasa mcm good sangat la. Sebenarnya kitaorg nak duduk dekat Novotel 1Borneo sebab conference kat situ kan..tp masa call, dorang kata dah penuh. and orang Novotel suggest duduk kat Courtyard Hotel. So, orang Courtyard yang call I sebab orang Novotel dah forward kan booking ke dorang. Ok back to the story... 

Kitaorg amik bilik premier king. bilik dia size sederhana je. ada ruang sedikit utk letak bag, and solat segala.  Dari segi harga, rasanya tak berbaloi sgt la...most rooms are RM200++ with breakfast for two. Tapi, bilik tak berapa memuaskan dgn harga sebegitu.. 
Nasib baik mulut peramah saya ni rajin minta discount  so dapt la corporate rate. 
Location wise, jauh dari pusat bandar. located dkt one of the wings dalam 1 Borneo Mall. 
So nak cari makan semua  sgt senang. nak dptkan barang keperluan etc pun senang. ada shuttle bus dr 1 borneo ke city center. 







I mmg bawa lemek/tilam utk kemudahan anak2 melepak dlm bilik hotel. lembek/tilam ni boleh jadi bantal gak... in general courtyard hotel ni ok je, tp harga rasanya tak berapa berpatutan, maybe mahal sikit sebb location dia dlm 1B kot... kerbesihan pon so-so je la. wifi dalam bilik takde. tp ada cable utk connect ke laptop. wifi kat lobby je. 

sebelah hotel ni ada tune hotel. pastu  grand borneo hotel... novotel pon kat sini gak.

yang paling tak best pasal menginap kat mana2 hotel di 1B ni ialah parking. Seriously mmg mahal tahap melampau. parking yg khas utk hotel guest (dkt depan hotel) adalah sgt2 limited. sekali park RM10!...first day kitaorg park situ..tp tak berbumbung tau. 

second day, dah hujan, xdpt la park situ sbb x berbumbung., so kitaorg follow signboard hotel ke parking dlm shopping complex. kitaorg ingt utk pelanggan hotel still rm10. rupanya, once masuk dlm parking mall, mmg kena charge hourly la. berpuluh la kitaorg kena charge.. dah camne nak park dkt parking hotel kalau hujan lebat dan kitaorg ada baby kecik lagi...

bab parking ni, mmg I sgt tak puas hati,,ok dah..selesai utk hotel ni..hotel lain plak...


Hari 3 - Casuarina Hotel

On Day 3, kitaorg check in ke Casuarina Hotel dekat Tanjung Aru. Sebab kitaorg check out dari first hotel ialah kitaorg dah pulangkan kereta sewa and esok pagi2 dah nak pergi ke Tawau. Jadi, kitaorg cari hotel yg lokasinya dekat dgn airport KK. Tanjung Aru ni mmg sebelah je dgn airport. 

Another reason kitaorg pilih hotel ni ialah sebab hotel ni ada free shuttle utk ke airport dan city center. Shuttle van dia mula beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg. kalau waktu selain dari waktu kerja tu, kena charge sikit la. 




Kitaorg amik bilik standard with queen size bed. Harga dia termasuk tax semua cuma RM118. I booked melalui booking.com. Kalau baca review kat situ semua ckp this is a value for money. Suitable for budget traveller yg nak bilik yg selesa. I mmg puas hati la dgn hotel ni, walaupun sinki kat toilet kitaorg tersumbat (air lambat mengalir), tp in general mmg ok la. Harga utk extra mattress set pun cuma RM30 je. 


Lupa nak gtau, lokasi hotel ni bukan la betul2 mengadap laut china selatan. kena jalan dlm 3-5minit baru sampai pantai. tp tk kisah sgt la. kira ok la tu. kat pantai tg aru tu ada food court so senang je nak cari makan. kalau nak pergi airport KK terminal 2, mmg dekat sgt, dlm 500m je. 
klu terminal 1 kena amik kenderaan la, xmampu nak jalan.
budak kepenatan tidur tergolek

toilet dia ok je. style lama sikit. tp what to expect harga pun rm118 je. shower dia kecik sikit. klu org berbadan besar, muat2 je la kot. 


sebelah hotel ni ada taman rekreasi. malam2 ada musical water fountain show. kitaorg tgk dr bilik je la. 

dapat breakfast sekali. tp jangan terkejut, kat sini, breakfast dia satu jenis je. takde buffet bagai. 

ruang cafe


ni la the one and only breakfast yg di sediakan. 

cara nya: korang masuk cafe, gi caunter, bg coupon breaky dkt staff hotel. dia tanya nak air teh ke kopi. 
pastu kita duduk dulu. pastu dia kan hantar breakfast ni kat meja kita. american breakfast. 
jgn berharap ada nasi lemak atau mee goreng. mmg yg ni je. setiap hari rasanya sbb baca review org lain semua ckp yg ni jugak...
kitaorg ok je sbb kenyang jugak makan yg ni.

yang i rasa paling selesa dgn hotel ni selain dari kemudan shuttle van ialah kebersihan dia. 
cafe bersih, bilik bersih, lobby bersih, ruang luar bilik semua bersih. 
ada internet cafe jugak kat lobby. tak sure kena charge ke tak. wifi just dkt lobby. 


Hari ke 4 kitaorg tido kat umah adik I dkt dalam estet Sime darby. 

Hari ke 5, dekat Promenade Hotel di Tawau

Yang ni fully sponsored by Tuan Imran..thanks adikku. To be fair, this is the best hotel yg kitaorg tido sepanjang kat Sabah. Kitaorg amik Junior Suite. Harga RM270. 
Harga dia sama dgn courtyard hotel dkt 1 Borneo Mall KK yg I review awal entry ni, tp bilik dia mmg far better. puas hati. cuma sayang kitaorg check in dh malam, pagi2 lepas breakfast dh check out sbb nak pi airport dah. tp mmg iyak2 sgt la dlm suite kan..hahaa..jakun2 gitu...

lobby

hotel ni bukan dlm bandar tawau tau. dia ke arah merotai. tp nak gi bandar tawau dlm 5minit je. dan attached dgn shopping complex. parking free je. 

jom cekidaut room 

katil king...marveles la....semua dok jakun2...hahha

puas hati sgt bilik ni..luas tahap melampau. thank u sgt dkt adik sbb belanja kakak dia ni..




utk brekpes pulak, mmg terbaik sgt. puas hati jugak. mcm2 makanan. pastu sedap belaka. 
cafe dia pun cantik. view bandar tawau n laut celebes. 

overall puas hati n definitely will suggest org utk ke hotel ni..


k dah panjang so setakat ni je....







Wednesday, September 18, 2013

Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland

Hi, 

Arini nak sambung cerita pasal trip ke CH untuk tahun ini. cerita pasal hotel yang kitaorg menginap ni. 

Mulanya, masa plan nak gi sini, mak ayah dah ckp nak duduk kat Parkland Apartment. sebab dah berapa ploh kali pi CH, mmg duduk situ je...bagi kitaorg, bosan dah dgn parkland tu. Parkland apartment tu mmg convenient, dengan view pon not bad, pastu blik besar, ruang tamu luas. and kawasan strategic . eh ni dah ter review hotel lain pulak. nak baca review penuh beserta gambar kat parkland apartment, sila klik sini


This time around, kitaorg tidur kat Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland. Berdebor debor bila nak sampai hotel ni. sebab takut tak mengikut piawaian bapak mertua i. huhu..ye la, i tolong booked kan. yang bayar nye ayah. :D 
sebab duduk sini ialah semua hotel lain dah penuh. parkland awal2 lagi dah fully booked. 
Hotel ni pon I booked via phone. kalau tgk kot booking.com or agoda, dah fully booked. 
Kitaorg amik Family Room. Dapat 2 katil queen. Harga Rm360 sebab peak season. 
Nak tengok rate dan gambar bilik, sila la klik sini

pintu masuk hotel
Untuk parking, mmg senang,dan banyak. depan hotel ni jalan besar tanah rata. lintas jalan, parking awam.
tepi dan belakang hotel pun banyak parking.
bawah hotel ni ada kedai nasi kandar, dgn kedai pizza.
ada kedai lain jugak tp tak ingt dia jual apa.
Hotel ni dalam bangunan rumah kedai je.
Sekali tengok mcm rasa hotel cikai.
Tapi interior dan tahap kebersihan dia boleh tahan bagus.
Sepanjang deretan rumah kedai ni, ada mcm2 kedai. kedai makan mmg banyak gila.
kedai mamak ada, cina ada, india ada.
kalau kedai makanan melayu, kena lintas jalan.
ada 2 food court kat depan hotel ni.
kitaorg lunch dgn dinner kat food court tu je.
breakfast pi makan roti canai kat kedai mamak. sebab hajat nak english breakfast terbatal . sobs. tp sure ada hikmah. nnt citer lain.


bahagian dalam hotel. ni depan bilik kitaorang. 

Decoration dia ala-ala English gitu. cozy je. Planters hotel ni satu tauke dgn Bala's Chalet and Breakfast. so ada van utk jadi shuttle bus between hotel ni dgn Bala's Chalet. 
dalam bilik pon cozy jugak. lampu dimmed je. 
pastu bila sejuk, dlm bilik rs mcm ada warmer. 
mmg feeling2 duduk oversea lah. 
btw masa kitaorg gi CH ni, hujan turun dr pukul 3 ptg sampai subuh. 
suhu mmg sejuk gila. rasanya dlm 15 or 16 degrees celcius la. 
mujur bawa sweater utk anak2. 
mak pun pi belikan snow cap utk cucu2 dia. kesian sejuk. 
tidur malam tak sejuk sgt, sbb bilik mcm ada warmer 

kawasan reception
cozy ambience
Family room yg kitaorg amik ni luas. kawasan dia mcm terbahagi pada dua bilik yg connected tanpa connection door. 
toilet satu je la. 
air panas dia just dkt shower. paip kat toilet takde air panas. hooooiii sejuk gila bontot gue..hahaha
kettle ada satu, gelas pon satu je. ni hampeh sikit la. 
kopi gula teh creamer tak disediakan. kedekut sikit bab ni. hahaha. 
kitaorg guna teh sendiri jer.



Ni view dalam bilik. Gambar belah kiri atas bawah tu katil queen no 1. 
gambar kanan tu katil queen no 2. 
depan tu ada ruang lagi, so i bentangkan lemik utk Imani pusing sana sini. 
TV dia hampeh. channel tv9 takde, pastu tak leh la kitaorg tgk match malaysia-myanmar. 

Overall, hotel ni ok. 
location superb sbb access to kedai makan sgt senang. 
view tak cantik. nampak pekan tanah rata. 
servis ok. 
kebersihan ok. 
deco nice. 

haaa, tu je la kot. ok bye. 

Monday, October 1, 2012

Felda Residence Hot Springs-Part 2

 Sambungan dari entry Felda Residence Hot Springs Part 1


The Pool(s)

Lepas check in, solat dan rehat sekejap, kitaorg pon turun ke area pool.
Kawasan pool ni agak jauh la sikit dari kawasan chalet, but still considered in walking distance. 
Memandangkan kitaorg sampai/check in pada petang Ahad, orang yg mengunjungi pool ni sgtlah ramai. Especially kat open hot pool and open mountain pool. Dah mcam taman tema air gitu. 

As I said dalam entry lepas, kalau check in kat residence ni, kita dapat complimentary entry tickets. Tapi kalau daily pass, harganya mcm dalam jadual kat bawah ni. Hot Pool dibuka sampai pukul 9malam while mountain/cold pool dibuka sampai 7malam. 


Category Before 6pmAfter 6pm
AdultRM 12RM  6
Child RM 10RM  6
Senior CitizenRM  7RM  7
HandicapRM  2RM  2


signboards. Agak membantu sbb peta dia berselirat dan susah nak faham

ni tempat first kitaorg gi sbb cuaca tgh panas.so nak sejukkan badan dulu

Map
 Mula-mula masuk, kita kena pakai la pas entrance tu kat tangan. kalau daily pass, warnanya biru muda. untuk pas bg penginap di chalet/villa, warnanya putih. Dekat pintu masuk, kita akan nampak air panas bertingkat. Memang panas gila la air dia. Takleh mandi pun, just untuk hiasan sahaja. 



sebelah tu ada kolam air panas 100 degrees celcius. Berasap-asap kolam tu dan ditutup rapat. Bahaya kot.Mendidih kan. Then , kita akan jumpa open hot pool. Ramai sgt orang bermandi manda kat sini. so kitaorg decide nak ke cold pool dulu.



Then, on the way to kolam air gunung/cold pool, kita akan lalui kawasan kolam merebus telur. 
Kat sini, pakat-pakat ramai la orang dok nak merebus telur. 
Telur dijual dgn harga RM3 for 6pcs. sekali dgn kicap.
Keliling kolam tu, ada banyak lagi kolam, boleh la buat rendam kaki sbb suhu agak tinggi untuk berendam



pool untuk rebus telur

ni view dekat kolam air gunung. air sejuk la. ramai gila umat manusia ketika ini. 
Kat kawasan kolam air gunung ni (plus open hot pool) disediakan locker. RM3 sekali kunci/buka. Boleh la nak buat simpan beg dan barang2 berharga. Ada gak toilet untuk changing. Kawasan kolam dibagikan kepada dua bahagian mengikut kedalaman.

Ada cafe jual snacks seperti burger, popcorn, sandwich, corn in cup sebab makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa ke kawasan pool. 

Ada satu la yg saya concernkan bila di kolam air gunung ni, kebersihan tak berapa terjaga. Probably sebab terlalu ramai orang and dah petang. Saya mmg xexpect air sejernih swimming pool sbb ni xde chlorine. 

Dah puas berendam kat kawasan tu (well, tak puas pun tapi ramai sgt orang , kitaorg dah jadi serabut), we all move to hot pool. Tapi bukan yg open pool, ni yg sort by temperature. ada sampai more than 50degrees. Huuuu, panas..tak berani cuba

kitaorg just try berendam kat pool suhu 35 degrees ni je.
sedap je rasa
tp tak lama la, sbb takut effect baby dalam perut
plus abg baby asyik mengamuk nak berendam sekali padahal agak dalam

ni tgh pujuk dia supaya tak turun dlm kolam ni.
main2 air je.
ingtkan dia xsuka sbb air dah panas
tp kitaorg salah, dia suka excited lagi kat sini

ada reflexology area jugak. best ni sbb ada aliran air panas sepanjang reflexology area. sedapppppp je rasa.
ni husband yg review sbb i did not try.
sekali lagi, takut effect baby dalam perut.
maybe takde apa2 kot but better be safe kan..

ini mmg nampak air tu dok membuih buih..
surely panas

 Just a little bit from my geology knowledge, punca air panas di Malaysia ni ada dari granitic plutonic di bawah tanah yang masih belum cool down sepenuhnya, semenjak berakhirnya aliran magma felsic yg membentuk most of the banjaran dan gunung ganang di semenanjung malaysia, terutamanya banjaran titiwangsa dan cameron highland is part of it. 
Disebabkan granitic plutonic ni tertanam di bawah tanah, dekat kawasan sungkai ni, kedalaman plutonic tu tak terlalu dalam berbanding kawasan lain, so kepanasan plutonic di sini mampu memanaskan groundwater dan menyebabkan aliran air di sini menjadi panas. Untuk info lanjut, silalah google. Hehehehe



 Meranti Cafe/Restaurant

Untuk dinner, kitaorng tak keluar ke mana-mana. Mula ingt nak order room service je, tp pikirkan bukannya nak buat apa pun, so kitaorg ke restaurant je la. Jalan kaki je pon. Ada few more cafe and restaurant kat sini, tp yg bukak all day ialah Meranti Restaurant ni. Yang lain ada kat area pool or dibukak untuk function je.

Menu kat sini ok la, variety dari western to local dishes.

Suasana pun sejuk and damai je. Ada kolam ikan jugak.

Tak sempat nak snap banyak gambar sebab time makan ialah untuk makan la. Plus bateri kamera dah kong..hehhe
So layankan ajelah apa yg ada ye..


view waktu malam.
malas nak bangun snap dr angle yg lebih cantik..hehhe

nasi lemak sg.klah 

ni masa breakfast time..
budak makan banyak
mmg untung bawa dia gi buffet
sama perangai mcm umi dia:P

ni je pic yg lebih jelas untuk cafe/restaurant
this was during breakfast time

Breakfast pun variety jugak la, roti canai, cornflakes and milk, bread butter puding, nasi lemak, noodles, noodle soup, bubur nasi, roti and buns, potato wedges, sausages, salad, fruits and lots more la..kesimpulannya, breakfast like a king=)

Overall, saya and husband serta our 18mo boy berpuas hati dgn percutian pendek di sini. 
Kalau boleh nak stay another night, tp we have commitments, so kena back to reality lah. 
Memang suggested untuk those yg nak kan short gateaway from ke-busy-an kerja/study etc.
Tenang and mendamaikan
Plus affordable

OK till we meet again in next review. 
Tak plan lagi nak ke mana. 
Sebab kena plan untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru kami dulu