Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Dapat CPUV Campaigns? Alhamdulillah..

Rezeki Ramadhan ni.. 

Tiba-tiba gatai tangan gi check account nuffnang, baru perasan blog kasih sayang I ni dapat CPUV campaigns dah la... since April lagi rupanya, tpi I yg tak sedar.. 

Sekarang jadi sedar sebab tibe-tibe amount bertambah agak obvious.. Rupanya dah credited dari CPUV ni...

Alhamdulillah..

Blog sekadar di pinggiran tak popular ni dapat jugak CPUV campaigns ni..

Read More>>

Thursday, September 12, 2013

Thank You Huggies =)

Hello fromInline image 1   !!

Hey there, firstly, thank you for participating in our Huggies Dry Pants Blogger Contest earlier this year!
Secondly,  Congratulations!! Your entry caught the judges' attention and your post is the Consolation Prize Winner of this contest!
You have won yourself:
2 months' supply of Huggies Dry Pants

The prizes will arrive at your doorstep soon. Stay tuned!  

Have a happy Huggies weekend!

Cheers,
Janet & Hui Jun
IN. Deed Communications
"In word and in deed"





Alhamdulillah ....

Macam tak percaya pun ada gak... sebab first time join blogger contest yg besar camni, tetibe leh listed as pemenang pulak. Walaupun bukan pemenang utama, dapat saguhati pun dah happy dan syukur sangat. 

Dapat suppy 2 bulan pampers...hooooyeaaaahhhhhhhhh

Entry pasal pampers huggies drypants ni ditulis early of this year....


Ilyaas jadi model, tp pampers yg 2 bulan ni kita mintak untuk adik la ye... 

Thank You jugak kat Nuffnang sebab bagi chance tulis sponsored post ni. Cheque pon dah dapat...hehehehhe

Alhamdulillah

Monday, May 13, 2013

Program Mencari Ramli 2....

Sapa ada anak lelaki bawah 16 tahun, or anak sedara lelaki bawah 16 tahun wajib baca ye!!!!
Sebab ni khas untuk mereka di bawah 16tahun, dan lelaki warganegara Malaysia.

Ianya tentang Program Mencari Ramli 2

Rancangan Program Mencari Ramli ni berdasarkan concept docu-reality series yg mencari Malaysia's Best Footballer di bawah umur 16 tahun, yang akan di hantar ke Manchester United Soccer School untuk dilatih dan diajar menjadi seorang 'Ramli', the next Malaysian football talent. 

Mencari Ramli is a search for the country's most promising football talent, in an effort to elevate the standard of Malaysian football, fueled by the passion and enthusiasm of football fans across Malaysia.
 
Pemenang Program Mencari Ramli Musim Pertama di MU Soccer School
Sapa la tak bangga kan anak dpt pi soccer school MU pulak tu...
Tahniah dik!

Ni pon pemenang musim pertama..
Semoga suskes ye korang berdua.


The first season of Mencari Ramli in 2012 saw 30 young footballers scouted from the Bukit Jalil Sport School to showcase their footballing talent, where two winners were drafted into the Harimau Muda Under-21 team and another finalist landing a stint as a striker in the U.S. Arezzo football club Under-17 team in Italy.

Mencari Ramli Musim 2 is a follow-up to the first season's programme, this time extended to a nationwide search for talent via a series of events at 12 locations across Malaysia. A group of top 30 talents will be selected for the finals, where two winners will be chosen by the judges and one through public voting, to win the trip to the Manchester United Soccer School and also visit Old Trafford and a three year scholarship to attend Frenz United Football Academy.

Kira mcm rancangan reality tv la, nak cari bakat-bakat muda yg betul2 berminat and semangat waja dlm sukan bola sepak ni, nak pastikan standard mutu bola sepak negara kita makin meningkat . 

Ada audition tau kat seluruh negara. Actually audition tu dah start dari bulan Feb lagi. Myself yg tak perasan. hahahha, koya sgt nak anak jadi Ramli...:P

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar audition utk program musim kedua ni..

bakal pemain bola sepak kebangsaan

wajah-wajah gembira

dapat goodies bag from TM one of the main sponsor

kusyuk ok fokus dgr ceramah

Golllllllll

Ni details of audition

State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May

So, orang-orang Melaka and Sarawak, korang masih ada chance la yer. 
Aritu yg audition kat Taiping, KL semua ada tengok kat tv. Supportive sungguh la parents2 yg bg kebenaran anak2 dorang join Program Mencari Ramli 2 ni...Semangat camtu la kita nak kan?=)

Objective Program ni sgt bagus ok...Ada 4 main objectives:-

-      Provide a platform for young footballers to realize their football dreams

-      Help to raise the standards of local young football talents
-      Get parents to see the potential in their own children and provide a solid support system.
-      To encourage the Team Malaysia spirit through this reality show.



Dan sapa-sapa nak jadi Ramli, tak semestinya bernama Ramli dan tak perlu tukar nama kepada Ramli ye... 
Korang just perlu menjadi seorang budak lelaki warganegara Malaysia berusia 16tahun, berbakat besar dalam permainan bola sepak dan mempunyai semangat pasukan yg tinggi serta mampu jadi seorang ketua. Paling paling penting kena ada attitude dan passion terhadap bola sepak. 

So, in general, Ramli adalah seorang

-      He could be the best goal keeper.
-      He could be the best defender.
-      He could be the best midfielder.
-      He could be the best striker
-      But what we are searching for is the most talented player.


Kalau tak dapat nak gi tengok audition ni kan, since tinggal remaining kat Melaka n Sarawak je, boleh la tengok kat tv...
Setiap Jumaat, Pukul 7.30-8.00malam, kat TV3 ye kawan-kawan =)




Wednesday, March 6, 2013

Huggies Dry Pants: Tukar untuk lebih senang dipakai

*Disclaimer: This is a product review based on my own experience*

Korang semua, pernah tak korang alami situasi kejar mengejar macam main polis sentri , tak pun macam main sorok-sorok dengan anak korang bila nak salin diaper dia? Sapa yang anak belum boleh merangkak mahupun berjalan, sure belum pernah kan? Tapi mummies yang seangkatan dgn I mesti dah rasa camne penat and struggle nye nak salin diaper.

Tengok la apa yang my husband and  I have to go through setiap kali nak salin diaper Ilyaas.

*Ini bukan lakonan tau, ini realiti yang berlaku setiap hari*
1. Ilyaas berlari dari toilet ke living room straight away after bath. 
Of course la dalam keadaan tanpa seurat benang di badan.


2. Bila saya kejar sambil memujuk merayu kat dia untuk pakaikan pampers dan baju,
apa yang jadi ialah dia mengamuk dan menangis. Serta meminta bantuan dari adik Imani?
Apa dia ingat Imani boleh tolong ke?

Percaya atau tak, ada one night when I already put on his diaper, dah siap-siap nak tidur, he take out the diaper, and terus pee in front of me. Memang sangat-sangat menaikkan darah I masa tu. Ye la, dah penat for the whole day, tiba-tiba when it times to go to bed, Ilyaas pee dekat living room pulak. Habis kena karpet semua. Dah jadi satu hal nak kena cuci bersih-bersih bagi hilang warna, rasa dan bau. 
Sabar sabar sabar..

What else can we do kan???

Oh bukan itu sahaja, pernah tak korang hadapi situasi macam ni pulak....
 3. Merayu, memujuk si anak untuk tukar diaper
Hinggakan terjadi adegan tarik menarik dan si anak pulak merayu-rayu supaya dibiarkan dia bermain tanpa perlu salin diaper

Pernah kan alami keadaan camni???

Tapi, sekarang saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah saya. Solution to my problem. A saviour! So nak share dengan korang semua apakah benda yang menjadi penyelesaian masalah saya ni, mungkin dapat bantu korang yang sama-sama hadapi situasi macam saya ni.Korang mesti nak tau kan supaya kita semua sama-sama boleh tukar diaper baby dengan sesuatu yang lebih senang dipakai. For a better convenience.

Jawapannya ialah....

HUGGIES DRY PANTS yang AWESOME

Seriously, in less than 30seconds je, saya dah berjaya salin diaper Ilyaas. Tanpa sebarang kereneh.
Huggies Dry Pants ni menggunakan konsep "Koyak, Salin & Lepas". Easy peasy steps.
 No more dramas before changing time. 






Seeeeeeeee....it is as easy as that.
Koyak, Salin & Lepas.

Sangat convenience kan ? Why not kita semua bertukar kepada diaper yang lebih senang dipakai?
Tak rugi, malah memudahkan dan mempercepatkan tugasan kita.
Baby pun tak meragam dan dapat kembali melakukan aktiviti yang sedang dilakukan.

Huggies Dry Pants ni available in 3 sizes tau from M-XL. Jadi bagi baby yang dah start crawling lagi dah boleh mula pakai dry pants ni.


Dry Pants ni bukan diaper sebarangan.
 It comes together with lots of goodness untuk anak-anak kita. Saya summarizekan dalam diagram kat bawah ni kebaikan-kebaikan yang kita sebagai ibu bapa boleh dapat melalui penggunaan Huggies Dry Pants.



By the way, I dah try guna Huggies Dry Pants ni untuk night use tau. from 10.30pm to 8.30am, it works wonders for me. Seriously, no leakage, still terasa kering walaupun dah pakai dalam tempoh yang lama macam tu and Ilyaas sleeps very very well bila pakai Huggies Dry Pants ni. Another wonder is after berjam-jam pakai Huggies Dry Pants ni, tak ada sebarang kesan ruam merah langsung pada buttocks or kemaluan Ilyaas. Terbukti dapat mencegah ruam lampin. Well, sebenarnya Huggies Dry Pants ni merupakan diaper pertama di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat mencegah ruam lampin. Awesome kan produk ni?

Eh eh, mesti korang nak try dulu kan sebelum betul-betul decide untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih senang dipakai ni? Kita boleh request untuk free sample tau? Satu pek ada 4 pcs tak silap I. Cukup la untuk jadi tester. Nak mintak sample ni senang je. Silalah kunjungi link website kat bawah ni:-
http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx

Btw, haritu Huggies ada buat Roadshow Change for better convenience ni. Ingat kan post saya pasal roadshow ni? Kalau nak baca, boleh baca kat post ni. Tapi sorry la, skrg dah habis pun roadshow tu.
Tapi jangan sedih2, lepas ni banyak lagi aktiviti yang pihak Huggies sediakan untuk kita mummies gojes ni.
So make sure keep yourself update with Huggies event. Senang je nak keep yourself updated, sila like page Facebook Huggies Malaysia.
http://www.facebook.com/HuggiesMalaysia?fref=ts
So, apalagi, cepat-cepat request free sample Huggies Dry Pants from website Huggies dan give it a try.
I promise you all semua mesti terpikat dengan Huggies Dry Pants ni.
Mari kita semua bertukar untuk lebih senang dipakai dengan
3 langkah mudah Koyak, Salin dan Lepas. 
Semua ni boleh dilakukan dalam tempoh kurang dari 30saat sahaja!.



Tuesday, March 5, 2013

First parcel from Nuffnang

Ini perlu diabadikan dalam blog picisan ni. sebab hari ini dalam sejarah, setelah beberapa tahun dok berblog, ni la first time dpt parcel from nuffnang. Bukan nak eksyen jauh menunjuk-nunjuk okay...

tidak tidak, saya langsung tak berniat begituuu..sebab sy ni la first time kot dpt parcel untuk product review dari nuffnang. tak sia-sia selama setahun dulu dok biar iklan2 nuffnang kat blog ni. Alhamdulillah. rezeki. 


Dapat parcel ni tgh hari tadi. Ilyaas yg excited nampak van poslaju depan gate. Kemain dia ingt nak bawa dia jalan2 kot. Kelam kabut dia cari slipar semua nak pegi bukak gate. Tak sempat pulak nak snap gambo tadi, comel sgt anak teruna tu. Hahah, dan dan puji anak lagi ..

Ok, tunggu ye next entry.. 
Nak share experience guna product yang nuffnang hantar ni.. 

Tak sabarrrrrrrrr

Dengan itu, tengok dulu parcel ni apa isi kandungan dia





Bungkusan Merah tanda nak dapat ang pow:P





Monday, February 25, 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Tukarlah untuk lebih senang dipakai'

Sejak kebelakangan ni, saya asyik terfikir-fikir nak tukar pampers Ilyaas dari pampers biasa kepada jenis pants. Memandangkan sejak beranak dua ni, life saya agak kelam kabut sikit. Ilyaas pulak dah nak masuk 2 tahun, paham-paham ajela perangai budak nak change dari baby to toddler ni. Terrible Two katakan. Nak salin pampers dia adalah satu cabaran besar tau tak. Jangan nak baringkan dia, nak biar dia static for 2 seconds pon sesuatu yang magic. Lagi bertambah serabut bila at the same time, Imani akan nangis mintak pertolongan. Hanya sabar je la jadi teman sejati kami husband and wife bila nak handle Ilyaas salin pampers, ke tandas dan sewaktu dengannya. 
Cheeky Ilyaas yg tak reti dok diam walaupun seminit which makes
 changing diapers a  struggling moment for umi and ayah

Saya check tak semua jenama pampers yang menyediakan jenis pants ni. Antara trusted brand yg ada pampers jenis pants ni ialah HUGGIES. So, lepas dapat tau Huggies ada buat Roadshow in conjunction of Dry Pants product, saya jadi teruja. Tambah lagi dah nak habis pantang ni, and cuti maternity masih ada. Boleh la pergi roadshow ni kalau berkesempatan nanti.

Tema untuk roadshow ni ialah 
" Change for Better Convenience"@ "Tukarlah untuk lebih senang dipakai"
Location  dia bertempat di Concourse, Mydin USJ. 
Roadshow ni bermula dari 25 February - 3 March 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' ni akan dipenuhi dengan macam-macam aktiviti. Bila ada aktiviti, mesti la ada hadiahhhhh..Selain hadiah yg best-best, ada jugak FREE GIFTS!!!! Sapa suka free gifts? Sila angkat keyboard..:P Sapa la tak suka free gifts, sejak dah jadi mak orang ni, saya memang suka sgt2 dgn free gifts dan free samples. Sebab boleh cuba dulu dgn kuantiti yang sedikit, baru tau tahap keserasian dengan baby kita.

Kat Roadshow ni jugak ada games, pertunjukan silap mata (magic tricks performance), pertunjukkan secara  langsung, special promotions and yg paling best ialah Pertandingan Huggies 30seconds Diaper Change Challenge!!  yang akan diadakan setiap hari dari 25Feb-3March, jam 10.30pagi, 2.00petang dan 8.00malam. Dan grand finale pada hari Ahad, 3 March jam 8.00-9.00malam.


( I imagine my husband yg masuk contest ni, sebab sekarang ni husband yg bertanggungjawab uruskan Ilyaas while I uruskan Imani)




So mummies semua, apa tunggu lagi, jom la kita ramai-ramai pegi Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' di Concourse Mydin USJ , boleh sama2 join contest menukar diapers in public=)
( have to start practicing now!!!)


Btw, a little bit info pasal Huggies Dry Pants:-



- Solution for infant and toddler yang aktif-just like my son
- Sgt memudahkan tugasan salin diapers baby ,Koyak, Salin dan Lepas...ready to go
- selesa dgn penggunaan bahagian tepi yang lembut
- dapat mengelakkan kesan merah akibat pemakaian diapers yg ketat etc
- ada lock system untuk elak kebocoran..oh ini sgt membantu.
- and paling penting first brand kat malaysia yg clinically proven to prevent diaper rash!


Untuk info lanjut boleh baca kat page ini..sila klik saya 

Those yang berniat nak mintak free sample from Huggies pon boleh. Sila klik sini

Oh ya, untuk update setiap hari, jangan malu jangan segan untuk like FB page Huggies Malaysia 

Sekian dulu sessi sharing is caring untuk hari ini..

Hugggggssssss from here...