Tuesday, June 30, 2009

tribute to my girl - Nora Aida ..selamat jadi isteri org

ini dia...yg ditunggu-tunggu..(xde kot org tngu, aku je excited) wahahha

wedding kak chom and ala'a (apsal xpngl die abg ala'a yer? tgh fikir kejap)..huhu

i knew this couple in 2006..i knew kak chom or her full name Nora Aida Ramly when we first meet in ESU, KLCC. she was soooo sombong that time. that's my first impression to her. but then we meet again in KLIA, when all of us were going to fly to Miri for our first yr degree in Geology. She was still sombong.maybe because she was not from our group in the first place...

Once we settled down in Miri, we became closer and closer to each other and gosh, i realize how much this Nora Aida acted liked a young girl though she is slightly older than me. She is very2 funny to talk with. A friend that can make me feel comfortable to be with though its normal to have some misunderstanding btw friends right. after all, no one's perfect aite?:P

She got her kak chom's name as she is soooo comel..seriously, sgt comel ok! i mean the way she acted heerself...i still remember her favourite phrase " I sepak u tergolek2 masuk neraka"
...she is a sister to me. a friend to me. she contribute quite an history in my life. her advices make me thinks. her suggestions and some harsh words make me realize. her happiness and coolness make me feel comfortable. her anxiety makes me knows her more and more. her gedikness makes me feel 'nak gedik jugak boley?'...

btw, back to Nora Aida and Ahamad Alaa'..they are superb couple. i can say that since they have been in relationship for 6years and it was long distances - Australia-Malaysia-Egypt... (can anyone imagine how?)

tabik spring sama kamu berdua..very proud...very the contoh teladan la...:)

n the get married on 23rd November 2008..(few days after our final exams kan kak chom)..sorry i wasn;t there...u kawin mengejut sgt..(but i understand that ur parents were in cuba and its hard to find suitable time)..n their receptions was done only in June...since thats the only date her dad can come back to Malaysia from Cuba..

To Kak Chom and Alaa' --> All the best with your new life as married couple. May happiness be with you two forever. Semoga berkekalan ke akhir hayat :)

ps: doakan athi to get good soleh husband as well :)

Sunday, June 28, 2009

~places i wanna go before i die~

first of all, diz feeling has been with me for so long..and since i browse through hannan and faire facebook photo albums, where they went to dubai, abu dhabi, newcastle, europe, france and lots more...my mind and heart can;t bear anymore..i must make a list places i want to go before i die..

1 : Mecca @ Mekah
2 : Madinah al Munawwarah
3 : Jordan (nak pegi laut mati)
4 : London
5 : Paris
6 : Italy (wanna visit Pisa Tower)
[ps: this is another masterpiece in geology though it is part of failness of geologist@hyrdrogeologist, its still wonders me]
7 : Kota Kinabalu (Mount Kinabalu)
8 : Dubai and Abu Dhabi
9: Mount Alps, Canada etc (based on my so called research on geodynamic of how does it form and its overturned after the formation, MashaAllah)
10: India (nak pegi Taj Mahal)
11: Beijing (Great wall of China)
12: Nepal (nak gi Mount Everest)
[ps: I am really faccinated with Mount Everest since I did learn how it forms..which was by collision btw India and Asia based on few geological theories, Subhannallah..it is a masterpiece! ]

13: New Zealand (Southern Island!)
14: Pulau Sipadan

::: this list will be added from time to time..sbb sy sgt suke travel.itu yg membuatkan mak sy risau dgn anak perempuan tunggalnya ini:P :::

:::turutan dlm list ni tidak bermakna sy nak pegi tpt yg dicatatkan awal terlebih dahulu (kecuali yg 3 terawal Mekah, Madinah dan Jordan):::

:::kalau boleh skrg juga sy nak ikut trip to Everest or Alps.itu priority sy sekrg, tp tak tahu layak atau tidak..sbb sy lemah geodynamic:::

hasil. shopping.hari ini...

Handbag yg br di beli..brand Camly Accolade..huhu..i never heard this brand..but dun mind la, i like the color n the design..suits my personality i guest:)

facial wash set uriage...beli facial wash + mask + scrub + toner jer..tp dpt free tshirt + face soap for guy + moisturiser + travel pack facial was..hihi

ok, ngntok sgt..tanak type lg..nunite....

Saturday, June 27, 2009

happy mode...

im in the office..
nak tahu kenapa?

tadi dtg kejap ofis settlekan form2 yg perlu di isi di internet utk apply visa..minggu dpn ari selasa ada interbiu ngn kedutaan US..cuak2..sbb nama aku ada "SITI"..arap2, die xkata aku org arab ke ape ke..n syukur arwah atuk aku tak letak nama ayah aku MUHD atau ABDUL atau AHMAD...klu x, mmg masalah..ofismate aku nama MOHD AZIZUL xlepas gi houton sbb nama die ada MUHD..padahal muka mcm org cine..ada muka terorrist ker?

ok2...lepas siap isi2 form..sy pon tersedar, arini 27june..maknenye..gaji ku sudah masuk..ape lagi...

secara automatik nya..diri ini terjemput utk bershopping di isetan yg tgh ada sale up to 70% for members...agaggaga:D

mula2 i go around tgk2 dulu..gi MNG..sbb mmg ada berkenan sebijik beg putih kat situ aritu..tp malang nasibku..beg tu dah abis:(( down giler...tp org kata maknanye takde rezeki la kan..
so xpe2, gi marks and spencer, tgh dok berkenan kat sehelai baju ni, tibe2 lampu terpadam..so xdpt nk memilihh..maksudnye takde rezeki lagi la kan..wahahhaah..selamat fulus aku..

tp bila masuk i-setan..jalan2..nampak satu long sleeve radioactive yg bg aku agak cute..i like the printed words on that shirt.."play with me" wahahhaha...(muka evil sebentar)...nnt i upload gambar shirt tu..skg kat opis, xbawa camera..gugugu..

then naik tpt handbag..makkkk ngaaiii sale gak ker...ape lagi..usha kiplings, tp masih out of budget la..so amik je la satu handbag ni ada 50% less..ok la..kaler ijau-coklat..(giler kaler natural geologist) tp cun..ala2 kiplings gak..brand ape ntah luper..nnt la hapdate..

btw, tak leh shopping bnyk2 sgt bulan ni..sbb sudah janji sama2 adik2 ku tercinta..baju raya kakak sponsor tahun ni:) so, lagi seminggu lebih aku akan bershopping dgn adik2 ku di queensbay mall, penang!!! mari2 adik ku..kita meronngeng dgn keta ayah..hehehe:D

ok, nk balik umah ku surgaku..malam ni nak menonton cerekarama tv3..esok nak gi kajang, kawan ku kawin!!! oh yeee..baju kurung esok lom iron..kay2, chiow chin chaw dulu yerk...


Wednesday, June 24, 2009

looking. forward..

Salam all,

Wanna share so called happy + good news I received few days back. This news might be a happy news for me but not for my mum. She is the one who's hoping this news is not true at all. but I know in the end she will always give her blessed to me=)

Ok, first of all, after 2months + working in CGGVeritas Services (M) Sdn Bhd based in KLCC, I am actually still a total stupido. There are really2 lots of things and knowledge I must know and applied in my daily working days. Seriously, stress is always there but I learn how to manage it. yesterday my senior went for a course, so I was asked to take responsible on the velocity analysis and deal directly with the Manager. It is my first experience working directly under him. I guest we both managed to cope well between each other, at least on my side :p

though I did a mistake by overwritting some data, but it was still a learning step for me. I must remember to QDECK the master job before tango-ing it..hehe (sory for the terms)

ok-ok, back to the title...the news=)

1 : I will be having a 3months training called as GoeRise. This is a complementary training for fresh grad without any experience working in this field. This training will be done in three places either in Houstan, Paris or Singapore. Luckily or unluckily, my training will be in Singapore. Training in Houstan was done last February while in Paris had started early June. I said it is lucky since InsyaAllah I can come back to Penang from Singapore easily for Raya Holiday..And at least I can save my allowance money from shopping comparing if I get the chance to go to Paris or Houstan. But it is unlucky since if I get Paris or Houstan, then I can go around the places for sight seeing and 'memenuhkan' cop di dalam pasport...:D

Apepun, sy sagt2 bersyukur..and really looking forward for this..

2 : Second news is my field assignment during the GeoRise training will be held in United States of America...!!! Alhamdulillah, I've get the chance to finally arrive in States, InsyaALLAH. I am currently in the process applying the States Visa. I will have interview with the embassy next Tuesday. The field trip will be done either in North Dakota, New York, Lousiana or Pensylvania... I don't mind where I'll be send but I really hope that I can avoid H1N1 virus..heheh..
And I'll stay in States for 3weeks...Alhamdulillah. looking forward sgt2 for this one!!!!

ok, for now.. really need to focus on velocity analysis since we've figured out that in our current project faster velocity will give better structure seen in the seismic especially after the tertiary basement of carbonate rocks.

ps: pray that I will do well and can pleased the embassy during the interview so I'll get 10years visa to enter states anytime..hehehe..

Tuesday, June 23, 2009

Apa itu 1-Malaysia yg dicanang-canangkan PM???

Petikan ini dipetik khas dari website PM kite...sila2 lah berkunjung ke alamat ini utk segala maklumat lanjut yer..(ps: saya bukan pro mana2 parti, cuma ingin benar nak tahu ape yg terkandung dalam idean ONE MALAYSIA ini ) (Saya yg dimaksudkan dlm artikel ini ialah PM kita yer)

Gagasan 1Malaysia Bahagian 1

Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara tanggal 3 April yang lalu, saya telah utarakan sebuah konsep iaitu 1Malaysia sebagai teras pentadbiran saya. Sejak gagasan ini diketengahkan begitu banyak perbincangan dan perbahasan telah berlangsung dikalangan rakyat semua peringkat.

Seperti yang telah saya sebutkan dalam ucapan saya sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 6 Jun yang lalu, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru. Sebaliknya, matlamat akhir 1Malaysia iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lebih lima dekad kita merdeka. Jika diamati, apa yang berubah adalah pendekatan dan gerak kerja menurut kesesuaian zaman dan generasi yang silih berganti.

Dalam erti kata lain, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar Kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Makanya, 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang menjadi pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 tercapai, jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Jika "Bangsa Malaysia" yang diilhamkan melalui Wawasan 2020 adalah matlamat akhir perjalanan ini, maka 1Malaysia adalah penunjuk haluan kearah matlamat itu. Pengertian ini adalah bertunjangkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju dalam jangkamasa yang telah ditetapkan, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Ia juga sangat berbeza dari konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang. 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Malahan gagasan 1Malaysia kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika yang lalu.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap "Penerimaan" di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Formula 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan Teras-Teras Perpaduan manakala aspek kedua ialah penerapan Nilai-Nilai Aspirasi.

Teras-teras perpaduan adalah tiga perkara yang telah saya huraikan sebentar tadi iaitu pertama, sikap "penerimaan" antara semua kaum dan rakyat Malaysia; kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun negara; dan ketiga adalah keadilan sosial. Teras-teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai seperti hormat menghormati, Tawaddhu', kesederhanaan dalam tingkah laku dan tuturkata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan.

Sunday, June 14, 2009

visiting nadiah


I'm in Malacca currently. but I don't visit the town yet..bukan sbb tak nak, tp sbb dah slalu pegi dulu..tujuan dtg sini kali ni sbb nak jumpa Nadiah As'ari je:)
so, I'm spending time at her house saja=)

ktorg borak bagai nak rak..sbb bnyk sgt gossssippssss yg tak tercerita dgn elok nya since 3++ yrs ago...last time jumpa was like before fly..lama giler kot..

tp ada la sekeping dua pictures..here I upload it..
nnt dah balik KL I'll update more..

ok..chow chin chow..

Monday, June 8, 2009

kerja oh kerja

no updates..
too tired to type..
but here are few pictures of me in the office..

KL Tower view from pantry..(ps: office is at level 56)..picture was taken at 6.45pm
View of Menara AM Bank

Saya ber background ke KL101ws..(my workstation)..
tgh buat velocity picking ni..heheh..
for info : dkt screen tu..from left to right :- Semblance- Gathers-Stack

Sunday, June 7, 2009

cuti pendek saya

sekarang ni saya di Penang. =) Tmrw morning dah nak balik KL.. tapi rasa nak update siket blog ni.
Percutian pendek saya kali ni sgt penuh and bermakna. Macam2 perkara saya buat dalam tempoh beberapa hari ni.
Bertolak dari Pudu dalam pukul 7.30..sampai di Tol Jln Duta, bus ekspress konsortium yg saya naiki tu tibe2 semput..ingtkan driver nak patah balik tukar bus, but die teruskan jer perjalanan. So dkt area Slim River, tibe2 bus stop. then lepas rilek dalam baper minit, bus ok n jalan balik. tp jalan pun dgn slow amat. gear 1 and 2 je kot..pastu stop2 lagi dkt beberapa tpt....perjalanan yg patutnya amik ms 4-5 jam je..dah menjadi hampir 6 jam setengah..tp syukur semuanya selamat..aku sampai rumah di BM pukul 2.45am! sian parents and adik2 aku tunggu..

sebab dah sebulan tak jumpa mak, aku n mak dok berborak2 la..sedar2 dah pukul 5.oo am and tibe2 Mak Tam aku yg tngl kt Pandamaran call. rupanya Mak Tam and family otw balik Penang jugak and kereta dorg rosak kat sempadan Perak-Penang. jadi, mak, ayah and aku pon get ready nak pg tolong dorg la..tp selamat bantuan dari org yg lalu lalang kat jalan tu cpt sampai. then, Mak Tam direct datang rumah aku kt BM ni. subuh2 dah dpt tetamu. 5org sepupu aku yg kecik2 lagi datang. syok jgak jumpa dorg tp aku agak laloq sbb dah 24jam tak tido and agak penat la..mak pun agak laloq tp mak maintain je..suspek la sama mak.

dalam pukul 9am baru Mak Tam bertolak blk Bayan Lepas. and aku pulak tolong mak kat dapur sbb ayah pegi beli barang2 dapur spt ikan dan ayam..maka nak kena siang, cuci and simpan kat peti ais la..biasala, parents aku kerja, seminggu sekali je pegi pasar...tgh ari aku sempat lelap sekejap...ptg aku pegi Danial Butik dkt Butterworth utk tempah baju kurung dgn mak, pastu ktorg satu family naik ferry dr jetty butterworth nak ke Georgetown.

Ayah belanja makan dkt Kapitan's Claypot Briani..dkt Lebuh Pitt...area2 Masjid Kapitan Keling.. Ya Allah! sedap giler briani claypot kat sini!!! aku order extra share dgn adik!!!and murah pulak tu..=) sapa2 yg nak dtg holiday penang, aku suggest pi la makan kat kedai ni=) tak kan rs rugi..Tandoori die pun extra sedap=) Then we heading back to Bayan lepas sbb my atuk dah call pagi2 tadi utk balik makan durian. Durian dkt dusun family di Balik Pulau dah menjadi=) Aku pun mmg dah 4thn ++ tak makan durian, sapu 3biji durian sorg2! tambah lagi ada geng nak makan durian spt adik aku si Ijat and Pak Tam..Malam tu ktorg balik BM balik..sampai umah dah tgh malam jugak la..

Sabtu pulak pagi2 bangun aku iron baju satu family sbb ktorg nak pegi amik studio photo sempena convocation aku..punya la lama kan tunggu? convo bulan 2, bulan 6 baru nak amik gambar..sbb nya, masa convo, adik2 aku tak ikut ke perth, sedih la kalau gambar aku adik2 tercinta tak ada..maka, aku sanggup membayar duit extra $$$ utk beli regalia curtin bawak balik ke Malaysia.. so gambar time cuti yg aku sempat amik hanyalah gambar kat studio..gambar2 kat tpt2 lain sume xsempat..ni ada la sikit gambar kami adik beradik=)

Lepas balik dr amik gambar, aku ikut mak n ayah pegi kenduri kat taman ktorg ni. dulu mak cik ni mengasuh aku kecik2, so logik la aku pegi..klu tak..segan gak..heheh..then balik umah n tdo petang yg tak best..sbb panas giler!! berpeluh2 aku..

Ptg aku drive balik kampung kat Kedah pulak..biasala, nak balik jenguk nenek kat kedah lak..kebetulan ada laksa mak su aku buat...mmg 2x sebat la..aku mmg hantu laksa penang!=D
pastu pi umah Pak Ndak pulak..esok dorg nak buat kenduri aqiqah utk anak sedara pupu aku..si Arsyad yg baru 3bulan..best gak berkumpul ramai2, walaupun tak semua yg ada..kalau raya mmg xcukup rumah la family aku kat kedah ni..penuh..berduyun2..sgt ramai..tp sgt happy=)

Aku tolong2 la apa yg patut, potong2 bawang sumer tu..heheh..dah lama xjoin aktiviti2 family camni, rasa happy sgt dpt join kali ni=) aku main ngn anak2 sepupu aku yg kecik2..best giler..sume dah besar.dulu aku ngn sepupu2 main pondok2 and masak2 je..skrg dah baper org dr sepupu aku dah ada anak masing2..haih...bila la turn aku kan?:P (ps: melawak je..)

dah pukul 12am, baru la ktorg gerak balik BM..dan sampai la skrg ni..
okla, aku dah ngntok..nak pegi tido ngn adik bongsu aku dulu..esok pagi aku nak balik KL dah..harap2 jalan tak jammed la...

ps: happy sbb ayah mmg bagi chance aku driving je cuti ni..and ni la 1st time cuti yg whole family berkumpul..klu tak, Amir akan ada dkt MRSM Transkrian..sbb tu br dpt nak amik gambr kat studio tu..heheh..

Wednesday, June 3, 2009

ooo.balik kampung..oooo

im sleepy but nak jugak tulis this ent3..
esok sy pulang ke kampung halaman di bukit mertajam..@ BM!!
tak sabar nyeeeee..
nak jumpa mak! nak gosssssippppp!!! padahal gossip diri sndri xmampu nak cerita..hahaha
tp cuti kejapppp je=( xpela, jnji dapat gak balik jumpa chenta2 hatiku =)

but kl, i'll miss u i guest.
gimme a rest okay. i need a time for the family and for me self.
then i;ll be back for my life in here..
yes, i consider kl to be part of my lifetime experience