Showing posts with label news spread. Show all posts
Showing posts with label news spread. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Pre-Loved Baju Baby Murah

 Assalamualaikum and Hi korang,

Hari ni I nak buat jualan murah, baju2 baby girl and baby boy. Semua milik I sendiri yang masih elok dah cantik.
I nak letgo sebab anak2 dah membesar.

Harga memang confirm murah sesangat.
Klu korang beli secara combine banyak2 pieces, lagi murah I boleh bagi..

So jom cekidaut apa I nak let go ni yer..


Baby Girl

SOLD
Long Sleeve Shirt. 
Material Cotton. Ada button kat bahu.
RM5
Size (80) 
Suitable from 6-12m 
Condition: 8/10

SOLD

Baby Girl Jeans
Jenis Getah dekat pinggang dan kaki
Kain lembut
RM9
Size: 24m tapi cutting kecik sikit
Suitable untuk baby 8-15m 
Condition: 9/10

SOLD
Knee Leg Short
Warna Dull Pink
Brand Kiko
RM3
Size: 6-12m
Suitable for 4-12m kalau baby tak berapa bam bam sangat
Condition: 7/10


Baby Gap Legging
Amik all three pieces RM10
Size 0-6m
Tapi cutting besar sikit, boleh pakai sampai 9-12 m jugak
Condition: 7/10



















BOOKED
Dress Denim Polkadot.
Brand Earlydays
Size: 6-9m tapi cutting kecik.
Suitable for 0-6m actually
My daughter sempat pakai 1-2 kali je
Ada getah dekat pinggang, boleh pakai dengan legging jugak
RM12
Condition: 10/10


Boy (Baby/Toddler)

SOLD
Swimming Attire 
Brand Ogival
Size : 2
Suitable from 9 bulan sampai 30bulan (2thn setengah)
Original Price RM59.90
Letting go at only RM20
Condition 10/10
Ada zip kat belakang, sgt senang nak pakaikan dekat anak sebab tak ketat


SOLD
Baju: JBaby RM2
Size: 1-2years
Condition: 7/10

Seluar Pendek Brand Cute Maree
RM8
Size: 3 tp cutting kecik, suitable from 1.5 years
Condition: 10/10
Pakai sekali je. 



SOLD
Baby Kiko Day Suit
Condition: 8/10
RM6

Sleepsuit 
Brand Earlydays
Size: 9-12m
Cutting besar, boleh pakai sampai 1.5years
Take any two RM12 (free one sebab nak letgo all three)
Warna putih tu ada yellow stain sikit dekat leher...
Condition in general: 6/10


Army Shirt
Brand Rebel (Primark)
Size 2-3years
Cutting kecik , boleh muat dari 18m
RM10
Condition in general 9/10

Shirt
Material cotton lembut dan nipis. 
I sgt suka shirt ni..
Size 2-3 years, cutting kecik, boleh muat dari 18m
Brand Rebel (Primark)
RM10
Condition 9/10
Ilyaas sempat pakai 2-3 kali je kot, sebab dia cepat besar.


SOLD
Shirt Brand Kiko
Size XXL
Suitable utk 2-3 years
RM8
Condition: 8/10


Kalau ada yang berkenan, cepat2 email I yer..

ni my email: athidean@hotmail.com

Thank You korang...

Pasal postage, terpulang kat korang nak pakai pos laju atau pos biasa atau registered pos...

Price stated without postage charge yer..

Nak COD pon boleh, area Batu Gajah @ Seri Iskandar

Thursday, September 12, 2013

Peringatan pada kita, ibu bapa

Baca ni pagi tadi, risau dan takut sgt. 
Husband selalu letak Ilyaas dalam kereta, pagi-pagi sementara kitaorg masukkan beg etc dalam kereta...Kadang I drive sorang, I terpaksa tinggalkan anak-anak dalam kereta, nak keluar bukak/tutup pintu gate rumah... 
Risau kalau Ilyaas main dalam kereta, main dgn gear, dgn stereng, tingkap kereta..macam-macam boleh terjadi..Nauzubillah

Untuk peringatan kita semua, berita dari Harian Metro ni....

Semoga dijauhkan perkara sebegini dari terjadi pada kita semua...

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.


Sumber: Harian Metro


Tuesday, September 4, 2012

Ajal Maut ketentuanNYA

Tajuk je dah tahu apa saya nak cerita malam ni.
Kalau anda mengikuti news kat tv and paper semalam dan hari ini, pasti anda terbaca pasal kematian dua pelajar Malaysia di Russia.
One of them is my junior in high school. We are in the same house. But she was 3 years younger than me and I am more closed to her elder sister, who is my senior when I was first entered the school.

Arwah, Adik Adzreen Dimyati, pasangan kembar kepada Adzwin Dimyati (also my junior) meninggal dalam perjalanan dari airport ke university nya yang terletak 450km from Moscow Airport. Diorang naik bus mini right after landed dkt airport about midnight time in Russia. Accident dikatakan terjadi dlm pukul 3 pagi, mungkin disebabkan pemandu bas yang terlelap, menyebabkan bas mini dorang naik bertembung dgn sebuah bas lain.

Tragis sgt dgr berita ni. Walaupun dah lama xjumpa, I still remember rupa paras diorang and serba sedikit memori pasal diorang masih ada. Tapi, kita ni manusia, hamba Allah. Dah tertulis ajal dan maut kita bagaimana dan di mana. Berita ni benar-benar membuatkan saya mengingati kematian.

Tadi, kat tv3 ada tunjuk pasal family both of the mangsa. Kesian tengok, tp mereka sgt tabah dan terima ketentuan Ilahi dengan redha.

Buat masa ni, pihak kedutaan Malaysia dah tuntut jenazah Adzreen dan rakannya Hanisah dari hospital dan sedang melaksanakan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia. Jenazah dijangka sampai ke tanah air pada hari Khamis ini. Sama-samalah kita berdoa supaya segala urusan membawa pulang jenazah sehingga pengkebumian berjalan dgn lancar.

Al-fatihah buat mereka berdua.

Friday, February 24, 2012

Ampang Lookout Point closed????

Pagi tadi comment2 dekat status my friend..sekali tercerita pasal Ampang Lookout Point..
Rupanya Ampang Lookout Point dah tutup until dorang dapat CF...
Ketinggalan kereta api sedikit saya ni pasal news ni..
Tapi still nak update dalam blog ni...sebab, bulan July 2011 yang lepas, saya and husband (bersama Ilyaas) dah pernah pegi makan di restoran kat Lookout Point ni...
Kirenya time makan ni belum tahu yang restoran ni semua tak dapat CF lagi..

Reason utama penutupan restoran di Lookout Point ni sebab takde CF yang sah, jadi investigation is going on bagi menentukan keselamatan pembinaan restoran di cerun yang berada pada 280m dari aras laut.

Untuk berita lanjut boleh baca di akhbar The Malay Mail. or di keratan akhbar ini...


Hmmm, sedih jugak bila tau restoran faveret dah ditutup.tak sempat nk bawa family besar gi makan-makan kat sini..Tapi takpela, sekurang -kurangnya gomen sedar dan ambil tindakan pada keadaan macam ni, sebab ni dah kira membahayakan nyawa pelanggan yang tak bersalah and tak tahu pasal ketidak -wujudan CF ni..

Nasib baik la kitaorg sempat merakam kenangan makan malam di sini...

gambar kenangan di Lookout Point


Thursday, February 23, 2012

Takziah buat keluarga Arwah Faris Nur Daniel

Sejak beberapa hari yang lalu, saya banyak baca entri berkaitan penyakit HLH yang dihidapi oleh Arwah Faris Nur Daniel. First time saya tahu mengenai cerita ini melalu blog MyKhalish. Kemuadian, baca lagi cerita penuh di blog Mazidul Akmal .

Hati tersentuh sangat bila tengok gambar2 arwah berselirat sana sini dgn wayar penyambung oksigen dan sebagainya. Tak mampu bayangkan diri sendiri berada dalam keadaan begitu.

Allah lebih sayangkan anak kecil berusia 6 tahun ni...tepat jam 10.18 pagi tadi, arwah telah dijemput Allah pulang ke pangkuanNYA. InsyaAllah arwah akan menjadi bekalan buat akhirat ibu dan ayah nya.

Dengan itu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Faris Nur Daniel dan pohon doakan ketabahan keluarga mereka.

Al-Fatihah.....