Tuesday, January 31, 2012

Ikea Children High Chair -Belt Recall

Assalamualaikum semua =) Apa khabar? hari ni saya dah masuk kerja. demam Ilyaas makin ada improvement. Hari ni masuk kerja dgn penuh semangat tau.. Nak tau tak kenapa? heheh, sebab ESOK CUTI!!! yeaaay, cuti hari wilayah. terima kasih la ye sebab bagi penduduk2 di wilayah persekutuan ni cuti.. best best best...

Ok, back to the tajuk . sejak dua menjak ni, saya jadi addicted browsing website Ikea, yela kata nak pindah rumah. mesti la berangan-angan cari idea nak copypaste letak kat rumah sendiri nnt. Tp berangan je la yer, duit nak beli nan ado...takpelakan, berangan curik2 idea sikit2..
So sambil dok godek-godek website Ikea ni, ter-come across pasal Ikea Antillop High chair Belt recall..

Uish, mmg kena amik port bab-bab recall product ni yer, sebab bahaya especially product baby..walaupun hanya belt, still kena take note..nyawa anak kita yang duduk atas kerusi tu..

Since Ilyaas pun ada high chair ni kat rumah, balik nnt saya nak check serial number dia..Btw, ni details of the recall...

 
5-1-2012

IKEA recalls ANTILOP children’s high chair belt
 
IKEA kindly asks customers who have an ANTILOP high chair from supplier #17389 and production dates 0607-0911 (YYMM) to immediately contact the Exchange & Returns counter at the IKEA store.

The high chair belt can open unexpectedly in use, creating a fall hazard. IKEA has received eight reports of belt opening, including three resulting in minor injury when a child fell from the high chair.

Only ANTILOP high chairs from supplier #17389 with production dates 0607-0911 (YYMM) are affected. The supplier number and production date are moulded into the underside of the seat, see picture below.
Customers with an ANTILOP high chair are asked to check the supplier number and production date. Customers who have the affected ANTILOP high chair are asked to visit to contact the Exchange & Returns counter or call Customer Service at 603-7726 7777 to receive a replacement belt, free of charge.

No other high chairs are affected.

We apologise for any inconvenience this may cause
 
Visit Ikea Website for more details and clarification. 

Jadi, untuk semua ibu-ibu dan bapa-bapa always check on product recalls ye, bahaya kalau kita ter-miss ..aritu medela pump-in-style ada product recalls jugak, tp nasib baik my pisa tak terlibat dalam batch yg kena recall tu.klu tak naya, nak kena hantar miss pisa ke US balik..

Monday, January 30, 2012

Demam & breastfeeding dillema

Assalamualaikum semua, 

Hari ni saya EL. Ilyaas demam tak kebah-kebah lagi.malah suhu makin naik. Semalam sampai 39.4 degrees, pagi tadi tak sampai hati nak tinggal Ilyaas kat opah. Langsung tak nak lekang dari saya.

Tapi bila makan ubat, kebah sikit, terus main pusing satu rumah. Alhamdulillah Ilyaas still aktif walaupun demam, jadi saya xla risau sangat. Tapi ada satu masalah di sini, semalam saya dah transfer 14oz susu dari freezer ke bahagian fridge biasa untuk jadikan bekalan Ilyaas ke rumah opah. since saya tak kerja harini, saya pun cuba la bagi Ilyaas minum EBM yg dah di-thaw tu. Malang sungguh, Ilyaas at 10months old still refuses to drink EBM from bottle if umi dia yang bagi. I tried to feed him using syringe. Mula-mula tu struggle jugak la, sambil nangis2 dia telan susu tu. Tapi once he figure out kehadiran Miss B around, terus nangis selak marah-marah sampai termuntah balik semua susu yang di minum from syring tu.. Mengamuk tunjuk perasaan la agaknya =(

How should I trained him to drink from bottle ? 

Jangankan susu formula, EBM pun dia still refuse nak amik dari botol if I am around.

Belum masuk bab nak transfer from breast milk to formula milk lagi (another part yang belum selesai)

Agaknya, kena tunggu dia umur setahun kot, boleh bagi fresh milk terus, and from sipping cup terus.

Dengan harapan my breast milk masih mencukupi untuk keperluan si milk monster ni...


My little man who is down with fever

Friday, January 27, 2012

CNY holiday in Ganu



Entry ni supposedly dah publish 2-3 hari lepas, tp disebabkan kesuntukan masa nak menaip dengan tenang (alasan) terpaksa di post-poned ke malam jumaat nan indah ni. Dah menjadi kebiasaan kami, bila cuti CNY, kami akan balik ke Terengganu, kampung sebelah my husband. Sebabnya, kalau balik Penang, confirm jem gila3x kat plus highway. Lagipun, semua adik-beradik sebelah husband akan berkumpul kat ganu time CNY ni. 
So, aktiviti2 menarik yang terjadi sepanjang percutian CNY kami di Ganu are as below :- 

1) Bercanda di Pantai Batu Buruk
Ilyaas muka tertekan sebab dia takut pasit. Penat je umi bg pakai seluar mandi nak suruh dia bergelumang dgn pasir.
Sekali letak atas pasir, nangis meraung tak ingat donia dah...padahal umi pon org penang, main pasir gak okay...
main-main pasir...

Ilyaas and Tok Dad. Teruja tengok layang-layang 


View kat pantai batu buruk. Memang tempat family lepak2 and muda mudi dating.hahaha

Family Halaman Dhuha (minus mak, kak jah, kak dilah, abg hafiz, hakim)



2) BBQ kambing, ayam, sotong dan ikan segar dari ladang eh salah dari laut tganu

Kambing baru sembelih nak kena marinate

Tok Dad tengah marinate paha kambing



Pembakar tegar,suami saya =)

Husband and biras in action. tu paha kambing yg berzaman nak masak

3) Naik Van KT Skill (hak milik kekal Tok Dad)


Aktiviti wajib ni kalau balik Ganu, naik van beramai-ramai. Muat 15 orang, haha, gi bandar pusing kampung semua naik van ni.
Ni antara gambar Ilyaas bermesra dgn Nenek...kalau tak, pantang nenek nak pegang Ilyaas merauang.ntah apa2 la anak kesayangan saya ni...takut dgn orang..Ni masa kat pantai gi beli ikan nak buat BBQ


4) Main Badminton (tapi kali ni tak jadi) =(

5) Layan Budak kecik comel ni main


My happy son wearing Thomas & Friend pyjamas. sgt suka pyjamas ni.comel . 

Dinner time. Makan kat luar rumah, sambil tengok ayah and pakcik2 bakar BBQ

6) Sessi Bye-bye (sobs sobs sobs)

Akhir sekali, bila dah nak habis cuti, kena la balik kl. Kena la bye-bye semua orang. sedih sobs sobs.. tak sure bila lagi nak balik ganu ni...macam2 nak kena settlekan 2-3 bulan ni..

Sessi bye-bye..
2 cucu paling bekkeng dalam keluarga halaman dhuha. Kak Rayhana dan Ilyaas.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 22, 2012

The Man Who Loved Clowns



I just finished reading this novel. Borrowed from a friend in the office. This book has been on the office table for 3 months and no one pick up to read. I decided to fills in the time while pumping by reading this novel. It was an eye-opening for another chapter of life. I life of a family who has a down-syndrome member. 


"Delrita has perfected the art of being invisible. She doesn't have any friends, and that's the way she likes it. If no one notices her, then no one will notice her uncle Punky either. Punky is a grown man with a child's mind. Delrita loves him dearly, and she can't stand to have people making fun of his Down's syndrome. As long as she keeps him a secret, she can stay home and work on her wood carvings without worrying about Punky getting hurt. But when a horrible tragedy strikes, Delrita's quiet life-and Punky's-are changed forever. When you open your hearts to love, then you will see difference things, positive different things. "

Published with Blogger-droid v2.0.2

Good habit to develop

This morning i wake up seeing Ilyaas playing with books on his play pen.we are currently in kuala terengganu,at my in-laws'.


I hope by the end of this year my aim to teach Ilyaas alphabet and numbers comes true.at least if he still cant remember the alphabet and numbers,he get familiar with them.


And most of all,i hope he likes and enjoys books.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 19, 2012

My little man

Ilyaas Hafiy dah 9bulan 24hari hari ni.rasa dah lama xupdate dlm blog ni pasal perkembangan Ilyaas.Sekarang ni aktiviti kegemaran dia ialah


1)memanjat dsn berdiri sebelah tangan(gaya seorang yg confident pd kestabilan diri sendiri)


2)bercakap dengan sangat banyak dan penuh ramah tamah.hari-hari ada je perkataan or mirip2 perkataan yg dia sebut.contohnya "emmm dap" maksudnya emmm sedap...."naaaak" maksudnya nak la kan...."maaaammm" maksudnya nak makan or bila nmpk makanan.


3)suka tegur orang dan pandang org tak berkelip mata.tang part ni umi xberapa favor sgt.xpasal gi tegur bangla or indon waiter kat kedai mamak..adoiii yerlebih peramah anak ku ini...tp kalau org nk dukung dia pandai pulak dia nangis xnak.


4)aktivitib wajib bila naik kereta ialah kena main stereng.sebelum kereta gerak and sebelum keluar dr kereta.selain stereng feveret lain bila naik keta(klu xletak dia dlm carseat ) ialah main signal,wiper,ubah volume radio ikut citarasa dia.last2 umi n ayah xyah dgr radio sbb ilyaas suka main.


5)Dah pandai tepuk tangan.ayah dia marah dia clap.ayah dia jatuh katil dia clap.umi kena gigit dgn ilyaas pun ilyaas clap dgn riang gembira.


Apepun perangai dan perkembangan Ilyaas sekarang,he is still a very clingy boy especially to me.xpernah berubah malah makin clingy lately ni.pantang umi hilang dr pandangan mata je nangis selak..adoooii la camne kalau kena gi field trip nnt ni¿

Org kata baby yg fully breastfeed mmg akn sgt clingy.dgn mummynya,betul ke?probably the bond kot..james bond..hahahaha


Okayla dh mengarut.selamat malam.love u.ok mengarut lagi bye


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 18, 2012

Dinner bersama Aunty Mimi n Perth friends

Semalam, lepas balik kerja, Rock (my best friend in university) call bagitau ada gathering with Aunty Mimi. I was so excited to meet Aunty Mimi . Last time jumpa was feb 2009, before fly back for good from Perth. But time rock call tu, I was already on my way back from office, kat dalam monorail and in fact it is already 6.15pm. Confirm kalau buat request kat husband time-time macam tu, sure kena reject la.. Well, understandable la kan, he is very tired after long day at work.So am I. Nak pick up Ilyaas lagi and by the time we reach home dah pukul 7 malam. 
So, mmg kena reject pun la. But I dun know how, maybe because he loves me a lot, tiba-tiba husband tukat fikiran. haha, banyak la dia punya sayang pada isteri ni, padahal saya buat mulut muncung sedepa , terus husband bagi chance pi jumpa Aunty Mimi.. hahaha, teruk benor perangai saya kan? isk isk isk, tak senonoh..tp sebab dah 3x di ajak dinner/gathering dgn Aunty Mimi, asyik xdpt gi je..
Apepun, sangat100x beterima kasih pada suami terkacak abad ini sebab bagi kebenaran and join sekali dinner ni. =) (i know u are reading this abang)
My small family with Aunty Mimi. she has not change a bit pun
Those who are there for the dinner. Some mmg rapat since uni, but some tu tak kenal  

Well, Aunty Mimi is very special person to me, and all of us yang pernah study kat Perth dulu. Most of Malaysian students akan kenal dgn Aunty Mimi. She is very friendly, caring, and most of all, treat us like her own children. Rumah dia lah tempat kitaorg lepak makan-makan, tempat lepak tengok muvie hindustan, muvie melayu, rumah dia jugak lah tempat solat hajat berjemaah bila kitaorg semua nak exam and paling penting waktu raya, kat sini lah tempat pertama yg kitaorg visit lepas solat raya.

Aunty Mimi is a person with a very good heart=) Kalau kitaorg ada masalah, kat dia jugaklah kitaorg rujuk.she's more like a mum to all of us. Asal weather okay je, dia akan call and ajak kitaorg keluar for BBQ dekat park, or pergi bersiar-siar sekitar Perth. We even plan for fishing and crabbing trip after our final examination.

that's her masa our fishing trip after final exam. pergi petang tgh malam baru balik. This was at Coogie Beach, Freemantle
Last night dinner and gathering with Aunty Mimi membolehkan saya jumpa dgn kawan baik saya juga, Cik Wan Rokiah . So introducing wan rock, single and available lagi..heheh
A good friend of mine, dunia dan akhirat. Even jadi good friend to my husband too.

Saya dan wan rock..



Ni pulak with Areen, wife to one of my Perth friend yang datang semalam. First time jumpa Areen, but senang nak mesra and she likes Ilyaas so much.. Tengok mata Ilyaas dah sepet tp mulut still senyum nampak camera..heheh eh salah henpon. sebab dr lahir lagi umi dah didik henpon itu camera. so kena smile bila nampak henpon. hehehe
Overall, last night was a meaningful night to me sebab dapat bawa my husband and my son jumpa Aunty Mimi. Finally, husband jumpa juga dgn orang yang selalu ada dlm cerita2 kenangan saya di Perth. Thanks Abang =)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 15, 2012

Bergedil with Soto Ayam Junior

 Assalamualaikum semua, 

Hari ni saya introduce kan Ilyaas pada bergedil. Home made bergedil, made with lots of love from his Umi...
Saya hidangkan bergedil ni dengan soto ayam with nasi impit. Ilyaas tak la excited sangat try makanan baru walaupun Umi dia excited gila. (Okay, saya mmg jenis semua benda pun suka excited, agaknya Ilyaas ni ikut ayah dia kot, heartless sikit dalam banyak perkara, hehehehe).

Saya nak share resepi macam mana nak buat bergedil ni ye ...actually ni bergedil sayur, so tak de bahan seperti daging/ayam digunakan. Kalau nak tambah minced chicken or minced meat pun okay jugak.

Bahan-Bahan:
5-6 biji ubi kentang (boleh replace dengan ubi keledek juga)
1/2 batang carrot
2-3 sudu tepung jagung
2-3 sudu tepung gandum
7-8 kuntum bunga broccoli 
Sedikit bawang besar (dicincang halus)
Minyak jagung untuk menggoreng 

IMG_2730[1]
sebelum digoreng

Cara-caranya:
1. Rebus kentang dan carrot hingga lembut. Biarkan sejuk sekejap.
2. Lenyek kentang bersama carrot.
3. Rebus broccoli dan ambil florets sahaja dari broccoli.
4.Campurkan florets broccoli ke dalam lenyekkan kentang + carrot
5. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam campuran ubi + carrot + broccoli dan gaul
6. Bentukkan bergedil anda. Saya guna dua sudu and bentukkan bulat2 bujur.
Boleh juga bentukkan guna tangan, and tangan yang basah akan memudahkan kita untuk membentuk bergedil jadi bulat.
7. Panaskan minyak jagung dalam kuali and goreng hingga garing. 
Tips menggoreng: Goreng sebelah hingga masak dahulu baru di kalih ke sebelah lagi satu, sebab bergedil masih lembik dan sukar di kalih kalau belum betul2 garing.



IMG_2731[1]
Bergedil with soto ayam junior

Untuk membuat soto pulak, saya pakai nasi impit instant je. Senang.hehehe.
Kuah Soto, saya masak sama je macam masak sup ayam and tambah seleri, carrot serta baby corn sedikit. Isi ayam dari sup tu saya racik-racik kan sebelum dihidangkan pada anak teruna saya ni. 

Saturday, January 14, 2012

Kegembiraan Jumaat, 13Jan2012


Assalamualaikum semua,

Semalam, 13 Jan 2012 merupakan salah satu hari yang bermakna buat saya. Bukan sebab anniversary, birthday or any celebration,tapi sebab sesuatu yang sgt2 sy tunggu telah tiba. Tiba dengan membawa senyuman memanjang pada bibir saya. Yang menyebabkan saya excited gila sampai tak leh tidur malam and paksa husband stay up dengar saya bercerita dengan penuh bersemangat. Walaupun cubaan nak suruh husband stay up dgr cerita tu tak berapa berjaya sangat. Hehehe.

Surat Keramat yang saya tunggu-tunggu dah tiba! Alhamdulillah.Praises to Allah. Sebab excited sangat saya tak sempat nak update kat blog ni semalam tp sempat tinggalkan nota memori di blog satu lagi.
Saya sangat2 bersyukur sebab ni merupakan sesuatu yang sangat saya nantikan. Dan ini bermakna tak lama lagi saya bakal menghampiri impian saya...InsyaAllah...Begitu juga dengan husband. Kami sama-sama gembira =)

Dalam keseronokkan ini, banyak perkara yang perlu saya dan suami pertimbangkan sebab ni melibatkan masa depan kami sekeluarga. Masa depan Ilyaas dan anak-anak kami yang lain yang belum pun lahir lagi...(takpe kan, future thinking gitu). I am 100% sure this not going to be a smooth sailing route, instead its going to be rough bumpy road. But at least we know where is destination and at least more quality time will be spend with family, InsyaAllah.

Ilyaas, Umi harap Ilyaas akan jadi cheer leader Umi dan Ayah ye as you always do =) I love you so much son, I want to bring you up in a healthy lifestyle. Hope I can.

IMG_2729

Friday, January 13, 2012

Lunch Date at Mee Rebus Utara

I had a lunch date yesterday, with my dearest husband of course. Well, actually hari-hari pun we had lunch date, since we both are working in the same office. I found this very helpful in developing and maintaining our relationship especially after dah ada anak sorang ni. Kat rumah balik je dua-dua busy uruskan urusan rumah tangga and uruskan hal anak. Kadang-kadang time nak tidur baru ada masa bertegur sapa balik..tu kalau sempat, kalau tak I will fall asleep earlier with Ilyaas while bf him. So peluang ber-lunch date bersama setiap hari sangat2 saya appreciate. 


So, semalam, we decided to ubah angin dari makan di kedai biasa, we went to Mee Rebus Utara , located in KL Festival Walk. Selalu bila lalu lalang sini mmg nampak this shop always full house. 
Actually this restaurant ada two floors. Bahagian bawah looks like the picture above while on the top floor it looks like very cozy and kampung-like version as picture below.

For privacy, of course la kitaorg pilih floor atas to dine-in. Here, we need to order and pay at the counter first before decided where to sit. The waiter won't come to you table to ask for the order. After order and pay your food at the counter, they will give you a number. You can choose where to sit and just show your number, so that waiter can see and send your food and drinks. 
The choices of food are as in picture below.Not bad tho, the taste is good!=)

Even the kedai is very famous with its mee rebus and pasembor, we did not take that. Nampak je ada menu keow teow goreng and char keow teow, terus we both took that one. The char keow teow is ok. not as good as the one at my hometown in BM but the koew teow goreng is marvelous. Macam kat kedai mamak okeh. Air juice tembikai laici tu mahal gila , sila order cendol atau ice kacang lagi murah dari juice. juice tu naik harga RM6, padahal pamerkan harga RM5 je..while cendol RM3 only and ice kacang is RM4.50..Lain -lain harga leh refer pic kat atas ni yer..



Well, banyak lagi restaurants and shop lots along KL Festival Walk ni, like Summer Milk Tea, Leko-leko, The Kulai, ada kedai ice cream and coffee bar jugak, plus butik2 kecil and exclusive such as LanBaharin. hehe, I am eyeing lots of Lanbaharin signature design seperti shoes and baju kurung. Wait till I buy one, mesti tayang ngn semua pembaca.Heheheheh...Ok, till then, banyak lagi velocity location nak kena picked ni...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 11, 2012

Beetroot and rice porridge for baby

Happy Wednesday all=)

Sapa tengok Master Chef Final aritu? Best kan best kan? The thing that I like about MasterChef Malaysia Final Episode was, the beetroot @ ubi bit. 

During the morning, I went to pasar and beli the beetroot. Masa beli tu, tak tahu pun nama dia apa. I just asked aci yang jual sayur tu, ubi ni boleh bagi baby makan tak? Dia cakap boleh cmpur dalam bubur baby..So, I pon beli lah. Balik rumah, sebelum apa-apa lagi, I terus upload gambar dalam fb tanya semua orang sapa tau ni sayur apa...ni la gambarnya si beetroot atau lebih mesra dlm bm nya sebagai ubi bit.

Since I already uploaded the pictures, I got a request from Elfira to share the recipe~ Weeee heee, so here goes the recipe for bubur nasi ubi bit...

1 cups of cooked chicken (already blend) 
Rice (I cook in rice cooker for 1 hour to make the texture very soft and porridge like flow)
1 cups of carrot + baby corn + beetroot purée that I blend together after steaming them
Add a little bit of salt for a bit of taste

Semua ni, I campak je dalam rice cooker once the beras dah berubah rupa menjadi bubur..
Kacau sekejap and ready to be serve/store for Ilyaas frozen food stock..

Cara nak masak/rebus beetroot ni sama je dgn rebus sweet potato semua tu, but don't use the balance water in the pot for blending the beetroot . Sebabnya air rebusan tu mengandungi lebihan nitrat yang tak berapa sesuai untuk baby. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh baca kat sini.

Rupa dia mcm red velvet kan? I mean the color...and Ilyaas love it sebab the taste is sweet! =)



oh, before I forget, ada Poo-Poo Alert ye if you feed your baby with beetroot...
Their poo-poo will turn into reddish purplish color. Don't freak out ya since its normal unless you see red blood spot then pls rush to paed.




WW: I miss Australia (part 2)

Kawan-kawan, layan je lah ye tuan punya badan ni dok rindu ausie oi oi pulak seminggu ni..












Tuesday, January 10, 2012

Frozen Baby Food Market Research

Assalamualaikum and Hi all my readers =)

My TKC sister , Kak Nurul ( mother of two) is throwing some survey regarding Frozen Baby Food Market Research.

Since most of us cook for our little fella, so this survey might help us reducing time spent in the kitchen to cook their food in the future.

So, I would like to request your kindness and generosity to spend 2-3 minutes filling up this Frozen Baby Food Market Research Survey.

Please kindly click the link below for the survey form.


Thank You All


=)

Monday, January 9, 2012

I miss Australia (part 1)

As the title said, I miss Australia.
So I take some time to glance through my old pictures.
The outcome is I want to start study back.
I want to go for field trips. (tapi sapa nak bagi Ilyaas gombeng malam2 before sleep?)

Well, I have wrote and put some nice pictures (at least they are nice to me) in my other half blog.

So, for all readers yang dihormati, jemputlah ke blog Baby Steps to My Dreams saya untuk preview I miss Australia (part 1).


Saturday, January 7, 2012

My first swimming experience

Hello aunties-aunties semua, malam ni umi kata Ilyaas kena tolong umi update blog . sebab umi tension asyik kena gigit dengan Ilyaas. Ilyaas bukan sengaja nak gigit umi, tp isi umi lembik banyak lemak (upsss, umi jangan marah ye), jadi sedap bila di gigit. Tapi takpela, since Ilyaas dah gigit umi sepanjang malam ni, so Ilyaas tolong umi update kay... Harap-harap aunties2 semua paham la baby language Ilyaas ni ye :P

Petang tadi kan, umi bawa Ilyaas pegi swimming pool. Ala dekat je swimming pool ni,jalan kaki seminit dah sampai. Tapi tak paham nape la umi xpernah bawa Ilyaas gi sini sebelum ni.. Umi bawa keta mainan Ilyaas sekali tadi. Selalu umi bagi Ilyaas main keta mainan ni dlm rumah je..tp tak best sgt sebab tak leh masuk kaki dalam lubang yang ada kat keta tu. Tadi masa kat pool tu, Ilyaas boleh main keta ni ..Best sangat tau.Umi tekan2 hon tu sampai ada sorang lagi baby sibuk nak main keta Ilyaas jugak.

Mula-mula kan, Ilyaas takut tau nak masuk pool ni sebab nampak mcm dalam je..Kalau Ilyaas tenggelam nnt macam mana...Seb baik la ada keta ni..Eh, jomlah kita tengok gambar Ilyaas main keta dalam air ni yer...=)
Ni la keta Ilyaas...


Ni paling best.main plush2 air percik kat muka..
Segar rasa sebab cuaca panas kan skrg ni..

Jom naik keta Ilyaas, Ilyaas bawa gi Gold Coast

Mana fish ni umiii?

Rehat ngn ayah sebab umi nak lepaskan gian swim dlm pool orang dewasa pulak.

Ilyaas main dlm pool tu kejap je sebab umi takut Ilyaas demam.Ye la kan ni first time Ilyaas masuk swimming pool besar. Selalu dlm baby bath tub tu je. Aunties2, comel tak baju mandi Ilyaas? Umi beli aritu..emmm rasanya dah dekat 2 bulan umi beli sebab ingt nak pegi swim masa gi rumah MamiJah kat johor aritu, tp ms tu umi n Ilyaas sama2 xberapa sihat, so postponed la aktiviti ni.. Ilyaas suka sgt baju swimming ni sbb ada gambar fish.. Umi beli kat Jusco je, brand Ogival kot, rasanye la sebab Ilyaas tak reti baca lagi..

Okay la ye aunties2 semua, Ilyaas dah sleepy ni. penat sikit malam ni swimming. tp sebab Ilyaas baik hati, Ilyaas tolong jugak umi type kan entry ni..Lagipun entry ni kan cerita first experience Ilyaas swimming...Ilyaas nak jadi mcm umi lah, suka swimming. Pastu boleh swim kat tempat2 dalam...Tak caya eh umi Ilyaas boleh swimming kat tempat dalam2? Cube aunties2 baca entry ni...umi selalu cakap dia rindu swimming, tp ntah bila la agaknya umi Ilyaas nak dpt swimming dgn intensive balik...hmmm.. 

Apepun, Ilyaas suka sgt dpt swimming n bawa keta dlm pool petang tadi. thank u umi , thank u ayah...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sup ikan merah & bubur nasi utk Ilyaas

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi =)

How's ur Saturday? Alhamdulillah, KL cerah terang benderang penuh dgn limpahan rahmatNYA..
Sangat sesuai untuk beraktiviti bersama keluarga, tapi indoor activities la, sebab the temp.is quite high. Rasanya mencecah 34-36 degrees ni.
Kami tak ke mana-mana hari ni, just duduk rumah. seperti biasa, husband terkacak akan mengemas rumah buang habuk sana sini yang suka sgt singgah kat rumah ni. While Ilyaas akan tolong umi dia masak. Ilyaas dok kat belakang umi je la tengok umi masak. Amik berkat, kot-kot nnt besar leh masuk MasterChef Malaysia ke..hehehe

Hari ni, saya masak sup ikan merah untuk Ilyaas. 
Ni la rupanya.tak berapa clear amik pic guna henpon jew..
Simple je resepi ni, tak letak garam. Tapi letak kiub ikan bilis separuh. try bagi perasa sikit dalam makanan Ilyaas. Sayur brocolli yang besar2 tu sepatutnya saya blend and campur dalam bubur dia, tp tadi tak sempat since Ilyaas dah menangis lapar n dah ngantuk. So saya just lenyek2 carrot yang dah lembut dengan isi ikan gaul dalam bubur nasi dia.

 bubur nasi Ilyaas. Just Rice and potato. Sekarang dh tak perlu blend dah nasi dia since gigi dah 6 batang 

Habis semangkuk Ilyaas makan tengah hari ni.. Sedap kot...(hahaha bagi chance tukang masak puji diri sendiri sat naaa:P)...

Okayla, makanan camni sesuai untuk baby umur 8/9 bulan ke atas. depends dgn penerimaan anak anda =) 



Published with Blogger-droid v2.0.2