Showing posts with label cameron highland. Show all posts
Showing posts with label cameron highland. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

Work Trip to Cameron Highland



Alamak! Scroll post dalam draft, rupanya baru perasan I haven't posted this Cameron Highland work trip lagi! Actually benda ni jadi masa 7-8 April lepas. Dah 2 bulan lebih...


Sebenarnya, kitaorg pergi CH kali ni atas urusan kerja. Ada meeting and workshop untuk research centers. Both husband n myself dalam group research yg sama mission nya. So, both kena attend. 

Mula-mula mcm xnak gi salah sorang, sbb tak tau sapa nak tolong jagakan anak2 kami. 
But, Alhamdulillah, kitaorg bawa jugak, dan mintak tolong our colleague's wife untuk jagakan while we attended the meeting. 

Since dah bawak anak2 , kena la entertained dorang berdua dulu sebelum dua2 kena kurung dalam bilik hotel je.

Kami bertolak around 9am dari rumah. and reach CH around 11am. 
Terus pergi cari strawberry farm untuk bagi anak2 pengalaman strawberry picking. 

Saturday, September 21, 2013

Strawberry choc chip bread puding

Hohohoho
Tak abis abis lg post pasal strawberry dan yg sewaktu dengannya..nak buek camne, bapak mertua pi beli strawberry paket besar kat cameron, pstu terlupa bawak balik...dah ada dlm fridge, kita cuba la inovasi buat apa2 supaya tak terbazir mcm tu jer...
Isnin aritu , guna strawberry tu buat bread butter puding.kali ni campur choc chips dgn hias dgn strawberry...buat dlm bekas pyrex yg besar tu, mmg x habis la makan..so bawa pegi lab on tuesday...huhu tp lab sy mostly org lelaki.so dorg x laju mana la desert ni...ada gak tinggal 3 ketui kecik xhabis...mungkin sebab x berapa sedap kot...sobs...sy mmg x pandai sgt buat desert mahupun kuih muih ataupun manisan.tahu makan je...tp rasa ok je kat tekak sy ni...
nak bg resepi kat sini pon segan..huhu...korg google la tgk kat blog lain yg lg terrer buat bread puding ni k...share gambo je kat sini...hihihi

Wednesday, September 18, 2013

Scones and T-Cafe (now known as Lord's Cafe)


Sebelum pegi CH kali ni, I dah berazam awal2 nak cuba strawberry scones dkt T-Cafe. 
Sejak setahun lepas, lepas baca review from Kak Anim (Tripletsplusone) pasal cafe ni, tercari-cari jugak location dia kat mana. 

Kebetulan kali ni hotel kitaorg kat Tanah Rata, I pon try check dkt TripAdvisor.com. Rupanya T-Cafe ni dekat deretan rumah kedai di Pekan Tanah Rata jugak. Cuma skrg, namanya dah jadi Lord's Cafe. 




Image: from Google
Semangat nye I nak pergi sini sampai pm my sils before pegi CH mention kat dorang to go breaky here on Sunday morning. This cafe claims that they is the only cafe in CH that provide fruity strawberry scones. Sure sedap kan. Tengok gambar je dah sedap. I mmg penggemar scones. Haritu ada cuba buat sndiri, tp x sesedap mcm kt kedai. hahah.




their so called famous strawberry scones with tea
Image from google


Tapi kan, kesian kat kitaorg, the cafe was closed on Sunday. 
So, ke mamak saje kita mengalas perut utk makan pagi. 
Sebenarnya, I some how feels ada hikmah yg besar di sebalik cafe ni tutup. 

I doubted the owner is not a Muslim. 
Bab makan ni, kena la jaga sikit. unless betul2 darurat takde kedai makan halal/Muslim then only we go for the choice yg lain. Walaupun sekadar nak makan scones (yg confirm InsyaAllah takde alcohol bagai, but still kalau boleh nak la dari kedai yg ada status Halal). 

I said this , first because notice board yg cafe ni guna ialah notice board dari Carlsberg. 


Notice board Carlsberg

Secondly, yes the closed on sunday. Perhaps, mereka pergi church. Wallahualam. 
Boleh je nak makan kat sini, roti2 je pun. 

Tapi, takpela, I feel a lot better walaupun tak makan strawberry scones yg I idam-idamkan tu. 
It's ok, kita pegi Bharat Tea dkt otw to Ringlet and singgah makan scones. 



Scones di Bharat Tea
Rm12 for 2 pcs scones. 
Mahai benor. 

tibe2 pulak rasa nak buat scones strawberry sendiri. Strawberry ada lagi kat rumah ni. 
Tepung pon ada. 
Hmmm, we'll see kalau malam ni I rajin or not. 
Hopefully the kids are well behave so umi can bake scones. 


Ok, sekian saje kisah CH Trip 2013. 


*tgh plan next month trip ke negeri di bawah bayu, InsyaAllah*

Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland

Hi, 

Arini nak sambung cerita pasal trip ke CH untuk tahun ini. cerita pasal hotel yang kitaorg menginap ni. 

Mulanya, masa plan nak gi sini, mak ayah dah ckp nak duduk kat Parkland Apartment. sebab dah berapa ploh kali pi CH, mmg duduk situ je...bagi kitaorg, bosan dah dgn parkland tu. Parkland apartment tu mmg convenient, dengan view pon not bad, pastu blik besar, ruang tamu luas. and kawasan strategic . eh ni dah ter review hotel lain pulak. nak baca review penuh beserta gambar kat parkland apartment, sila klik sini


This time around, kitaorg tidur kat Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland. Berdebor debor bila nak sampai hotel ni. sebab takut tak mengikut piawaian bapak mertua i. huhu..ye la, i tolong booked kan. yang bayar nye ayah. :D 
sebab duduk sini ialah semua hotel lain dah penuh. parkland awal2 lagi dah fully booked. 
Hotel ni pon I booked via phone. kalau tgk kot booking.com or agoda, dah fully booked. 
Kitaorg amik Family Room. Dapat 2 katil queen. Harga Rm360 sebab peak season. 
Nak tengok rate dan gambar bilik, sila la klik sini

pintu masuk hotel
Untuk parking, mmg senang,dan banyak. depan hotel ni jalan besar tanah rata. lintas jalan, parking awam.
tepi dan belakang hotel pun banyak parking.
bawah hotel ni ada kedai nasi kandar, dgn kedai pizza.
ada kedai lain jugak tp tak ingt dia jual apa.
Hotel ni dalam bangunan rumah kedai je.
Sekali tengok mcm rasa hotel cikai.
Tapi interior dan tahap kebersihan dia boleh tahan bagus.
Sepanjang deretan rumah kedai ni, ada mcm2 kedai. kedai makan mmg banyak gila.
kedai mamak ada, cina ada, india ada.
kalau kedai makanan melayu, kena lintas jalan.
ada 2 food court kat depan hotel ni.
kitaorg lunch dgn dinner kat food court tu je.
breakfast pi makan roti canai kat kedai mamak. sebab hajat nak english breakfast terbatal . sobs. tp sure ada hikmah. nnt citer lain.


bahagian dalam hotel. ni depan bilik kitaorang. 

Decoration dia ala-ala English gitu. cozy je. Planters hotel ni satu tauke dgn Bala's Chalet and Breakfast. so ada van utk jadi shuttle bus between hotel ni dgn Bala's Chalet. 
dalam bilik pon cozy jugak. lampu dimmed je. 
pastu bila sejuk, dlm bilik rs mcm ada warmer. 
mmg feeling2 duduk oversea lah. 
btw masa kitaorg gi CH ni, hujan turun dr pukul 3 ptg sampai subuh. 
suhu mmg sejuk gila. rasanya dlm 15 or 16 degrees celcius la. 
mujur bawa sweater utk anak2. 
mak pun pi belikan snow cap utk cucu2 dia. kesian sejuk. 
tidur malam tak sejuk sgt, sbb bilik mcm ada warmer 

kawasan reception
cozy ambience
Family room yg kitaorg amik ni luas. kawasan dia mcm terbahagi pada dua bilik yg connected tanpa connection door. 
toilet satu je la. 
air panas dia just dkt shower. paip kat toilet takde air panas. hooooiii sejuk gila bontot gue..hahaha
kettle ada satu, gelas pon satu je. ni hampeh sikit la. 
kopi gula teh creamer tak disediakan. kedekut sikit bab ni. hahaha. 
kitaorg guna teh sendiri jer.



Ni view dalam bilik. Gambar belah kiri atas bawah tu katil queen no 1. 
gambar kanan tu katil queen no 2. 
depan tu ada ruang lagi, so i bentangkan lemik utk Imani pusing sana sini. 
TV dia hampeh. channel tv9 takde, pastu tak leh la kitaorg tgk match malaysia-myanmar. 

Overall, hotel ni ok. 
location superb sbb access to kedai makan sgt senang. 
view tak cantik. nampak pekan tanah rata. 
servis ok. 
kebersihan ok. 
deco nice. 

haaa, tu je la kot. ok bye. 

Tuesday, September 17, 2013

Boh Tea Plantation & Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

Assalamualaikum semua =)

Hari ni nak cerita pasal trip kitaorg ke Cameron Highland. Family I ni, setiap tahun mmg wajib pegi CH. 

Klu tak caya, tengok la entry-entry ni, sejak dari tahun 2011 sampai skrg, setiap tahun mesti pergi CH. Tahun lepas siap 3 kali tu naik CH. semenjak jadi orang perak ni, mmg setiap kali family in law datang je, kitaorg jadi tourist guide ke CH. 

This time, pergi dgn my mother in law, my father in law dan dua orang adik ipar, Ana dgn Awa

Bertolak dari Tronoh pagi Sabtu. Singgah makan nasi lemak sedap dkt Batu Gajah. Then terus ke Kintaly Marble dekat Simpang Pulai. My fil nak survey harga marble utk extend kan rumah kat kampung. Pastu terus naik CH. Sampai CH around 10.45am. Kali ni kitaorg saja je nak bawa parents pegi BOH Tea Plantation pulak. setiap kali datang, ayah mesti pegi Bharat Tea Plantation je. Bosan sikit kalau kat Bharat Tea ni. Teh dia pon so-so saja. 

BOH Tea Plantation

Utk pegi sini, kita kena panjat bukit. Nama kawasan tu Sg Palas. Jalan nak masuk dia sgt sempit. Memang pemanduan yg cermat dan berhati hati di perlukan. Cara nak cari jalan masuk ke Sg Palas Boh Tea Plantation ni ialah:-

cari signboard Sg Palas Boh Tea Plantation
Simpang dia kecik je, so kena alert. Kalau dari arah Simpang Pulai, elok nampak je Equatorial Hotel, korang kena alert utk singboard tu. simpang masuk adalah sebelah kanan korang. 

Kalau dari arah Tapah, simpang masuk dia belah kiri jalan. Lepas Kea Farm dan berdepan Equatorial Hotel. 

Belok simpang je, terus naik bukit dan jalan yg sempit. 



Waktu melawat kawasan kilang buat teh dan cafe Boh Tea ni adalah pukul 8.30 pg- 4.30 ptg. 
Di buka setiap hari, kecuali hari ISNIN TUTUP. 

Atas ni gambar pemandangan jalan masuk ke sini. Jarak dari simpang ke pondok jaga (gambar hijau kat atas ni) ialah 2km. Dari situ, kena drive lagi 1km untuk sampai tempat parking. Dan kemudian kena jalan kaki panjat bukit sikit dalam 500m sebelum boleh sampai ke Cafe dan Kilang Boh Tea Plantation. Itu kalau datang dgn kenderaan sendiri la. Tapi, kalau sewa bus pengankutan dari Syarikat M. Raja Transportation, bus tu akan terus naik sampai ke kilang. Ni  bus mini je, so muat la lalu jalan sempit ni. Sikap tolak ansur antara drivers sgt penting utk memandu kat sini.  Biasanya bg rombongan yg datang ramai2 baru la logic sewa bus ni.



Gambar atas kiri tu view nak naik bukit pegi cafe boh tea.  Bagi yang dtg dengan ahli keluarga yg dah berusia, pls consider to ask around from the staff utk dptkan kenderaan bg boleh bawa our relatives yg dah tak berapa sihat sampai ke cafe tanpa perlu panjat tangga yg tinggi ni. tangga dia tak rata. mmg perlu berhati hati. jalan ni jugak tak friendly utk ibu yg dukung anak mcm saya. bahaya jugak la. kena peluk anak kuat2. I masa tu malas nak pakai baby carrier,so mmg dukung je Imani. Ilyaas pun husband dukung. fuh penat jugak la kan. satu lagi, kalau dtg dgn family yg pakai wheelchair, pls ask around too. for me, syarikat boh ni kena buat improvement dari segi customer friendly utk kesenangan pelanggan yg kurang upaya.


kami sekeluarga di Boh Tea Plantation Sg Palas. nice breathtaking view.
kalau orang tanya kitaorg tak boring ke gi CH tiap2 tahun, jawapanya ialah tak boring pun,
it's our kind of gateaway.
dari kecik lagi my parents pon suka pergi CH. sampai skrg, my small family pon suka gi.

Lepas makan minum serba sedikit kat sini, kitaorg gi kedai jual teh pulak. borong teh sampai seratus lebih. hahah, mcm kat tesco tak dak jual teh je. :P tp yg best kat atas ni, teh pelbagai jenis. semua kat satu kedai. Lepas turun bukit sg palas ni, kitaorg terus ke Tanah Rata, nak check in hotel. Pasal hotel ni, nnt I cerita kat entry lain. klu tak berjela korang baca entry ni saje. 


My handsome boy dgn mak cik kesayangan dia. Cik Ana yg bakal kawin bulan 3 nnt
Comel gila kan Imani? Geram sgt kat budak ni.
Dia happy senyum sengih je bila dapat pergi bercuti. this is her first trip to CH,
Masa dalam perut, 3 kali naik CH.




Big Red Strawberry Farm


Petang lepas rehat kejap kat hotel, kitaorg keluar gi strawberry farm. Niat di hati nak bg adik2 ipar pick strawberry. tp strawberry tak banyak. Kitaorg gi Big Red Strawberry Farm, dekat Brinchang. Gambar yg best banyak dlm camera, I is malas nak transfer bagai, so pakai gambar dlm henpon jer la ye. 

Kat sini bestnya sebab tempat ni berbumbung. So hujan lebat pun still boleh jalan sana sini dalam kawasan ni. Mcm one stop center jugak la. ada jual sayur. jual kaktus, jual strawberry. ada cafe. ada jual bunga-bunga,salad dia mak aiiii segar nya. rasa nak cilok satu pasu bawa balik. 

I sempat beli 3 jenis benih nak bg hadiah dekat my grandmother. hehe. cucu yg baik kan saya.

nak beli buah tangan pon ada gak jual kat sini. parking lot dia pun banyak. ada 200 bays. Parking free. tempat parking ada yg berbumbung, ada yg tak. kitaorg dpt tmpt berbumbung, so selamat la bila hujan lebat2 tu. masa tu suhu dah sejuk dah. anak2 dah bagi pakai long sleeve. eh ilyaas tak pakai long sleeve tp pakai sweater. ke tak ? eh lupa dah. 

tp kitaorg x lama pun berkeliaran kat sini, sbb anak2 dah ngantuk. kejap je, lepas amik gambar and makan ice cream strawberry, kitaorg masuk keta, susukan imani then lepak situ je, tunggu mak ngn adik2 ipar pusing tgk kawasan. ayah dok tidok kat hotel.dia malas nak jalan2.




ok, setakat ni dulu cerita trip CH 2013. nnt I tulis satu lagi pasal hotel dgn makan scones yg best dan lazat. 

nak sambung buat kerja. 



Wednesday, January 9, 2013

MARDI Agro Technology Park, Cameron Highland

Nak share pengalaman beberapa kali ke Mardi Agro Technology Park di Cameron Highland.
- a highly recommended one stop center for everything you want to see in Cameron Highland-
 
Location: Tanah Rata, Cameron Highland (berdekatan Sek.Keb Tanah Rata)
 
Entry Fees:
RM1.50 untuk kanak-kanak sekolah
RM3.00 untuk Dewasa
Percuma untuk kanak-kanak bawah 6thn
 
Opening Time:
Monday to Thursday
8.00 am. to 12.45 pm, 2.00 pm to 5.00 pm.

Friday
8.00 am. to 12.30 pm, 2.30 pm to 5.00 pm

Saturday and Sunday
8.00 am. to 5.00 pm

Open on School Holiday & Public Holiday
(Closed on Aidilfitri and Aidiladha)
Parking Lot:
In front of Information Center. Tak banyak lot yang ada, kalau datang dengan bas, baik parking di luar kawasan Mardi (di tepi jalan).
 
Apa yang best di Mardi Agro Technology Park?
 
Macam-macam ada. Saya describe sebagai one stop center.
Kawasalan luas dan penuh informasi tentang tumbuh-tumbuhan dan nature.
Masa di sini, saya sempat melawat :-
 
- Kebun Tomato. Geram betul buah tomato tgh membulat.
- Kebun Terung. Tapi terung rosak atau diracun
- Kebun Strawberry. Strawberry tgh merah-merah. Tapi tak boleh petik sebab baru di letak ubat serangga. Ada kiosk jual ice cream strawberry yang sgt sedap. Rasa lagi sedap dr tutti fruity. Jual dadih strawberry, strawberry celup coklat, ice blended strawberry.
- Taman Bunga. Macam-mcm bunga tgh kembang. Ros, Carnation etc.
- Kebun Sayur. Geram sungguh tgk sayur-sayur ni especially salad. Ada daun stevia jugak. Kobis etc.
Ditunjukkan cara penanaman hidroponik.
- Animal Farm. Ada rabbit, burung, iguana. Tak besar sgt, tp enough for the kids to enjoy.
- Kebun Bunga Ros. Masa sy pegi bunga ros tak berapa nak besar lagi.
- Nursery/ Sales center for pokok/bunga. Pusat jualan yang jual bunga-bungaan, pokok-pokok, kaktus etc. Jual baja jugak. Ahli keluarga yg lain banyak memborong di sini.
- Kedai Cenderamata. Jual Tshirt, Teh pelbagai jenis, sayur-sayur and product2 CH yang lain. Teh kat sini lagi murah compare to beberapa tempat lain di CH.
-Ladang Teh. Saya tak pergi. tak larat nak memanjat. just amik gambar dari jauh
-Fish Pond. Boleh bagi ikan makan. Cantik dan kemas. Dikelilingi bunga2.
- Miniature waterfall.
- English House.
 
 








Disebabkan kawasan yang luas, budak-budak memang excited, berlari sana sini. Ada kemudahan playground jugak, bersebelahan animal farm. Perlu ambil masa minimum 1jam untuk berjalan-jalan di dalam kawasan ni.
 
Kemudahan-kemudahan lain yang ada di Agro Technology Park:-
 
1) Tandas. Bersih
2) Surau
3) Cafe
4) Kerusi lepak-lepak
5) Bilik Mesyuarat etc
6) Bilik/Motel penginapan
 
In conclusion, berbaloi ke sini. Dengan harga tiket yang murah, kawasan yang luas untuk dilihat, banyak info pasal tumbuh-tumbuhan boleh dipelajari, mmg sesuai for family, school or even office trips.
 
Untuk info lanjut dan peta, boleh browse website ni.
 
 
 
 

Sunday, December 30, 2012

DEC 2012:Cameron Highland Lagi

Assalamualaikum=)

Mula-mula sekali nak wish Selamat Hari Lahir yang ke -27 untuk suami tercinta. Semoga Abang panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat selalu. Sorry tahun ni hadiah tak gempak (macam la tahun2 lepas hadiah gempak kan) hehe. Tahun ni celebrate birthday husband kat atas bukit Cameron nuuu. Bukan nya plan pun, tp FIL ada kerja kat sana, so dia booked kan extra bilik. Kitaorg bersyukur la join sekali. 

Birthday boy dgn anak sulungnya. Dekat Heritage Hotel. Kitaorg makan malam steamboat kat sini.
Tp tidur tempat biasalah, Parkland Apartment. 

Isteri birthday boy. bersama anak sulung mereka dan
 anak kedua yg masih sedap guling2 dalam perut ni

Macam yang di-mention earlier, kitaorg ke CH kali ni sebab FIL ada kerja. Ada family day KT Skill kat sana. So kitaorg join the dinner. Lepas dinner, FIL selaku pemilik KT Skill kena la bagi ucapan, buat cabutan bertuah semua. sementara FIL berucap, SIL and myself berborak-borak. Kata dah lama tak jumpa. :P

FIL tgh berucap

Habis dinner, bergambar la ramai-ramai. Masa ni rasa mcm nak baring je tengah2 lobby tu, sakit menyucuk kat bahagian bawah tulang rusuk. Dan dah lenguh berdiri daaa, punya banyak kamera nak amik gambar. Apsal xamik guna satu kamera je, nnt korang share-share la.  Pastu singgah Pekan Tanah Rata. Jarang singgah sini malam-malam. Biasa ke Pekan Brinchang je. So, kali ni experience lain sikit la. Kat Tanah Rata, FIL cari buah durian. Sempat pusing2 kat situ tgk suasana. tak beli apa-apa pun. Kat sini kurang sesak la dr Brinchang. Klu korang gi honeymoon, lebih sesuai jalan2 kat sini kot. 
Night market kat tanah rata

Malam tu, lepas balik bilik, makan spaghetti olio SIL bawakan sbb saya teringin. Panaskan guna rice cooker jer. sedap. kenyang perut yg tak berapa kenyang sbb makan steamboat je. Pastu tidor la, krohs krohs..dah la sejuk..mmg layan la tidur sambil peluk2 ilyaas..

Pagi-pagi, makan nasi lemak dulu satu round. Siap-siap nak keluar, ada seorang suspek telah poo-poo. Cari-cari tak jumpa.rupanya ajane. Selamba je masa tanya dia jawab tak..


Tok Dad bersama Ajane n Ilyaas.
Nampak kan muka Ilyaas menurun muka siapa.:P

Mula-mula ingt nak gi Pasar Pagi kat Brinchang je. tp tak bukak plak. So gi kat pasar yg berhampiran Kea Farm. Malas nak ke Kea Farm sbb sesak n penuh kereta. FIL and SIL rushing nak balik Ganu. So nak cepat, singgah pasar yg dekat2 Kea Farm tu. Kecik je. Barang mahal. Sayur tak banyak choice. N tak fresh. Beli ala kadar je pon. 

Pastu gi brunch kat Glory 78. 
brunch waffle strawberry kat restoran glory 78

Then, singgah MARDI kat Tanah Rata jap. Layan ice cream strawberry yg sedap...Beli teh kat kedai MARDI. and FIL n SIL beli pokok2 kat MARDI.


dengan anak-anak sedara.
Muka puas hati dapat strawberry coklat
Makan sampai comot

An attempt untuk bergambar


Ilyaas bersama cousins AF
Tp Ilyaas busy nak pakai selipar TD


Overall, thanks Ayah for sponsoring short vacation ni. Walaupun less than 24 hours di atas bukit sana, kami ttp seronok dan enjoy. Dapat cuti singkat sebelum bersalin dan berpantang. hehehe..


Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 21, 2012

Weekend: Ke Cameron Lagi

As-salam semua,

Mcm mana weekend semua?

Saya nak update laju2 ni. Weekend aritu kitaorg bertiga plus PIL and SIL and her family buat adhoc plan ke cameron highland. Gambar tak byk sgt.sbb sy tak bawa camera. kena copy dulu dari SIL and MIL nye camera.

Sekali lagi kami tidur kat Parkland Apartment, sama mcm last yr. tp kali ni melawat  lebih banyak tempat. dan kali ni percutian adalah dgn keluarga in-laws, last yr dgn keluarga saya. Tpi both percutian BEST.

Nanti saya update one by one tempat yg dilawati..

Sementara waktu ni, layan dulu la sekeping dua gambar ...









Ok nnt update in details..

apepun enjoy sgt adhoc holiday ni..

thanks ayah n mak..



Tuesday, August 28, 2012

Gambar Perjalanan Kenyir-Gua Musang-CH-Simpang Pulai

Salam, masih ingt lagi tak awal puasa dulu saya ada buat entry pasal perjalanan dari Terengganu ke Perak melalui Tasik kenyir- Gua Musang-Cameron Highland dan Simpang Pulai?

Kalau tak ingat, boleh baca entry ni ye.

Dalam entry tu, takde gambar lansung because both husband and me were too focused dgn perjalanan kami. Ye la, first time lalu jalan yg di-review kurang baik oleh banyak pihak. Tapi sebab kami nak jimat masa, maka kami try jugak. turn out its not that bad lah. Plus, no toll at all, takde risk of speed trap juge.  But banyak jugak contras nye. Boleh la baca kat entry tu yer. 

So, balik raya smlm, kitaorg ikut lagi jalan tu. Here are some of the pictures yang saya sempat snap dari dalam kereta. 

Kenyir


View Tasik Kenyir. Atas jambatan yg panjang ni. di kawasan kenyir, signal phone tidak ada ye. mmg xde line. 

another view of tasik kenyir. jalan yg kelihatan tu, dah ditutup sebab jalan mendap. dah ada jalan baru/satu lane untuk cover jalan yg mendap tu. harus hati2 bila driving kat sini. kadang2 ada sink hole juga. tak boleh bawa laju sesuka hati walaupun confirm takde speed trap 
keadaan jalan. molek je. but as i said, hati2. kawasan kat sini tanah dia agak lembut. ada kejadian tanah mendap, sink hole etc
kawalan polis bantuan di pintu masuk ke felda aring 10. nak keluar felda aring pon ada kawalan polis bantuan. kawasan ni signal phone clear
Felda Aring 10-1 

sori pic tak reti nak rotate. ni signboard how many kilometres more. dekat pintu masuk felda aring 10. 
jalan yg tidak begitu elok di felda aring 7/6
tp masih di kira ok la.
boleh dikatakan teruk sedikit dari perjalanan di jerangau-jabor.
ni the worst condition of the jalan. ada lopak. mostly di felda aring 6 yg seperti rally dakar. slow2 pandu, iallah ok je. anak dlm carseat pon xterjaga walaupun jalan compang camping lopak sana sini.
Dari Gua Musang ke CH, melalui Felda Chiku dan Pekan Gua Musang. Kemudian daki Cameron Highland and turun ke Simpang Pulai tu mmg dah tak sempat nak amik apa2 gambar pon. Pening kepala mak ni jalan pusing pusing. Ilyaas pon sama2 pening. Nak buat camne, kami dua beranak mmg ada motion sickness. Heheheh. Tapi syukur, bertolak kol 7.30pagi, kol 1.00 tgh hari dah sampai Tronoh. =)

Tuesday, July 24, 2012

Perjalanan dr KT ke Tronoh melalui K.Berang-Gua Musang-CH

Semalam kami bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Tronoh, melalui jalan Kuala Berang-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai.

Ni merupakan first time kitaorg travel ikut jalan ni, tu pun setelah mempertimbangkan pro and cons nya since my husband byk bertanya orang yang dah pernah lalu jalan tu and also baca forum and blog yang ada menulis pasal perjalanan melalui jalan2 ni.

At first, kitaorg agak sangsi nak try jalan ni..Dah lama tahu kewujudan jalan ni, tp asyik bertangguh je bila tiba time nak balik ke perak dari terengganu memandangkan most of opinions and experience yang didengari adalah agak kurang baik. So, nak tak nak, we all selalu terpaksa ikut jalan ke kuantan -kl- perak yang mengambil masa yg sgt lama dan jarak yg melebihi 600km..but the good thing is, all the way highway except bukit besi-jabor je jalan lama.

Harini, sy nak review n share pengalaman kitaorg lalu jalan ni.. Untuk kebaikan org2 yg tertanya2 sama ada jln ni selamat ke tak etc..tp sorry yer, takde gambar sbb xsempat langsung nak snap..

Kuala Terengganu-Kuala Berang
Mengikut jalan yg 2 lanes , jalan raya baru, besar dan luas. kiri kanan jalan ada kedai, stesen minyak, sekolah etc. Akan melalui Ajil sebelum sampai ke Pekan Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 30-40minit bergantung pada traffic. Estimated distance around 25-35km.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang,akan melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Sejuk dan berkabus walaupun dah pukul 9-10pg. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Ada santuari gajah kalau nak berhenti tengok gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.
Kat CH, boleh berenti beli sayur mayur and teh and strawberry dulu.

Cameron Highland-Simpang Pulai
Total distance=70km
Jalan ok. 2 lane. menuruni bukit. pusing-pusing.
kepala pun pening mcm nak muntah sbb perut kosong coz travel bulan ramdhan.

Simpang Pulai-Tronoh
Ikut jalan biasalah. dlm 15-20minit dah sampai rumah.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 
  • ni lah experience kitaorg lalu jalan ni.totalnya puas hati je...boleh cuba lagi next time bila nak balik raya. 
  • jalan ni dah ada dlm google map, so mmg dah di notified lah.


Tips:

  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. kalau bulan posa, sabar je la tahan lapar. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni





Sunday, April 1, 2012

Jalan-jalan Perak eh Pahang: Cameron Highland

Hoooreeeyyy!!! Ilyaas pegi jalan-jalan lagi..Alhamdulillah, sebulan lepas mcm-mcm perkara terjadi dalam keluarga kami. Mostly yang menyedihkan termasuk Ilyaas was warded. Ilyaas makin pulih walaupun selera makan dia tak mcm dulu, mungkin nak kurangkan berat kot, nak berjalan and berlari laju-laju. 
Bila Ilyaas dah sihat, kebetulan adik ipar datang, kitaorg berdua decide bawa dorang jalan-jalan ke Cameron Highland. Well, CH ni located in Negeri Pahang Darul Makmur, tapi jalan untuk access ke CH ialah melalui Negeri Perak Darul Ridzuan, sama ada dari Tapah ataupun dari Simpang Pulai. 

Kami memilih untuk ikut jalan dari Simpang Pulai. Ini merupakan lawatan yang kedua buat Ilyaas ke CH. His first experience was on October 2011, masa tu dia baru 7 bulan. The first time sampai ke CH, kami bermalam di Parkland Apartment. Tapi, kali ni, kami pergi balik hari je since our house is only 70-80km to CH. Well, untuk saya memang dah berkali-kali sampai ke CH, sejak dari zaman belum sekolah sampai dah ada anak, CH menjadi tempat pilihan untuk bercuti kami sekeluarga. Actually, saya sukakan suasana di CH.selalunya akan bermalam lah di CH sebab cuaca malam yang sejuk. Jarang kami jalan2 di sekitar CH sebab sentiasa akan ramai dgn umat manusia yang datang bercuti. Tempat wajib yang akan dilawati dan disinggahi pastinya Boh Tea Plantation or Bharat Tea Plantation

Untuk kunjungan kali ni, kami tak ke Boh Tea Plantation memandangkan jalan nak ke sana sgtlah mencabar. Cukuplah lawatan on last October, kami dah merasa minum petang di situ. Kalau nak tengok gambar2 kitaorg masa kat Boh Tea, boleh baca entry ni. 

Persinggahan pertama untuk lawatan pendek ke CH hari ni, ialah Bharat Tea Plantation di Ringlet. Jom kita tengok gambar yang sempat di snap tadi...

First and foremost, kena tunjuk muka hero kesayang hati saya ni. Dah kurus sikit kan dia?

Pastu kita tayang brownies with ice cream vanilla. Super sedap. RM8.50

and our tea selection
Teh Tarik Rm3.50
Passion Fruit Ice Tea RM8.50
Classical Pandan Layer Tea RM6.50
Makanan kat Bharat Tea ni ada macam-macam jugak such as Nasi Lemak, Scones with Butter and Jam (teringin sgt nak makan, tp rasa tak worth it sebab satu set RM12, rasanya buat sendiri lagi puas hati kot, nnt update bila dah buat scones sendiri, sekarang oven tinggal kat rumah KL), ada spaghetti, ada sandwich, brownies, biskut and few more.
sambil parents dia layan teh, Ilyaas mula ber'aksi'

Comelnya saya!!! Geram geram,Umi nak gigit gigit...
Gigi dah 7 batang ok!Roti canai pun dah makan laju je

tgh pikir camne la nak duduk atas kerusi ni, tinggi sgt

Introducing my sis in law... nak berkenalan? boleh contact saya :P 

Ilyaas struggle tu nak turun. Xnak dukung dah skrg, asyik nak merayap sana sini..
Padahal jalan pon tak stabil lagi..
Persinggahan kedua selepas puas hati minum teh, ialah Pasar Brinchang. Well, sepatutnya semua orang suka ke Kea Farm yang lebih famous. But for us yang ada anak kecik, it is too crowded. Tak larat nak bersesak-sesak kat Kea Farm,parking pun susah nak dapat.. Last time pegi husband and Ilyaas duduk dalam kereta je..sebab takde parking + kesian kat Ilyaas. 

Ni la serba sedikit suasana kat Pasar Brinchang. Kalau malam, ada pasar malam yang best... Wajib pegi pasar malam ni kalau bermalam di CH. 

My lovely husband and son

makanan wajib bila ke CH..strawberry chocolate!!! 3 batang RM5..

Ni budak kecik yang nak jalan je..jatuh tergolek baru tau..
patung monkey pun ada jual kat sini
Lepas membeli belah sayur mayur serta strawberry kat pasar ni, kitaorg proceed nak balik. Sebab dah tau jalan kat CH akan jem bila melalui Kea Farm. Memang betul pun jem 2km lebih semata-mata sebab Kea Farm tu..Singgah di Masjid Kampung Raja sebelum meneruskan perjalanan balik untuk diaper changing time. Nasib tak menyebelahi kitaorg, baru sedar tayar kereta pancit, ada seketul paku telah tercucuk pada tayar depan. Nasib baik bengkel dekat je, so cepat je la selesai masalah ni..Sambil2 tu sempat snap sekeping gambar keadaan perkampung Kg Raja ni
View dari Masjid Kg. Raja CH
Kami sampai balik kat rumah around 3pm..kejap je pergi sebab mmg xplan nak singgah mana2 kedai souvenir pun. Lagipun, iAllah akan ada banyak lagi trip ke CH ni since it is near to our house. Last but not least, present to you team cherish every cherry.. 
Ilyaas: Confused jap, apsal parents aku ni...?