Assalamualaikum and Hi semua,
Pasti semua dah tahu kan berita Flight MH17 milik penerbangan nasional Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine dan Russia, selepas beberapa jam berlepas dari Amsterdam.
Demi Allah, waktu pertama kali saya dapat tahu berita ni, jantung saya berhenti beberapa saat. Terkejut, terkesima, dalam masa yang sama sgt sedih tapi cepat2 mengucap syukur di dalam hati kerana kami berempat (saya, suami, Ilyaas dan Imani) baru sahaja menaiki flight yg sama pada 21 June 2014 yang lepas. Belum genap sebulan perjalanan kami selamat sampai dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, flight yang sama kini hancur, terbakar, terhempas, berkecai..
Ya Allah, besarnya dugaan Mu dalam kita menginjak memasuki 10 malam terakhir Ramadhan...
Ada beberapa orang dalam flight tersebut yang menjadi kenalan/sahabat kepada kawan-kawan saya semasa di Delft dulu, kawan-kawan saya semasa di TKC dulu, juga kenalan kepada ahli keluarga terdekat.
Malam tadi, lepas tidurkan Ilyaas, saya terjaga semula, dan terus on TV untuk dapatkan live update..
Imani turut berjaga.. saya tunjukkan dia gambar yg saya snap melalui handphone saya semasa kami boarded pesawat yang sama, MH17 pada 21June lepas...
Imani gelak gembira, mungkin ingatan dia masih kuat terhadap our 12hours long journey on the plane.