Showing posts with label baby gadget. Show all posts
Showing posts with label baby gadget. Show all posts

Friday, December 15, 2017

Review Autumnz Baby Food Processor




So I bought this one from lazada. 
Harga around Rm178

Been eyeing baby food processor since anak sulung tapi tak pernah beli. 
Anak no tiga (or mybe bongsu ni) baru beli. 

well, i x guna lama sangat pon benda ni. 

maybe dalam 4-5 bulan je kot, ke kurng lagi. 

biasala , bila anak dah banyak, dorg tumbuh gigi je terus bagi makan makanan dewasa. hahaha


umi dia makin pemalas. and makin relax. 





Ni Iyaadh masa umur dalam 6-7 bulan.. Now dah setahun setengah kot! lama nya umi dia nak amik masa update blog. sorry yang, umi x banyak update pasal awak dlm blog. Bukan x sayang tau, umi bizi cari duit hahahahah

yg ni example makanan yg saya masak guna food processor ni. buat stock.


and bawah ni steps nak masak pantas!


1. Frozen blended beras sangai 
2. Campak no 1 with carrot puree, potato puree, blended chicken flesh and homemade chicken stock with a little bit of H2O. Boil for 10 mins. 
3. Once ready, transfer to smaller container and let it cool. For 6-8months baby without teeth, preferably need to blend a bit using hand blender to get smoother texture. For babies with teeth, the texture of this porridge is already smooth enough. 
4. Label and frozen it. Ready to be eaten by your babies anytime, anywhere . Just reheat or double boiling it



Boleh tgk kat video ni gak..

.. Here's an example, right after steaming, the machine will beep to indicate that the steaming process is done and the light (red) will turn off. To blend, just turn the knob to the left side and blend it to your desired texture. I bought this from Lazada (seller onebabyworld) for the price of RM173 (free postage and free 8pcs (2oz) autumnz food keeper). I am actually a loyal customer of Autumnz secara tak disedari since 4 years ago.. I also used their sterilizer, warmer (bought at the end of 2012 and still functioning well to date) and their breastmilk plastic storage. Apart from that, I am also hardcore user of Autumnz nursing wear too! Ok, that will be all my unpaid review for Autumnz product...



stock utk 3 hari.



bubur from beras yg dah blend.

blended beras

 the ingredients.
carrot
potatoes
chicken breast 


steam all in once


almost cook!


those frozen chicken, carrots and potatoes 

i mix it with the blended rice and boil them all at once!




walla ! 

got this texture.
suitable for baby 6m and above


the frozen blended rice



Friday, April 17, 2015

Dekat mana nak beli educational items untuk anak-anak kita?

Assalamualaikum, 


Untuk soalan yg dalam tajuk tu, jawapannya kena baca entry ni :D
Hari Jumaat yang mulia ni, nak share pasal benda baik2.. =) InsyaAllah

Ilyaas kan dah 4 tahun sekarang. I dah mula ajar dia membaca. Kenal bunyi. guna konsep phonic. Tapi takla memaksa. Kalau nampak mood dia ok untuk belajar, I ajar. Kalau dia tengah mood nak bermain or nak menonton kartun or cd, I biarkan je dulu. 

Tak lama pon masa yg I amik untuk ajar Ilyaas sebab I tak nak dia rasa 'terpaksa' belajar. Everyday (almost everyday), I akan spend minimum 5 minutes to 10 minutes and ajar dia mengenal bunyi. Imani pon join sekali walaupon dia baru 2 tahun. Alhamdulillah, slowly nampak la improvement dua-dua beradik ni. Still belum boleh baca, tapi dah boleh grab penyambungan bunyi. 


Thursday, June 5, 2014

Review Sweet Cherry SC310 Rainbow Buggy

Assalamualaikum and Salam Sejahtera korang, 

arini I rajin plak type entry berfaedah. arini nak share pengalaman I dgn satu barang buatan Malaysia. Stroller atau nama sebenar produk ni buggy. 

Ada sesapa tak confuse apa tu stroller? apa tu buggy?

Meh sini nak bagitau, stroller ngn buggy ni jenis pengankutan bayi. 
tp stroller biasanya lebih berat, lebih banyak fungsi dari buggy.
buggy di design untk light weight purpose dan kegunaan dia adalah jauh lebih kurang dari kegunaan sesebuah stroller. I aada buat review stroller mclaren quest yg dah berkhidmat dgn I sekeluarga  selama 3 tahun lebih dah..kalau mak mak lain nak baca, jemput
klik link ni yer:- 


 Alkisahnya, mula2 kan husband tak benarkan pembelian buggy ni.tapi I tegas nk jugak nak jugak.sbb nak travel pergi holland ikut husband kerja.nak bawa stroller mclaren tu rasa mcm alahai tambah satu lagi beban nak mengankut pikir mclaren tu kategori barangan besar dan agak berat.kalau beg beg yg bawa travel sikit tak ape la jugak nak bawa mclaren quest kiraorg, tapi beg beg pakaian saja dah 2 yg besar gedabak.. Punya la Ipujuk pujuk, lagi 3-4 hari sebelum terbang ke amsterdam, akhirnya husband  telah bersetuju.maka kami ke Aeon Station 18 Ipoh utk beli sbb I dah pernah nmpk buggy ni kat situ.


Inilah dia rupanya. I request nak kaler pink jugak, kira ni beli untuk adik Imani la.  promoter tu baik hati gi cari dlm store.mujur ada satu last piece yg pink kaler.kaler lagi satu warna blue..blogger chekgu azrine ada pakai kaler blue utk anak teruna dia. Buggy ni harga dia rm109. kitaorg tak dpt discount.mmg bkn time sale. kalau sale rasanya leh dpt rm100 jer ni. Berat buggy ni 4.2kg..kalau mclaren kitaorg pakai berat dia 6.0kg..so yg sweet cherry ni kira sgt ringan la. In fact rasa mcm less than 4kg je pon.sangkut kat lengan pun relax je. Ala berat sket je lebih dr newborn babies kan?=)

Buggy ni sgt one user friendly.Compare ngn mclaren mmg lagi senang nak handle sensorg diri.nak bukak or tutup, just pijak je besi kat blkg buggy ni sampai bunyi "kelekak".  Dia akan tertutup mcm bentuk payung, malah lebih kecik size payung nya dari mclaren. Bile dh tutup dia ada satu tangkai warna merah boleh guna utk lock kan daripada terbukak.cangkut kan aje tangkai warna merah tu kat tpt yg dia dh sediakan.takpe klu korg x leh imagine masa beli biasanya promoter akan terangkan n buat demo..

By the way, good thing about this buggy is, kita boleh bukak kain tu (guna skru driver), boleh basuh, n pasang balik ke buggy ni.. tak susah, senang je, I pon boleh buat sendiri proses pasang memasang kain tu balik...





Buggy ni ada penghadang kat depan tu. jenis lembut. so bila kita tutup buggy ni, bahagian penghadang ni terlipat sekali. bagus ada penghadang ni, Kalau Imani malas  nak bersandar, dia pegang je penghadang tu sambil tgk2 pemandangan sekitar. 

Buggy ni tak sesuai langsung untuk baby bawah setahun.pada pandangan I la sebab takde nya nak boleh incline kat seat tu..seat dia cuma satu position tu je la.material kain dkt seat tu pun jenis kain berlubang lubang.sangat la sesuai dgn cuaca panas malaysia.baby or infant yg dh boleh duduk dn kuat pinggang dia je boleh guna buggy ni ye... Berat maximum yg buggy ni mampu handle I x pasti.tp promoter tu kata sampai 3 tahun.Ilyaas skg 3 tahun n berat dia 16.7kg and dia masih selesa berehat atas buggy ni setakat ni tak ada defect lagi la..kot2 terkoyak di kemudian hari tak tau la tu..hehehehe.

harga pun RM119 je, tak kan nak expect buggy ni perform sebagus quinny, atau pil&thed or papamamas dan brand2 hebat itu..

Size buggy ni sebenarnya sangat suitable untuk badan Imani. 
Just nice je kaki dia boleh terletak elok atas tempat letak kaki tu. Kalau Ilyaas naik, dia kena bengkokkan lutut mcm duduk atas kerusi kanak-kanak la sbb kaki dia dah panjang...

Buggy ni takde accessories lain tau masa kita beli. 
maksud I, takde rain cover mcm mclarren , takde bakul untuk simpan barang

I kreatif kan diri sendiri je. kalau panas, n Imani sleep kat dalam tu, I sangkut je nursing cover. jadi sun cover untuk buggy ni. kalau hujan renyai2 pon boleh lagi guna nursing cover ni jadi penlindung. 
tapi klu hujan lebat tak boleh la. 
rasanya boleh je pakai rain cover mclaren kat buggy ni mungkin besar sikit la..



Dari segi roda /tayar dia and handle menolak, semua I rasa sgt ok. 
takde masalah nak menolak or tersangkut sangkut, walaupun buggy ni kategori murah kan. 
kalau sangkut barang berat2 kat belakang buggy ni pon dia tak kan terbalik. sbb design dia more to a chair. 
kalau stroller mclaren kitaorg, confirm terbalik dah kalau xde budak duduk dalam stroller. 



Ni ilyaas kat dalam buggy. penuh satu seat dia duduk. 


disebabkan buggy ni takde bakul or raga nak letak barang, kitaorg mmg sentiasa gantung beg sekolah ni kat buggy time keluar berjalan. 
if beli apa2 letak je dlm beg skolah tu. 
mcm ganti bakul/raga la. 
biasanya letak baby carrier dlm tu, bila ilyaas penat berjalan, I carry Imani, n Ilyaas duduk dlm buggy ni pulak. 




ok last but not least, ni comparison easy walker brand Quinny dgn Buggy SC310 kitaorg. 
easy walker ni sewa je heheheh


Thursday, April 17, 2014

Halwa Telinga- CD Sufi Cilik & Voices of Ummi

Assalamualaikum, 

I dgn husband, kalau naik kereta suka karaoke. Walaupun I tau suara I sumbang tak ikut rentak dan sebagainya, tapi dalam kereta je la yg I boleh menyanyi sesedap mulut I. Lagipun husband I dah biasa dah (serta sudah lali) dgr suara bini dia yg tak sedap ni. 
Biasanya lagu-lagu rock kapak la kitaorg karok. Tak pon lagu2 english yg country sikit or lagu james blunt. 

Tapi bila dah ada anak, nak bagi anak duduk senyap or tidurkan diorang kat dalam kereta, kitaorg cari la lagu2 yg lebih sesuai. Mula-mula burn cd lagu2 nasyid. mcm raihan, hijjaz semua tu. 
pastu keluar koleksi zikir hafiz hamidun. beli yg tu. 
ok la, mmg anak2 akan tertidur kalau dgr alunan zikir hafiz hamidun. kami pon kalau tgh mengantuk mmg akan jadi lebih-lebih mengantuk dgr alunan zikir hafiz hamidun, mendayu-dayu sedap je . 

Kemudian, I diperkenalkan dgn CD Sufi Cilik. 
CD ni I beli from kawan blogger jugak, Kemn. 
MashaAllah, first time I dgr CD ni, dia intro dgn surah Al-Fatihah, alunan bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah ni terus buat I jatuh hati dgn CD ni..
Bila bgi Ilyaas dgn Imani dengar, diorang boleh duduk diam dan menghayati semua bacaan dan zikir-zikir dalam CD ni...
Lama kelamaan, Ilyaas dah dpt ikut dan sama-sama mengalunkan zikir-zikir dlm CD ni. 
Paling dia suka zikir Ya Hayyum Ya Qayyum...

My review dekat kemn, penjual CD Sufi Cilik ni
and my boy, Ilyaas yg sgt happy masa umi hadiahkan dia CD ni

Dalam CD Sufi Cilik ni ada 12 tracks zikir/ayat quran..
Semua Zikir atau alunan ayat2 quran tu di baca oleh seorang budak kecik ..and penuh bersemangat bacaannya. tak mendayu dayu sampai terbuai di ulik mimpi. Personally kita rasa teruja n terpanggil nak sama-sama berzikir sekali. tak mengantuk sgt mcm bila dgr CD hafiz hamidun..



kalau nak baca review orang lain pasal CD Sufi Cilik ni, korang tgk kat blog Kemn ni yer


by the way, harganya RM25 termasuk pos.

Kalau dah habis tracks dlm CD Sufi Cilik, kitaorg akan dengar pulak lagu lagu dari CD Voices of Ummi. CD ni i yg original boleh beli from HudHud Media Shop. Ni syarikat penyanyi Nora tu tau..
I mula kenal lagu2 dalam ni melalui youtube. 
then skrg dah ada short story dkt TV9 setiap hari sabtu, jam 6 ptg. 
kalau ada kat rumah, mmg wajib Ilyaas dgn Imani follow segmen ni kat TV9. 


Ni Cd Erti Alfatihah from Voices of Ummi
CD ni ada 13 lagu. tapi pendek-pendek je la. harga dia RM28 kalau yg ori la.
i ada tgk kat pasar malam pun jual jugak. yg RM5 ke RM10 cmtu je la.
lagu faveret anak-anak I lagu Bismillah, Erti Al Fatihah, Alhamdulillah, 
Yang Ilyaas suka ajuk Lagu Professor Gadjet and lagu Mari makan Roti..

Dia ada DVD gak. So kalau kereta korang ada dvd player, boleh la pasang. 

I baru nak beli DVD ni...harga RM29..
SIL I dah beli, mmg comel je grafik2 dlm DVD ni. 
Budak2 pune xcited nyanyi sekali...
Sebb dh tgk SIL i beli, I pon confident la nak beli, lagipun Ilyaas mmg suka sgt sing a long dgn DVD ni...


ok tu je perkongsian di hari Khamis ini...













Tuesday, October 22, 2013

Tips flying with babies and toddlers



Assalamualaikum, sementara still segar dlm ingatan ni, nak share sikit tips 'kononnya' utk travel in flight with infant and kid(s). Based on my experience yg x seberapa, org lain yg dah selalu turun naik flight lg expert la bab ni.

kadang-kadang bila tak pernah or jarang2 travel dgn flight, kita jadi blank/ buntu apa nak kena bawa/apa yg perlu/xperlu...so nak share ni, hasil saya dok buntu sebelum ni, dan lepas dah travel dgn sorang baby and sorang infant, apa yg kena ada masa travelling ni...

oh ye, biasanya flight attendance akan bg chance la dkt passengers with babies/kurang upaya utk masuk dulu dalam flight masa nak boarding utk senang nak selesakan diri kat seat etc..tp bagi kitaorg, we did not follow their suggestion utk masuk awal...

sebabnya, once dah masuk, tak leh keluar. tak leh bangun2 sesuka hati. kena duduk, ikat tali pinggang dan berkepit lah dgn anak2 kat seat kapal terbang yg tak la berapa besar tu...

mmg kitaorg masuk antara yg last-last...sebab masuk awal, maknanya lama la bersempit2 dalam tu. 
so masuk lewat dpt anak2 chillax lagi kat departure hall...pastu masuk last last tak yah beratur panjang sambil galas beg n kelek anak2 lagi...

1. Toys & Flash Cards




  • tak perlu bawa toys yang besar-besar, cukup sekadar yg kecik-kecik, boleh sumbat dlm bag. 
  •  Imani pun dah 8 bulan lebih, dia lebih attracted pada benda2 lain selain toys, jadi mmg sy xbawa banyak sgt la. 
  • selain toys, saya bawa flash cards jugak. sebab ringan. ikat je dgn getah, masuk dlm bag. bosan2 boleh ajar Imani and Ilyaas. 


2. Stroller & Baby Carrier


  • Bagi yg travel dgn sorg baby je, mungkin tak perlu. Memadai dgn ada baby carrier saja. Tp bagi kitaorg yg travel dgn 2 budak less than 3 years old, and banyak tempat persinggahan, kehadiran both stroller and baby carrier sgt sgt membantu perjalanan kitaorg, especially bila dekat airport, n transit time adalah lama. 
  • Untuk bawa stroller ni, kena tgk jugak jenis stroller. Di cadangkan bawa stroller yg light weight, mudah dilipat, mudah di buka (jenis payung) dan tak amik space yg besar. 
  • Baby carrier pulak sy guna bila Ilyaas mengantuk or tidur atas stroller. So boleh dukung Imani dlm baby carrier. 
  • Selain penting dkt airport, penting jugak waktu berjalan-jalan sekitar tpt kita bercuti tu. Contohnya, lepas kitaorg hantar kereta sewa, pastu kitaorg jln kaki je pergi pantai tanjung aru, Ilyaas ngantuk, so tidur dlm stroller. Imani pulak selesa dalm baby carrier. 

3. Extra Infant Buckle


  • Ok, ni penting. Bagi first timer yg travel bersama bayi, sila mintak pramugari tunjuk ajar cara nak pakai infant buckle ni. Kalau segan/ xsempat, cuba ingt step yg sy tunjukkan kat sini.hihihi..
  1.  bila kita dpt buckle tu, kita check dulu la semua parts dia ok. 
  2.  Before kita buckle diri sendiri, kita selitkan tali pinggang infant/baby pada tali pinggang kita. Ada satu bahagian yg dh tersedia dkt infant buckle tu, khas utk kita selitkan. Then, kita pakai tali pinggang keledar kita. 
  3.  Lepas dah pakai kat diri sendiri, betulkan position buckle infant tu supaya bahagian yg dh tersedia utk infant/bayi tu ada kat tgh2 pinggang kita. pastu selit baby kita kat tali pinggang tu and buckle la baby kita pulak 




  • Ni Imani dlm buckle infant. boleh longgarkan so that baby boleh baring atas riba kita.




  • Ni rupa buckle infant yg dah siap di pasang pada Imani. Muka ngntuk sgt dh masa ni. 
  • Tak sempat take off dia doze off dulu... 
  • kalau baby kecik lagi, boleh order baby cot.  



4. Cardigan/Extra Cloth/ Sweater/ Socks





  • Biasanya dlm flight, lepas take off akan sejuk.. Depends dgn flight jugak kot.. Jadi sy mmg spare cardigan utk Imani. N socks utk Ilyaas. 

5. Diaper Clutch 




  • Ni penting sgt. cheeewaaaahhhh. kalau takde agak kelam kabut jadinya kalau tiba2 baby poo poo atas flight. Boleh imagine kan toilet flight sgt kecik/sempit. Muat-muat sorang dewasa bersaiz sederhana je. Kalau badan agak berisi, agak sesak kalau dlm toilet flight. Jadi, dengan nak salin baby lagi, agak susah la. 
  • Tak kan nak usung bawa beg baby besar-besar masuk toilet ni...fuhhh, nak letak tang mana pun tak tau beg baby dlm toilet ni. 
  • So, dgn ada nya diaper clutch, mmg penyelamat sgt sgt la. Imani poo poo masa otw balik KL. Harum semerbak wanginya. dlm masa less than 5 minutes, sy dpt salin pampers Imani kat toilet flight, dgn dok turbulence lagi masa tu.. Nasib baik bawa diaper clutch. 
  • Ok, promote sat..jangan marah. sapa nk beli diaper clutch, tunggu next batch yer..

6. Nursing Cover

  • Ni pon wajib ada. bagi yg menyusukan baby dgn susu ibu. Kalau formula milk, tak perlu bawa. tp boleh gak bawa, buat shawl utk diri sendiri. Sy ckp penting sgt sebab bila nak take off, telinga kita kan akan rasa berdengung...sama la dgn telinga baby. jadi nak kurangkan rs xselesa dlm telinga tu, mmg di cadangkan oleh banyak pihak supaya bg baby hisap susu. or hisap pacifier.  memandangkan Imani bukan jenis isap pacifier, so kena sumbat miss b la kat dia. 
  • Alhamdulillah, sepanjang beberapa kali naik flight aritu, dia ok bila saya buat camni. jadi nak susukan in public, kena la cover2 sikit...pakai la nursing cover..
  • sekali lagi nak promote, boleh order nursing cover yg tutup depan belakang kiri kanan badan ibu ni dari saya. heheheh....nnt kitaorg jahitkan. kain yg kitaorg guna jenis cotton english or sweedish cotton. sejuk, lembut n corak cun. 



peace yawwww


7. Take turn to handle the kid(s)



  • ni boleh la apply kalau travel lebih dari sorg adult. kalau tak, kena la kuat mental fizikal nak handle baby/kid sorang2 sepanjang dkt airport, dlm flight dn selepas tu.. 
  • Imani bnyk kali gak tak nak sleep dlm flight. n Ilyaas asyik takut2 especially bila naik Mas Wings, so syukur sgt sebab travel dgn husband skali. My sil pernah travel gi UK dgn 3 orang budak, fuh cannot imagine la mcm mana dia handle depa 3 org tu...

8. Bring/ Ask for pillow and blanket



  • Ni accessories je la. tak bawa pun takpa. dalam flight boleh mintak, kalau naik airasia, maybe leh beli comfort kit. Bila budak2 dah penat, dorg terlena, sian jugak la lena duduk tegak je kan. so ada bantal leh la sandar2 baring sikit. tp seat belt ttp kena pakai..

9. Recite Doa before depart




  • comel kan anak lelaki saya? heheheh
  • entah sapa ajar pun tak tau, dia naik flight je, siap2 nak take off, dia baca doa. 
  • agaknya dia ingt announcement keselamatan tu ajak org bc doa kot. bagus jugak, dpt praktikan budaya yg baik...lagipun, naik kenderaan apa pun mmg kena bca doa kan..


10. Let them play around and feel tired before depart



  • Ni sgt betul. Lepas main, dorg penat, naik flight dorg tido..senang kita relax la sikit atas fligh tu..
  • tp kena la rajin melayan n mengawal masa tgh tunggu flight kat airport. try la cari apa2 nak entertain dorang. 
  • kalau dorang yak2 siap2 masa ni pun bagus. 



  •  Ilyaas mewarna..isi masa yg ada sebelum boarding. sy isi buku warna yg nipis, small pencil colours and flash cards dalam satu folder yg nipis. n just masukkan folder tu dalam diaper bag je. Boleh jugak guna waktu atas flight


11. Order Kid's Meal


  • Bagi yg ada anak yg suka makan, worth it la amik yg ni. Makanan utk kanak2 akan dihantar awal. so that mak/ayah dia boleh tolong suapkan/layan anak makan dulu. pastu nnt boleh kita makan dgn aman. Berbaloi sgt la amik yg ni utk Ilyaas, sebabkan, dia ada games sekali, pastu masakan mmg sesuai utk budak2.tak pedas sgt. 
  • ada goodies jugak. kotak tu boleh potong2 sambung jadi aeroplane...so dpt isi masa atas flight tu


12. Water Bottle




  • Ini untuk kid/toddler la.penting masa nak take off. sebab telinga kan akan berdengung.. so dgn minum air, dpt kurgkan rasa xselesa tu. 
  • saya isi air siap2 je dlm botol ni. isi sikit pon cukup la...


12. Prepare a simple Diaper Bag



  • yang ni mmg susah nak citer...sebabnya saya sendiri pon beberapa kali pack dan unpack diaper bag..
  • mula-mula day 1 pakai beg yg mmg khas utk diaper bag la...ala yg jual kat section baby kat supermarket tu..tp rasa beg tu xmampu nak muatkan semua yg saya nak letak. pastu rasa bulky sgt and susah nak galas...
  • So day 2 onwards, saya just pakai normal back pack. Medium size backpack, yg lightweight, saya letak semua keperluan yg akan digunakan + extra baju/pampers dalam ni. Diaper clutch pun saya masukkan dalam ni jugak. Tak lupa camera pun dlm ni jugak. Towel kecik, cardigan, tupperware isi cerelac Imani semua dalam ni. 
  • atas flight, saya tak letak bag ni kat bahagian atas seat. letak bawah seat, depan kaki kita, so senang kalau nak amik apa2 yg kita nak..tak perlu bangun n buka compartment atas.  

Lastly, enjoy your flight 



last but not least, enjoy your plane ride. 
sangat exciting for Ilyaas. 
very different experience both for husband n myself, sebelum ni travel sdn bhd je, 
skrg ber-empat dgn anak-anak sekali...


other useful tips: 

Monday, June 3, 2013

misi clearkan draft 1- child safety lock yang berguna


Assalamualaikum mummies sekalian, 

Camne dah almost half day mula bekerja semula hari ni ?
Ke ramai yang dok bercuti lagi? especially cikgu-cikgu kita, sure tengah syok melayan anak-anak kat rumah . 

Kitaorg baru balik from Penang. Long weekend, harusnya spend dgn family la kan =)
Nnt kita update story long weekend kita k...gambar semua tak sempat letak watermark lagi. hehehe...tak menyempat nak bukak laptop edit gambar bagai..

So arini kita clearkan draft je dulu. Ni draft zaman tok kaduk. nak citer pasal child safety lock. 

Kat rumah kitaorg mmg guna child safety lock untuk peti ais dan microwave. Sebab si anak teruna yang sorang tu mmg faveret dia bukak tutup bukak tutup dua perkakas letrik ni, especially peti ais. 

boleh kata setiap 3 minit, dia bukak peti ais. 
amik epal, amik oren, pastu riuh bagitau seluruh isi rumah ni apal, apal, apal...

sekarang dah pandai sebut banana, so epal n oren jadi banana jugak. 


gini la rupa safety lock yang kitaorg guna. 
beli kat one baby world. 
rm8.90 untuk 2 locks. 

kalau kat microwave kan, dia bukak pintu microwave, amik botol susu ebm adik, susun dalam tu. seb baik tak reti tekan button2 kat microwave tu. kalau tak, ntah2 dipanaskan botol2 ebm tu. 

ada mcm-mcm jenis safety lock. ni brand bumble bee. 

rasanya tak lama lagi ilyaas dah besar sikit, dia pandai tarik sendiri kot safety lock ni. 

apepun, buat masa ni, safety lock ni masih mampu berkhidmat pada kami sekeluarga. 

peti ais kena sentiasa lock. kalau tak, tahun depan dah kena tukar peti ais baru sebab pintu lekang asyik kena bukak tutup dengan ilyaas si hensem tu. 



Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, May 2, 2013

Autumnz Sterilizer pulak =)

Semalam kan dah cakap nak share pasal product2 autumnz jer..  macam la Autumnz bayar kan. Tak pelah, I ikhlas share kat sini. sebab kan, aritu masa dok mencari review pasal sterilizer warmer semuanya, tak banyak website blogs yang tulis. Jadi kita agak ragu-ragu mulanya nak beli sterelizer mana satu kan. Tak nak la pisang berbuah dua kali , mcm beli little bean sterilizer and warmer dulu..sterilizer little bean tu pakai 6-7bulan, rosak, warmer tu 2-3kali je pakai, dah tak mau memanaskan dirinya. Itu sebab dulu main beli je tak baca review betul2..tengok dalam Pa&Ma byk iklan little bean maka beli jer...akhirnya, sterilize and warm secara tradisional saje... 

Pembelian sterilizer brand autumnz ni adalah disebabkan
pertama: dia murah. datang dgn pakej home and car warmer sekali. Kalau beli sterilizer saje RM103. Tapi kalau beli combo, RM175. Ni kat one baby world la. 

kedua: warna dia baby blue and white. I is suka warna baby blue..reason kedua ni tak valid sgt, sebab kalau ada yg kaler pink ke purple ke mesti nak yang tu. :P


baby blueeeeeee

Ni rupa sterilizer tu kat dalam. ada 6 compartment botol. 
compartment botol ni tak berapa luas ye. kalau botol avent, fit just nicely. kalau botol bumble bee, madela, little caliph, mom's little one semua tu fit nicely jugak. 
tapi kan, kalau botol tommee tippee yang gemuk tu, kena angkat dulu bahagian compartment (gambar bawah), baru leh sumbat botol TT. 



ni compartment untuk barang2 lain seperti teat, pacifier, breastpump accessories etc
nak guna sterilizer ni senang jer. baca dulu guideline dalam buku guide book yang dpt skali ngn sterilizer ni k . 
Isi air kat bahagian bawah ni bagi cukup2 paras besi tu. 



isi botol dan segala yang nak di sterelizekan..


tutup dan tekan suis. then tekan start button tu. nanti lampu akan kelip-kelip dan tunjuk berapa minit lagi balance untuk habis sterilize. 


ni tgh sterilize . amik masa 8minit untuk sterelize. kalau biar tak tutup suis, boleh biar selama 6 jam. tp kitaorg tak pernah la biar selama tu, takut rosak pulak kang thermostat dia.. lepas off, biar dulu sterilizer cool down before start sterilize for the next trip..


Kalau ada orang tanya perlu ke beli sterilizer ni? I akan jawab yes, perlu. unless anda adalah seorang yang sgt rajin untuk rebus botol banyak2 setiap hari...atau mungkin selang 2 hari..

bagi ibu yang mengepam, akan guna banyak botol, dan barang2 pump tu semua kena sterilize. 
campur lagi botol yg baby guna, botol yg buat bekal ebm masa kat nursery/babysitter...

kiralah sendiri berapa banyak botol nak kena cuci dan sterilize hari-hari..
maka dgn adanya bantuan alat sterilizer ni, personally I mmg rasa mudah kerja. 

lepas dah sterilize, jemur je kat rak botol.. nak guna nnt insyaAllah dah kering. klu tak kering, lap2 sikit je...


ni drying rack yang I guna. Satu kaler kuning camni. Satu lagi kaler putih pink..

Mana beli? heheheh, saya kan duta  pelanggan setia one baby world. :P

ok dah, habis review.