Showing posts with label movietime. Show all posts
Showing posts with label movietime. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Movie Outing: Planes Fire & Rescue



Assalamualaikum and Hi, 

I dengan husband ada bawa Ilyaas and Imani pergi tengok movie Disney yang baru keluar aritu. Movie Planes Fire & Rescue. 

Kitaorg pergi tengok dekat cinema yang terdekat dengan rumah je. Dekat Lotus Five Star..and the earliest waktu tayangan pukul 12.30 tengah hari..Timing tak berapa menarik sebenarnya sebab itu waktu makan tengah hari. tapi since yang tu je time tayangan paling awal, kitaorg takde banyak choice. 

Ilyaas and Imani dah biasa masuk cinema... First time tengok Lego Movie. Second time tengok Capten America (tapi tak blog pulak), and kali ni merupakan kali ketiga dorang masuk cinema. Imani pon dah pandai enjoy the movie and more behave than the first time. 

Tuesday, February 18, 2014

First cinema experience

Hari Sabtu aritu, kitaorg 4 beranak pegi tgk movie dekat cinema for the first time. Movie pilihan kitaorg ialah The Lego Movie. citer yg tengah hot sekarang ni. Since hari Khamis dah menabur janji dekat Ilyaas nak bawak dia pegi tgk Lego Movie. Sampai menangis budak tu sebab dia ingt nak bukak citer lego kat TV. jenuh pulak explain kat dia yg kita kena pergi kedai baru boleh tgk movie ni...budak-budak baby lagi kan, mana la nak paham sgt. 

Hari Jumaat malam, try bg dia tgk trailer Lego Movie ni..berulang ulang kali jugak la dia tgk...So, hari sabtu, kitaorg bangun awal, mcm biasa umi dgn ayah study sikit sebelum anak-anak bangun. Keluar gi breakfast n terus gi Aeon Kinta City. Nak beli tiket pukul 10.50 pagi...dapat harga murah plak tu. RM7 per seat. amik 3 seat. Kalau amik couple seat RM26. so baik amik 3 seat kan murah lagi...


Budak excited nak tgk movie for the first time

Plan asal nak bagi Imani tidur dalam cinema..tp dia dah terlelap masa menyusu dalam kereta...so mmg masalah la sikit bila bawak budak umur setahun ni.. Imani kan baru dpt kaki, so kerja dia nak turun naik tangga dalam cinema tu..
Ada pulak budak2 lain yg layankan dia..
dah bosan dlm tu, I bawa Imani keluar...pusing2 dlm kawasan TGV tu...selfie kejap dlm toilet..


Btw, I mmg bawa sweater siap2 utk anak2 sebab cinema kan sejuk..
Siap bawak bantal kecik sbb plan nk riba Imani spnjg tgk movie..
Towards half time movie baru Imani start mengantuk..susukan dia, then dia terlelap..dapat la umi pon layan citer ni..

Basically the lego movie ni best jugak la..Semua benda lego! buih sabun, air laut semua lego..citer dia simple je..pasal ordinary construction worker, Emmet yg tibe2 terpilih jadi The Special One...yang buat movie ni lain mestilah sbb everything dlm citer ni ada lego.. towards end of the story baru ada watak manusia..hahha, tak nak citer banyk2, tak surprise la kan .....

Ilyaas mmg enjoy sgt tgk movie ni..tergelak gelak ...dah la kuat..satu wayang dgr..mmg puas hati la bawa dia pegi.. Imani je la susah sket...tp end up well je bila dia dah tertidur...






So sesapa yg belum tgk lagi, boleh la plan pegi tgk movie ni weekend ni...best best =)

comel n warna warni...

Friday, November 9, 2012

Dating and Basikal Baru

Semalam umi ayah Ilyaas keluar dating.
Pergi tengok movie James Bond.
Feeling-feeling zaman pregnant kan Ilyaas.
Tiap-tiap bulan mesti tengok wayang.
Ilyaas dekat babysitter la.
Kan sekali sekala pasangan yang dah berkahwin dan ada anak perlu gateaway together sahaja.
 Bergantung la cara macam mana nak gateaway tu.
Nak pergi tgk movie ke, kedai kopi ke, fly bercuti ke oversea ke.
Ikut selera dan kemampuan masing-masing.
Duduk kat rumah berdua-duaan pun kira dating dah tu.

Yang penting, sila pastikan zuriat anda berada di bawah jagaan yang baik sepanjang anda berdating berdua laki bini.

Well, lepas dating, I make my husband promises me supaya petang itu jugak
kami kena pergi cari tricycle baru untuk Ilyaas.
Dah 2 minggu cari ok. Mula cari kat Jusco, hampa.
Cari pulak kat tesco, hampa jugak.

Mungkin yang ada semua tak menepati kriteria yang kami nak.
So, lepas tgk movie, terus ke pekan batu gajah.
Jumpa kedai apek basikal.
Terus tanya harga, tawar sikit2 (adatla kan, jgn tunjuk pelahap sgt nak basikal tu)
pastu terus angkut bawak masuk kereta.

Sengih sampai telinga la anak bujang tu bila sampai rumah je, ayah dia bawa keluar basikal baru.
Excited dia cabut plastik. Tak dan orang nak lap basikal tu dah tak sabar nak naik.

Walhal, kaki pendek lagi. Terpaksa jengkek-jengkek nak menolak tricycle tu.
Mengayuh lagi jauh panggang dari api.

Buat masa ni, main dalam rumah dulu.
Esok dah weekend, baru kita bawak keluar main kat luar rumah ok sayang.

Ni bangun tidur nak naik dah tricycle baru.
Muka itik lagi tu.
siap ada bunyi2 itik yang agak annoying.
Sabo je la semalam masak dinner dan berlaundry di-iringi bunyi music itik yang annoying ni.

oh, kesimpulan dari dating bila dah kawin dan ada anak ialah....



pi la tang mana pun, confirm cari barang untuk si anak jugak.

untung la engkau wahai anak.



Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, February 1, 2012

Ibu by Rafly Kande (OST Hafalan Shalat Delisa)


Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku



9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu



tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu 
mengalir di setiap nafasku 



ibuuuuuuuuuuuuuu


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku



indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu



tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu 
mengalir di setiap nafasku 

ibuuuuuuuuuu........ 


Petang tadi layan movie Hafalan Shalat Delisa dekat astro first, aduhai...memang berjaya membuatkan air mata  ni mengalir beberapa minit and sangat berkesan dlm hati. Subhanallah. Besar sungguh kuasa Allah tu. Tinggi nya kasih seorang ayah dan seorang ibu terhadap anak-anak. Bertuahlah kita sebab dilahirkan sebagai orang Islam. 

Secara basic nye, let me share the short synopsis  of the movie...Delisa, tinggal kat Acheh dengan ummi, dan 3 orang kakak dia. Abi dia kerja kat atas kapal. Pada petang Acheh dilanda Tsunami tahun 2004 dulu, Delisa tgh dlm ujian hafalan bacaan dalam solat. Sebagai kebiasaannya, ummi Delisa akan hadiahkan rantai pada anak-anak dia yang lulus ujian hafalan ni. Jadi Delisa dah pun pilih rantai yang ada loket huruf D. Bila tsunami melanda, semua kakak Delisa meninggal dan ummi dia pulak hilang. Tapi Delisa selamat walaupun kaki dia terpaksa dipotong. Delisa tinggal berdua bersama Abi dia. Walaupun dia mengalami pengalaman yang cukup hebat, Delisa tetap tabah and sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang. Malah sentiasa menghiburkan orang lain. Delisa terselamat dari tsunami dgn kuasa Allah SWT sebab masa tu Delisa tengah recite bacaan dalam solat dgn begitu khusyuk tanpa menyedari ombak besar datang dekat madrasah dia. Untuk lebih details and dpt real feeling pasal movie, ni gi la tengok kat astro first. mmg sangat2 bagus walaupun grafik dia tak hebat. 150% recommended. Touching and bermesej.