Showing posts with label Ilyaas' Birthday. Show all posts
Showing posts with label Ilyaas' Birthday. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Ilyaas Hafiy 5 years

Assalamualaikum, 

Patutnya up entry ni sebulan lepas. Sambutan hari lahir Ilyaas Hafiy Abdul Halim yang ke 5. 
Maaf sayang, umi lambat update kat sini. Tapi sambutan dah kita buat on your 5th birthday. 

Tahun ni hari lahir Ilyaas jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Weekend sebelum tu, umi bawa Ilyaas ke kedai kek. Kita tempah kek. Ilyaas pilih nak gambar BoboiBoy tahun ni. 
Tahun lepas Ilyaas requested for Spiderman Cake
Alamak, sebak bila baca balik all the previous years of his birthdays' celebration. sobs2...besar mcm mana pun anak sulung umi ni tetap akan jadi baby di mata hati umi. You are always my first love sayang. No one can't deny that. 
Umi doakan semoga Ilyaas panjang umur dah sihat selalu. 



Kek birthday Ilyaas untuk yang ke-5 tahun.
Kek biasa je, Ilyaas sendiri pilih nak kek sponge dan perasa pandan. 
Such a big boy taste. Ingatkan dia nak coklat or something more fancy. 

Wednesday, March 25, 2015

Happy birthday yg ke-4 Ilyaas Hafiy sayang



Assalamualaikum Ilyaas, 

Quickly Umi nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-4 untuk anak sulung umi, 
Putera tunggal umi. 

Tahun ni walaupun kelam kabut, dapat jugak kita raikan birthday Ilyaas. 

Umi sempat tempah kek blueberry coklat letak edible image Spiderman as per your request. 

Kita celebrate dekat tadikan Ilyaas dengan kawan-kawan Ilyaas je. 

Umi tak sediakan banyak. Cuma siapkan goodies beg je letak stationary, keropok, waffle and layer cake dalam beg tu. Kita sedekah untuk kawan2 Ilyaas. 

Tanda syukur, Ilyaas sihat dan dapat sambut hari lahir ke -4. 

Umi mintak maaf tak dapat celebrate besar besaran. 

Adik demam. Ayah pun demam. Ilyaas pun baru je baik demam. Risau umi jadinya bila semua dalam rumah demam. Alhamdulillah, Ilyaas dah sembuh, tapi adik still demam panas. 

Lepas raikan birthday Ilyaas tadi, Umi quickly hantar ayah ke office walaupun ayah MC harini sebab ayah kena present depat delegates from Norway. Umi bawak adik pergi klinik. Alhamdulillah, lega sikit hati umi sebab adik dah aktif balik cuma dia still tak selera makan. 

Opps, sorry Ilyaas. Entry ni supposedly entry birthday Ilyaas, tpi umi dah campur aduk pasal perkara lain pulak... 

I have one video kawan2 Ilyaas nyanyikan lagu birthday untuk Ilyaas. Nanti Ilyaas dah besar, kita tengok kat FB umi kay. Malam ni umi tunjuk semua video yang Ilyaas dapat sebagai ucapan Happy Birthday. From Maktok and Wan, from your friends and ucapan2 dari mak sedara, pak sedara, Tok Dad, Nenek dan semua sepupu Ilyaas. 

I don't have many wish for now. Cuma semoga Ilyaas membesar dengan sihat. Sihat fizikal, dan rohani. Amin....

Syukur Ya Allah atas kesempatan menjadi seorang umi selama 4 tahun ini.. 


*Throwback saat2 nak bersalinkan putera sulung ni* 


Love you son


Wednesday, March 26, 2014

HAPPY 3rd BIRTHDAY ILYAAS HAFIY

Syukur ke hadrat Allah. Semalam, 25 March 2014, my first born turned 3 years old. 

From little fragile baby boy who weighted only 2.98kg, he is now a strong, energetic and loud boy weight 15.5kg. 
Ilyaas was born at 6.58pm, at Ampang Puteri Hospital via emergency c-section. Doctor yg sambut Ilyaas was Dr.Fauziah Hassan. Read our treasured birthing experience here and here

Ilyaas officially becomes an 'abang' at the age of 22 months old. Was very naive and innocent at that time. But now he is a very proud 'Abang Yaash'. That's what he keep on telling people when we introduce our kids. 

Umi tak nak membebel panjang-panjang, jom kita imbas gambar-gambar Ilyaas sepanjang 12 bulan yang lepas...



Masa awal2 masuk 2 tahun, Ilyaas suka sgt makan roti canai. Almost every weekend akan makan roti canai. Lama-lama jadi boring. N now bertukar ke nasi lemak as fav food for breakfast. 


Always a happy kid when he saw a playground. 

We bought him a normal bicycle at the age of 29/30 months. 
Gigih umi and ayah cari basikal ni. read the story here. 


At the age of 31 months old, we were given chance to bring the kids along for a conference in kota kinabalu. So Ilyaas and Imani had their very first flight experience. Ilyaas sgt excited and still remember most of the moments during the vacation. It was our vacation of the year.  Read our Sabah adventure trip here


November/December 2013, berkesempatan bawa Ilyaas join family trip to Legoland. Together with his cousins. A tiring experience for myself (and Imani) but Ilyaas enjoyed every bits of it. He started to become a fan of LEGO since the day he entered Legoland. Cerita kami ke Legoland di sini. Wish to bring the kids here when they are 4 and 6 years old. 


On Feb 2014 this year, bought him a present. CD Sufi Cilik from my blogger friend, Kemn Azmaili. Puas hati sebab Ilyaas makin besar makin pandai menjawab. kadang2 dia ngelat utk solat sama-sama. and makin suka tgk cerita kartun instead or dendangan selawat etc. Dengan ada CD ni, Ilyaas dan Imani dapat menghafal selawat dan zikir2 lazim..Review secara details utk CD saya belum pernah tulis. perhaps one fine day.hahahah, tak sempat la skrg..tp readers are link to this review wrote by the seller. 


At 35m old jugak, Ilyaas and Imani went for their first movie experience. Cerita LEGO MOVIE. A happy moment for Ilyaas yang sememangnya peminat tegar LEGO. Cerita nya di sini..


My Ilyaas had few milestone before he reaches 3 years old... Umi listkan kat sini yer (bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk or nak compare dgn siapa-siapa, tp umi tahu umi akan terlupa...)

- Ilyaas dah 95% successfully diapers-free. Tidur malam masih dipakaikan pampers, tp dah 3 bulan dia tak pernah buang air kecil sewaktu tidur. Pampers repeat pakai sampai seminggu waktu tidur sahaja. Long distance travel pon dah tak perlu pakai pampers. Both umi and ayah really proud of u Ilyaas sebab dah pandai bagitau nak buang air. Dah pandai control sendiri. 

- Ilyaas dah boleh mengira 1-10 in malay and english. ABC masih belum lancar. Hasil belajar dari youtube dan di rumah pengasuh. 

- Ilyaas dah pandai pilih apa nak makan. kadang2 jawab, emmm tak tau la nak makan apa..

- Ilyaas dah pandai mewarna masuk dlm garisan gambar. walaupun masih comot momot lagi. dah pandai tukar2 pencil warna supaya lukisan dia tak dull dgn satu warna sahaja. lebih kreatif. 

- suka menyanyi walaupun sumbang. ikut umi takde bakat menyanyi. lagi faveret sekarang mestila lagu tema the lego movie..Everything is awesome. 

- Independent sgt. Dah dua kali bawa travel via air, dia pandai dan tahu dah apa nak kena buat masa security check etc. 

- dah tak nak minum air dalam sippy cup. nak minum dlm botol or gelas mcm budak besar. dia ckp sippy cup adik punya. yg ada straw pun dia tak nak. nak botol budak tadika ..


-asyik ckp nak pegi skolah,tapi umi tak bagi.. alahai sayang, tahun depan ye insyaAllah. 

Semalm, umi dgn ayah cari masa bawa Ilyaas lunch date dkt restoran Upin and Ipin. dah lama plan nak bawa dia celebrate birthday kat sini. Alhamdulillah, diizinkan Allah.. 
my happy boy and his friends
Petang pula, sessi potong kek di rumah babysitter. Plan dgn babysitter nk buat birthday party dkt rumah dia, since rumah dia ada ramai2 kanak2 yg tinggal sekitar situ, semua pon kawan Ilyaas. Lebih meriah jadinya. 
Ilyaas excited sbb dia dah paham erti happy birthday to you.. suka dia bila org nyanyikan lagu birthday kat dia..Thank U too mak pengasuh sediakan nugget, wedges and goreng bihun..


Umi order kek choc cheese je. 

Ayah bagi hadiah set lego policeman, racing car, fireman dgn School bus..

Semoga Ilyaas gembira dgn sambutan kecik ni. Umi ayah appreciate sgt kehadiran Ilyaas sebagai amanah kepada kami..InsyaAllah umi ayah akan cuba yg terbaik utk didik Ilyaas jadi anak soleh, dan Imani jadi anak solehah..

Ilyaas jangan nakal2 sgt ye, dgr ckp umi ayah. jgn asyik tolak adik tau time adik jalan..
share la lego Ilyaas dgn adik k.

last but not least, 

HAPPY BIRTHDAY YANG KE-3 SAYANG UMI!


LOVE U LOTS! MORE THAN MYSELF!

Monday, March 25, 2013

Happy 2nd Birthday Ilyaas Hafiy

So, it has been 2 years since I gave birth to my baby boy, Ilyaas Hafiy. He has grown up so fast, very fast indeed. I planned to have just simple birthday celebration for him. Kebetulan, we went back to Terengganu (in fact baru je sampai from Terengganu petang tadi), so with the help from my eldest SIL, I order cake from Ziq Bakery. Plan to have Kek Boboiboy, tapi diorang tak buat pulak. So, tempah kek bola. 

Malam 24 Mac, we did small celebration. Actually kek ni cover sekali birthday 2 cousins Ilyaas, Farzana and Fahim yang also March Baby. Masa nak tiup lilin tu, Ilyaas nangis sakan. Lawak jugak tengok, but as a mother, I feel bad sebab buat Ilyaas rasa takut while he supposed to be happy and celebrate his birthday. Ilyaas mcm sedikit fobia dgn api, I don't know why. 
The cake and simple birthday celebration

For the gift pulak, I had ordered handmade felt ABC from my senior in TKC, Kak Nurul. So, tadi on the way balik from Ganu, we stopped over kejap kat KL and collect Ilyaas' birthday present. Kak Nurul did this by herself. So kagum of her cause she's an engineer, with two small kids and carrying another one inside her but still managed to sew this one. Thanks Kak Nurul for accepting my order. My husband pulak belikan Ilyaas school bag Boboiboy . Happy la dia.

Ilyaas' second birthday gift.
With Love from Umi and Ayah

Well, my baby boy is no longer an infant. He is a toddler now. A big brother to Imani Hafiyya. But he is always my baby, forever. He is a handsome boy now. Smart and Grumpy some time. I know I will have to deal with the stage of terrible two soon. But both husband and myself  will try to face this stage dgn penuh kesabaran dan kasih sayang. 

To Ilyaas, do take care of yourself. Jangan nakal and buas sgt ye. Selalu tercederakan diri sendiri these few weeks. Sometime he is over excited sampai jatuh terhantuk sana sini. Btw at 24 months old, Ilyaas dah sgt kurang minum susu, waktu malam je. And dia dah boleh sebut umi ...no longer Maa..

And gigi geraham ke-3 tgh tumbuh.....so fever pls do not come near my son...




Tuesday, March 27, 2012

His Simple 1st Birthday Celebration

26 March 2012, sehari selepas Ilyaas cukup setahun...
Saya and husband decide nak buat makan-makan sikit kat tadika Ilyaas. 
Dengan niat untuk kesyukuran sempena Ilyaas dipanjangkan umur sampai setahun, 
dia sihat semula lepas warded dan kami pun dah settle down kat tempat baru.

(Haish, banyak betul entry kau pasal anak kau umur setahun! anak orang lain pun setahun jugakkkk ooooiii)
Ahhh, xkisahlah..blog sendiri kan ni, biarlah nak tulis entry 365 hari pasal anak pun...taksukatakyahbaca okay


Kek ni saya order, sehari sebelum iaitu hari Ahad 25 March la..sebab ni last minute plan.
Mulanya nak buat birthday Ilyaas sekali dgn doa selamat masuk rumah last 2 weeks. Tapi sebabkan ada kecemasan berlaku dalam family kitaorg, maka tak jadi lah..
So, pagi2 ahad tu kitaorg bincang2, rasanya ok jugak kalau bagi kawan2 Ilyaas kat tadika makan.
Ilyaas baru setahun, tp dah duduk tadika ye...Sebab tadika ni ada jg daycare..Ilyaas paling muda kat situ.heheh
Ni la kek nya..Alhamdulillah la ada jugak kek walaupun
rasa comot sikit kek ni. Nak expect apakan, order last minute.Seb baik akak tu sudi buatkan..

Haaaa, ni sessi nyanyi lagu birthday kat Ilyaas Hafiy..
Ilyaas excited je nampak umi ayah datang nursery tgh2 hari.Ingat nak amik dia awal la kan..
padahal singgah jap je, pastu balik uni semula..
umi purposely pakai baju kurung sbb nak celebrate birthday anak..Ada kaitan ke? 

Sessi potong kek..Keras pulak icing tu...Susah nak potong sambil dukung Ilyaas

takpelah, biar umi tolong potongkan sendiri.Ilyaas takyah sibuk nak potong...

Makan kek with ayah 

Dengan umi pulak

closed up sikit nampak dahi suwak masing2 ...

separuh kek tinggalkan untuk budak2 session petang pulak

Anak Ayah

Dengan ibu, pengasuh Ilyaas kat tadika.Nangis dia sebab nak kena tinggal balik

Haruslah ada gambar sekeluarga.Walaupun Ilyaas nangis dah sbb tau nak kena tinggal..
Apsal la umi gi pejam mata tu...
Kat tepi umi tu, ada kotak merah.Kitaorg isi goodies bag..Ada kek apollo, cumi, sweets, and biskut panda..kasik kat budak2 tadika tu..

Alhamdulillah,walaupun tak fancy, takde decoration hebat-hebat, takde khemah bagai, makanan tak seberapa, tp rasa syukur and seronok sangat dapat kesempatan sambut hari lahir anak. Excited ok meraikan anak sendiri!
Yang penting, rasa syukur ke hadrat Ilahi panjangkan usia anak yang comel ni..

Okayla, share sikit, total bajet tak sampai pun rm100..
kek tu murah je, rm45..
goodies bag dan bahan2 dalam tu untuk 40 orang = rm38 je..
decoration=rm0
khemah etc =rm0

mungkin 2-3 tahun lagi baru buat sambutan hari lahir yang meriah sikit..boleh gabung dgn zulfa ke (my niece yg lahir 10 days earlier than Ilyaas)

okay, bye, nak pi lunch...


Sunday, March 25, 2012

Ilyaas Hafiy is 1 today


Alhamdulillah. Anak sulung saya aka anak tunggal saya (buat masa ni) dah berumur SATU tahun hari ni.
Setahun yang lepas, saya bertarung nyawa melahirkan Ilyaas Hafiy. Memang bertarung nyawa sungguh, sebab both labour room and operation theatre saya masuk..

Entry pertama tentang Ilyaas Hafiy dalam blog ni di publish 4 hari selepas kelahiran beliau.Comelnya dia masa tu...kecik nya dia, dan sgt fragile. bau baby yang sangat kuat. sekarang , masham peluh..tp masih jadi bau kegemaran umi dan ayah...

Sama mcm ibu2 lain, saya teringin dan bercadang nak buat birthday party untuk Ilyaas. Tapi, memandangkan Ilyaas baru saja keluar dari ward beberapa hari yang lepas, saya belum sempat nak organize plus keadaan kami yang mmg perlu jimat cermat sekarang ni menjadi barrier for the time being. InsyaAllah umi janji nnt dah sampai masa, Ilyaas dah besar sikit dah paham erti birthday celebration, umi akan buat birthday party untuk Ilyaas. Umi nak Ilyaas rasa seronok diraikan.

Dalam usia 1 tahun ni, Ilyaas Hafiy yang membawa maksud pemberani yang mulia dah pandai buat banyak perkara...Jom, kita tengok list of things he can do for now...
  • Turun & Naik sofa dan katil sendiri
  • Lambaikan tangan pada orang
  • Tepuk tangan bila happy..(tak happy pun tepuk jugak, or bila nyanyi lagu If you are happy and you know)
  • Angkat tangan bila orang baca doa, especially doa lepas azan dan doa makan
  • Memanjat setiap inci rumah yang boleh dipanjat
  • Naik basikal kecik (tricycle)
  • Berjalan 5-6 langkah
  • Minum air dari sipping cup sendiri tanpa perlu dipegang oleh orang lain
  • Suka buat gaya cakap handphone
  • senyum yang mencairkan hati siapa saja yang tengok
  • Ilyaas suka baca buku. apa sahaja jenis buku dia akan belek tanpa jemu

Kerenah/Tabiat Ilyaas Hafiy yang menjadi habit dia buat masa skrg ni ialah...
  • Garu kepala, telinga dan hidung bila ngantuk
  • Terkejar kejar cari umi kalau nak susu
  • Main air liur dan nganga mulut kalau khusyuk buat sesuatu (ie tengok tv)
  • Marah bila lmbat suap makanan
Dalam tempoh setahun, Ilyaas dah berpengalaman di jaga oleh pengasuh dan juga tinggal di nursery. Alhamdulillah, he managed both well. Good Boy. 

 Ni antara gambar-gambar kenangan Ilyaas sepanjang tempoh setahun ni...




newborn


1stmo


2-4m
5-6m
7-8m

9-10m
1-12m

Eh, dah tengok perkembangan anak kan, jom tengok perkembangan umi dia lepas setahun bersalin...(Inter frame kejap ye )

  • Berjaya menyusukan Ilyaas selama 1 tahun 
  • Berat badan dah almost sipi-sipi pre-pregnancy weight..Lagi 500-1000gm..(fluctuates)
  • Dah tak bekerja.Full time student and mother and housewife 
  • Sedang gigih mengusahakan bisnes kecil-kecilan

Okayla, umi dia xpayah tempek gambar, sebab tak cun..lagipun ni birthday Ilyaas..kasi chance muka Ilyaas penuh entry ni yer...

Doa dan harapan saya untuk my first born ni ialah semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat pada dia, dijauhkan dari segala kecelakaan dan masalah, sentiasa dalam lindunganNYA dan membesar jadi anak soleh dan taat pada umi dan ayah..Bnyk lagi harapan umi pada Ilyaas, boleh buat entry asing untuk itu sahaja...

Apepun,saya ambil peluang ni untuk ucapkan HAPPY 1ST  BIRTHDAY TO MY SON, ILYAAS HAFIY.

Semoga Ilyaas menjadi seorang Pemberani yang Mulia seperti namamu....


I LOVE YOU MORE THAN MYSELF SON....