Showing posts with label Jom Terokai Perak bersama Ilyaas Hafiy. Show all posts
Showing posts with label Jom Terokai Perak bersama Ilyaas Hafiy. Show all posts

Tuesday, April 24, 2018

Mee Udang Galah Ori Tanjung Tualang


Assalamualaikum and selamat tengah hari you all. 
Dah lunch ke? 
I nak share satu tempat best utk makan ni di negeri Perak ni. 
Tak jauh sgt from our house in Seri Iskandar. 


Nama tempat nya Tangjung Tualang, Batu Gajah. 


Kat sini, famous nya ialah UDANG GALAH!

and of course kebiasaannya udang galah di masak dalam masakan mee. 

So ni nak share review I all pergi makan dekat Mee Udang Galah Ori Tanjung Tualang. 

Sebenarnya sejak menetap kat negeri perak ni, dah banyak kali kitaorg lalu kawasan ni, cuma x pernah nak berhenti. dah lama jugak tahu yg kawasan ni famous for its mee udang galah. cuma, if lalu kawasan town dia, kebanyakkan kedai yg ada ialah kedai chinese. 
ada rasa was-was la sedikit bila nak makan di kedai chinese tentang halal/haram nya kan. 

Since last Sunday I was a bit lazy to cook for lunch, I pon google la for mee udang galah yg halal di Tg. Tualang. 




So, review dalam google bawa kitaorg ke sini. 

Warung Mee Udang tepi Jalan Besar Tg. Tualang. 

Itu alamat and no telefon nya ye kalau nak datang ramai2, elok la booking dulu.








Mee Udang Galah RM15
Dpat 4 ekor udang with mee yg sgt banyak. 
kuah pun sedap sedap rasa. 

Berbaloi I rasa dgn harga and isi udang yg tebal, and fresh


Mee goreng Udang Galah RM15
Mee pon banyak , sampai x larat nak makan dah terkenyang dulu. 
Dapat 4 ekor udang galah jugak. 

Kat sini price range from RM15, RM20 and RM25 untuk menu udang galah. 
I rsa harga tu bergantung pada size hidangan and jumlah udang per hidangan. 

Antara menu udang galah yg ada
Mee Udang Galah (berkuah mcm gambar kat atas ni)
Mee Goreng Udang Galah
Mee Rebus Udang Galah
Nasi Goreng Udang Galah

Selain tu ada 

nasi goreng kampung
nasi goreng ayam
nasi goreng cina
mee goreng
keow teow goreng 
otak2

Warung bukak setiap hari kecuali Isnin (tutup). 

Mula operasi pukul 12 tgh hari sampai 9 malam. 


So apa lagi, kalau dah ada kat area Batu Gajah, drive sikit je lagi ke Tg Tualang and u can eat this delicious mee udang galah!!

Jom Cuba!




Tuesday, May 5, 2015

Emergency Visit to Kuala Kangsar & The Shop Hotel

Assalamualaikum semua, 

Hopefully semua kembali ceria masuk office hari ni lepas 4 hari cuti panjang. Kalau kat Perak ni, ramai yg sambung cuti sebab esok pon public holiday untuk rakyat negeri Perak, sempena Coronation Day our handsome brilliant Sultan Nazrin =)

Untuk long weekend kitaorg, we all tak pergi bercuti ke mana-mana pon. Memang tak plan untuk ke mana-mana for this year. Not yet. hehehe, sebab banyak kena saving untuk masuk rumah nanti. 

By the way, kan tajuk tu emergency visit to kuala kangsar...yup, hari Khamis lepas solat maghrib, kitaorg empat beranak bertolak ke Kuala Kangsar. Melawat kawan high school I yang baru kehilangan anak sulung. Takziah I ucapkan untuk my dear friend (nama dirahsiakan) sekeluarga atas kepulangan Baby Jaz ke rahmatullah. Semoga Allah kuatkan hati korang menempuh dugaan yang berat ni. 

Untuk rakan-rakan di alam maya ni, I mintak kerjasama korang sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Baby Jaz yang pulang ke rahmatullah pada 30hb April 2015 selepas lebih kurang 9 hari bertarung nyawa melawan sakit yang menyerang secara tiba-tiba, Acute Leukemia (AML type). Untuk cerita lebih details, sorry lah kawan2, I rasa tak sesuai kat sini. Demi menghormati family kawan I... 

Disebabkan malam tu kitaorg sampai kuale pon dah pukul 9malam, jumpa kawan I and family dia borak2 kejap sampai kol 10mlm, I dah siap2 booked kan hotel. Kesian plak husband I nak drive balik sbb straight away after work kitaorg bertolak ke kuale dah. 

So I booked The Shop Hotel. 

Wednesday, September 24, 2014

Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Jom kita gi Kuala Kangsar pulak!

Ni kisah 2 minggu lepas. Hari Ahad, bosan2 tak tahu nak buat apa, kitaorg sepakat gi Kuala Kangsar pulak. cuaca pon nampak nice , tak panas sangat, tak hujan...

Dari rumah kitaorg bertolak dalam pukul 11.30 pagi. Sampai Kuala Kangsar pukul 12.30 tengah hari. Sejam je perjalanan.

Tempat pertama (and terakhir) yang kitoarg lawat masa kat Kuala Kangsar ni ialah Galeri Sultan Azlan Shah.
The gallery of Sultan Azlan Shah

Cantik bangunan ni...


Tuesday, September 23, 2014

Bersiar-siar di Kellie's Castle, Batu Gajah

Assalamualaikum, 

Kitaorg ni kan menetap di Perak. 
Rumah kitaorg dekat sangat dengan tempat pelancongan famous ni...tapi dah hampir 3 tahun duduk sini, sekali pon kitaorg tak pernah singgah. Lalu depan Kellie's Castle dah banyak kali. 
Everytime nak gi or balik from KL mesti lalu depan Kellie's Castle or even nak gi shopping barang rumah kat RTC Gopeng pon lalu sini. 

Sebenarnya, kitaorg tunggu anak2 besar sikit baru nak melawat Kellie's Castle ni. Bukan apa, maklumlah, bangunan tinggal dekat dengan kuil, and sangat terkenal dengan kehidupan makhluk halus bagai, maka rasa tak sesuai sangat bawa anak2 kecik ke sini. 



Wednesday, September 17, 2014

Dinner at Greentown Dimsum Cafe (HALAL)

Eating out has been our kind of mini get away or celebrating something good. 
Since both of us already submitted our hardbound thesis last two weeks, we desire for some celebration. 
Ikutkan hati, memang nak book tiket, pergi overseas bercuti dengan anak-anak. or if not overseas, just Langkawi, perhaps. 
Tapi, memandangkan we got few distractions to do so, we choose to celebrate it by eating outside in a quite decent restaurant. 

We choose Greentown Dimsum Cafe which has HALAL Certification from Jakim. 


Thursday, June 20, 2013

Taiping Gateaway: Sekitar Sentosa Villa



Assalamualaikum, 

Salam Hari Khamis. 
So hari ni nak wrap up kan percutian kitaorg last weekend ke Taiping. 
Lepas check in Sentosa Villa, kitaorg melepak je dalam bilik. Petang tu, pusing-pusing sekitar villa jap, sebelum shoot gi Kuala Sepetang pegi dinner Mee Udang Mak Jah kat sana. (maybe nnt up entry mak jah pulak bila-bila nnt). 


Kat dalam kawasan villa ni, ada pondok-pondok untuk orang berkelah. 

My gagah man melayan kerenah si anak yg malas nak berjalan. Nampak kan pondok-pondok tu.
Sebelah pondok tu ada anak sungai mengalir dari bukit larut. kawasan anak sungai tu dah dikepung jadi kolam-kolam and saliran air di deviated supaya main stream tak diganggu dengan kolam-kolam buatan di kawasan villa ni.


Ni rasanya dewan untuk meeting or wedding. Besar gak nampaknya dari luar. tak sure la kapasiti dia berapa. aritu tgk kat youtube ada orang buat wedding kat sini.


Singgah jugak dekat tortoise garden on the way nak ke cafe villa ni. tp tortoise tu mcm tak larat nak bergerak je. kura kura kan, mmg slow pergerakan dia.

Esok pagi, kitaorg sambung tour lagi sekeliling villa ni.

Jambatan merentasi kolam buatan dgn air sungai mengalir bawah tu.
Ada banyak ikan berenang kat sini.
Dalam villa ni mmg banyak kolam ikan.
Kita boleh feed ikan ikan ni jugak.
Boleh je beli makanan ikan dekat tempat receptionist.

Ada orked garden jugak. tp kitaorg tka gi la. rasanya boleh beli kot bunga2 orked ni.

Ni view kolam buatan from bridge tadi. cantik dan mendamaikan je tengok. lama dah tak rasa setenang kat sini.

Suasana kat sini mmg mcm kat hometown. Ada ayam itik angsa burung turki dibiarkan je berkeliaran kat sekitar villa ni. So, its common to see them walking around the villa. Sekitar sini jugak penuh dgn pokok-pokok buah buahan. Durian, manggis, rambutan, mempelam. Kalau musim buah, sure meriah!

Duck Ilyaas! Umi excited nak perkenalkan Ilyaas pada duck.


Tapi....


He's more interested with Ayam!
Ni tgh bersemangat mengejar ayam .
Kitaorg ingtkan dia takut kan ayam tu.
Sekali ayam tu dikejarnya.
Lari lintang pukang ayam tu ketakutan dgn Ilyaas.


Nampak tak kat baju Ilyaas ada sticker square tu?
Tu mosquito repellent. Saya tampal je kat baju anak-anak.
Sebab common la kan, kawasan banyak pokok ni banyak la nyamuk.
So, sapa nak gi sini, ready siap-siap la repellent k.


Dah sampai cafe, kita breakfast dulu.

Breakfast served was so-so la.
no nasi lemak. husband is pissed off. hahaha, takla, dorang hidangkan meehoon goreng, sayur campur, bubur nasi, roti bakar, and cereal. tu je.
air ada orange juice, plain water and tea and coffee.
susu utk cereal je. tak berapa variety sangat la.
tp cukup untuk mengenyangkan perut.
Ilyaas still habiskan dua mangkuk bubur nasi.


Habis breakfast, kitaorg sambung tour kawasan villa lagi.
Ada playground. Small one. So main jonkang jongket dulu.
Sekali Imani pooped sampai bocor, kuning baju. terpksa balik bilik dulu.  nak salin baju semua.


On the way nak balik bilik, nampak dorang ni syok je main air...

weh tak leh jadi ni, kena join jugak ni...
See ni la kolam kolam buatan yg disekat jadi mcm sebatang sungai. air sungai tu di sedut directly from main stream dekat sebelah tu. so air dia cetek-cetek je. 
yang sebelah tu ada batu-batu untuk duduk tu untuk fish spa. 
sapa nak suruh ikan2 tu bersihkan daki kat kaki, boleh la melepak kat situ.

Kitaorg cari spot best-best la nak mandi manda bersama. 
Actually tak mandi pun, berendam je. 
My gagah man yg berendam paling lama. Umi kejap je.sejuk gila kot air dia. 
mcm air batu. 
Ilyaas pun lama jugak. siap tak nak naik. 
Imani setakat celup kaki sikit je. 
Sian dia sejuk sgt air ni. 


Teruja tak tengok air jatuh mencurah-curah ni?



Kasih seorang ayah.Sgt suka pic ni.



Keluasan kolam tempat kitaorg sekeluarga melepak. Masa ni tak ramai orang.
Dah lepas cuti sekolah kan. Tak ramai yg datang.
Masa kitaorg nak balik bilik, ada satu small malay family datang nak mandi pulak.


Ni plak bawah kolam kitaorg. Ada family chinese yang rent family villa bermandi manda sambil tangkap anak anak ikan.



Sebenarnya tempat ni sangat best. Nak mandi sungai pon tak yah gi jauh-jauh.semua dalam satu kawasan je. And air sungai cetek je. sebab pengaliran air di control dari main stream. tp kalau musim hujan maybe air banyak la kot.


Gambar atas ni.
Top left: Ada buai depan family bungalow
bottom left: family bungalow

Gambar atas ni:
Top left: honeymoon villa. berdepan family bungalow
bottom left: deluxe villa. kitorg duduk jenis cmni
top right: main hotel building
bottom right: family classic kot


Gambar sekitar bilik kitaorg
ada pokok durian ok. 

dan ni info untuk korang yg berminat nak gi sini. 

cekidaut the price okeh =)
boleh booked directly dgn hotel atau melalui booking.com or agoda.com. 




last but not least

penulis (ececece) bersama permata-permata hatinya




dan team cherish every cherry yg secara keseluruhannya berpuas hati dengan percutian di sentosa villa.




Wednesday, June 19, 2013

Taiping Gateaway: Day 2- Check-in Sentosa Villa

Lepas habis tour satu zoo, dalam pukul 11 camtu, kitaorg balik hotel dulu. 
Lepas-lepak jap. 
Bagi budak-budak rehat jap. Terus check out pukul 12. 
Gi lunch dekat Mom's Prison Corner. Dekat sebelah penjara taiping je. makanan lauk pauk melayu. 
Pastu pusing-pusing tengok alam kejap, sedar-sedar dah kol 1 lebih. 
Ilyaas and Imani pun dah tertidur. 
Call hotel nak tanya boleh check in ke tak lagi. 
Oh ye, kitaorang tukar hotel untuk day 2. 

Cer teka kitaorg gi hotel mana? 
Der lagi mau suruh orang teka ka? 
Terang-terang tertulis kat tajuk kan. :P


So, kita check in pulak ke Sentosa Villa...
Suke suke suke.


Villa ni ada kat tengah-tengah kawasan perumahan zaman ujie rashid . perumahan lama-lama.
dekat kaki bukit larut.
nak cari jalan masuk sangat senang.
follow je signboard.
Sebelah burmese pool.


Reception area dia kena bukak kasut.
Ala-ala rumah kampung gitu.
Tengok reception area dah rasa terpesona dah.

Sebab ada benda-benda hiasa cute miut macam ni.
Kampung style yang stylo.

Ni mesin getah tak silap.
Ada kat depan reception area.
Menggamit kenangan orang kampung.


Bilik kitaorg paling depan dengan tempat reception tu. So park kereta depan tu je la. Angkat je bebudak ni masuk bilik, terus dorang terjaga.
Ingatkan nak sambung tidur.

Bilik super luas!Sangat memuaskan hati.
One King Size Bed.

One Sofa/Day Bed.
Malam-malam jadi katil Ilyaas.
Kitaorg angkat sofa bed ni letak betul-betul sebelah katil kitaorang. So tak de share-share katil malam ni ye.
hahahahahah

*berangan je la*

sedar-sedar empat-empat atas katil tergolek tidor secara berjemaah. takpe saya sokong bed sharing. takde masalah.


Toilet pon best.
Dah la luas.
Design sejuk-sejuk dengan batu-batu tu.
Klasik pun ada jugak sinki, style bamboo bamboo tapi guna simen ler.

Cermin best!
Lebar.
Senang mak nak bersiap. *mcm ler sempat*


TV flat screen, bersama peti ais!
Yaaaayyyyy, boleh sambung simpan susu. 


And yang paling best ialah ini



Closet stylo!
Open closet. 
Cool ok!Ikat dengan tali macam tu. 
Best sangat. 
Suka tengok. Classic kan?



Ni pulak encik Ilyaas Hafiy melawat kawasan.
Depan bilik kitaorg ada balcony mcm ni.
Berangan memula nak kira bintang together dgn husband bila anak-anak dah tidur.
Alih alihnya dorang yg tidor kan kitaorg.
Tak larat nak menunggu dua beradik ni tidur, last-last mak pak dia tido dulu.

Btw kitaorg check in kat deluxe villa.
deluxe villa ni ada tingkat atas, and tingkat bawah.
kitaorg nye tingkat bawah.
so tersorok la sikit. suke lagi! sebab tak yah pakai tudung bila lepak kat balcony. takde orang nmpk. depan bilik ada batu granite besar yg lindung. so mmg x nampak dek orang.
harga bilik ni rm228. shoulder rate. harga peak rate rm288. kalau datang weekdays rm188 je.
ni bilik jenis chalet. ada mcm-mcm bilik lagi.
korang cekidaut la kat website dia ok.

ada jugak bilik jenis hotel.

eh alamak, nak solat dulu.nak kena balik pick up budak-budak dah ni.

nnt kita letak gambar sekitar villa yang best ini ok.


bye-bye

Monday, June 17, 2013

Taiping Gateaway: Day 2- Zoo Taiping


Lepas breakfast kat Legends Inn, kitaorang terus gerak gi Zoo Taiping. Memang aim awal-awal lagi nak masuk zoo seawal yang boleh. Nak elak panas. Ye la, bawa baby kan. Kesian la kalau panas. So pagi2 lepas subuh, takde nak golek2 atas katil. 
Budak-budak kena paksa bangun awal. hahaha.kejam pulak rasanya. 


Jam 8.30pg, kitaorg dah tercegat depan pintu masuk zoo. 
Down the memory lane jugak la bila sampai sini. 
Dulu kecik2 selalu gi zoo taiping dengan mak and ayah and adik adik
sekarang bawa anak-anak sendiri pulak
*dah tua tak sedar diri*


Harga tiket adalah seperti di bawah. 



Budak excited nak tengok jajah (gajah)



Dekat depan zoo ada replika binatang-binatang. Ilyaas bukan main takut tgk totodile ni. Sian dia. 
Ilyaas ni buat masa ni belum nampak pemberani tu kat mana lagi. walhal maksud nama dia pemberani yg mulia. 



Adik pulak dah mula merengek-rengek ngantuk. Tu la pepagi sebelum subuh dia bangun ajak qiam..
Ni dah ngantuk. Belum masuk zoo lagi ni.


Ilyaas dok pujuk adik.
Ni dialog dorang dua beradik.
" Ani, ani.... totodile tuuuu, monkey tuuuu"
Macam la adik paham:P


Masuk je zoo. Kita cekidaut map dulu. Tapi tak follow map pon. Belasah je jalan ikut suka.
Ada map untuk Night Safari juger.


So memula kitaorg pusing-pusing, tengok kandang -kandang binatang.
Binatang nye nan ado. Tido lagi agaknya.
Cik kiah kan datang awal pagi, haiwan haiwan ni belum bangun lagi.
Dorang kan bukan kena pegi cari makanan sendiri mcm duduk kat dalam hutan nun.
Kul 10 kang ada petugas zoo datang bagi makanan.
So pepagi baik kita tido dulu.
Satgi bangun dapat makan free.


Pastu jumpa kumpulan-kumpulan hyperactive ni.
Ilyaas punya excited ok!

Siap Hi hi bye bye monkey.
Orang utan ada sekor je. Gambar atas belah kiri sekali tu.
Tua dah gamaknya.
Malas je gaya dia. Penat kot panjat tinggi2 camtu. Tak pun lupa cara nak turun. Tak pun berat sangat badan dia, tak berani nak turun. Boleh x assume camtu?

Yang paling hyper cimpanzi ni la.
Buat show lagi. Gayut sana gayut sini.
Ada yg tenyeh2 kepala mak dia. Pijak sana pijak sini.
Pastu gelak sengeh2 nampak gigi putih.


Tengok dorang ni gosip.. macam mak jemah gosip kan?

So korang, jgn mengumpat gosip sana sini lagi kay pasni. 
Sebab kalau gosip secara berjemaah kan, satgi serupa dengan cimpanzi ni pulak:P hehehhehe....
*motif: mari kita kurangkan mengumpat dan bergosip*


Bye bye monkey. 
Adik masih steady. 
Sebab cuaca sejuk lagi. 
Orang pun takde. 


Kita sambung jalan jalan lagi. 
Jumpa totodile ni. 
Terkejut mak tengok totodile ni dekat gila dengan pagar.
Takut dia ni boleh melompat tibe-tibe ke sebab bau daging manusia yg enak ni kan :P

Dah penat penat jalan. Kitaorang mcm mati kutu jap nak gi mana. 
Orang dah la mcm takde langsung kat zoo tu. 
Nak naik tram, tram belum start bergerak lagi. 


Tibe-tibe jumpa playground besar ni.
Dapat la umi rehat jap.
Sementara Ilyaas main-main.
tapi kan, dia macam bosan dah. sebab takde orang.
time ni dok imagine kalau datang ngn family besar lagi best ni. ada sepupu2 ilyaas.
Jom mamijah mamigirl mamadila kita gi reramai next time?


Dah lepas main n rehat kita sambung jln lg. jumpa rusa 





memerang yg comel. aktif je.
ilyaas pon syok je lari sana sini kejar memerang ni buat show


pastu jumpa bear plak.
ni pun cute gak.
Ilyaas buat-buat peramah ajak bear sembang.




ni Ilyaas dah mula penat ni. mintak dukung dah

last-last naik stroller jela.
senang.
pastu jumpa tiger malaya. tgh mandi manda n gurau senda,


Adik dah terlentok lena dah time ni. 

Masa kat zoo sempat adik minum seround.
tu pon mengamuk sakan sebab umi delay kan time menyusu nk cr port sesuai sikit nk menyusu.
bukan main merajuk lg dia .jenuh pujuk br nk minum.



Alamak,
dah terpanjang pulak entry ni dengan gambar-gambar.
sambung nnt ye.

the kids are waiting for umi..


*back to umi mode*