Showing posts with label Home-schooling Ilyaas. Show all posts
Showing posts with label Home-schooling Ilyaas. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

My kiddos- Ilyaas Hafiy and Imani Hafiyya

Assalamualaikum, 

Sambil update pasal home sweet home, nak selit cerita pasal anak-anak. Dah lama saaaanngaattt tak citer pasal budak masam dua orang ni. 

Sekarang, Ilyaas Hafiy dah masuk umur 4 tahun 8 bulan dan Imani Hafiyya dah masuk 2 tahun 10 bulan. Sekejap je masa berjalan, tup tup dah besar dah anak-anak umi ni. 

Well, at their age, senang untuk kami urusakn dorang, sebab Ilyaas dah kira besar jugak lah untuk menguruskan diri sendiri. Sifat seorang abang pun dah makin nampak dalam diri dia, as well as sifat protective terhadap Imani Hafiyya. 

Kalau nak cerita sorang-sorang, panjang berjela umi boleh type. :D 

Walaupun dah besar, tapi perangai masing-masing masih dalam kategori buat umi ngn ayah rasa nak meletup je especially bila diorang ni tengah high sugar. 

Monday, May 11, 2015

Mother's Day 2015 Weekend

Assalamualaikum semua, 


Monday Blues ke idok arini? 

I tak de Monday Blues. Alhamdulillah, dapat bekerja dengan penuh semangat. Yeah! 
Sebab weekend hari tu dapat spend masa sepenuhnya dengan suami dan anak-anak. Dapat masak untuk dorang at least two meals per day, main dengan anak-anak, belajar dengan anak and menjadi good parents. Believe it or not, kitoarg empat beranak buat agreement secara verbal since hari Sabtu pagi, yang anak2 kena kemas balik mainan kalau dorang sepahkan mainan. Kena susun buku balik after baca dan conteng. And Umi dengan Ayah kena jadi good parents. Tak boleh marah-marah, kena tolong kemas mainan jugak. Alhamdulillah it works! =) 

Apa yg kitaorg buat masa weekend haritu? Celebrate Mother's Day macam mana? Sebenarnya kitaorg tak celebrate pon Hari Ibu kali ni. Tak ada special occasion pon. Bagi Ilyaas, Mother's Day to Happy Birthday Umi ke? heheheh, anak tak berapa nak faham lagi. 

Untuk weekend haritu, most of the time were spend inside the house je. Malam Jumaat kitaorg ke masjid, solat jemaah Maghrib, then dinner dekat luar. Balik rumah, siapkan anak-anak pakai baju tidur then tonton citer Madagascar 3 dekat TV3 sampai pukul 12malam. Sebab dah tidur lambat, pagi Sabtu tu tak bangun awal lah untuk pergi riadah macam biasa. Instead, lepas Subuh kitaorg tidur balik. Keluar breakfast dekat Old Town sebab nak guna voucher diskaun yang dapat. Went to market and beli ikan. Balik rumah masak for lunch and dinner sekaligus. 

Ilyaas kusyuk kaler pisang and ambulance
After lunch, paksa anak-anak tidur dulu. then after Asar we went out for jogging and fish feeding dekat tasik Utp and bagi anak2 naik basikal and main playground jugak. Malam dinner kat rumah. 

Malam sabtu tu, Ilyaas buat homework. Tadika dia memang tak bagi kerja sekolah pon, I sendiri yang bagi kerja rumah dekat dia. 
Ala simple2 je, membaca ikut buku Bacalah Anakku, coloring etc . 

Friday, April 17, 2015

Dekat mana nak beli educational items untuk anak-anak kita?

Assalamualaikum, 


Untuk soalan yg dalam tajuk tu, jawapannya kena baca entry ni :D
Hari Jumaat yang mulia ni, nak share pasal benda baik2.. =) InsyaAllah

Ilyaas kan dah 4 tahun sekarang. I dah mula ajar dia membaca. Kenal bunyi. guna konsep phonic. Tapi takla memaksa. Kalau nampak mood dia ok untuk belajar, I ajar. Kalau dia tengah mood nak bermain or nak menonton kartun or cd, I biarkan je dulu. 

Tak lama pon masa yg I amik untuk ajar Ilyaas sebab I tak nak dia rasa 'terpaksa' belajar. Everyday (almost everyday), I akan spend minimum 5 minutes to 10 minutes and ajar dia mengenal bunyi. Imani pon join sekali walaupon dia baru 2 tahun. Alhamdulillah, slowly nampak la improvement dua-dua beradik ni. Still belum boleh baca, tapi dah boleh grab penyambungan bunyi. 


Monday, March 16, 2015

Update Ilyaas Hafiy 10 days before 4

Now, it's time untuk umi citer pasal hero umi pulak... Lama nya tak update pasal IHs dekat blog ni.. 
Sekarang baru paham, bila kerja, kerja baru pulak tu, maksudnya industri yang berbeza dari yg kita pernah join sebelum ni, mmg perlu komited. kat office lebih dari 8 jam, balik rumah, kadang2 terpksa bangun awal or stay up siapkan kerja..erk, bukan siapkan kerja, tapi sediakan diri sendiri untuk mengajar anak orang ... 

ok back to my original intention...jgn membebel panjang sangat...



My Ilyaas Hafiy...

Wednesday, December 24, 2014

Pre-New Year wrap-out entry

Assalamualaikum semua, 


Dah almost the end of the year. So, I think I should quickly do a sort-of pre-new year wrap out. 
Lagipun dah lama tak menulis apa2 dekat blog ni. I am sorry, my students had gained my attention more than this blog nowadays. 

Well, on that basis, I am happy teaching walaupon ilmu di dada rasa tak cukup lagi nak mengajar orang lain. But, I tried, apa yg I tahu, apa yg I pernah experience, I share with my students and at the end of the day I feel relieved. Pendek kata, hampir 2 bulan lebih bekerja ni, I think I've found the job that fit my soul. I hope I can enjoy this job as long as I can. 


Thursday, August 21, 2014

Happy IHs with Ummi's Homemade Playdoh ( No Cook, without Tartar)

Assalamualaikum and Hi semua, 

Weekend lepas, sementara hati tengah resah tak berapa nak senang duduk memikirkan minggu ni I dengan husband akan menghadapi viva kitaorg, I cuba hilangkan tumpuan terhadap our upcoming viva dengan melayan kerenah anak-anak. (nanti I share experience kitaorg viva selang sehari in another entry)

Dah lama I tak share kat blog ni pasal homeschooling dorang kan. Bukan homeschooling mana pon. 
I cuma penuhkan aktiviti dorang je selain dari dok tengok CD or main mainan yang berlambak tu. 

kadang-kadang buat something yg lain sikit. 

So, yg bezanya kali ni I buat playdoh sendiri. Rupanya senang jer. Senang sesangat. dapat idea ni sebab kakak ipar I ada belikan anak2 dia playdoh. 
kenangkan anak sendiri, I google2 la resepi nak buat homemade playdoh. 
Sebab sekarang dalam proses jimat cermat mega buat keluarga kami, maka mmg sesuai sgtlah I aplikasikan homemade playdoh ni .



Tuesday, January 7, 2014

Ilyaas Hafiy at 34months old

Assalamualaikum, 

Dah agak lama kan tak update perkembangan anak-anak dekat blog ni..Meh ari ni nak rekodkan perkembangan  abang Ilyaas Hafiy yang lagi 2 bulan cukup 3 tahun.

Besar dah anak umi...
Walaupun nampak mcm dah besar, tapi kitaorg tak la treat dia mcm budak besar..even though dah jadi abang..kesian je rasa kalau treat dia mcm budak besar, mcm tak kena lagi..baru nak masuk 3 tahun kan..

still allow him to throw his tantrums, mengamuk, menangis, menyepahkan rumah mcm biasa..
kesabaran kitaorg je la kena sentiasa di kawal...

contohnya, Ilyaas ni suka sgt tgk tv dekat2..kitaorg duduk rumah sewa kan, jadi tak nak la tebuk lubang kat dinding rumah nak wall mounted kat tv kitaorg, so letak atas kabinet biasa je la..mmg faveret budak2 ni tengok tv dekat2...
so kitaorg letak satu lagi meja nak avoid dorang dari terlalu rapat dgn screen tv...Ilyaas kan dah besar n kuat, ada je idea dia nak merapatkan diri dengan kabinet tv...bila dihalang dia marah, nangis, mengamuk..
bila dia dah redha sikit, saya akan panggil dia, peluk dia, duduk berdua dgn dia and akan explain elok elok kat dia, kenapa umi dgn ayah tak bagi buat mcm tu..slowly dia paham walaupun amik masa untuk dia terima dan dia akan ulangi perkara yg sama berulang kali..


Ilyaas suka sgt main lego..sejak balik dari Legoland aritu..hari2 kot dia main lego..kadang2 dia buat bangunan tinggi2..kadang2 dia buat lego tu mcm kek, susun2 then dia akan potong kek letak dalam piring mainan..sambil cakap "ummi, yash buat kek ni"

Weekend aritu, saya try buat satu lagi busy box utk entertained Ilyaas. Fuh, susah nak siapkan satu busy box ni sebab ada sorang budak tu, suka sgt destroy apa saja yg umi dia buat. lain x lain si kecik Imani tu la... Umi pegang kertas nak gunting, dia koyakkan.. 
Yang Ilyaas plak, kita nak lukis kat kotak tu guna crayon, dia senyap2 amik crayon conteng..last2 terbengkalai je projek nak buat shape box utk dia..
Nasib baik projek nak buat road trip box dpt siap walaupon x berapa nak berpuas hati..tp bolehla..Ilyaas boleh main kat box road trip tu dekat sejam...
semalam siap request nak main lagi, tp dah malam so tak layan permintaan dia...



hasil kerja tangan umi yang keras dan tak berapa kreatif..gasaklah tak kisah pon
janji anak teruja...n objektif tercapai.kos cuma RM2.00..tu pon banyak lagi sticker
tu tak guna. boleh simpan buat activity lain..

Ilyaas sekarang dah pandai berkawan.. Suka ajak keluar rumah nak main dgn anak2 jiran...cuma, tak berapa gemar sikit kalau biar dia main tanpa supervision kitaorg..bukan apa, nak bagi anak berkawan kena tengok jugak mcm org yg dia nak berkawan tu.. 
I mmg prefer kalau nak bg Ilyaas main kat luar rumah, I or husband ada sekali..tunggu dia main..
Pernah aritu biar dia main dlm pagar, sekali tgk dia dok syok makan keropok anak jiran dok hulur hulur..
I tak suka la Ilyaas terima makanan dari orang lain. ni jiran baru, mak bapak budak tu pon belum pernah bersembang ngn kami suami isteri..walaupon i ada hadiahkan kek coklat kat family dorang, tanda berbesar hati kami menerima jiran baru, tp still none of the husband or wife saya thank u, or bertegur sapa dgn kami.. bukan nak suruh dorg mesra alam pun ngn kitaorg, just kenalkan diri nama apa, nak panggil apa...sekurang kurangnya tahu sapa dok kt sebelah rumah..adab berjiran kan..tp biarlah, lain orang lain caranya...eh, ni patut entry update Ilyaas, dah melalut citer lain pulak...hehehehe sorrryyyy...

Sambung pasal Ilyaas k, dia suka naik basikal...kalau boleh, setiap weekend kitaorg bawa dia gi park bagi dia naik basikal. kalau kat rumah babysitter pon ada satu basikal roda tiga yg agak besar ..Ilyaas akan main basikal tu tiap2 petang sementara tunggu kitaorg datang amik dia...

Ilyaas ni, apart from his tantrums, he is actually a very lovely and responsible brother..
Mudah mudahan sampai ke besar mcm tu. Jaga adik dia yang sorang tu..
2-3 minggu lepas, kitaorg dah start potty training kat Ilyaas dengan kerjasama babysitter dia yg sgt helpful.
Waktu siang, mmg dah tak pakai pampers... kecuali time dia tidur siang, baru kitaorg pakaikan..itupun selalu tak basah pon pampers tu..

Malam plak, sebelum tidur baru pakaikan..
kadang2 dia request sendiri " yash xnak pakai ampers, yash nak pakai spander je"

I memang tak beli pon training pants ke apa utk potty training ni...tak sempat nak belek2 website dah nak baca pasal2 ni bagai...tp I just follow je la apa yg I rasa ok n betul...Kalau tak pakai pampers, mmg I bagi pakai spender..Actually sejak dia umur 2 tahun lagi, dah biasakan kalau pakai pampers gi jalan2 mmg akan spender skali...so slowly dia dah terbiasa pakai spender...
ada beli toilet seat mcm yg selalu tgk utk toddler tu..tp Ilyaas mcm prefer mencangkung lagi dari duduk..Biarla mana yg dia selesa..lama2 dia belajar la..lagipun sunnah jugak kan mencangkung masa buang air...
Jangan tanya la tips ke apa ke pasal potty training, kitaorg sendiri kelam kabut di buatnya..
Banyak kali dah oooi dia ter lepas wi wi depan tv..ter yak yak dlm spender...
jenuh la sental karpet bagi ilang warna bau dan rasa (eh tak rasa pon)...

kadang2 bila penat balik from uni, dia ter wi wi, sebab kitaorg terlupa yg dia tak pakai pampers..pastu menyirap je darah sbb tambah satu lagi kerja nak kena settlekan..kena bersihkan cepat2 sebelum adik Imani gi main plak dgn najis tu..serabut n penat je rasa..
Kena calm cept2 bagitau diri sendiri anak tgh nak membesar..
siap teringat nnt I dah tua, kalau I pakai pampers org dewasa, sudi ke anak2 I cucikan najis I...


eh ok la, nak gi farewell lunch my sv... saya akan tukar supervisor lagi...utk kali ke4 dlm 2 tahun studi master research ni...
pelik kan bila buat research ni, byk benda tak dijangka berlaku along the way...
harap dapt habiskan dgn jayanya...amin...

demi anak2 ini..

kesayangan saya

Thursday, August 29, 2013

Train Scene with Ilyaas

Hari ni nak share pasal aktiviti yg sy buat bersama Ilyaas. Lebih kepada nk make him feel occupied sementara tunggu ayah dia main badminton...at the same time dpt tgk perkembangam minda dia. Agak lama dh sy tinggalkn aktiviti home schooling utk Ilyaas..huhu..rasa bersalah plak...sobs 

Train scene ni part of activity yg ada dlm buku latihan berpelekat yg sy borong masa pegi big bad wolf last year. See dah lama beli buku aktiviti ni, tp dok bertangguh je nak buat aktiviti2 dalam tu. sebenarnya tunggu Ilyaas ni dapat focus lebih lama sikit pada satu2 benda yg dia buat. 


Ni sticker-sticker yang akan digunakan untuk siapkan train scene ni.
It's a clip-on pop-up sticker
ni pulak background landscape for this train scene.
umi la yg tolong Ilyaas sediakan semua bahan2 nak siapkan train scene ni.
ada la few steps yg simple kena follow sebelum boleh mulakan aktiviti ber-train-choo-choo ni

Mula-mula tu , I showed him how to do it. Lepas tu Ilyaas buat sendiri. Tak sangka dia berminat, dan boleh kusyuk buat aktiviti ni. Suka pulak dia. Boleh la sambil2 tu ajar dia warna...yellow car, red car, blue car...

Alhamdulillah, budak2 besar umur Ilyaas ni senang absorb. Jadi sekali je tunjuk kat dia cara nak selitkan clip-on sticker ni dekat landscape yg dah ada tu, terus dia dapat buat. Good job baby! eh panggil baby lagi, padahal dah masuk 25 bulan dah bulan ni.
concentrating on the task 

Typical anak umi, kalau tak dapat buat something lepas beberapa kali berusaha secara sungguh-sungguh, sure akan rasa geram nak ngamuk. Ada beberapa kali jugak la dia ngamuk sebab clip dkt sticker tu tak nak lekat dekat landscape tu. Pity him. Mesti la umi tolong lepas tu. 

adegan ngamuk 


Berkat kesabaran Ilyaas, berjaya juga siapkan train scene ni mengikut instruction dalam buku aktiviti tu. Tahniah anak. Walaupun sgt simple, tp it's a hard work for you. Satu hari la dia dok membelek kereta-kereta and train ni.
hasil usaha gigih Ilyaas
dibantu oleh umi serta little assistant, miss Imani
rasa mcm nak frame je 3D image of train scene ni
boleh letak dlm bilik Ilyaas nnt

Thursday, June 6, 2013

Ruang untuk anak-anak

Assalamualaikum semua, saya kembali menulis lagi. Hihi. 
Rindu sebenarnya nak menulis kat sini. poyo kan. 
tapi ada yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu dari blog ni. 
Hari ni nak share pasal ruangan yang saya sediakan untuk anak-anak, untuk dorang main, lepak lepak, belajar dan menambahkan bonding di antara dorang. 

Nak buat playroom sendiri belum punya bilik yang lebih. Plus I think kalau buat playroom dalam usia dorang kecik macam ni, rasa mcm tak berapa nak harap dorang duduk berdua dalam playroom. Tak pasal kang Ilyaas cepuk adik dia. 
Ruangan untuk anak-anak ni saya buat kat ruang tamu je. Senang, sama ada saya or husband mesti ada bila dorang melepak kat sini. Jadi, anak-anak sentiasa dlm pengawasan kitaorang. Lagipun, ruangan sekadar recycle je barang2 yang dah ada kat rumah. sekadar ubah susun atur bagi nampak lebih spacious dan lebih berguna. 


Ni dia ruangan anak anak umi. 
Adik kadang-kadang baring terlentang je atas playmat tu. Kekadang dalam rocker. Kekadang atas bumbo chair. Ikut keselesaan dia la sebab dia kan cepat boring. Janji nampak abang dia ada sama, dia ok je. 

Ilyaas pulak sama ada duduk kat kerusi tu sambil buat aktiviti2 berfaedah sikit seperti membelek buku ke apa ke. tak pun main je atas karpet. 



Meja study Ilyaas. Recycle coffee table Ikea. :P
Kerusi beli kat Tesco je. Just nice untuk budak umur Ilyaas. Rasa mcm kerusi tadika. 
Tampal poster ABC yang dapat masa beli buku kat BBW aritu. Pastu balut ngn plastik so that Ilyaas tak conteng poster ni. Sayang plak klu kena conteng sbb poster ni cantik, and boleh guna lama, nnt Imani dan Ilham  (dah plan nama anak no 3 hahahahahah )  boleh guna jugak. 


Sebelah meja Ilyaas saya tampal kertas mahjung. 
Boleh lah Ilyaas conteng sepuas-puasnya. Jangan diconteng dinding rumah sudah. 
Kadang-kadang guna as white board ajar dia apa2 benda basic. 


Sebelah meja plak, letak rak buku. Saja terbalikkan rak ni bagi kedudukan melintang. Supaya Ilyaas senang nak amik buku. Plus boleh letak barang kat bahagian atas tu dengan lebih banyak. 

Buku disusun ikut umur. 
Rak paling kanan, buku bacaan umi dan ayah. 
Rak tengah mostly untuk Imani. Softbook dan buku yang ada music-music. 
Rak kiri sekali buku-buku Ilyaas. 


Atas rak pulak susun beberapa barang Ilyaas. Ikea playset ni memang jadi faveret Ilyaas. Hari hari dia main. 
Ok la, sekarang dah tau sebut red blue yellow green. tp rasanya dia belum kenal mana satu red, mana satu yellow. hehehehe.. 

ada alat tulis aka alat menconteng dia jugak. letak dalam raga. senang dia nak kemas balik. 
And box hitam tu contain felt alphabets. Salah satu mainan wajib Ilyaas kecahkan tiap tiap hari. 
Pastu tunjuk kat Imani . 
Adik apa lagi, amik masuk mulut je jawabnya. 



Antara meja dan rak, saya letak karpet kecik comel ni. Sebenarnya karpet ni karpet saya masa duduk kat rumah bujang dulu. rak tu pon bawa dari rumah bujang dulu. alang-alang dua-dua barang ni elok lagi, kita turunkan pada anak-anak pulak. 

Lagipun karpet ni macam sesuai je untuk Ilyaas sebab bermotifkan kanak-kanak kan. 

Untuk toys yang lain, yang akan menyemakkan ruang tamu kat rumah tu, saya letak dalam bilik tengah. So that bila Ilyaas sepahkan mainan-mainan dia, tak la sakit mata memandang sebab yang bersepahnya hanya kat dalam bilik. Plus bila buat camni, Ilyaas jadi disiplin sikit, jarang dia buat sepah kat ruang tamu. Kecuali dia bawa keluar kereta dia je. Or susun kereta-kereta kecik kat rak tv. btw kereta-kereta kecik dia semua dia pow acu dia punya. Dulu saya yang dok kumpul kereta-kereta kecik hotwheels untuk adik bongsu, sekarang adik bongsu aka acu Ilyaas kena bagi kat Ilyaas pulak. buruk siku pulak rasa.. :P


Mainan Ilyaas dan Imani. Satu lagi box simpan softtoys takde dalam gambar. 

Bila dah buat susun atur camni, saya pon verangan la nak mulakan Reward Chart System pada Ilyaas. 
Dah siap reka reward chart semua dah. 
Seminggu melaksanakan sistem ni, nampak Ilyaas makin senang mengikut arahan dan menjaga harta benda dia. 

So, saya and husband pun semangat la pergi borong sticker untuk Ilyaas nak dijadikan reward pada dia bila dia buat sesuatu mengikut arahan etc. 


Borong sticker masa balik penang aritu. beli kat supermarket dekat ngn rumah. 


Tapi kan......


Bila balik from penang aritu, ada beberapa hari dah stop sistem rewarding ni, dan lupa pulak nak tampal kertas mahjung untuk Ilyaas menconteng, makanya, reward chart yang saya buat dah berubah jadi camni .....


















Taaaadaaaaaaa



Ini dia reward chart Ilyaas yang pertama...
setelah diconteng conteng  dan semua sticker dan diubah suai mengikut kesukaan Ilyaas. 
Sebenarnya sticker2 tu berada dlm kotak2 yang sepatutnya la. 
tapi anak teruna yang kreatif ni dah cabut sticker2 ni tampal ikut suka hati dia. siap excited bagitau umi dia dah ubah susunan. 
dan dah conteng. 
hahahhahaha
salah umi jugak lupa nak tampal kertas mahjung untuk Ilyaas conteng-conteng. 
Bagus Ilyaas tak conteng dinding. 

Balik nnt umi tampal kertas mahjung untuk Ilyaas conteng ok. 

=)



Ok ya anak-anak umi, nanti dah pindah rumah kita sendiri, 
umi sediakan playroom untuk kalian berdua ye sayang. sekarang main dan explore kat sini dulu






Thursday, May 23, 2013

Worth spending for Baby Khalifah Series

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

We now own this great Baby Khalifah Series (BKS).

I have been eyeing on this product since one and half year ago. To be honest, I got to know this product from mypermatahati.com when I join dropship program with them. They do sell this product. However, I think it is too advance for Ilyaas (since dia belum pon setahun lagi masa tu). But when Mommy Nadia introduce this in her blog, I don't give another thought anymore. Cepat-cepat I email her to order this BKS. Unfortunately, untuk first order masa tu dah penuh. So I wait for the second order. Tak tunggu lama pun. Once second order dibukak, Nadia terus email I tanya I nak ke tak. 

After dah order one set, I cepat-cepat pulak fikir macam mana nak cari fund nak bayar Baby Khalifah Series ni. Mommy Nadia jual RM80 je. Tak mahal pon.. But being a mother tanpa pendapatan bulanan, membuatkan I mmg restricted sikit dari segi spending. Selalunya I memang akan dahulukan keperluan dan kehendak anak-anak dari keperluan dan kehendak sendiri. Biasalah, setiap ibu bapa pun akan buat macam tu jugak kan. I terfikir untuk jual my ring sling. So,I put it for sale dekat dalam group second hand item di fb. Syukur sgt, ada yang berminat. Ramai yg berminat. I jual cukup-cukup untuk bayar Baby Khalifah Series ni. Once dapat payment dari hasil jualan ring sling, I quickly bank in to Nadia, to make sure I did not spent the money for something else. I really really want this Baby Khalifah Series. Lepas dah bank in, email her back. Discuss about postage etc sebab masa tu dah nak dekat PRU13, afraid kalau pos nnt lambat dapat since I'm going back to Terengganu for one whole week. Last-last, we decided to meet up in Chendering, KT since Nadia pun balik mengundi kat Terengganu. Moment dapat box BKS ni, I terus passed it to Ilyaas yg duduk dalam kereta masa tu dengan cousin dia. Excited bukan main Ilyaas, tahu lah dia dapat mainan baru. Yes Ilyaas, umi beli ni untuk Ilyaas. Belajar sama dengan adik ye. Jaga elok-elok tau. 


So these are the things yang ada dlm box BKS biru yang comel tu. 

1. 6 Buku Activity [ My Family/ My First Adab/ My First Kalimah/ My First Arabic/ My First Iqra/ My First Solat]
2. 6 CDs  [ My Family/ My First Adab/ My First Kalimah/ My First Arabic/ My First Iqra/ My First Solat]
3. Flash Card containing waktu solat, kiblat dan aturan mengambil wudhu. 
4. Colour Pencil
5. Bookmark
6. Car Sticker

Cd yang ada dlm BKS ni bukan jenis movie yang boleh play and terus tengok. It is an interactive  learning Cd. Jadi, mula-mula kita kena install dekat laptop/pc dulu. Installation ni amik masa dalam 3minit camtu. Jadi harap bersabar ye anak-anak sekalian. Btw, CD semuanya di-attach pada buku aktiviti ye. Jangan jadi mcm I, bila check dalam box BKS tu dah tak nampak CD, pastu gelabah ingtkan hilang ke masa Ilyaas dok main dalam kereta masa pick up from Nadia. Siap geledah kereta cari. RUPANYA ada kat BELAKANG BUKU laaaaa ...hehehehe funny me. 


Once dah install, kita akan nampak muka budak perempuan comel nama Aisyah ni. Aisyah akan jadi moderator dan guide kita dan anak-anak kita dalam mempelajari topik-topik yang ada dlm BKS ni. Medium komunikasi dalam CD dan buku-buku aktiviti BKS ni menggunakan Bahasa Inggeris. So, selain dapat belajar pasal deen (agama) kita, kita jugak boleh improvekan penguasaan BI anak-anak kita (termasuk parentsnya sekali yg tak berapa nak terrer BI)

First topic yang saya intro pada Ilyaas ialah My First Solat. 


Dalam interactive CD My First Solat ni, akan di ajar cara menjawab azan, mengambil wudhu, bacaan dalam solat. Latihan dalam buku aktiviti tu akan diguide oleh moderator Aisyah. Comel je Aisyah ni tau. Setiap kali Aisyah muncul, dia akan sebut Assalamualaikum. Ilyaas excited sgt dgr Aisyah tu bg salam dekat dia. 


Then kita tengok pulak CD My Family


Ilyaas kusyuk dengar cara mengambil wudhu. Memandangakan Ilyaas baru 2 tahun 2 bulan, tahap concentration dia masih susah nak di kawal. Tak lama dia fokus pada satu-satu aktiviti. Paling lama 15 minit. Jadi saya tak terlalu paksa dia habiskan setiap modul yang ada dalam CD ni. 


Buku-buku aktiviti dalam BKS. Semuanya ada grafik yang menarik. Setiap page berwarna dan printed on a very good quality paper. Amazing sgt product tempatan tp kualiti sangat bagus. thumbs up Islamkids.com


Buku-buku aktiviti masih saya simpan. Saya sayang nak bagi Ilyaas main. Maklumlah, Ilyaas belum pandai menulis, not yet membaca. Sekadar A B C tu baru nak mula mengenal. Sayang kalau saya biar dia belek-belek buku ni, nnt dia terconteng, or terkoyak...aaaaa sedih.
Saya simpan dulu sampailah Ilyaas dah pandai menulis, membaca dan memahami setiap latihan yang ada dalam buku aktiviti ni. Mungkin Ilyaas boleh buat sama-sama dengan adik Imani nnt kan. 
Kena tunggu Ilyaas umur Abang Adam, anak Nadia la kot baru Ilyaas dapat betul2 memahami latihan dalam activity book ni. 
Boleh la baca mcm mana Abang Adam buat aktiviti dalam buku-buku ni dekat link ini ye. 


Ok nak share pasal Flash Card from Baby Khalifah Series pulak. Sejujurnya, I rasa this is a very good quality flash cards. Memang tak sama mcm yg dijual dekat supermarkets or kedai buku even MPH. 
First of all, kad ni menggunakan kertas cardboard yang sangat keras. Knowing my Ilyaas yang sedikit ganas dalam bermain, banyak dah flash card yang jadi mangsa keadaan, terkoyak sana sini. 
Ada satu flash card ABC Ilyaas, ayam takde kepala. Sebab dah kena gigit dengan Ilyaas. 


Selain datang dalam box yang comel dengan moderator Aisyah sebagai pengiklan. 
Ni mainan yang Ilyaas hari-hari akan suruh saya ajar dia. 

" umi, bukak bukak bukak"

Ilyaas suruh umi bukak box ni dan keluarkan flash cards untuk dia main. 

Jujur, saya selalu tak ada masa nak entertain kehendak Ilyaas ajak saya bermain sama-sama. Tapi (ayat standard), I tried to squeeze in some time. Biasanya bila dah golek-golek nak tidur, I show him this flash card. Tunjuk step-step untuk ambil wudhu. Tak lama, 5 minit macam tu je. Selang seli dengan ajar ABC pada dia menggunakan felt words. 



Flash Cards from Baby Khalifah Series
Colourful dan penuh karakter kartun. 


Dengan adanya flash card BKS ni jugak I started to introduce some basic islamic knowledge to my little girl, Imani. Tengok gambar kat bawah ni. Gambar first tu Imani tgh hold kad kiblah sambil tengok ayah dia tunjuk flash card lain. Mudah mudahan menjadi permulaan yang bagus untuk Imani. Gambar kedua tu pulak Imani tgh serabut mengantuk tapi si abang Ilyaas sibuk ajak bermain lagi. Ni gambar latest semalam baru snap. hehehe



Lepas dah purchase BKS ni, I baru tau pasal website www.islamkids.my
Pengeluar Product Baby Khalifah Series ni.



Oh ye, siapa-siapa nak dapatkan info lebih lanjut pasal product ni boleh contact I terus ye. I jual jugak this good product. Bukan tujuan nak dapat keuntungan, tapi to spread the good things. 
Harga dia RM80 (pls add RM10 for postage).

Atau pun boleh direct beli daripada Mommy Nadia. 

Ni facebook page Baby Khalifah Series by Mommy Nadia. 


Jemput like ye kawan-kawan dan sebar-sebarkan lah benda baik ni...


TQ sudi baca







Wednesday, May 15, 2013

Aktiviti Menconteng dinding

Bila anak dah masuk phase umur setahun ke atas, dan sudah pandai pegang pensel, dan sudah berminat nak menulis mewarna aka menconteng, kita mak-mak ni kena la siap siaga bila tengok tibe-tibe je dinding rumah yg putih berseri tu ada garis-garis abstrak. 
Biasalah hasil lukisan artis muda berbakat besar. 
Kalau kat rumah sewa kitaorang ni, tanda-tanda Ilyaas mula mengganas dengan pensel warna dan crayon dia  boleh dilihat kat pelbagai lokasi. 

-bilik tidur : atas bucu katil
- ruang tamu : dekat kusyen, dekat tepi tv, tepi rak buku, tepi tempat letak katil adik
-dapur : masih terpelihara lagi kesucian dinding
-bilik tetamu : dekat tepi almari

Jenuh la nak padam. Mula-mula dulu mampu la nak memadam, lama-lama biarkan ajela, nnt tuan rumah potong deposit. Tak pon , kitaorg gi beli cat putih and cat tempat2 ada lukisan Ilyaas tu. 

Nak halang dia conteng dinding mcm tak boleh je. Sebabnye, perangai conteng dinding ni perangai warisan dari umi dia. Serius ok, masa kecik-kecik, actually tak kecik sgt, dah umur 4-5 tahun dah pun, umi Ilyaas ni suka sgt2 conteng dinding. tu umur dah besar tu, tak reti nak dengar cakap mak lagi. Sampaikan mak marah suruh padam semua contengan tu.. Yela, masa tu kitaorg baru je pindah rumah baru. Tengok2 habis dinding kena conteng ngn anak dara dia ni.:P peace mak.

So, daripada menghalang Ilyaas dari terus conteng dinding, I got an idea ....


Tampal kertas mahjung warna putih kat dinding, dan cakap kat dia, kalau nak conteng nak lukis nak buat apa2 buat la kat kertas tu. Lebih selamat dan juga jimat. 
Sekaligus jadi whiteboard tak boleh padam untuk umi and ayah Ilyaas ajar Ilyaas. 
dah habis guna one side, boleh kalih guna the other side. 



Tuesday, April 30, 2013

Ilyaas Learns Phonics via Starfall.com

Last year, 2012, one of my resolution is to start teach Ilyaas on ABC. However, I did not meet my resolution. LOL.  Kalau nak list kan alasan kenapa xdpt capai resolution tu, memang boleh panjang berjela, tp mainly because umi yang malas.  Tapi bila masuk 2013, Ilyaas pon dah 2tahun, rasanya tak terlalu awal nak mulakan dia dengan ABC and Alif Ba Ta. Chart mmg dah lama bertempek kat dinding rumah, nak mengenalkan huruf satu per satu pada si anak itu yang lambat dimulakan. So, upon reading from Mommy Nadia how she made use of starfall.com to teach her kids ABC, saya pon mula browse through this website. 

http://www.starfall.com/

Personally I like website ni. Sebab interactive. Kena klik klik then keluar bunyi. 
Ada animation sekali. Simple je animation dia, tp boleh la buat Ilyaas ketawa dan belajar pronounced betul-betul. Walaupun Ilyaas ni belum boleh cakap betul-betul lagi. Tapi husband tak minat website ni, dia lebih suka yg boleh play mcm video kat youtube. Senang katanya, sekali tekan je, anak duduk layan. Tapi bg saya, kalau bukak mcm video tu, maknanya kita biar anak tengok while kita buat kerja lain. Tak learn sama-sama dengan dia. Mungkin boleh membantu bila kita tgh busy, tp untuk pastikan tahap keberkesanan anak belajar dan memahami, rasanya interactive website is more suitable. 
Sebab Ilyaas baru 25bulan, dan belum terrer tekan2 mouse pada button yang betul, I will sit with him sementara dia belajar di starfall.com ni. Yes, we have to spend some time ajar anak. 



Ni one of the screen capture untuk interactive huruf A. Dia akan sebut A..dan buat bunyi aaaaa. 
Kemudian boleh tekan next, pastu keluar objects yang bermula dengan huruf A (apple, alligator) then ada game pick A besar dan A kecik masuk dalam bakul. Huruf-huruf lain pon macam tu jugak. Ada jugak video untuk huruf AEIOU....


Sambil ajar phonics via starfall.com, saya guna jugak felt ABC yang I hadiahkan pada Ilyaas as his 2 yrs old birthday present. Suka sgt felt phonics ni sebab nya walaupon Ilyaas tak reti lagi mengenal huruf, dia tetap main2 dengan huruf-huruf ni, mungkin lama-lama dia akan ingat bentuk-bentuk huruf ni dan lebih mudah dia mengenal which one is A , B , C dan seterusnya. 


Ilyaas tengah excited tunjuk huruf felt B for ball. 
Nampak keserasian di situ bila dia cuba ikut apa yang ditunjukkan di starfall.com dan pick up huruf2 felt yang sama. 

I hope, by end of this year, Ilyaas dah boleh kenal huruf ABC ni. Kalau belum hafal sampai Z, its ok, tp sekurang kurangnya on the way  untuk mengenal semua huruf. Umi tak mau pressure Ilyaas, and also myself. 

just to start him learning something while playing. =)

Oh yes, lupa nak gitau, website starfall.com ni kalau nak dpt full access kena bayar =( 
tidak best di situ. 
Kalau pakai yg free je, dpt full access pada phonics only. Number tak dpt, reading tak dpt..serta yang lain-lain lagi. Saya belum lagi purchase untuk access. Tengok keadaan dan keperluan. Mungkin tak perlu. 
tapi if any of u guys yang ada access, let me know la, kot kot korang nak share access tu ke???

heheheh, bukan murah its $35 USD..tu kena pikir pikir...
Kalau boleh share-share nak jugak ...



Sunday, April 28, 2013

Ilyaas First Art Work

Assalamualaikum and Good Morning =)

Jom kita mulakan hari Ahad kita dengan ceria. Mestilah kena ceria, its weekend. Masa bersama keluarga kan. Yang paling best dapat spend masa dengan anak-anak. Lepas subuh tadi, memang tak de harapan nak lelap lelap balik sebab si kecik Imani tu dok ajak bersembang. Nak berdukung, nak orang cakap ngn dia... 
Senyum senyum manis bila umi layan dia. tp bila umi stop untuk pump susu, mulalah dia buat suara minta bantuan kecemasan. Cheeky girl of mine. 

My cheeky beautiful baby Imani on 27 April 2013. 

Alamak, sorry Ilyaas. Imani inter frame pulak. This supposed to be your story. Cerita Ilyaas' first art work. We did this yesterday, 27 april 2013 (nak bagi tarikh jugak, supaya boleh dikenang nanti)...I've been wanting to start Ilyaas with some play-activities at home since he was little. But been considering his state of mind yang belum boleh focus and listen to instructions before, I delayed it until he is 2 years plus now. I've been reading some blogs yang bawa anak ke playschool or art class etc during the weekend untuk ajar anak-anak diorang aktiviti-aktiviti camni. And thanks to them for sharing it. Ada jugak friends yang share di fb. Tengok-tengok balik aktiviti tu most of them boleh di buat kat rumah sendiri. Maybe tak perlu ke kelas, lagipun mana mau cari kelas macam tu kat area sini kan.. sini bukan KL, atau Penang, atau Singapore. 

Sebagai umi, I think now Ilyaas dah sampai state ready to learn. And its a good time to start him with some activities yang perlukan a little bit of concentration and thinking. We start with water colour mixture. 


Bahan-bahan yang umi guna...
- air paip
-few colours from water colour (pilihlah yang non toxic and safe for kids)
- half of potato and cucumber (can change to startfruit, carrot, petola etc)
-Drawing paper

Nak buat aktiviti ni, I played safe by tanggalkan semua pakaian Ilyaas. tinggal his CD jer. Kalau tak, jenuh pulak nak menyental water colour yang lekat kat baju and seluar. So, the rest of the pictures, Ilyaas agak sexy...hehhe, sorry sayang, comel je di mata umi.. Mula-mula umi la yang tunjuk kat Ilyaas cara nak main dengan water colour ni. Amik potato tu, letak air sikit, then letak water colour..pastu tekapkan kat atas drawing paper.  Ilyaas pun excited nak follow, coz dia first time buat aktiviti camni. Jom cekidaut Ilyaas menunjukkan bakat seni yang baru nak di asah itu.. (walaupun umi mu ini tak berseni langsung..kahkahkah)

Artist Ilyaas Hafiy in action

Kita tempek2 kasi penuh kertas ni


nak pilih colour apa ni ye.. mix kan je la semua colour

pastu tekap atas kertas ni

Dan ini lah hasil terakhirnya.... Random artwork, abstract la!


Btw dengan buat artwork ni, kena la bear bare in mind, akan ada kecomotan berlaku...
Heheh,target cepat2 bawa budak ni gi mandi lepas siap main warna warna ni. 
Pastu bagi susu dan tidur...(harapan tinggal harapan), he did not sleep sampai la ke malam. Gigih nak teman umi ayah bila ada di rumah.