Thursday, February 18, 2016

Abg Ilyaas & Kak Imani di Tadika

Ilyaas Hafiy dan Imani Hafiyya tahun ni masuk tadika yang sama. Cuma lokasi berbeza-beza sebab umur diorang berbeza. Imani sekarang ni dah 3 tahun, tp dia join tadika 4 tahun cuma day care 3 thn. 

Abang Ilyaas pulak dekat kelas 5 tahun. kira sepanjang seharian di tadika and taska, dua beradik ni tak berjumpa pon. Petang bila kitaorg amik from taska baru dua-dua berjumpa. Ada hari time bertemu dalam kereta bukan main baik masing2 dengar cerita buat apa kat school. Ada hari, nampak muka je, terus dua-dua nak cari pasal, mcm kucing dgn anjing pun ada. 

Selama dekat 2 bulan lebih kat school ni, dorang berdua pakai baju tshirt biasa je, sbb belum dapat uniform. Tapi hari ni dah dapt uniform, jadi umi dorang pun terlebih excited nak update dalam blog...heheh



Kak Imani Hafiyya pagi tadi. 
Alahai, baby umi sorang ni dah besar dah gaya. Tapi kan, perangai seorang baby tu masih banyak dalam diri budak kecik sorang ni. 
Nak tidur malam bukan main mengada. Merajuk nombor satu. 

Pergi sekolah tak wajib pun pakai tudung, kecuali hari Jumaat digalakkan pakai tudung sbb ada bacaan quran. Tapi Imani tgk ramai kawan2 dia pakai dia pun nak pakai la jugak..




Abang Ilyaas Hafiy pagi tadi. 
Nampak berisi pulak anak umi dalam pic ni. 
Yang ni memang matured sgt dah. 

Alhamdulillah, byk progress yg dpt dilihat sejak diorang berdua enroll kat tadika ni. 
Dah dapat hafal beberapa bacaan dalam solat, Ilyaas makin lancar membaca. Malam tadi dia habiskan satu buku Bacalah Anakku Level 4. Terkejut I sbb selama ni, nak ajak dia baca satu dua muka surat pun payah. Level 3 sebelum ni dia amik masa almost 5 bulan nak habiskan. 

Imani pun dah hafal hadith kebersihan, doa makan, doa masuk tandas, dapat kenal huruf and warna dengan betul. Sebelum ni Imani mmg ada problem differentiate warna sampai I ingt nak bawa dia untuk test buta warna ...heheheh.


Situasi pagi tadi. Tak tau la apa dua beranak ni sembang.
Tanya ayah dia pasal tudung senget ke tidak kot. 




dalam kereta pagi tadi. 
Kalau gi sekolah dah tak duduk car seat sbb car seat dekat kereta satu lagi. 
Ni kereta cari makan:D



My cahaya mata penyejuk hati.Moga membesar jadi insan berguna ye. 

Pagi tadi sempat masak spaghetti goreng as bekal untuk sarapan. Malam sebelumnya Ilyaas request nak mee goreng sbb dia kata kawan kat sekolah, nama Amani bawa. Dia teringin la tu nak rasa. 

Siap citer, kalau dia bawa bekal nnt dia kena duduk dekat dengan wardah (budak perempuan). 
Amboi, cari akal nak duduk dekat wardah ke..heheheh

I pulak terlambat bangun pagi tadi. Lepas subuh cepat2 rebus spaghetti. 
Masak banyak jugak, untuk Ilyaas dan Imani bawa gi sekolah, and for husband and me makan di office. Sempat buat roti sosej as bekal tambahan. Sebab roti ni expired hari ni. 
Takut terbazir plak kang. 




Tak sempat nak snap dah bekas Ilyaas dia dah letak dalam beg. 
kelam kabut jugak la, dah bangun lambat, masak lagi. 
Nak siap2 pakai tudung bagai..
Pagi2 dah berpeluh2 (itu biasa)..
Mujur pagi ni Imani meragam kejap je. 

Bangun2 tgk umi dia takde dia nangis cari umi sampai ke dapur. 
Pastu pujuk2 cakap gi mandi ngn ayah sbb hari ni pakai uniform baru , terus dia ok.. 
Tak merengek2 nak umi mandikan dah..




Kalau hari Jumaat dorang pakai baju tradisional. 
Ni baju Ilyaas and Imani beli kat Jakarta tahun lepas. 
Beli kat Tanah Abang. 
Aritu gi Medan cari macam ni dah tak jumpa baju camni...




Ni gambar teacher Imani wassap masa bulan Jan aritu. 
Ilyaas x byk gambar kat school sbb dia mmg betul2 kelas belajar. Nanti pun ada exam and assessment. Imani ni more to play school. 
Kalau dia larat n mood ok, dia join kelas 4 thun belajar. 
Kalau mood tak ok, teacher bagi play group mcm ni je la. 

Alhamdulillah la, so far rasa puas hati dan berbaloi hantar anak ke tadika ni. 
kebersihan pun dorang jaga. selain pengajaran yg dititik beratkan. 
semua teachers pun mesra and baik2. 
jadual dorang nampak suitable dgn usia anak2. 
silibus pelajaran pun bagus, setanding dengan tadika2 yg dah famous mcm GA, LC, BB dan sebagainya. 

Untuk semua teachers, thank you sebab tolong ajar dan jaga Ilyaas dan Imani =)



No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...