Thursday, May 16, 2019

Pengalaman Memasuki Raudhah seorang diri (buat wanita)

Assalamualaikum semua, 

Maaf sangat2 lambat betul nak update blog about my first umrah trip. It has been 6 months since the trip. InsyaAllah selagi ingatan masih kuat, dpt saya coretkan di blog ini. 

Harini sy nak share bagaimana jemaah wanita ingin memasuki Raudhah secara sendirian berhad. 
Tanpa peneman iaitu adik, kakak atau ibu. Semua sedia maklumkan keadaan di dalam Raudhah terutamanya di tempat wanita sangatlah terhad. Karpet hijau di bahagian wanita sedikit sahaja, selebihnya karpet merah. Jadi ianya sgt sinonim dengan terlalu sesak dan risiko ditindis oleh jemaah lain yg kadang2 agak fanatik. 

Saya kongsikan pengalaman pertama kali saya memasuki Raudhah secara sendiri. 

1.Yg utama minta izin dari suami/mahram untuk memasuki Raudhah secara sendirian. 

Pengalaman saya, suami agak keberatan untuk benarkan. Bukan dia tak nak bagi, tapi dia risaukan keselamatan saya. Ini first time sy ke Madinah dan Masjid Nabawi yg sangat besar itu. 
Dan daripada cerita saya tentang keadaan di dalam Raudhah pertama kali saya memasuki dengan group travel agent, suami rasa berat hati utk biarkan saya sendirian. 
Saya nekad untuk terus memujuk suami di samping kat dlm hati berdoa supaya Allah yakinkan suami sy yg saya boleh pergi sendiri tanpa peneman. 
Strategi utk pujuk suami pon mainkan peranan jugak lah. 

Sy ni jenis nak sesuatu tu (yg baik) sy pasti akan do my best. hehe. 

sebelum tidor, saya dah mintak izin, ckp elok2. suami x bg. 
then tidurlah saya sambil doa supaya Allah permudahkan. 
bangun pagi, first thing celik mata terus sy tanya, boleh kan abang izinkan sy pergi ke Raudhah selepas Subuh harini? 

Dia tak jawab. 
Selesai bersiap untuk ke Masjid Nabawi, saya mula pakai jubah hitam, tudung hitam, dan NIQAB

Suami nampak kesungguhan sy .. 
Saya tambah pakai CELAK supaya mata saya kelihatan seperti orang Arab. 


Bila suami nampak saya berpakaian begitu, faham lah dia, isteri dia belum berputus asa. 
Akhirnya dia angguk dan berpesan kepada saya supaya jaga diri. Jumpa semula di hotel. 

2. Solat Subuh di bahagian melalui pintu 25. 

Sewaktu saya sampai, saya terus masuk ke pintu 25. berpisah dgn mak dan adik ipar di pintu 16 (tempat kebiasaan kami solat). 

Allahuakbar, di awal pagi, rupanya tiada sebarang sekatan di kawasan solat pintu 25. 
Maksudnya tak ada bahagian2 partition seperti di waktu siang. 
Saya terus masuk sampai ke dalam sekali di mana ada satu pintu kayu dikawal rapi oleh pengawal wanita keturunan arab/afrika. 

Di sini, sy cuba cari tempat utk solat di saf hadapan. 
Mujurlah saya seorang, jadi mudah utk saya menyelit. 
Saya dpt solat subuh bersebelahan jemaah dari USA. 
Sebenarnya, waktu saya sampai, sangat ramai jemaah India/Pakistan yg sedang tidur di kawasan solat ini. Agaknya diorang memang tak balik langsung ke hotel. Beriktikaf di masjid sehingga pagi seterusnya menunggu giliran memasuki Raudhah selepas Subuh. 

Di bahagian ini, saya confident yg saya akan dpt memasuki Raudhah sekitar jam 7pg. Sudah ada televisyen memaparkan laluan masuk ke Raudhah dari pintu kayu dihadapan saya.

Selepas solat subuh, Tiba2 ada satu lagi pintu kayu ditarik di belakang saf kami semua solat. Kini,  bahagian saya solat seolah-olah terkurung. Di hadapan kami ada pintu kayu, di belakang kami juga ada pintu kayu. Saya jadi makin faham, pengawal sedang asingkan kumpulan untuk memasuki Raudhah. Jadi, sabar, teruskan berdoa dan berharap segalanya dipermudahkan. 


Usai solat subuh, saya baca Al-Quran di dlm beberapa halamand. Tiba-tiba sahaja, pintu kayu dibuka tanpa sebarang pengumuman. Ianya dibuka oleh pengawal lelaki yg menjaga di sebalik belakang pintu tersebut. Jam masa itu menunjukkan sekitar 6.10pagi. Terkejut jugak sy, "Eh awal nye, dah bukak ke pintu ke Raudhah?." 

Jemaah dari India, Pakistan yg kebanyakkan berada di hadapan dan sekeliling saya terus bangun dan berlari. Saya secara automatik mengikut mereka. Sedangkan saya terpinga-pinga betul ke pintu ni dibuka utk laluan ke Raudhah. Sebab keadaan sekeliling sangatlah kurang familiar. Tak sama mcm first time saya masuk dgn group Andalusia. 

Rupanya saf di mana sy solat adalah tersangat hampir dgn makan Baginda Rasulullah SAW. 

Saya berlari anak sama seperti yg lain. Dan mungkin dgn izin Allah atas usia sy yg masih muda dan fizikal yg masih kuat, saya menjadi wanita pertama memasuki Raudhah pada pagi itu. 
Dari kejauhan, bau yg sangt lah wangi menusuk ke hidung. 
Memang dalam hati asyik tertanya bau apakah ini. 

Wangi sangat. 

Betul ke aku ni sedang menuju ke Raudhah dgn semudah ini? Ya Allah, bercucuran air mata saya dalam diam mengalir di pipi.
Mujurlah berniqab, tak ketara kelihatan. 

Itulah Raudhah, Taman Syurga di dunia. 
Disebabkan tiada sesiapa di dalam ruang solat wanita pada waktu itu kecuali pengawal wanita dan seorang tukang cuci (yg sedang solat sunat). 
Saya diarahkan oleh pengawal untuk mengambil tempat paling hadapan di bahagian wanita. 

Kata Ustazah di Andalusia laluan saf tersebut ialah laluan Rasulullah Saw berjalan dari rumah Baginda ke mimbar Baginda setiap kali waktu solat. Allahuakbar. Rezeki yg terindah. 

Air mata sy memang non stop mengalir sejak dari berlari-lari anak ketika pintu kayu dibuka. 
Saya sedih gembira semua sekali. 
Mudahnya Allah swt telah bantu saya yg sgt banyak dosa ini untuk melawat memasuki rumah kekasih NYA. 

Dapat pulak jadi yg pertama memasuki Taman Syurga di dunia ini. 
Mudah mudahan begitu jugalah di akhirat kelak, walaupun sesungguhnya terlalu banyak dosa yg ditanggung dalam diri ini. 
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku serta dosa-dosa semua yang sedang mendoakan ku. 

Saya dapat solat sunat 4 rakaat dan jemaah sudah mula berasak-asak di belakang saya.Pelbagai ragam. 
Ramai jemaah dari negara lain yg menjadi sedikit fanatik. 
Tetapi,biarkan saja mereka. 
Pengawal wanita di dalam Raudhah akan memastikan tiada unsur-unsur syirik dilakukan oleh jemah. 

Sempat saya berdoa dan pengawal tidak menghalang sy daripada menadah tangan untuk berdoa. Pastinya kena buat dengan pantas. 

Saya bangun dan berikan tempat solat saya kepada jemaah lain. 

Saya cuba utk loloskan diri untuk ke bahagian karpet merah. Dan kebetulan saya nampak seorang anak sedang menjaga ibunya yg sedang solat, tetapi disebabkan dia seorang, ibunya kerap kali hampir dipijak orang. 

Saya ambil keputusan utk pegang tangan wanita ini (rasanya arab tetapi bukan warga Saudi), dan sama-sama menjadi benteng buat ibunya bersolat. Allahuakbar. Besar nya kuasaMU Ya Allah. 
sambil menjadi benteng buat si ibu, kami berdua menangis tanda syukur dan syahdu. 

Dia tak dpt bertutur dalam bahasa inggeris, jadi dia ucapkan terima kasih in Arabic. Saya angguk dan berlalu pergi selepas ibunya selesai solat. 

Saya ambil masa sendiri utk melihat-lihat di dalam kawasan Raudhah terutamanya mimbar Rasul di bahagian lelaki yg hanya dapat dilihat disebalik tabir putih yang membahagikan ruang wanita dan lelaki. 

Bila sampai di bahagian karpet merah (tetapi masih di dalam bangunan asal Masjid Nabawi), keadaan lebih aman. Saya ambil peluang untuk berdoa dan solat sunat beberapa rakaat lagi. Hampir 30 minit sy berada di dlm bangunan asal Masjid Nabawi berlengah-lengah dgn hati yg sedih kerana hari ini ialah hari terakhir sy di bumi Madinah Al Munawarrah. 

Saya bergambar di luar kawasan Raudhah setelah hati puas dpt memasuki nya pada pagi terakhir di Madinah. Ada jemaah dari Indonesia yang tolong ambilkan. 

Perasan kan sy tak bawa sebarang beg sandang? cuma uncang selipar. 

3. Don't bring anything with you to Raudhah.  

Utk memudahkan urusan ke Raudhah elakkan lah dari membawa sebarang beg. Terutamanya pergi sndirian. Kalau ada doa nak dibaca,simpanlah di dalam hati. tak perlu bawa berat-berat ke Raudhah. Sebab space is very limited. Lagi kita simple and light, insyaAllah lagi mudah kita menyelit. 
Tag nama Andalusia saya tetap pakai dan di selitkan di bahagian dalam tudung, untuk mengelakkan orang sekeliling perasan yang saya jemaah Asia. Kerana, kebiasaanya, pengawal akan asingkan kumpulan jemaah mengikut region. Mungkin pada waktu selepas Subuh, tidak dilakukan sedemikian, sebab peluang diberi kepada mereka yang dapat solat Subuh di saf hadapan pintu 25. 

4. Pakai lah seperti wanita Arab

Bukan nak bias, tetapi ini sangat membantu sy masuk ke Raudhah sndirian selain daripada dpt solat di saf hadapan ketika subuh. saf hadapan yg paling hampir dgn Raudhah. 
Seperti yang saya maklumkan di permulaan entri ini, saya memakai jubah hitam, tudung hitam dan niqab hitam. 


Apepun, niat kena betul, bersungguh-sngguh ingin memasuki Raudhah , berdoa dan yakin Allah Maha Mendengar pasti Allah mengkabulkan permintaan yg baik. It actually feels like seperti ingin pergi berperang. Terbayang nanti di Padang Mahsyar, keadaan kita mencari Rasulullah Saw untuk mendapatkan syafaat daripada Baginda. Moga Allah permudahkan urusan di sana nanti. 

Di sini saya share kan sedikit gambar yg sempat saya snap ketika kali kedua memasuki Raudhah. 
Atau my first time entering Raudhah alone. 



Suasana di dalam Raudhah. White curtain tu pembahagi antara ruang wanita dan lelaki. 
Juga di saf itulah dikatakan laluan Rasulullah berjalan dari rumah ke mimbar. 


Tiang di dalam Raudhah dan bangunan asal Masjid Nabawi dihiasi warna hijau dan gold. 
Rasulullah sukakan warna hijau. 
Tiang-tiang ini yg membezakan bangunan masjid asal dan masjid yg ada sekarang. 



Yang berjubah hitam lengkap berniqah itulah pengawal wanita. 






Masih di bawah bangunan masjid asal, tetapi bukan lagi Raudhah kerana bukan rumah Rasul. 
Perhatikan bahagian bumbung di dalam Raudhah dan bangunan asal masjid. 
Ianya dihiasi dgn ukiran lukisan bunga yang sangat cantik. 
Tak sama seperti di bangunan masjid yg sudah dibesarkan. 



Pakai niqab, nak solat kenalah flip niqab ke atas. Atau tarik ke bawah. 
Ya Allah jemputlah aku ke Madinah dan Mekah lagi. 
Izinkanlah aku dan keluargaku merasai menjadi penduduk kota bercahaya ini. 



Saat ni hati rasa sedih sgt apabila berjalan menjauhi Makan Rasulullah saw. 
Entah bila dpt lagi ke sini. 


And lastly, don't forget to perform sujud syukur atas anugerah Allah bgi untuk memasuki Raudhah seorang diri. 

Saya terus pulang ke hotel. Sekitar jam 7pg, saya sampai di cafe hotel, Terkejut suami melihat awalnya dh balik. Dia ingatkan sy tak sempat masuk ke Raudhah.. rupanya Allah permudahkan sgt2 urusan isteri dia. 

Terima kasih Abang atas keizinan yg diberi. 
Syukur Ya Allah. 

Semoga ada lagi pengalamn sebegini selepas ini selagi hayat dikandung badan. 

Semoga bermanfaat buat semua. 
Maafkan saya andainya ada yang kurang senang dengan perkongsian ini. 

Wassalam. 





No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...