Entry ni saya nak cerita pasal perangai Ilyaas Hafiy yang bakal menginjak ke usia 18 bulan dalam 2 minggu lagi.
Ilyaas skrg berada dalam stage, not a baby anymore, not yet a kid. He's an toddler yang sentiasa rasa nak buat semua perkara secara sendiri. Mebuktikan dia mampu berdikari, tapi pada masa yang sama, dia masih clingy dan sentiasa mencari umi dan ayah dia.
Menurut baby center, pada usia 17/18 bulan ni, anak kita mempunyai emosi roller coaster dimana dalam dia boleh gelak ketawa and very excited, tp in a minute he can throw out his tantrums tanpa apa2 reason yang valid untuk dia mengamuk. Kita mak pak dia ni sure akan blank and at the same time akan join naik angin! Full article pasal emosi roller coaster ni boleh di baca di sini.
Beberapa contoh perkara atau perangai Ilyaas yang umi dan ayah perasan adalah correspond dgn perkembangan toddler 17-18 bulan ialah:-
1. Waktu mandi, nak mandi sendiri. nak jirus air sendiri.
2. Nak salin pampers/cloth diaper- akan cuba buka pampers/CD sendiri
3. Cuba suap makanan sendiri.
4. Tidur tak nak berdodoi ataupun bertepuk. Tp end-up tarik tangan umi peluk letak atas dada atau muka dia. Ataupun suruh umi nyanyi lagu (walaupun suara umi dia ni tak merdu)
5. Cuba bukak kasut sendiri-belum berjaya
6. Menangis sampai termuntah bila kehendak dia tak diikuti. (kehendak nya ialah nak main mainan keyboard sampai pukul 12 malam?)
7. Pantang kita habis cakap fon and end up the conversation, dia akan marah sbb tak bg chance dia cakap fon jugak.
8. Ilyaas dah pandai sepak bola dgn sebelah kaki, serta pandai baling bola ke arah orang lain menggunakan tangan.
9. Dia tak nak share tilam/katil dengan orang lain termasuk umi dia. Nak conquer sorang2. -sign of readiness nak tidur bilik sendiri ni =)
10. Dia tak nak pakai bj untuk dipakai waktu siang pada waktu malam. Dia sendiri akan pergi rak baju, dan amik baju tidur utk dipakai waktu malam.
11. Ambil Cloth Diaper yang diminati dan suruh kita pakaikan.
12. Main fridge magnet dan cuba lekatkan pada dinding rumah! mmg xlekat la sayangku..
Btw, banyak lagi kelakuan Ilyaas. Ada kala mencuit hati kami, ada kala menguji kesabaran kami berdua. Apepun, umi and ayah sentiasa sayangkan Ilyaas. Umi and ayah sayangkan adik IH jugak.
Dan tadi, terbaca perbualan bayi sebelum dilahirkan ke dunia. Sebak rasa hati sebab kadang-kadang sebagai seorang umi, saya lupa anak saya ialah amanah Allah , bekalan saya untuk di akhirat nnt, bekalan apabila saya sudah kembali ke rahmatullah nnt. Perbualan nya berbunyi bergini:
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu,
ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu
yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Saya tak pasti perbualan ini sahih atau tidak. Tetapi cukup untuk beri peringatan.
*tears*
*Moga diberi kesabaran yang tinggi dlm diri saya untuk membesarkan anak-anak dgn sebaiknya*
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...