Monday, October 26, 2015

Home'work' Progress Week 2-3 October 15


Assalamualaikum wbt. Hari ni Ahad 25 October 2015. 
Gigih update blog pagi2 Ahad ni. 

Time-time camni, otak dipenuhi dengan urusan2 nak pindah masuk rumah je. Jadi, sebelum gambar2 ni di delete oleh Imani, baik simpan kat blog. Malas nak letak kat fb segala macam gambar ni, blog ni rasanya lebih sesuai kot, captions nak panjang berjela pon takpe. 

Sekadar nak simpan buat kenangan kami sendiri. Dalam bulan October ni, dah beberapa perkara pasal rumah dapat disiapkan and dah ada progress. Nak cepat2 siap semua, nak pindah masuk cepat.
Tak larat nak bayar bulan2 sewa + loan. huhuhuh.

Week 2 October 2015 - kami outstation ke KL and Penang. Tapi keep on update with contractor. Dorang baiki semua kerosakan berdasarkan borang aduan kami. Alhamdulillah. Atap bocor dah dibaiki. And dah QC  waktu hujan lebat, tak de dah air mengalir turun dari siling. 

Week 3 October 2015- 

Hari Isnin, 19 October, Mr Wong datang habiskan pasang awnig dan grill. Full entry here
Hari Selasa, 20th October, jumpa Kitty from JM Interior Design untuk mintak quotation harga for kitchen cabinet. At the same time, jumpa Ah Hon for plaster ceiling. 
Hari Rabu, 21st October, Faizal datang mulakan wiring. Hari Khamis, wiring stop sebab Faizal ada emergency. Jumaat wiring sambung balik. 


Gambar ceiling living room yg dalam proses wiring


Dinding dapur dah kena tebuk untuk tambah new plug point. Sekarang dinding tu dah kena conteng dengan Kitty sebab dia label kan ketinggian untuk kitchen cabinet and marked point untuk pasang hood nanti. 

Faizal pakai wire pure copper. Dia tunjuk ni kat kitaorg untuk make sure kitaorg puas hati yg dia guna wire ada cop sirim. penting bab wiring ni, nasib baik la husband ada MEng EE. So dia deal dgn Faizal from A-Z. 


Lori Ah Hon. Dapat contact number Ah Hon from Mr Lighting kat SIBC.

Hari Sabtu, Ah Hon and pekerja2 dia load barang2 untuk start plaster celing siap kat rumah.
Expected to start plaster ceiling minggu ni (4th week of Octo dalam mid week)


Hari Jumaat, 23rd Octo, waktu lunch hour, pergi Nafisa Silk House untuk bayar deposit langsir and pilih kain (1st round). 


Antara yg jadi pilihan hati


Jumaat petang, hujan lebat, gi QC rumah. Kebetulan, Allah temukan dengan jiran sebelah rumah kami. Berkenalan kejap and tukar fon number siap2. Hi jiran, kalau awak baca blog kite, ni kire halal laaaaa:D


Hari Sabtu, 24th Octo, pagi2 ada appointment dengan Kitty dekat kedai dia di Pengkalan. 
Decide all the materials untuk kitchen cabinet. sebenarnya tak plan nak buat kc lagi, tp pikir-pikir beratus kali, rasanya kena buat jugak coz mmg takde storage yg proper untuk barang2 dapur and segala pinggan mangkuk ni. just buat small kc je. tak penuhkan dapur pun. 
bajet tak cukup..heheheh.




Buat small L-Shape. Walaupun lebih suka G-shape or U-Shape tapi size and bentuk dapur I tak membenarkan untuk design2 tersebut. serta budget juga .. 

Material pun pilih paling murah. Memang kena betul2 jaga la ni. 



Material kayu. tak mampu nak amik arcylic or kaca . 

Table top antara dua warna coklat ni. 


Door warna cerah. nak bagi effect dapur luas kononnya. entahla macam mana rupa nya dapur ni nanti. Kita tunggu dan lihat je la. 

After appointment kat kedai Kitty, gi kedai letrik plak. Keluar masuk beberapa kedai letrik. Nak survey harga untuk Hood and Hob pulak. Dah nama bajet very very tight, pastu ada hati nak berhood hob bagai, makanya memang kena rajin survey. Online dah survey. Sampai berpinar mata dibuatnya. 

Survey kat shop plak. Minggu depan weekend kena survey lagi sebab belum jumpa yg betul2 kualiti with reasonable price. baca banyak review kata pakai tempered glass pun kalau tersalah langkah, hob tu boleh pecah. Kalau dalam warranty takpe dapat ganti kaca tu, kalau dah habis warranty, fuh payah plak nak menukar kaca hob tu. Hood pun mcm2 jenis. pyramid oil collector la, mesh filter la. 

dok follow satu forum lowyat pasal hood and hob ni. Rasa mcm2 ilmu plak dapat pasal teknologi di dapur. Letak link sini. kalau ada nak tau sila terjah link tu. memang berguna


Brand Idaman. Rubine dan Fotile. Tapi pejam matala, brand ni 4k++ kalau nak amik set hood hob. 
Kena tengok brand Morgan, Elba, Electrolux, Zanussi je .tu pon Rm1000++ jugak la. 
Nak cari pakej banyak kat online. tapi dok risau warranty mcm mana plak. plus on site servis. 


Selain survey hood and hob, survey jugak sinki. 
Tak sangka benda sinki ni boleh mencapai harga ribu raban. 
Rabak poket. 
kena amik sinki cheapskate je. hahahah
simpan impian nak sinki macam kat ausie dulu. 




Hari Sabtu petang, kedai langsir datang ukur size and tinggi. 
Ahad petang, I gi kedai balik, confirmkan kain and harga + bayar deposit lagi. 
Design semua dah confirm. Nasib baik Mrs Ling tauke kedai tu yg assist, kalau staff dia assist, ada communication breakdown sikit. Payah nak paham...


Ni untuk bilik Imani. Combine dua kaler. suka ni. Idea from Mrs Ling. 



Untuk sliding door living room and bilik tidur. 
Pun amik dua kaler buat combination. Dah lama nak dua kaler combine. Seb baik upah jahit sama walaupun combine dua kain. Rm8 per panel untuk upah jahit. harga kain Rm XX
rahsioooo


Final decision untuk the whole house. ni kain untuk langsir dapur dia tak tampal lagi. 
Colourful la rumah I nanti. 
Setiap ruang ada berbeza temanya. 
Bilik Imani pink, bilik Ilyaas biru -coklat, bilik tetamu purple, dining room grey silver, master bedroom, blue silver, living room........wahhahahahah, ni i sendiri terkejut pilihan I masa tu. 
merah-light brown. Menyuntik elements merah di living room. Entah la apa jadi. 

Banyak kan benda dlm progress sekarang. Camtu la jugak banyaknye ongkos mengalir. 
Mengalir mcm air paip. Alhamdulillah Allah atas keizinan untuk merasa nikmat excited nak masuk rumah sendiri ni. Semunya dari Allah SWT jua. rezeki milik dia. 

Hasil-hasil kerja wiring, plaster ceiling, langsir, kitchen cabinet, hood and hob , sinki semua ni, dah siap nnt kita update lagi.. 

*entry dikarang hari Ahad* 

4 comments:

  1. Bestnya. X sabo nak iyak2 kat rumah yash. Aquarium survey x? Hahaha... btw.. ruang tamu langsir merah.. nnti semua datang marah2 only at ruang tamu.. last2 semia masuk menyemak bilik yash sejuk2. Haha

    ReplyDelete
  2. Salam sis.. Bole sis share contact number company & total kos utk wiring n plaster ceiling? Sy tgh survey utk rumah..sy pon beli rumah frisia jgk..berjiran la kite..

    ReplyDelete
  3. Brapa kos untuk wiring n plaster siling sis?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...