Wednesday, May 1, 2013

Autumnz Home and Car Warmer

Assalamualaikum... Yaaay hari ni 1 May, bermakna Labour Day lah kan
 (padahal ini ditaip dalam bulan april lagik heheheh)

Harini nak share pasal keseronokkan guna produk2 autumnz ye. Ini bukan sponsored post . 
Kita share secara jujur dan ikhlas sebab kita rasa nak share kelebihan dan kekurangan barang ni. Boleh orang di luar sana membaca dan membuat pilihan yang bijak mengikut kemampuan memasing.

 Kita mulakan dengan Autumnz Home and Car Warmer. 

Bila beli home and car warmer ni, apa yang kita dpt dalam kotak comel dia tu ialah 

-guide book
-warranty card (jgn lupa isi dan dptkan cop kedai yer) klu tak, rugi je takleh guna warranty tu
- adapter utk pasang dlm kereta
-bekas dan penutup
-base bottle or bottle holder
-dan warmer (takde dalam gambar ni)
Warmer ni boleh panaskan susu, makanan baby and boleh jugak guna buat sterelizer untuk alatan kecik2 macam teat, pacifier ke..

Dia punya plug kepala dua camni tau. Sebab nak bagi compatible dengan adapter kereta tu. Memula beli terkejut jugak tengok plug camni, terus komplain kat seller tu apsal plug camni, boleh ke guna kat suis rumah. Seb baik akak owner one baby world tu buat demo dan boleh lah guna. harapkan seller dia mcm tak berapa reti sikit. 

Kalau kita guna warmer ni kat rumah, dia akan keluar lampu kaler merah ..
tapi kalau guna dalam kereta dia keluar lampu kaler hijau. (tak pernah guna lagik dalam kereta, so xde pic)
Kita laraskan la level suhu tu, kalau nak panaskan susu, setakat 40 deg celcius je. 
klu nak panaskan food, around 70 deg celcius. 
and kalau nak sterelize puting dalam warmer ni, letak 100 deg cel. tp jangan la pulak sterelize masa dalam kereta, panas sgt. satgi kan bahaya. baca dulu instruction dlm guide book dia tu.


Kalau nak panaskan susu, letak bottle holder tu kat bawah sekali. Botol holder ni lebar, so muat je nak panaskan susu dlm botol yang wide neck mcm avent , tomme tippe or MAM tu. 
 

Pastu tuang air dalam bekas warmer ni. Tak yah tuang bebanyak sgt, kekgi melimpah ruah pulak bila dah masukkan botol tu. Pastu on kan warmer. Laraskan suhu dia pada 40deg celcius.Nanti lampu dia nyala kaler merah


Pastu letak botol susu dalam warmer tu. Longgarkan sikit penutup botol tu sebab nnt dah panas ada expansion kan..Lampu merah tu akan hilang bila air dah sampai suhu yg kita nak. Kejap je dlm 2-3minit camtu je dah panas dah susu tu. Dah boleh angkat and bg baby minum.. 


Sebenarnya sebelum ni kitaorg guna warmer little bean tau. tp kitaorg sgt2 tak berpuas hati dengan warmer tu.. dah lama menuggu tak panas2 pon susu. tak tau la problem dia kat mana.. Nak jual balik dah tak berani sbb rasa mende tu dah rosak je padahal guna sekali dua je pon. bazir je.. 

Btw, harga warmer ni RM99.90 kalau beli dia sebijik diri. 
Tp kitaorg beli sekali dengan sterelizer , pakej kat one baby world. RM175. 



20 comments:

  1. hai athi..1st time singgah :) salam kenal dri mila :)

    ReplyDelete
  2. dok nk bli warmer nk bg pengasuh..xterbeli2..huhu..at least dh tau warmer mana yg elok..tq sis for sharing

    ReplyDelete
  3. Thanx for the review.mmg bkenan sgt brand autimnz ni,tp risau xtau ok ke x

    ReplyDelete
  4. Byk mne nk letak air tu ye..bole smpi separuh dr warmer x..

    ReplyDelete
  5. Byk mne nk letak air tu ye..bole smpi separuh dr warmer x..

    ReplyDelete
  6. thanks for the review. baru nak beli warmer tommee tippee tp rasa macam mahal sgt.. haih... dok tgk autumnz tp mcm x bape yakin sbb sama kes mcm awk beli little bean tp mcm x berfungsi warmer tu.. tunggu lama tp susu x panas2 pun. pelik juge. baru guna 1 kali :( bazir je.

    vote for autumnz lah pasni hehe

    ReplyDelete
  7. Hi, plug die tak boleh masuk dengan suis di rumah. atau memang awal2 dia ketat sedikit?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..sy pun bermasalah dgn plug ..mmg bleh psang kan?sy pun nk psang ketat sgt..

    ReplyDelete
  9. boleh dapatkan extension plug kat kedai letrik or hardware..

    ReplyDelete
  10. Paras air tu kena isi byk mana? Sampai botol susu tu tenggelam ke? Saya cuba panaskan susu tp mcm takde panas pun . Lampu tu sekejap je menyala. Tak sampai 5 saat pun.

    ReplyDelete
  11. Sy pn same tk panas2 guna jenam antumz gak dh lebih 5 mint tk jdi ape2

    ReplyDelete
  12. Saya panaskan tp x menjadi susu ttp sejuk

    ReplyDelete
  13. Sy punya air x panas pn suam2 je..xtau sama ada warmer problem or mmg tahap air panas dia mcm tu je..

    ReplyDelete
  14. dah 2 review sy jumpa pasal autumnz warmer yg ni, kata tak memanaskan. sorang kawan saya, satu lg sy jumpa dalam lazada. akak pakai mcm mana? ok tak?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...