Sunday, January 17, 2016

Welcome to my kitchen & it's cost

Assalamualaikum wbt...

Setelah lama menyepi dari dunia penulisan glamour (hahhaha), hari ni rasa mcm dah sampai masanya untuk menyambung semula aktiviti ni. 

Kita mulakan dengan bercerita hal berkaitan rumah. One of my favorite place dalam rumah selain bilik tidur ialah my kitchen. Segan sebenarnya nak upload gambar kitchen I. Bukan nye besar pon, sangat kecik cabinetnya. Setakat tu dulu kemampuan kami nak ber kitchen cabinet..heheh. Alhamdulillah. 
This is my kitchen cabinet. L-panel yg berukuran lebih kurang 6-7 kaki panjang nya. 
end part of this cabinet, ada freezer dan peti ais.


Kitchen cabinet saya ni menggunakan material kayu laminae sepenuhnya. Termasuk untuk table top berwarna coklat yg  menggunakan lapisan kayu tebal and pintu kabinet warna putih tu. 

First of all, reason saya pakai kayu laminae sepenuhnya ialah diesebabkan faktor harga yg jauh lebih murah dari bahan2 lain. Keduanya, disebabkan saya plan ada rezeki lebih nanti, nak besar kan bahagian belakang rumah untuk ruang dapur yg lebih luas. Masa tu kalau ada keizinan baru nak buat table top concrete and dapur sedia ada sekarang akan jadi dapur kering sahaja. 
Kalau ikutkan, size dapur sekarang pun dah cukup luas dan selesa sangat. memang boleh tambah cabinet sekeliling dapur ni, buat mcm-mcm lagi, tp biasalah, baru2 masuk rumah, faktor kewangan jadi kekangan utama. 

Masa mintak quotation harga,  saya dah ckp awal2 budget saya all for the kitchen is RM7000 sahaja. termasuk dapur dan penyedut asap tu. 


Bahagian sinki sgt terhad. sebab size binaan hanya cukup2 untuk muatkan satu sinki saiz besar dan sedikit ruang sebelah sinki untuk proses potong memotong bahan memasak. Itupun, agak sempit. Kabinet berdekatan sinki pulak kami jadikan tempat keringkan pinggan mangkuk yg baru di basuh. bahagian bawah tpt pengering pinggan mangkuk tu ada tray stainless steel yg boleh ditarik untuk buang air bertakung yg menitik dari pinggan mangkuk baru dibasuh. 

Atas tempat pengering tu ada small compartments buat simpan set-set tea time. 

Next to the sinki, terus bahagian memasak. My stove and hood. Saya pakai brand Firenzzi, keluaran Perancis. Saya beli di kedai jual barang2 rumah di Ipoh. Boleh rujuk entry lebih awal untuk hood dan hob di sini.

So far, saya berpuas hati dengan performance hood dan hob ni,


Kabinet bawah sinki ni saya guna untuk simpan periuk memasak. Kat pintu kabinet ni saya request untuk tambah dua benda bulat ni untuk pengaliran udara bawah sinki.


Sebelah dapur memasak, tempat storage dan water station. 
Saya alas dengan pelapik haba ikea di bahagian water station ni. Maklumlah, table top tu material nya kayu... tp so far sy tak de mengalami masalah menguruskan table top kayu. 

lagipun saya n suami mmg bukan jenis lepas masak and membasuh pinggan biar dapur tak berlap and basah.. kalau biar dapur tak berlap and basah sentiasa, mmg lama-lama kayu table top tu boleh kembang la. Setakat ni sy berpuas hati dan tak rasa menyesal lagi pilih table top kayu ni walaupun murah.:D 
cuma ada sekali anak2 tercalar kan sedikit dgn kunci. tp kesannya tak berapa ketara sangat pun. 


Suis elektrik yg disediakan oleh pihak pemaju pada asalnya jauh dari kawasan masak memasak ni. Pemaju sediakan dkt ruang antara dapur ke ruang makan dan dapur ke bilik tidur bawah. 

Sebab kami mmg hire orang luar untuk buat penambah baikkan wiring the whole rumah, maka saya decide sendiri kat mana nak tambah plug suis. Jadi 2 suis yg saya guna untuk kettle and water dispenser tu mmg baru ditambah sebelum kitchen cabinet ni di pasang. 
Ada satu lagi suis untuk hood yg dipasang di belakang hood tu. 

Jadi, to those yg plan nak pasang hood, please make sure ada suis berdekatan dengan hood anda untuk pasang hood tu. Kalau tak hood tersebut tak boleh berfungsi tanpa punca elektrik. 

Di bawah dapur tu adalah tempat simpan beras, minyak masak, kordial air dan jugak tong gas. 
Segan nak amik gambar tunjuk huhuh.Pintu untuk rak bawah dapur and bawah sinki menggunakan soft closing system. 


Ni ruang kabinet untuk simpan di bahagian bawah water station tu. 
Paling dekat dgn dapur, ada rak tarik 2 tiers. Design ni sy request nak mcm ni, senang untuk simpan botol kicap, botol sos tiram dan sebagainya. 

Drawers sebelah tu pulak untuk simpan pinggan, mangkuk, cawan, mug, bekas hidang, sudu garfu, dan sebagainya. Size ketiga-tiga drawers tu saya request bagi berbeza. Yg bahagian bawah sekali paling tinggi senang nak simpan bekas yg size besar dan tinggi, bahagian kedua size sederhana, untuk simpan daily use of pinggan dan sebagainya, while bahagian atas sekali untuk storage sudu garfu n peralatan memasak mcm senduk etc, so drawer paling atas paling kecik sizenya. 

all these drawers saya tak pakai soft closing system pun. sebab kena tambah RM100 untuk soft closing for each drawers. Jadi, kita closing dia sendiri je la... takyah malas2 nak soft closing:D 
heheheh

Rak and drawers bahagian atas pulak mcm gambar kat atas ni la.

ada satu yg jenis pull-up. Saya buat tempat simpan teh, kopi, milo, susu kotak imani dan ilyaas, coco crunch dan sebagainya. muat-muat je. Ni rak comel je. 

Atas tu ada 2 lagi rak from one door. Situ saya buat simpan stok tisu dapur, keropok keping dan bekalan2 makanan lain. Sebelah tu pulak ada 3 rak tinggi, menggunak satu pintu je, betul2 sebelah hood. Rak tersebut saya guna simpan barang2 memasak jenis kering sahaja mcm ikan bilis, rempah ratus, stok bihun, mee sanggul, tepung2, dan sebagainya. 

Atas hood tu dummy cabinet only, sbb nak tutup saluran kebuk asap keluar rumah. 


Ni original plan untuk dapur ni. lukisan bawah dari saya sendiri..hahhha
yg atas dilukis dgn size oleh org yg buat kitchen cabinet ni.


Ni gambar waktu proses penambahan plug . 
yg plug tinggi tu untuk hood. 


and section sy paling suka tengok di dapur ni ialah bahagian jam dinding. 
beli dekat kaison je. 

total budget  untuk kitchen cabinet ni ialah serba sedikit yg saya ingat

Sinki RM 130
Hood dan Hob Pakej  Rm1600+
Base unit cabinet RM2700
Wall unit cabinet RM 2125
Service install hoob, piping and plumbing RM650

Total: RM7205


Ok la till then.... 



7 comments:

  1. Takpe..yg ptg dapor sis kemas..dan best utk memasak..xpyh pakai material yg mahal2 akk rasa sbb kita je yg memasak kt rumah tu kan?

    ReplyDelete
  2. Cantik kemas dan harganya murah.. Puan ni stay kt mn.. Mn lh tau sy blh dpt kn contact number pembekal ni... Dapur sy pon lbh kurang besar mcm dapur puan...

    ReplyDelete
  3. Cantik kemas dan harganya murah.. Puan ni stay kt mn.. Mn lh tau sy blh dpt kn contact number pembekal ni... Dapur sy pon lbh kurang besar mcm dapur puan...

    ReplyDelete
  4. Cantik kemas dan harganya murah.. Puan ni stay kt mn.. Mn lh tau sy blh dpt kn contact number pembekal ni... Dapur sy pon lbh kurang besar mcm dapur puan...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...