Tuesday, August 27, 2019

Selepas setahun sebagai PhD student....

Rasanya ialah LONELY!
Tak tau la orang lain yg dalam journey yang sama mcm I ni rasa ke tak perasaan lonely ni..
Lonely bukan sebab tak ada kawan, bukan sebab tak ada keluarga.
Lebih kepada Lonely sebab rasa mcm diri ni seorang je ke yg tgh buat benda ni.
Research ni nak rujuk dekat siapa?
Siapa boleh tolong jawabkan apa yg kusut dalam kepala ni?
Ini penyebab utama rasa Lonely ni.

Kadang-kadang bersembang dengan husband pasal research..
Iyalah, dia pun cuba sedaya upaya nak memahami..
Secara am nya dia fahamlah apa yg I plan to do, sedang buat ..
Cuma in details kita nak terangkan pun nanti dia tak faham jugak,
sebab kita sendiri pun tak berapa nak faham. hahahaha

Bila baca kisah pelajar PhD, kebanyakkan menulis cabaran masing-masing.
I pun sama, tak lari dari cabaran-cabarannya. But bukanlah cabaran yg besar, bukanlah terlalu berat.
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, dan kena sentiasa think positive, look at the problem on the brighter side.
Setelah setahun bergelar pelajar PhD, dugaan utama actually nak memahami konsep dan nak siapkan kerja dgn cepat supaya dapat habis cepat. This is my biggest challenge, which actually comes from myself sendiri.

I dapat cuti belajar 3 tahun, which means, sekarang tinggal lagi 2 tahun je lagi.
I juga tertakluk pada syarat graduation iaitu kena publish 2 papers dalam scopus index journals.
Publish ye, bukan sekadar submit.
Ini semua dah jadi kebiasaan universiti di Malaysia, untuk mengejar KPI uni masing-masing.
Pelajar agak tertekan actually. But do we have a choice?  rather than just to embrace it.

Supervisor
I dah 3 kali tukar main supervisor.
Bukan sebab tukar topic. Alhamdulillah topic masih maintain yg sama sejak dari register sehingga sekarang.
SV pertama cuma bertahan selama 4-5 bulan je, lepas tu dia pencen (kontrak x disambung).
SV kedua bertahan untuk 7 bulan. Tetapi his existence is more like pemberi markah dan signature apabila perlu.
SV ketiga, merangkap my co-sv initially just begins his part as main sv about a month ago.
But so far so good , relationship dgn dia ok, scientific discussion going on well.
Cuma , biasa lah, setiap yg results yg kita share, pasti akan di komen untuk penambah baikkan.
Bersyukur jugak lah, walaupun in the beginning part supervision ni mcam menampakkan jalan buntu.

My field sv is still the same. Which was my sv masa buat MSc dulu. Just that he is far in Paris. jarang2 we all contact but I send him email once in a while to keep him updated.


I have submitted two abstracts for conferences. Satu kena reject, satu accepted.
InsyaAllah tak ada aral, akan present dan publish paper dekat conference ni.

Also, I'm pregnant with my no 4 now!
Tak tau nak gelak happy or gelak sedih.
Both actually.
Happy lah sebab nak bertambah ahli keluarga.
Cuma cuak berdebar memikirkan mampu ke nak siapkan PhD ni dlam tempoh cuti yg berbaki lagi 2 tahun je lagi.
Bila fikir jadi stress rasa nak kena push study study.
Balik rumah je cita-cita tinggi nak kena stay up or bangun awal untuk ulang kaji.
But, end up, I tidor dgn nyeyak sebab penat sgt badan.

I'm still in my first trimester and Iyaadh is still bottle feeding and on diaper Itu jugk mungkin punca penat yg extra sbb malam-malam still bangun bancuhkan susu dia.

well, till then.

gtg.


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...