Friday, March 2, 2018

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2018/2019

Hi you all, 

Anak kedua I, Imani skrg 5 years old. By year 2020, dia akan mula bersekolah darjah 1. 

Sekarang dah boleh buat pendaftaran online yer. dekat website KPM. Sistem Pendaftaran Atas Talian! 
So much easier than my first son yg kena register manual dekat sekolah. 

So the details are as below ya:-



Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2018/2019 adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM - hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.  
    • Dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpenggunauntuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2018 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
    • Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah.

Nota Penting: Perlu ada buku rekod kesihatan anak bersama sewaktu nak isi borang ni yer. 
Maklumat vaccination anak diperlukan. 
Untuk yg anak anti-vac tu, saya xpasti la yer mcm mana. 
Agaknya kena home-schooling je la kot. sbb sekolah pun x boleh nak accept if your child is not vaccinated. 
I also cannot accept if my daughter or son terpaksa bergaul rapat dengan kawan2 yg tidak di vaksin. 
maaf la ye kalau ada yg terasa. 
it's our personal choice so don't expect the whole world to accept your choice not to vaccine your kids. 


Rekod kesihatan anak sangat penting! 
jangan ambil lewa! 
Vaksinlah anak anak mengikut apa yg telah disarankan kerajaan. 
Kalau berkemampuan, ambil vaksin tambahan seperti rotavirus, pneumococcal dan sebagianya. 


eh, entry ni jadi entry promote vaksin pulak rather than the year 1 registration. 

*2 in 1* 

till then, let's menabung for kids future too!

1 comment:

  1. Tak buat lagi pun. Sb takut berpindah by 2020 huhuhu lek2 lah dulu hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...