Monday, February 25, 2019

Hari Pertama di Kota Madinah-Nov 2018

Bismillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt. Harini, saya nak menulis tentang pengalaman saya menjejakkan kaki ke Kota Mandinah Al Munawwarah, di Arab Saudi, dalam kunjungan ziarah ke Kota Rasulullah SAW sepanjang tempoh kembara rohaniah di Arab Saudi. 

Perjalanan bermula pada Jumaat, 16 November 2018. 
Ini umrah pertama buat saya. Perasaan bercampur baur. Gembira, Takut. Sedih. 
Semuanya ada. 
Saya pergi dengan suami, mak dan ayah mertua, serta seorang adik ipar, Awa. 

Itinerary kami ke Madinah dulu, dan pulang dari Jeddah. 
Sewaktu mendarat di Kota Madinah, jam sudah lebih kurang pukul 10malam (waktu Saudi). 

Proses imigresen sangat sangat lah mudah. Syukur Allah mudahkan.
Saya jadi antara orang pertama dalam rombongan kami yg dapat keluar.
Sementara menunggu bagasi keluar, kami solat dulu. Ruang surau bersih dan selesa. 
Surau juga sama floor dengan ruang menunggu bagasi. 
Habis solat, bagasi dah siap di keluarkan dan kami menunggu ahli rombongan yang lain untuk menaiki bus. Bus yg disediakan oleh pihak Andalusia memang dah sedia menunggu. Airport pon tak terlalu sibuk sangat, jadi proses berjalan lancar untuk kesemua ahli rombongan. 

Dalam bus nak ke hotel, Ustaz Hafiz menceritakan serba sedikit tentang sejarah Kota Madinah. 
Dari kejauhan, dah boleh nampak terang benderang Kota Madinah Al Munawwarah ni. 
Bercahaya sgt. dengan langit malam yg indah. 
Kami melalui tepi Perkuburan Baqi', perkuburan ahli syurga sebelum sampai ke hotel. 

Selepas check in, semua ahli rombongan diberikan Nasi Arab dan air mineral sebelum masuk ke bilik masing2. Walaupun dah almost tengah malam, kitaorg makan jugak nasi arab yg sgt sedap tu. Lebih kurang jam 1pg, semua tidur dan kami bangun semula jam 3pg untuk bersiap2 ke Masjid Nabawi. 
Tak sabarnya rasa hati untuk berada sgt dekat dengan Baginda Rasulullah. 
Walaupun badan penat, tapi keseronokkan berada di Kota Madinah lain rasanya. 
Hilang penat bila dapat memasuki perkarangan Masjid Nabawi. 

Subuh pertama di Masjid Nabawi

Solat Subuh di sini tanpa bacaan doa Qunut. Jadi, tak perlu rasa hairan buat yg pertama kali mcm saya ni. Dewan solat mmg sgtlah penuh. tp Alhamdulillah kami dpt jugak berada di antara saf depan. Kebiasaannya, kami solat di dewan solat melalui pintu 16. 


Selepas solat subuh yg pertama di Masjid Nabawi. Pertama kali lihat langit seindah ini. 
Terlalu cantik. 
Kuasa Allah. MashaAllah Subahanallah. 
Sepadan namanya, Kota Bercahaya



Dengan Awa dan mak selepas solat subuh 


Usai solat subuh, kami pulang ke hotel, sarapan pagi dan berehat sekejap. 
Lebih kurang jam 8pg, kami berkumpul di lobby hotel yang telah dipajak oleh pihak Andalusia untuk dengar taklimat dari ustazah yg akan bawa kami masuk ke Raudhah! 
Raudhah ialah kawasan rumah Rasulullah SAW serta kawasan asal Masjid Nabawi. 
Tak sabarnya rasa nak berada dalam Raudhah. Taman Syurga.
Melalui bacaan saya sebelum ke Madinah, perlu ada strategi utk memasuki Raudhah bagi kaum Hawa memandangkan ruang yg diperuntukkan buat kaum Hawa di dalam Raudhah adalah kecil berbanding kaum lelaki, serta ada waktu tertentu sahaja dimana kita dibenarkan masuk.


Ustazah yg membawa ahli rombongan wanita ke Raudhah sarankan kami untuk masuk melalui pintu 25. Setiap kali nak masuk ke Masjid Nabawi, beg kita akan di check. Tak boleh bawa makanan yg berat2. Sekadar biskut dalam paket sahaja yg dibenarkan. 
Akan ada guard (wanita) yg menjaga di pintu masuk, setiap orang pasti akan diperiksa. Jadi untuk memudahkan proses dan melancarkan urusan, kita semua eloklah buka siap2 zip beg dan tunjukkan apa yg ada di dalam beg kita. Tak perlu beratur lama dan panjang untuk masuk ke ruang masjid. Selipar yg dipakai jugak, perlu dibawa masuk sekali. Jadi eloklah kalau bawa beg khas untuk selipar. Saya beruntung, sebab mak dah jahitkan siap2 dari Malaysia karung untuk kami letak selipar masing2. Kalau nak ditinggalkan di rak selipar pun boleh, cuma kena ambil risiko sekiranya selipar/kasut you all hilang. Terpaksa berkaki ayam pulak nak balik ke hotel. 

Sewaktu Ustazah membawa ahli rombongan ke Pintu 25, jam dah menunjukkan 9.30 pg. Sebenarnya waktu ni adalah waktu peak untuk masuk ke Raudhah. tp disebabkan rombongan agak besar, combine sekali dgn jemaah dari group lain, maka kami follow aje apa yg Ustazah dah sarankan. Ziarah ke Raudhah ini dinamakan Ziarah Dalam Masjid. 

Pertama kali ke Raudhah

Dari Pintu 25, kena tunggu di satu ruang solat. Sementara tunggu, dapt tunaikan Solat Dhuha. Kemudian semua berkumpul rapat2 dalam rombongan. Ada ramai kaum Hawa dari negera lain berkumpul ikut kumpulan masing2. Saya memang x ambil gambar sgt, sebab rasa berdebar-debar nak masuk ke Raudhah untuk pertama kali. 

Selepas tunggu dalam 20-30minit, guards lepaskan kumpulan kami ke check point seterusnya. Memasuki ke dewan yg lebih dalam (menghampiri kawasan asal masjid). Di sini, kami tunggu lagi for another 30 minutes. Ambil kesempatan untuk solat sunat dan baca Al Quran. 
Cabaran terhebat ialah nak memastikan wudhu terjaga dlm tempoh ni. 
Saya tewas jugaklah. Mujur dah siap sediakan botol wudhu , jadi boleh berwudhu di dalam masjid. 
Oh ya, di dalam Masjid Nabawi kawasan berwudhu di luar, sekali dengan kawasan tandas. Jadi, kalau dah keluar tu, susahlah nak tembuh masuk, dengan crowds yg sgt ramai menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. 



Sempat selfie sementara menunggu giliran ke Raudhah. Ini sewaktu di check point ke-2.

Selesai di check point ke 2, kami dapat arahan dari guards untuk berpindah ke kawasan check point ke-3. Di sini, kawasan nya lebih terbuka, dengan ada ruang yg open air (hanya ditutupi payung gergasi). Dari sini, jelas kelihatan kubah hijau. 


Sewaktu di check point ke-3. Kelihatan dengan jelas kubah hijau. Apa istimewanya kubah hijau ini?
Di bawah kubah inilah bersemadinya kekasih Allah Swt., Rasulullah SAW junjungan kita, Nabi kita. serta dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar bin Al Khattab. 

Di dalam Masjid Nabawi, keseluruhan karpet bewarna merah dgn corak bunga, sama mcm dlm gambar di atas ni. Tapi, ketika kita memasuki Raudhah, karpetnya bewarna hijau lembut, dgn corak yg sama. Ini khas untuk membezakan kawasan Raudhah dan keseluruhan Masjid Nabawi. Selepas menunggu di check point ke-3 ni kira2 dlm 20 minit, kumpulan kami di panggil ke check point ke-4. Betul2 berhadapan Raudhah, dan merupakan kawasan terakhir. Waktu tu jam dah hampir 11pg. Duduk dlm keadaan berhimpit dan sedikit sesak, jadi kesabaran mmg sgt diperlukan.
Tambah lagi ada juga ahli kumpulan yg sedang menahan untuk buang air kecil, sakit lutut dan sebagainya.Kasihan melihat mereka yg dah berusia, gagahkan diri untuk memasuki Raudhah. Sewaktu di sini, kumpulan dari Asia di bahagikan pada satu bahagian/check point.
Yang dari Pakistan, India satu bahagian. Begitu jugak kumpulan dari Afrika dan Arabs. 
Nampak seperti berpuak-puak. Tapi, tujuan sebenarnya untuk memastikan keselamatan semua pihak. 
Maklumlah, kita dari Asia/Asia Tenggara ni tubuh badan kecil molek dibandingkan dengan wanita dari negara Afrika dan Arab. Selain kecil molek, sifat wanita Asia yg lemah lembut, gemalai memainkan peranan juga berbanding dengan kaum wanita dari benua India yg agak kasar orangnya dan tidak peduli apa terjadi. 
Bila dibahagikan ikut kumpulan begini, giliran dari Asia memang sedikit lambat, tp keselamatan dan keselesaan terjamin. 

Lebih kurang jam 11 pagi, baru kumpulan kami dilepaskan untuk memasuki Raudhah. Kaki sy bergerak mengikut arus manusia yg sangat ramai. Tak sempat untuk sy lihat sekeliling rupa keadaan di dalam Raudhah kerana terlalu ramai umat manusia. 
Kami solat berkepung2. Mulanya saya solat 2 rakaat, di kepung oleh Awa dan mak. Bergilir2 begitu, termasuk dengan beberapa orang ahli jemaah lain dari kumpulan kami dan dari Indonesia. 
Tidak boleh berlama-lamaan untuk duduk berdoa di sini, kerana risiko tinggi untuk dipijak (tanpa sengaja) kerana keadaan yg sesak dan sgt padat. Nak sujud pun kita redah aje tundukkan kepala ke karpet, walaupun tak nampak tempat yg nak disujud. 
Walaupun keadaan sgt sesak, Alhamdulillah, kami bertiga dapat solat sunat 4 rakaat di dalam Raudhah. 

Keadaan di dalam Raudhah. Yg memakai telekung putih bercorak bunga ni semuanya jemaah dari Indonesia. Telekung diorang semua seragam. Nampak sikit karpet hijau dalam gambar ni. 

Selepas itu kami minta izin Ustazah untuk pulang ke hotel walaupun ahli kumpulan yg lain akan meneruskan lawatan ke sekitar masjid, memandangakn mak kelihatan agak letih selepas bersesak-sesak tadi. Dan kami pun rasa nak berehat sekejap sebelum masukkanya waktu Zohor. 

Pada waktu yg sama, kaum lelaki jugak melalukan ziarah luar dan dalam masjid. Kaum lelaki lebih mudah, kerana tiada had waktu untuk mereka memasuki Raudhah. its open 24 hours for them.

 
Ustaz Hafiz bersama jemaah lelaki menunjukkan kawasan sekitar Masjid Nabawi

Ustaz Hafiz dan rombongan lelaki di Sokaifat Bani Saedah. Sebuah taman di sebelah Masjid Nabawi ,tempat berlakunya mesyuarat antara Kaum Ansar dan Muhajirin selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Kisah nya di sini, selepas Rasul SAW wafat, dua kaum ini berbincang siapa yg layak untuk menjadi pemimpin mereka di Kota Madinah. Waktu ni, jenazah Baginda Rasul belum disempurnakan lagi, namun demi menggalas tanggungjawab sebagai para sahabat, Saidina Omar dan Saidina Abu Bakar, tinggalkan jenazah Baginda untuk sertai mesyuarat ni, demi memastikan agama islam terjaga dan tidak berlaku perbalahan antara kaum. 


Selepas berehat sekejap, kami ke Masjid Nabawi semula untuk solat Zuhur berjemaah. Usai solat dan mengaji Al-Quran, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari, take a nap dan ke masjid semula untuk Solat Asar berjemaah. 

Usai Solat Asar, kami ambil kesempatan melihat sekitar kawasan luar Masjid Nabawi. 

Saya dan suami selepas solat Asar yg pertama di Masjid Nabawi. 



Saya akan sambung semula di entry lain ye. 

Wassalam. Doakan kita semua dijemput pergi lagi ke Bumi Madinah dan Mekah. 

Love,
Athi

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...