Thursday, July 26, 2012

Murtabak Meggi



Aritu balik puasa kat terengganu, saya try buat murtabak meggi untuk berbuka ngn family in law. 

alkisahnya, husband ada request nak murtabak meggi on first day puasa, tp since mil dah masak mcm2 makanan best, so takut bazir je buat murtabak meggi. 

jadi, hari kedua, since kakak ipar and adik ipar pun berbuka sekali, i pun masak la murtabak meggi..

hehehehe

kembang hidung tau sebab sekejap je murtabak meggi ni lesap dari pinggan..
seb baik sempat simpan sikit untuk my husband, fil and biras..klu tak, tak merasa kot dorang..
since dorang gi berbuka and tahlil kat rumah arwah ayah cik

resepi dia simple je.. boleh la korg nak cuba buat untuk berbuka petang ni..ke sahur nnt ke...

Bahan-bahan
1 bungkus meggi
I sudu serbuk rempah daging/ayam 
sebiji ubi kentang (size kecil), klu besar amik half je la
seketul daging burger Ramly (ayam/daging)
- klu ada minced meat lagi senang-
Daun sup/bawang
bawang merah 2/3 ulas
Telur 2-3 biji
cili hijau 
planta 

Cara-cara
1. Panaskan meggi  and toskan. 
Jangan biar meggi terlalu lembut.

2. Rebus ubi kentang sekejap, and then lenyek2kan or potong dadu

3. Potong bawang merah halus2, daun sup/bawang kecik2

4. hancurkan daging burger Ramly

5. Panaskan kuali dgn planta...and then tumis bawang, cili and campurkan daging burger + ubi kentang
Campur sikit rempah daging + sikit air
Gaul rata sampai daging masak

6. Dah siap masak bahan no 5, campurkan dgn meggi yang dah ditoskan tu.

7. Asingkan kepada 2 hidangan, sbb kalau masak sekaligus, nnt susah nak pusingkan murtabak tu..berat sgt.

8. Pukul telur dan masukkan dalam mangkuk yang dah dicampur semua bahan + meggi. campur perencah meggi..Saya guna separuh paket je.Gaul kejap.

9. Atas flat frying pan, tuangkan campuran semua bahan, and biar goreng garing..
Then, pusingkan sebelah lagi..

Siap...

Kitaorg makan ngn sos cili je, nak letak mayonnaise pon ok kot..

sapa nak pedas lagi, letak la lada hitam sikit..





2 comments:

  1. resepi paling mudah nie..dulu saya pun ada la buat murtabak maggi nie bila mak mertua datang rumah, sekarang dah jadi menu favourite mak mertua plak..Dia minta resepi terus buat sendiri kat rumah..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...