Saturday, March 31, 2012

Aeon Station 18,Ipoh

Kelmarin 29march penduduk ipoh dan kawasan yg sewaktu denganya mmg gembira sakan la sebab new big shopping complex baru bukak..apa lagi,aeon jusco la..kali ni bukak kat station 18 pengkalan ipoh..which is 16-20minutes je from rumah kitaorg...klu tak jauh gila nak kena gi jusco kat kinta city..


Td siang kitaorg gi jusco baru ni.saja nak jalan2 kebetulan my adik ipar dtg..design n.concept dia sama la mcm jusco bukit tinggi,klang n jusco tebrau city kat johor. Tapi yang kat station 18 ni lg besar kot..


Yang malas nya bila pegi time mula2 bukak ni alahai penuh gila laaaa umat manusia dalam tu.serabut sungguh.husband pn akan mula mood xbaik bila serabut ramai2 orang n kita nak meninjau kawasan pon terbantut la.nak singgah ke daiso yg jual brg2 rm5 je on all itemz tp postponed la next time dtg.dptb gi FOS beli romper ngn sluar ilyaas..murah gak..3 sluar pendek(leh campur corak) rm11 je.romper rm13 satu.beli 3 dpt rm30..


pastu tinjau popular tp xbeli apa2 org ramai beratur panjang nak bayar.nk makan pon xde seat kat fod arena.restaurants plak x la byk sgy.maybe byk blm bukak kot...


Ni je la beberapa keping gambar anak teruna saya yg sempat dicapture td...no first time ilyaas pakai kasut dgn gembira..kasut ni dibeli kt klcc motherhood expo aritu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 27, 2012

His Simple 1st Birthday Celebration

26 March 2012, sehari selepas Ilyaas cukup setahun...
Saya and husband decide nak buat makan-makan sikit kat tadika Ilyaas. 
Dengan niat untuk kesyukuran sempena Ilyaas dipanjangkan umur sampai setahun, 
dia sihat semula lepas warded dan kami pun dah settle down kat tempat baru.

(Haish, banyak betul entry kau pasal anak kau umur setahun! anak orang lain pun setahun jugakkkk ooooiii)
Ahhh, xkisahlah..blog sendiri kan ni, biarlah nak tulis entry 365 hari pasal anak pun...taksukatakyahbaca okay


Kek ni saya order, sehari sebelum iaitu hari Ahad 25 March la..sebab ni last minute plan.
Mulanya nak buat birthday Ilyaas sekali dgn doa selamat masuk rumah last 2 weeks. Tapi sebabkan ada kecemasan berlaku dalam family kitaorg, maka tak jadi lah..
So, pagi2 ahad tu kitaorg bincang2, rasanya ok jugak kalau bagi kawan2 Ilyaas kat tadika makan.
Ilyaas baru setahun, tp dah duduk tadika ye...Sebab tadika ni ada jg daycare..Ilyaas paling muda kat situ.heheh
Ni la kek nya..Alhamdulillah la ada jugak kek walaupun
rasa comot sikit kek ni. Nak expect apakan, order last minute.Seb baik akak tu sudi buatkan..

Haaaa, ni sessi nyanyi lagu birthday kat Ilyaas Hafiy..
Ilyaas excited je nampak umi ayah datang nursery tgh2 hari.Ingat nak amik dia awal la kan..
padahal singgah jap je, pastu balik uni semula..
umi purposely pakai baju kurung sbb nak celebrate birthday anak..Ada kaitan ke? 

Sessi potong kek..Keras pulak icing tu...Susah nak potong sambil dukung Ilyaas

takpelah, biar umi tolong potongkan sendiri.Ilyaas takyah sibuk nak potong...

Makan kek with ayah 

Dengan umi pulak

closed up sikit nampak dahi suwak masing2 ...

separuh kek tinggalkan untuk budak2 session petang pulak

Anak Ayah

Dengan ibu, pengasuh Ilyaas kat tadika.Nangis dia sebab nak kena tinggal balik

Haruslah ada gambar sekeluarga.Walaupun Ilyaas nangis dah sbb tau nak kena tinggal..
Apsal la umi gi pejam mata tu...
Kat tepi umi tu, ada kotak merah.Kitaorg isi goodies bag..Ada kek apollo, cumi, sweets, and biskut panda..kasik kat budak2 tadika tu..

Alhamdulillah,walaupun tak fancy, takde decoration hebat-hebat, takde khemah bagai, makanan tak seberapa, tp rasa syukur and seronok sangat dapat kesempatan sambut hari lahir anak. Excited ok meraikan anak sendiri!
Yang penting, rasa syukur ke hadrat Ilahi panjangkan usia anak yang comel ni..

Okayla, share sikit, total bajet tak sampai pun rm100..
kek tu murah je, rm45..
goodies bag dan bahan2 dalam tu untuk 40 orang = rm38 je..
decoration=rm0
khemah etc =rm0

mungkin 2-3 tahun lagi baru buat sambutan hari lahir yang meriah sikit..boleh gabung dgn zulfa ke (my niece yg lahir 10 days earlier than Ilyaas)

okay, bye, nak pi lunch...


Sunday, March 25, 2012

Ilyaas Hafiy is 1 today


Alhamdulillah. Anak sulung saya aka anak tunggal saya (buat masa ni) dah berumur SATU tahun hari ni.
Setahun yang lepas, saya bertarung nyawa melahirkan Ilyaas Hafiy. Memang bertarung nyawa sungguh, sebab both labour room and operation theatre saya masuk..

Entry pertama tentang Ilyaas Hafiy dalam blog ni di publish 4 hari selepas kelahiran beliau.Comelnya dia masa tu...kecik nya dia, dan sgt fragile. bau baby yang sangat kuat. sekarang , masham peluh..tp masih jadi bau kegemaran umi dan ayah...

Sama mcm ibu2 lain, saya teringin dan bercadang nak buat birthday party untuk Ilyaas. Tapi, memandangkan Ilyaas baru saja keluar dari ward beberapa hari yang lepas, saya belum sempat nak organize plus keadaan kami yang mmg perlu jimat cermat sekarang ni menjadi barrier for the time being. InsyaAllah umi janji nnt dah sampai masa, Ilyaas dah besar sikit dah paham erti birthday celebration, umi akan buat birthday party untuk Ilyaas. Umi nak Ilyaas rasa seronok diraikan.

Dalam usia 1 tahun ni, Ilyaas Hafiy yang membawa maksud pemberani yang mulia dah pandai buat banyak perkara...Jom, kita tengok list of things he can do for now...
  • Turun & Naik sofa dan katil sendiri
  • Lambaikan tangan pada orang
  • Tepuk tangan bila happy..(tak happy pun tepuk jugak, or bila nyanyi lagu If you are happy and you know)
  • Angkat tangan bila orang baca doa, especially doa lepas azan dan doa makan
  • Memanjat setiap inci rumah yang boleh dipanjat
  • Naik basikal kecik (tricycle)
  • Berjalan 5-6 langkah
  • Minum air dari sipping cup sendiri tanpa perlu dipegang oleh orang lain
  • Suka buat gaya cakap handphone
  • senyum yang mencairkan hati siapa saja yang tengok
  • Ilyaas suka baca buku. apa sahaja jenis buku dia akan belek tanpa jemu

Kerenah/Tabiat Ilyaas Hafiy yang menjadi habit dia buat masa skrg ni ialah...
  • Garu kepala, telinga dan hidung bila ngantuk
  • Terkejar kejar cari umi kalau nak susu
  • Main air liur dan nganga mulut kalau khusyuk buat sesuatu (ie tengok tv)
  • Marah bila lmbat suap makanan
Dalam tempoh setahun, Ilyaas dah berpengalaman di jaga oleh pengasuh dan juga tinggal di nursery. Alhamdulillah, he managed both well. Good Boy. 

 Ni antara gambar-gambar kenangan Ilyaas sepanjang tempoh setahun ni...




newborn


1stmo


2-4m
5-6m
7-8m

9-10m
1-12m

Eh, dah tengok perkembangan anak kan, jom tengok perkembangan umi dia lepas setahun bersalin...(Inter frame kejap ye )

  • Berjaya menyusukan Ilyaas selama 1 tahun 
  • Berat badan dah almost sipi-sipi pre-pregnancy weight..Lagi 500-1000gm..(fluctuates)
  • Dah tak bekerja.Full time student and mother and housewife 
  • Sedang gigih mengusahakan bisnes kecil-kecilan

Okayla, umi dia xpayah tempek gambar, sebab tak cun..lagipun ni birthday Ilyaas..kasi chance muka Ilyaas penuh entry ni yer...

Doa dan harapan saya untuk my first born ni ialah semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat pada dia, dijauhkan dari segala kecelakaan dan masalah, sentiasa dalam lindunganNYA dan membesar jadi anak soleh dan taat pada umi dan ayah..Bnyk lagi harapan umi pada Ilyaas, boleh buat entry asing untuk itu sahaja...

Apepun,saya ambil peluang ni untuk ucapkan HAPPY 1ST  BIRTHDAY TO MY SON, ILYAAS HAFIY.

Semoga Ilyaas menjadi seorang Pemberani yang Mulia seperti namamu....


I LOVE YOU MORE THAN MYSELF SON....


Saturday, March 24, 2012

Very Cute and Useful Diaper Clutch in the House

Our second volume diaper clutches have arrived!!! Only 3 patterns available.Please feel free to browse below for more details of features of diaper clutch...

Features of Diaper Clutch ---> Please read here


DC08_Dots : Colourful polkadots with hot-pink inner cloth.
Only 2 available.
Price: RM50 + RM6 for delivery
 
 
  

DC09_ThinStripes D : Great looking stripes diaper clutch.
Suitable for both mummy and daddy who want to go out for outing with their baby.
 Inner cloth is Dark Brown.

Only 3 Available
Price: RM50 + RM6 for delivery 

DC10_ThinStripes A : Great looking stripes diaper clutch.
Suitable for both mummy and daddy who want to go out for outing with their baby.
 Inner cloth is Maroon.

Only 2 Available
Price: RM50 + RM6 for delivery 
Those interested to purchase this item, please kindly email me your details  as below:-
Name: 
Contact No: 
Email: 
Your interest item: 
Item Code: 
Quantity: 
Comments:  
to myhafiy_blogshop@yahoo.com or kindly sms me at 019-4488744 

Thank You. Happy Shopping at MyHafiy Blogshop

Friday, March 23, 2012

Our experience of febrile fits...


DIAPER CLUTCH HAS BEEN RESTOCKED.


kalau nak di ikutkan hati,saya tak nak tulis pasal ni.kalau boleh saya xnak ada sedikit pon memori pasal situasi ni.saya nak lupakan semuanya.tp tak boleh.saya kena face reality that it might happen again until he is 6 years old(from medical advise).But I pray that the 1st time will always be the first and only one.no more febrile fits after this.

Hari Selasa,20 March 2012

Ilyaas batuk2 sejak pulang dari melaka.tgh malam dia batuk sampai termuntah.jd start bg ubat batuk.rs badan suam2 kuku.bangun pg,dah xdemam tp masih batuk.Ilyaas aktif dan ceria sprti biasa.hantar ke nursery.pukul 3ptg ambil Ilyaas dr nursery,dia dah demam.muka tired je.balik rumah bg dia mkn ubat demam dan terus ke ipoh utk jumpa liza.balik dr ipoh,ilyaas tido dlm kereta,  sampai rumah lap2 badan dia.suhu dah tinggi masa ni dah 39+ dah.bagi makan.dia poo-poo sambil makan dan muntah balik sebab batuk yang kuat.tp masih main2 sambil makan tu. basuh poo-poo dia. salin baju.tarik/kejang/sawan tiba2 berlaku!

Tanda-tanda tarik/sawan/kejang ialah:-

1. Tiba-tiba mata hitam ke atas...
2. Kaki dan tangan jadi kaku/keras/terketar-ketar
3. Mulut tercungap-cungap (sebab mengalami kesukaran untuk bernafas)
4. Kepala di dongakkan ke belakang 
5. Kulit menjadi pucat dan beransur-ansur biru 

Dalam keadaan yang sgt cemas, saya terus ajak husband rush ke hospital. Memang saya langsung tak ada pengalaman melihat baby kena kejang/tarik ni. Dan saya mmg tak pernah membaca cara-cara nak handle baby dalam situasi macam ni. I have no idea at all yang Ilyaas waktu tu kekurangan oksigen! Ya Allah...tak mahu saya bayangkan keadaan anak kesayangan saya masa tu.  Sampai saja ke Hosp.Batu Gajah, kami straight ke bahagian kecemasan dan saya terus berlari masuk ke kecemasan. Ilyaas masih lagi dalam keadaan tarik/kejang/sawan pada waktu ni. Tempoh masa Ilyaas kena febrile fits ni ialah almost 6-7 minutes. Di wad kecemasan, Ilyaas diberikan bantuan oksigen serta merta dan injection di paha untuk mengurangkan kesan febrile fits tu. Sepanjang tempoh bantuan oksigen diberikan saya berada di sisi Ilyaas. Oksigen diberikan for about 30-40 minutes sampai oksigen level Ilyaas dah stabil baru saya dibenarkan untuk dukung dan breastfeed dia. Darah juga diambil untuk lab test, khuatir ada jangkitan kuman pada otak etc. Kemudian, kami bertiga naik ambulance untuk dihantar ke wad kanak-kanak yang sedikit jauh dari jabatan kecemasan tu. It's already 10pm time admitted to ward. Husband balik rumah untuk ambil keperluan saya dan Ilyaas dan juga makanan untuk saya (belum dinner lagi). Almost 12am baru habis makan dinner (tu pon paksa makan supaya ada susu utk Ilyaas minum malam tu). Husband balik rumah sebab kami di wad kelas 3.hanya ibu je dpt tunggu.
Ilyaas on his first night in the ward. Masa ni bagi semua ubat dia ok je,
 sebab dia dah terlalu penat dan lali kesan dari suntikan untuk kurangkan febrile fits dia tu. Malam 1st ni Ilyaas di-drip kan air masuk melalui jarum di tangan dia tu. Suhu stabil sepanjang malam, tp lebih kurang pukul 4 pagi, suhu naik balik.
Saya terus panggil nurse dan ubat di masukkan melalui punggung Ilyaas untuk segerakan proses penurunan suhu. Tong oksigen pun segera ditempatkan di sebelah katil Ilyaas untuk waktu2 kecemasan.
Allah saja tahu perasaan saya waktu ni...=(
Hari Rabu, 21 Mac 2012
Seperti yang diceritakan pada captions gambar di atas, itu antara kejadian yang berlaku pada 21 mac. 
Pagi around 9am, bila doc round ward, doc tengok suhu Ilyaas dah stabil, menyusu pun ok, dan mula aktif balik, water drip dicabut. Jadi Ilyaas lebih bebas untuk kesana kemari. And senang umi nak dukung Ilyaas bawa pusing2 ward. Antibiotik dicucuk melalu jarum dekat tangan Ilyaas. Masa ni satu masa yang seksa buat Ilyaas dan saya kena jadi strong. Dia akan menangis kuat sangat, sebab mmg sakit.

Ilyaas main2 atas katil

Alhamdulillah, walaupun baru kena febrile fits, Ilyaas masih aktif.
Kurniakanlah kesihatan yang sihat buat anakku, Ya Allah..Amin

Tengah buat aksi cakap phone dengan ayah.

He misses his dad so much. Nampak je ayah datang, terus excited suruh ayah dukung 

Beberapa kali jugak Ilyaas muntah pada hari ni. Boleh dikatakan every after meal dia akan muntah. Sebab dia akan batuk yang kuat, lepas nurse bagi ubat cair kahak. So, ubat tu trigger kahak untuk keluar melalui muntah. Kuatkan hati bila menghadapi keadaan anak yang kurang sihat ni  walaupun rasa sedih dan takut sgt. Hari kedua di hospital, husband datang melawat pagi around 9am, hantarkan baju extra sebab Ilyaas banyak muntah + bagi chance umi ke toilet bersihkan diri serba sedikit.. Then pukul 12.45 husband datang main2 dgn Ilyaas. Umi take turn pergi toilet. Petang pukul 5.00-7.30 pun husband datang,bawa bekalan roti dan air kotak sebab saya suka lapar. hahaha...Malam tu, Ilyaas sedikit meragam dan susah nak tidur sebab ramai budak2 lain yang menangis dalam wad tu. Hampir pukul 10mlm baru dia dapt tidur. 
Alhamdulillah sepanjang malam, suhu badan Ilyaas stabil.  Semua ok. Tapi batuk, kahak dan selesema makin menjadi-jadi. 

Hari Khamis, 22 March 2012

Hari ni, ingatkan belum boleh balik sbb Ilyaas is still on antibiotic yang disuntik setiap 8jam melalui tangan dia. But when doc buat ward round pukul 10pg, doc cakap arini dah boleh balik. But I was questioned by the doc on how to tackle situation when my baby is having febrile fits the next time (mintak-mintak takdelah lagi, Nauzubillah). Ni antara cara-cara yang dipesan oleh doctor kalau baby kita kena febrile fits:-

Top of all, ibu dan ayah kena TENANG dan JANGAN GELABAH. (tp kata doctor, anak sendiri pon, dia belum pasti dia boleh tenang)...

1. Baringkan bayi secara mengiring.
2. Longgarkan baju/pakaian bayi
3. Pastikan saluran pernafasan bayi tidak tersekat (Misalnya, kalau ada muntah, makanan etc, cpt2 keluarkan)
4. Timing tempoh bayi kena febrile fits
5.  Jangan letak sudu atau apa-apa bahan untuk prevent baby dari tergigit lidah. Kerana ianya akan menyebabkan kerosokan gigi.
6. Kalau febrile fits berulang dalam tempoh 10-30 minit antara satu, cepat2 call ambulance/bawa ke hospital.
7. Setiap kali fits berakhir, rehatkan bayi anda dan pastikan anggota seperti tangan, kaki, mata berfungsi secara normal. kalau bayi tak dapat gerakkan tangan or kaki, segera bawa ke hospital.


Alhamdulillah, lepas lunch kami pun balik rumah. Terkejut juga bayaran hospital cuma RM4.50. Sebelum ni saya tak pernah ke gomen hospital (bukan sebab tak percaya pada keupayaan gomen hospital), tp sebab masa kerja dulu company cover kalau ke Panel Hospital Swasta/Klinik..

Balik rumah saya dan husband gilir2 monitor suhu Ilyaas. Takut sangat perkara yang sama berulang. Setiap kali suhu dia naik, cepat2 demah. dan bagi ubat demam. Ramai yang pesan, kalau suhu badan lebih dari 38 degrees, cepat2 bagi ubat PCM yang dimasukkan melalui punggung. Saya belum beli ubat tu, Iallah petang ni akan ke farmasi beli ubat tu buat bekalan kecemasan. 

Akhir sekali, tujuan saya share pengalaman tidak best saya ni buat rujukan sendiri di masa hadapan dan juga buat panduan ibu-ibu kat luar sana. Lesson learnt from my experience. Semoga cerita ni bermakna buat semua.
Semoga mereka berdua sentiasa sihat 
Untuk rujukan lebih lanjut tentang febrile fits, boleh baca di website ini.

Mohon semua pembaca doakan kesihatan Ilyaas ye agar fits ini tak akan berulang lagi sampai bila-bila dan permudahkanlah urusan umi dan ayah Ilyaas nak dapatkan Master..Amin....
Dan ucapan terima kasih pada semua ahli keluarga dan kawan-kawan (yang saya sempat maklumkan melalui sms) yang telah mendoakan dan memberi kata-kata semangat pada saya sewaktu di hospital.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

Our Unexpected Trip (Perak-Melaka-Shah Alam-Perak)

Product Available at MyHafiy Blogshop



Wednesday, 14 March 2012
Parents in law, sis in law and nephews and nieces came to our home in Tronoh. 
We planned to do simple doa selamat on Thursday night for our new home plus new life in Tronoh.
Wednesday morning we both still went to uni and Ilyaas went to nursery. 
 Family arrived from Tganu at 3.30pm. They went to UTP first. 
We went to Tesco Sri Iskandar for light shopping. 
I made fried mee-hoon for dinner.
All of us sleep with a plan to go jalan2 at Ipoh on the next day.

Thursday, 15 March 2012
My mum's birthday.
Zulfa's birthday.
We received a sad news. Yaya's mum passed away early this morning.
In fact I heard the news from my father in law right after I finished my subuh prayer. 
Quickly cancel all the plan for doa selamat. Cancel catering order.
Made sardine sandwich and fried some karipap and fish fingers. 
Packed the food to eat in the car.
Quickly packed our baju and all, make our unexpected trip to Melaka to visit Yaya's family.
Yaya's was on her way back from UK with her siblings.
Reached Melaka by 12.45 pm. We missed the pengkebumian. But managed to meet the family. 
Went for lunch at  a mee stall recommended by father in law. Not bad. The mee goreng is nice.
Check-in King's  Hotel, Ayer Keroh. Rest.
The kids went down for swimming with Daddy Syah while others went out for shopping at Jusco. 
The guys and parents in law + sis in law went for tahlil. Mums with kids stay in hotel. eat food from hotel. 

Friday. 16th March 2012
Wake up early and whole family went for breakfast at hotel's restaurant. Good one.
Went to Yaya's house to meet Yaya who arrived 1.00am last night after landed in KLIA at 9.30pm.
All of us feel sad for her lost. We tried our best to give our support since soon in three months she's going to be part of our family.
She's going to marry my brother in law, Hakim this June.
Spent almost an hour in with her and her family before heading back to Shah Alam, to my brother in law's house.
Had simple lunch there and rest till night. 
All of us sleep in Shah Alam that night. Funny and sweet simple family event.
Thanks Abg Min and Kak Ezri for the hospitality. 
Hana, my 2 and half years niece from Johor.

Farzana and Ilyaas

Saturday, 17 March 2012
Wake up early again coz parents in law and adik bongsu going back to Tganu by flight this morning.
Went out to Restoran Nasi Kandar Kayu in USJ for breakfast. 
Whole big family celebrate Zulfa's birthday. 
We also do early celebration for Ilyaas. They differ by 10 days only:p
I am supposed to order Ilyaas' birthday cake for doa selamat at our home but due to this unexpected things, it was cancelled. 


Zulfa's birthday celebration

After that, we went to Sentul to collect our things before heading back to Perak.
It was a tiring and sad trip , looking back at the main reason we rushed to Melaka.
But, we had a chance to gather all family members (who are in Malaysia) for a short trip.

Ilyaas so happy dapat main dlm cupboard yang dah kosong kat Sentul

To Yaya (if you read my blog)
I know you are strong, InsyaAllah. And I can't imagine the lost you are having right now, but we all know He has greatest plan for each and everyone of us. If anything, we are here for you at Halaman Dhuha.
We will always recite Al-Fatihah and Yassin to your late mama.

Friday, March 16, 2012

Wearing Little Nephew

Rabu lepas my in-laws datang Tronoh.
Tempat pertama yg dilawati mestilah uni.hehe
pastu gi tesco sri iskandar yang comel tu.

Sempat test wearing my little nephew Arman Fayyadh yg baru 30days++
Anak dua dah ke bila org pandang..heheheh...

Pastuh gi jalan jusco kat melaka (unexpected trip, nnt ada masa sy citer)
caught my biras wearing his baby using my merak SSC.
puas hati beli SSC ni from NeezaNeedles.
Sgt berbaloi-baloi.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

Little steps, a Big Move


Ilyaas Hafiy Abdul Halim officially can walk on 8th March 2011
at the age of 11 months & 2 weeks
His first achievement was moving a step before falling down

Starting from 1st March, he will keep trying harder everyday balancing himself to walk
Finally, yesterday evening when I was feeding him dinner in the living room, 
He crawl to the kabinet and started to turn back to me by WALKING!!!

I am very pleased to see that and very proud of it. 
He himself was happy too because he claps his hand upon his achievement.
Hebat! Umi bangga dengan Ilyaas ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 5, 2012

Homemade Banana Smoothies






Godek-godek draft, rupanya ada entry ni tak selesai.

Alah, nak share cara nak buat banana smoothies yang sedap dan berkhasiat..(eh berkhasiat ke ?)

Bahan-bahannya:
1 biji pisang
1 gelas susu segar.(sy guna low fat)
2 sudu ice cream vanilla. (boleh ganti dengan vanilla essent)
Ice-cube secukupnya  

Cara-caranya:
Potong pisang kecik-kecik
Masukkan semua bahan dalam blender
Blend sehingga sebati
Campurkan ice-cube dan blend lagi.
 Tuang dalam gelas, sedia di minum!

Lazat dan Segar.

Untuk Ilyaas, sy xmasukkan ice cube ataupun ice cream.
Saya ganti dgn vanila essent sikit.
Dia pon suka tp buat muka pelik sebab rasa yang baru bagi dia.

selamat mencuba!



Published with Blogger-droid v2.0.2

Jalan-Jalan Perak:Teluk Senangin, Lumut

Hari Sabtu lepas, kami ambil kesempatan untuk ke Teluk Senangin, Lumut. Knowledge pasal Teluk Senangin ni diperolehi dari sumber Majalah Libur. Since dah menetap kat Perak ni, kitaorg berhajat untuk terokai Perak bit-by-bit. Sambil study kita jalan-jalan.Ala, kalau study oversea pon macam tu gak kan..heheheh..sambil menyelam minum air..

Teluk Senangin ni not exactly dekat Lumut. Lagi dekat ke Damar Laut. Nak senang ikut je singboard ke Swiss-Garden Damai Laut. Just few kilometres je dari Swiss-Garden tu. Teluk Senangin ni macam perkampungan nelayan. Ada la motel dan chalet-chalet untuk orang yang nak bermalam di sini. Disediakan jugak tapak perkhemahan dan tempat untuk barbeque. Plus ada jugak tapak untuk family holiday. Masa kitaorg sampai tu ada satu family holiday tgh main takraw etc..

Pantai dia pendek je, jadi boleh la jalan from end to another end. Nak kata air biru tu takla, tapi air bersih. Laut Selat Melaka kan, tak la biru mcm lautan luas kat Redang ke Kapas ke..bermuddy la jugak tp better dari PD or Penang. Jarak perjalanan dari Tronoh ke Teluk Senangin lebih kurang 1 jam ikut highway Ipoh-Lumut.

Okaylah, jom layan gambar-gambar kami di Teluk Senangin...

my two hereos layan blues

bot-bot nelayan di tepi pantai

Umi dan little helper from Marry Brown. Baju hadiah dari opah

closed up Ilyaas Hafiy main air laut

proud umi


Proud ayah

suka sgt pic ni...ayah dan anak sulungnya

my happy family


ketam dan rumah nya

      
pemandangan sepanjang pantai Teluk Senangin
Lepas ni nak berjalan ke mana pulak ye? Hmmm, nnt kita pikirkan.

Saturday, March 3, 2012

kami

wajah gembira kami di rumah baru..Alhamdulillah


Published with Blogger-droid v2.0.2