Monday, March 17, 2014

Imani Hafiyya 14months old milestone

Okeh, arini nak update pasal anak dara I sorang tu...Dah lama tak letak perkembangan aka milestone dia kat blog ni...umi cepat2 list down kan milestone Imani k...

1. Dah boleh berjalan
Alhamdulillah. Imani dah fully boleh berjalan , tanpa bantuan. dalam umur 13 bulan lebih dia boleh berjalan. Lebih kurang sama timing dengan abang Ilyaas. 
Dah tau dah ikut genetik sapa ni. hehehe. 
Walaupon tak la cepat sgt Imani berjalan, once dia mula berjalan, mmg nampak kemas dan tegap langkah dia. Tak la umi dgn ayah risau sgt tgk dia terhuyung hayang...Cuma skrg takut sikit nak lepas dia berjalan atas jalan tar. 

Snap gambar ni masa nak pick up dia dari rumah pengasuh...
Seronok kemain nak eksyen kat umi yg dia dah terrer berjalan..
tu tgh nak mintak mak pengasuh lepaskan tangan dia..


Ni gaya apa pun tak tau..
comel je pokok kelapak atas kepala tu..
mak pengasuh tu mmg rajin deco rias Imani..tocang la selalunya..
2. Suka rasa diri comel 

Typical budak perempuan. suka tgk cermin. sengih2. suka pandang camera..
Ini mmg dah tau jugak ikut perangai sapa. Mestila umi dia...hehehehe
Sekarang dia dah tak suka pakai headband. Nak pakai cekak. mcm budak besar. 
Tiap kali tgk umi pakai cekak, dia akan mintak..sebab dia nak lawa jugak. 
kalau orang nak amik gambar dia, sure senyum lebar..
kalau bagi dia pakai bj baru, dia suka...



3. Suka mandi
Pantang nampak orang pergi toilet, dia terkedek2 jalan pegi depan toilet. 
Pastu siap2 suruh orang bukak baju...
sambil sebut bukak bukak..
Suka sgt main air. 
nak basuh berak pon dia buat gaya mcm nak mandi..
tak kisah la siang ke malam, sejuk ke panas..mmg suka main air..

4. Rajin 'mengemas' di dapur
Ni faveret dia la.. Suka sgt ubah susun atur tupperware2 dekat rak kedua di dapur umi. 
Alahai, setiap kali masuk dapur, dia sepahkan semua bekas2 plastik or tupperware yg umi susun kat second row. 
Dah penat kemas.. 
Kalau biar dia dlm gelap kat dapur pon dia tak kisah, sebab dia suka sgt susun2 semua bekas2 plastik tu. 
mmg dah siap2 bagitau husband, jgn letak any bekas kaca kat situ. 
Imani ni kan, kadang2 dia angkat semua bekas2 plastik tu pastu dia berkmpung kat dapur. main masak2..
sudip dia pakai shringe..hahahha


5. Perkataan Baru
Antara words yg dia dah pandai sebut sekarang ialah:
Bukak
Ayah
Umi
Abang
Akan - makan
Ikan
Cat
Car
Ikut

Dari segi ni, Imani mmg cepat belajar. sebab dia ada abang yg dok mengajar dia bercakap..

6. Makanan
Masih makan bubur tak berapa lembik setiap hari sebagai makanan wajib
Tp kalau suap nasi berkuah sup, bagi dia makan jugak. cuma slow la nak mengunyah. 
Gigi masih 8 batang
Suka makan carrot rebus. 
suka makan kentang masak kari or masala. 
bgi makan nasi lauk ikan goreng kuah kari ngn kicap pon dia suka..
ada unsur2 anak mami penang di situ..



7:Susu

Alhamdulillah. masih menyusu susu badan sepenuhnya. Belum campur lagi. Target sampai Imani 18bulan. sebab stok mmg menurun sekarang. tp tak pela, umi tak nak gelabah sgt. lagipun keadaan bukan terdesak lagi mcam masa umur abang Ilyaas 14bulan..masa tu umi dah pregnant kan Imani, mmg nak stop susu badan kan Ilyaas. 

Malam2 before tido bg dia upah minum susu ebm dalam botol 4-5 oz dulu. alasan nak bagi dia hilang haus n kenyang supaya tidur lebih nyenyak and kurang terjaga malam mintak susu. Alhamdulillah teknik ni berjaya, sbb susu umi pon dah amik masa nak generate. bukan mcm dulu lagi, sejam dua dah penuh miss B. sekarang 4-5 jam baru rasa engorge. 


sessi minum susu sebelum tidur dengan abang Ilyaas
abang dia excited bukan main sbb dah ada adik temankan dia minum susu

Haaaa tu je la kot.. dah tak ingat nak tulis apa..sebab sambil tulis sambil lukis map south china sea...agagagga

patut la lambat nak siap satu entry sekarang ni..

sori ye, komitmen terhadap thesis..

korang tolong doakan semua nya berjalan lancar, thesis ni cept2 siap ye...


kkkkkk ingt nak update ringkas2 je...tp i mmg suka menulis dan membebel..so terpanjang pulak...

3 comments:

  1. Rasa mcm br je imani dilahirkan...time really flies..semoga mmbesar dgn sihat ye syg auntie...jd ank yg solehah to ur parents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pon kejap je tibe2 dh besar...thanks aunty for the doa

      Delete
  2. Sama macam anak farah jugak..pantang jumpa cermin mesti nak bajet comel..hehehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...