Hari ni mood cakap utara lagi....sapa tak paham habaq mai, nnt kami explain ok..
Aritu masa balik BM, sepupu kami ada buat makan2 sempena besday anak dia merangkap anak sepupu kami la.. Nama dia Arshad, ni birthday dia yg ke 5. Sebab depa semua dah bagitau awai2, jadi kami dah siap la beli hadiah, balut comel-comel... Kami beli buku latihan ABC dgn 123 ja, sesuai la kot utk Arshad yg tgh dok tadika..
depa kata nak start majlis lepas zohor..
lepas semayang zohor kat bayan lepas(kami pi tgk tok kami kat byn lepas), kami bertolak pi sg.seluang. sg.seluang ni kampung sebelah ayah kami.
adik beradik ayah kami ada 9 orang. semua ada anak, tp kami tak larat nak kira berapa semuanya sepupu2 kami...ramai sgt..pastu generasi cicit and piut pon dah ramai....
Masa sampai tu kami lepak dkt pangkin dulu..
tau tak pangkin tu apa?
macam pondok ni .....
ni la rupa pangkin kat rumah pak ndak kami...
untung la kami ni ada kampung halaman lagi.
dapat merasa suasana kampung...
sampai Ilyaas ngn Imani dok excited tgk lembu ayam ikan semua..
ni kat rumah pak ndak..
pak ndak kami tu bomoh rawatan islam....
dia yg dok pakai kopiah janggut putih tu, mmg macam tok bomoh la..
tapi orang nya sgt pelawak..n suka bgi duit raya banyak2..
kecik2 selalu paw dia..
dok kat pangkin ni mmg layan nak tidoq ja la..angin tiup sepoi2 bahasa...belakng tu pulak sungai (yg dah tercemar sbb kilang )...
masa kecik2 kami pernah terjun dlm sungai tu...hahahaha...mak cita la sbb mak pon terjun sekali nak selamat kan kami masa tu baru umur 3 ka 4 tahun, tp dah galak nak main dgn sepupu yg besar dok berkubang dlm sungai tu...
Makanan mmg banyak gila...mmg biasa dah, kalau buat makan2 kat belah family ni, mesti makanan melimpah ruah...menu aritu ada bihun sup, laksa, kuih muih pelbagai jenis, kek, agar-agar, ketupat ngn rendang daging, nasik impit, ais krim malaysia, dadih...
Mak kami buat murtabak cream cracker..letak inti sardin...rasa sedap gila!
sekelip mata dah habis..
masa potong kek, anak teruna kami paling excited..
sampai ptg smlm dok ckp nak beli kek..
alahai nak, hujung bulan ni birthday umi pi beli kek ok.
Anak dara kami pulak, dalam proses berkenalan dgn mak cik pak cik tok cik sepupu sepapat dia..
Dia dah lena masa on the way nak mai, jadi mood dia ok la. sapa pegang pon dia ok ja..
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...