Monday, October 27, 2014

Bali Getaway: Day 3- Tanah Lot, Galeri Lukisan Ubud, Tegalalang Rice Terrace & Kintamani

Hari ni nak sambung cerita trip ke Bali 2 minggu lepas.

On Day 3, baru kitaorg berkesempatan untuk jalan-jalan sekitar Bali memandangkan masa hari ni, dah takde papers yg related dgn field kitaorg dalam conference. Pukul 8.30pagi, Budhi datang jemput kitaorang dekat hotel.

Tempat pertama yg kitaorg singgah ialah Warung Makan Muslim Jamber untuk breakfast. I makan nasi putih dengan soto, share dengan Ilyaas while husband amik nasi berlauk. Sambal kat sini memang sedap gila! teringat-ingat keenakkan sambal tu sampai ke hari ni. Masa kat kedai ni Ilyaas buat perangai tak nak makan...Budhi tolong pujuk dan suap Ilyaas... Total makan pagi kat kedai ni cuma Rupiah 43000 lebih which is around RM11 je .. Lepas makan, kitaorg mulakan perjalanan ke Tanah Lot.


Gambar kat atas yg nampak pintu gerbang tu memang pemandangan common dekat Bali. Setiap kali nak tukar daerah/kawasan akan ada pintu gerbang ni... Masa ni baru pukul 10 pagi, tapi matahari dah terik. Waktu Malaysia ngn waktu Bali sama je, cuma dekat Bali macam dekat Sabah, subuh lebih awal. 

Tanah Lot

Nak masuk ke Tanah Lot kena bayar entrance fees (IDR 15000 per head(adult only) ikut harga warganegara Indonesia) + parking IDR 10000 (dibayar oleh supir). Budhi, supir kitaorg dah pesan awal2, kalau orang tanya, jawab je kitaorg dari Jakarta so boleh dapat harga citizen. 


Pemandangan dekat Tanah Lot sangatlah cantik. Walaupun panas terik, tapi kitaorg agak excited bila nampak pemandangan seindah ni. Ramai jugak pelancong masa ni. I thought ramai orang datang waktu senja untuk tengok sunset, so pagi tak ramai... Silap jugaklah,..Actually kat sini ada 2-3 temples, tapi main temple yg selalu masuk dalam gambar2 pelancongan tu temple paling besar. We did not even go to the temple. Just amik gambar dari jauh je sebab air pon tengah nak pasang, kalau pergi ke temple tu, nak patah balik kena tunggu air surut pulak..


Gambar atas ni yg besar sekali tu la temple Tanah Lot. Temple tu sebenarnya dibina atas replika batu je sebab batuan asal dah terhakis. As geologist, I couldn't help thinking about the formation of these great geological features.  Dekat sini ada jugak peniaga2 tempatan jual souvenir.. Kalau nak beli dekat sini, once dah tawar menawar kena beli lah kalau tak nanti dorang marah. I did not do any bargains here sebab takut tak jadi beli.hehehe.. 


Galeri Lukisan 

Dari Tanah Lot, kitaorg patah balik ke Denpasar dan terus ke Ubud. Di Ubud, lokasi pertama yang kitaorg singgah ialah Galeri Lukisan I Wayan Aryana... 

Dekat Bali ni, dah jadi kebiasaan, kalau ada tourists/guests datang dengan supir, pekerja kedai/restoran/galeri/hotel akan tolong bukakan pintu.. Boleh la nak feeling2 macam bos ada orang bukak pintu kereta... 

Dalam galeri ni tak boleh ambil gambar. No camera allowed. So, kitaorg pon tak berani la nak curi2 snap gambar. Majority lukisan kat sini bermotifkan kehidupan masyarakat Bali.Kitaorg beli 3 keping lukisan. Satu size besar, dua size kecil. Yang besar tu husband dah target nak letak kat ruang makan ataupun ruang tamu rumah nnt.. Yang kecik untuk 2 bilik tetamu... 
Painting bunga2 kat gambar atas ni antara yang I berkenan, tapi tak terbeli pulak sebab memikirkan kos..hahaha, tapi sampai sekarang ada kala dok teringat jugak.. And ada satu lagi painting yg sangat colourful and sesuai untuk letak dekat playroom anak-anak or study room kitaorg...

Ikutkan, harga lukisan dekat galeri ni lebih mahal sedikit dari harga di tanah lot atau di Krishna (shopping center yang jual hasil kraf dan ole-ole Bali)...tapi confirm lukisan asli and kualiti yang tip top..

Untuk 3 keping lukisan yang kitaorg beli kat galeri ni, total harga cuma RM230 (IDR 900,000).. Dekat Krishna, I ada nampak jugak salah satu lukisan yang I beli ni dengan harga yg lebih murah, tapi tak de la rasa ralat sangat beli harga mahal sikit, coz my husband dah baca forum2 and ramai complaint kualiti barangan especially lukisan..

Dari Ubud, kitaorg terus ke 

Tegalalang Rice Terrace

Tak lama pon kat sini, around 5-10minutes je sebab dah lunch hour, perut dah rasa lapar... Kalau nak makan kat sini pon boleh je, tp dah target nak lunch dekat kawasan gunung berapi.. So, snap2 gambar dari atas je and tak turun pun ke kawasan padi bukit tu.. 

Dekat sini pon ada jual souvenir. I perasan souvenir dekat Tegalalang ni cantik2..mostly handmade.. Ada luggage beg yang dorang kait (patch work) sendiri and I tak nampak plak beg jenis tu dekat Krishna..Kain batik kat sini pon cantik2...

After that, kitaorg teruskan perjalanan ke 

Kintamani

Sepanjang perjalanan, jalan kecik je, mendaki bukit sedikit...ada police buat road block dan supir kitaorg dah sediakan wang 'ang-pow' untuk pak polisi tu... Well, corruption is still common in Indonesia... Dah sampai Kintamani, kitaorg kena bayar IDR 10,000 per person (dewasa je la) untuk masuk dan duit parking supir bayarkan..Kat sini ramai peniaga jalanan yg akan jual dan paksa kita beli jualan dorang..just jawab no thank you...

Masa kitaorg sampai, dah penuh kedai makan kat sini dengan customers.. Tapi supir bawa kitaorg ke level bawah dan dapat la kitaorg merasa makan tengah hari sambil menghadap Gunung Batur dan Gunung Agung.. antara gunung berapi terbesar di Bali dan gunung berapi ni masih aktif. Last sekali meletus masa tahun 1930an... Kat sini ada kedai halal, yang sedikan musalah untuk solat. 

Makanan kat sini dihidangkan secara buffet. IDR 100, 000 per person (adult) campur tax 21% jadi IDR 121,000... Bagi kitarog agak mahal harga tu.. Sebab makanan yang dihidangkan dekat buffet dorang rasanya biasa-biasa je. Sambal pon tak pedas and tak sedap sangat... Agak tasteless la...tapi view memang sangat mendamaikan and cantik. Tak dapat kot view ni dekat negara kita ni since kita mana ada volcanoes ...



Breathtaking view!

Lepas solat dan bagi Imani mandi kat sini, kitaorg teruskan perjalanan menuruni bukit...

Nanti I sambung dalam entry lain yer... dah panjang sangat entry ni... 

Bye-bye...


1 comment:

  1. Nti cerita psl supir ye sis.dh how much kena byr utk upah supir.k

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...