Friday, October 17, 2014

Jalan hidup baru

Assalamualaikum and Hi korang, 

Minggu ni jarang jenguk blog. I think, minggu2 selepas ni mungkin makin jarang dan jarang jenguk blog. Tengoklah macam mana I nak organize my new schedule. 

Semalam, I dah embrace into a new path. I dah mula bekerja sebagai seorang pendidik.. InsyaAllah I akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang pendidik yang berhemat, penuh efektif, dedikasi dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu yang tak seberapa ni. Chewah ayat penuh cita-cita gitu..



Sebenarnya, lepas habis degree dulu, memang ada tanam cita-cita untuk bergelar pendidik. 
So, sekarang kira mcam cita-cita I ni dah dimakbulkan Allah SWT, maka I kena betul2 kerja dengan gembira. 

Pagi semalam, standard la bila kita report duty, kita diberi briefing pasal tempat kerja, scheme gaji, insurans, jumlah cuti, jenis cuti etc. Half day jugak la amik masa untuk settlekan urusan briefing ni semua. after lunch report duty pada ketua jabatan, then di perkenalkan pada rakan sekerja yang lain. 

Most of them I dah kenal pon coz I was here for the last 2 and half years. Jadi, tak la susah nak hafal nama and ingat muka. Cuma, the introduction was needed since kalau tak introduce, nanti dorang akan still ingat I ni post graduate student dekat department ni..hahaha, walhal dah jadi lecturer muda gitu...

Sebenarnya, nak kata ilmu dah cukup untuk jadi tenaga pengajar ni tak la jugak..But, ini dinamakan rezeki dari Allah SWT. Memang I perlukan kerja, dan I memang nak stay dalam line ni.So Allah SWT permudahkan urusan tersebut...Syukur.. 

I akan cuba setiap hari pertingkatkan diri , penuhkan ilmu di dada, belajar jugak di samping mengajar dan akan cuba jadi rakan sekerja yg baik.. 

Well, harapnya pengalaman kerja yg lepas walaupun dlam bidang berbeza dpt membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan baru ni..



Selfie di hari pertama kerja...heheheh, 
pakai baju kurung masa convo degree dulu..
Chiffon wide shawl from Euphoria
Dah lama tak put on some make up..So yesterday, I calit2 sikit make up..
light-light aje..
Lipstic I memang belum berani nak cuba warna2 terang..
Masih play safe dengan warna2 nude ataupun pale pink..
Kening tu memang bersepah, tak payah cakap..
I memang jenis bukan trim kening...hehehe..
Yang penting, suami tak kisah kening berterabur macam tu, dia rasa I cantik je kening mcm tu, so tak payah la susah2 pergi trim dan rasa was was halal atau haram tindakan tu...

Mungkin lepas ni, kena top up jenis2 make up yang ada..
barang2 basic je la..sebab I memang takde make up langsung..hahah
kecuali face powder and liptic (tu pon orang bagi) and lip balm (tu pon orang bagi)...ayoyoyo..teruknya... 


ok bye..weekend ni I dgn husband convo...

Yaayyyyyy..

3 comments:

  1. wah.. jadi lecturer da. good luck sis

    ReplyDelete
  2. I used to b there b4. Pensyarah.
    Tpi dh pencen awl sbb bkn smua org bole buat apa yg u nak dan akan buat. Niat yg betul insyaAllah akan dpermudahkan segala dan berpahala.

    Btw, x yh make up sgt pn lawa dah... nt klu pki kaler2 studen x dpt tgk buku asik nk tgk muka madam jek.. hehe

    ReplyDelete
  3. saya nak jual SMLC Istanbul and Matte Lipstick NUDE colour. Tried once, x sesuai dengan warna bibir pasal muka dah macam pondan... wuwuu... sape nak bleh PM @ email jannah_dhuha@yahoo.com :D.. Serious buyer only

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...