Dah seminggu I sekeluarga balik dari Bali. Hari ni baru berkesempatan nak combine gambar dan upload dalam blog. Alhamdulillah, gambar2 dalam memory card dapat recover balik.
Sekarang I dah tak resize untuk letak dalam blog. I just guna picmonkey.com dan combine + letak watermark..
By the way, tujuan utama kitaorg ke Bali ni sebab I dengan husband join AeroEarth 2014 Conference. Since dah dua-dua papers accepted, maka kami bawa la anak-anak sekali. Tahun lepas ke Kota Kinabalu sebab conference...
Flight ke Bali ialah hari Jumaat, pukul 12.05tgh hari. Jadi, hari Khamis tu kitaorg dah bertolak ke Putrajaya and tidur rumah my sis in law. Kitaorg cuma bawa satu beg beroda dengan buggy. Sebab tak banyak sangat barang, jadi kitaorg naik ERL je dari Putrajaya ke KLIA. Masih setia dengan MAS =). Lagipun harga tiket tambah tolak beg and makanan, lebih kurang sama jer dengan naik Air Asia...
Masa dekat airport, kitaorg just drop kan beg sebab dah check-in. Dapat seat dekat row 31. Berharap dapat row 30 sebab boleh pasang bassinet, tapi dah occupied. Nasib baiklah flight ke Bali just 3 jam je, tak la lenguh sangat tangan riba Imani. Dekat airport, kitaorg biar anak-anak main dulu dekat playground and around pukul 10.45am, kitaorg masuk ke gate. Kena naik train dulu untuk ke satelit terminal. Sampai satelit terminal, terus pergi baby room. Lepak je dalam baby room sampai 11.30am.. Masa ni suap Imani makan bubur ayam KFC siap-siap.. Naik je plane, before berlepas lagi, dia dah tidur sampai la lepas waktu makan. Heaven je rasa walaupun tak dapat bassinet. Bila Imani dah bangun, I bawa dia dengan Ilyaas jalan2 kejap dalam flight and melawat lagi dua orang kawan satu lab dengan I yang turut sama join untuk conference kat Bali ni..
Pukul 2.45ptg, plane pun touch down di Ngurah Rai Airport, Denpasar. Awal 20 minit dari waktu yang dijadualkan. Turun dari flight, I cari buggy Imani, tp staff airport cakap claim sekali dengan bagasi. Risau jugak la takut buggy tu patah. Kena naik shuttle bus dulu untuk ke terminal airport. Untuk selesaikan urusan imigresen, rakyat dari negara ASEAN boleh menggunakan special lane, so proses di imigresen jadi cepat dan mudah. Lepas tu , terus ke carousel untuk tuntut bagasi. Alahai, yang ni memang slow sangat... Beg kitaorg antara yang terakhir keluar. Buggy Imani porter tolong bawa kan secara hand carry sekali dengan surfing board etc, so selamat dan tak de cacat cela. Syukur..
Keluar ke arrival hall, ramai supir dah tunggu customers masing2. I cari-cari nama I, tapi tak jumpa. cuma perasan ada sorang ni pegang nama Puan Siti Nur Hida.... I dah agak mcm supir I tapi tak confirm.. So wassap dulu Pak Isme (agent supir Muslim Bali) dan bagitau I tak nampak pon kertas ada nama I.. Rupanya, memang betul supir yang pegang nama Puan Siti Nur Hida tu supir kitaorg.. Nama supir kitoarg Budhi...lebih dikenali sebagai Budhi Tune di kalangan supir2 di Bali.
Dia terus bawa kitaorg ke hotel. Tanya dengan dia, sempat tak kalau nak ke Uluwatu. Masa tu dah almost pukul 4 ptg... Memandangkan kitaorg belum solat lagi dan nak balik hotel dulu, maka Budhi suggest tak sempat sebab akan macet (jem).. Lagipun, pukul 6ptg (maghrib time di Bali), akan ada tarian kecak dekat Uluwatu and tak sesuai kalau bawa anak-anak.. I pon dah baca review pasal Uluwatu ni so tak la ralat sangat tak sempat pergi, cuma teringin nak tengok geological outcrop dekat situ je la..
Check in hotel semua smooth. Dapat free baby cot jugak. Ilyaas la tidur dalam tu. Aman damai atas katil.. Sepanjang kat Bali, kitaorg menginap di Discovery Kartika Plaza Hotel (DKPH) yang terletak dekat Jalan Kartika Plaza, Kuta. Hotel ni betul2 sebelah Pantai Kuta...and kitaorg dapat bilik dekat ground floor, menghadap garden.
In general, hotel ni sangat ok. Cuma, dalam bilik banyak nyamuk. Dorang dah sediakan penyembur nyamuk siap2 jadi memang itu adalah common problem di sini. Hotel ni jugak menyediakan buffet and ala carte makanan HALAL. So tak perlu risau pasal bab ni.. dekat Bali ni, makanan Halal bukan common sebab 90% penduduk di sini beragama Hindu. Jadi, nak senang memang kena cari hotel yang sediakan makanan Halal dan supir Muslim.
After solat Maghrib dan Isyak jamak, around 6.30pm, kitaorg ke lobby hotel dan tunggu Budhi sampai. Dia sampai lambat sikit, mungkin sebab jalan sesak. Kitaorg terus ke Jimbaran untuk makan malam. Bab makan di sini, I dah tanya dua-tiga orang kawan yang pernah ke Bali, rata-rata harga yang dorang bagitau I around RM300.. So, I mintak tips daripada Budhi macam mana nak dapatkan harga tak mahal sangat bila makan kat Jimbaran ni.. Budhi pesan, tak perlu order set. Better pilih sendiri ikan, udang n sotong..
Masa kitaorg sampai, ada performance Bali Dance, tp dah nak habis. So tak sempat snap gambar. Setiap restoran memang ada satu pentas kecik untuk performance tarian tradisional Bali.
Ada jugak orang jual jagung bakar, tapi kitaorg kenyang sangat tak mampu dah nak add on apa2 lagi. Malam tu memang puas hati sangat makan, ikan fresh, sambal sedap, suasana memang best, anak2 pon tak berapa nak meragam sangat compare to masa dekat hotel. So, we had a perfect dinner!
Total harga kitaorg bayar untuk semuanya ialah RM100. berbaloi la I rasa. My friends ada yang amik sotong bakar jugak (jenis sotong katak yg besar tu), dorang kena RM150.
On Day 2 kitaorg tak gi mana-mana pon just di hotel sebab kitaorg attend and present dekat conference.
Pukul 8.00 pagi kitaorg dah pergi bilik conference tu. Conference ni tak la besar sangat, tapi I rasa fruitful and the most important, it is indexed in Scopus and ada publication oleh Institute of Physics (IOP) Conference Series. Conference dimulakan dengan dua jenis tarian tradisional Bali. I stay untuk tengok tarian ni.. Husband bawa anak2 main di playground dan tengok ikan. Hotel yg kitaorang duduk ni memang menang award Best Hotel for Family. Selain ada playground yang agak besar, ada Kids' Zone (Indoor and free) and khidmat babysitting (kena extra charge). Setiap hari Sabtu ada aktiviti2 untuk kanak-kanak such as fish feeding and rocks collection.. Tapi I tak join pon so tak tahu lah macam mana..
Lepas habis persembahan tarian, I balik bilik and take over jaga anak-anak pulak. Husband attend key note speaker and sessi bergambar. Presentations kitaorg lepas lunch. Around 11.15am, dah habis key note speaker. Still ada banyak masa before lunch hour, so kitoarg gi jalan-jalan dekat Discovery Kartika Mall, sebelah je dengan hotel ni. Sempat anak2 paw umi dengan ayah dorang ni train thomas. lepas solat zuhur, husband attend conference and dengar presentations dari peserta lain sementara I jaga anak-anak and bagi dorang tidur dulu dekat bilik. Around 3.00pm, I pulak pergi, lepas tengok satu presentation, terus chairman panggil I untuk present. Tengah2 present, husband masuk dengan Ilyaas and Imani..Kaget sekejap..hahah...Lepas habis je present, I terus bawa anak2 pergi pool.
Petang tu memang kitaorg habiskan masa mandi manda dekat pool and jalan2 dekat pantai kuta je la..
It was nice and refreshing. Segar and happy je rasa.
Imani sangat2 tak takut air. Dan nampak bakat dia nak jadi seorang swimmer.. wink wink...
Malam tu plan asal nak pergi Krishna, tapi Budhi tak sempat pick up kitaorg since dia ada guests. So, kitaorg plan nak jalan2 dekat main road Kuta je.. tapi... ada tapi pulak kan... dinner kitaorg dengan geng2 conference tu punya la lama. 2 jam sebab fine dinning.. maka, tak jadi la kitaorg nk jalan2 sekitar kuta.. balik bilik terus tidur..
The next day, day 3 baru kitaorg gi jln2..yang tu I citer entry lain yer...
till then, bye-bye..
saya.... rindu... teh..... botolllll :"((((
ReplyDeleteBestnya sis.akk planning nx yr nk present paper kat bali.tl kena cr conference yg suit theme kitaorang la..
ReplyDelete